Anda di halaman 1dari 3

1.

Makmum muafiq tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihah kerana tabiat lambat membaca,
dimaafkan tertinggal dari imam walaupun sehingga 3 rukun panjang. Jika bacaan fatihah tidak
dapat dihabiskan sehingga imam berpindah ke rukun ke-4, makmum perlu membuat pilihan di
antara mufaraqah atau mengikut imam. Jika ia mengikut imam, rakaat tersebut tidak dikira dan
makmum mesti menambah satu rakaat selepas imam memberi salam.

Makmum muafiq yang lambat bacaannya kerana was-was, tidak dimaafkan ketinggalan dari imam
3 rukun panjang, bahkan ia hendaklah menyempurnakan bacaannya sebelum imam turun untuk
sujud. Jika tidak sempat menghabiskan bacaannya, hendaklah ia berniat mufaraqah. Jika tidak
berniat mufaraqah sebelum imam turun sujud, dan sebaik imam turun sujud, batal solat makmum.
(Makmum muafiq yang was-was dihukumkan seperti orang yang sengaja melambatkan bacaan
Fatihahnya. Oleh itu tidak dimaafkan ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang.)

2. Makmum muafiq yang syak ia membaca Fatihah atau tidak, dan belum lagi rukuk sedangkan
imamnya sudah rukuk. Maka makmum berkenaan wajib membaca Fatihah dan dimaafkan
ketinggalan dari imam 3 rukun panjang. Jika makmum berkenaan belum selesai bacaan Fatihahnya
sedangkan imam berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum berkenaan ketika itu membuat
pilihan di antara mufaraqah atau terus mengikut imam. Jika makmum tidak membuat pilihan,
apabila sampai sahaja imam kepada rukun ke-4, batal solatnya.

3. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak, kemudian rukuk bersama imam. Maka
hukumnya makmum tersebut tidak boleh kembali untuk membaca Fatihah, bahkan wajib ia terus
mengikut imam. Apabila imam selesai memberi salam, wajib ia menambahkan satu rakaat lagi.

4. Makmum muafiq yang lupa membaca Fatihah semasa ia qiam bersama imam, dan terus lupa
sehingga imam rukuk, sedangkan makmum masih belum rukuk. Kemudian baru teringat, maka
wajib makmum membaca Fatihah dan tidak boleh ia rukuk bersama imam dan dimaafkan ia
ketinggalan 3 rukun panjang dari imam.

5. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak semasa ia sudah rukuk, sedangkan
imamnya belum rukuk. Maka makmum itu wajib bangun semula membaca Fatihah dan dimaafkan
ketinggalan dari imam walaupun 3 rukun panjang.

6. Makmum muafiq yang tidak sempat membaca Fatihah kerana membaca bacaan sunat selepas
Takbiratul Ihram seperti doa Iftitah. Imam rukuk dan makmum tidak sempat membaca Fatihah
atau menghabiskannya. Maka ia dimaafkan ketinggalan 3 rukun panjang dari imam.

7. Makmum muafiq yang menunggu saktah dari imam (iaitu ia mendengar bacaan fatihah imamnya
bertujuan mendapat pahala sunat, dan bercadang membaca Fatihah apabila imam membaca surah
kemudiannya) tetapi sebaik sahaja imam selesai membaca Fatihah,

i. ia terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah. Justru, makmum tidak sempat membaca Fatihah.
atau ii. dibaca surah terlalu pendek sehingga makmum tidak sempat menghabiskan bacaan
Fatihah.

Maka hukum makmum begini dalam 2 masalah di atas ialah ia wajib membaca Fatihah dan
dimaafkan ia ketinggalan dari imam sehingga 3 rukun panjang

8. Makmum muafiq tertidur di tengah solat pada tasyahhud awal dengan tetap punggungnya di
tempat duduk, berterusan tidur, lalu ditinggal oleh imam sehingga imam turun untuk rukuk.
Barulah makmum terjaga dari tidurnya. Masalah ini terdapat perselisihan di antara ulama:

i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan
dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar yang dapat
dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat
rakaat tersebut.

ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3
rukun panjang dari imam)

9. Makmum muafiq yang ketinggalan dari imam. Apabila imam bertakbir untuk qiam, disangka
imam duduk utk tasyahhud awal. Lalu ia duduk bertasyahhud. Ia mendengar imam bertakbir untuk
rukuk, disangkanya bangun dari tasyahhud awal. Selepas itu baru makmum sedar bahawa takbir
imam tadi untuk rukuk. Ada berlaku khilaf:

i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yang masbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan
dari imam sebanyak 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadar yang dapat

dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempat rukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat
rakaat tersebut.

ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmum muafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3
rukun panjang dari imam)-sama dengan di atas

10. Makmum muafiq yang sama-sama membaca tasyahhud awal bersama imam. Apabila imam
berdiri dari tasyahhud awal, makmum masih membaca tasyahhud awal. Apabila makmum berdiri
dari tasyahhud awal, didapati imam sudah rukuk atau hampir hendak rukuk. Berlaku khilaf di
antara Ibn Hajar dan Ramli:

i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini tidak termasuk dalam kalangan muafiq (iaitu tidak boleh
ketinggalan dari imam sebanyak 3 rukun panjang kerana dikira sebagai sengaja meninggalkan
bacaan Fatihah. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah, dan jika dapat disempurnakan Fatihahnya,
kemudian sempat rukuk bersama imam serta Tomakninah, maka dapat rakaat. Jika ia tidak sempat
rukuk serta tomakninah, maka hendaklah ia mufaraqah sebelum imam turun sujud. Dan setelah
mufaraqah dari imam, hendaklah ia melakukan aturan solat dengan berseorangan. Jika tidak
mufaraqah, batal solat makmum.

Anda mungkin juga menyukai