Anda di halaman 1dari 14

RUKUN-RUKUN SOLAT

NIAT

TAKBIRATULIHRAM
BERDIRI BAGI YANG MAMPU MEMBACA AL-FATIHAH RUKUK SERTA TAMAKNINAH IKTIDAL SERTA TAMAKNINAH

SUJUD SERTA TAMAKNINAH


DUDUK ANTARA DUA SUJUD SERTA TAMAKNINAH DUDUK TAHIYAT AKHIR MEMBACA TAHIYAT AKHIR SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

SALAM PERTAMA
TERTIB

Niat
Niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar. Umpamanya, untuk solat Zuhur, maka seseorang itu akan bertakbiratulihram dan lalu hatinya berkata: Sahaja aku solat Fardhu Zuhur, empat rakaat, tunai, kerana Allah Taala

Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad ("Sahaja aku solat"), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur, sebagainya).
Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya

Iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain. Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali pergerakan, kerana semua ini akan menjejaskan kesahihan dan kesempurnaan solat.

BERDIRI BAGI ORANG YANG BERKUASA.


Sekiranya seseorang itu berdiri tetapi condong ke hadapan, ke belakang, ke kanan atau ke kiri hingga tidak dapat dinamakan sebagai berdiri maka hukum solat itu tidak sah. Sekiranya tidak mampu berdiri maka bolehlah dilakukan solat secara duduk, baring mengiring, menelentang atau secara mana yang termampu. Untuk solat sunat dibolehkan sembahyang secara duduk, namun tidak digalakkan.

Membaca al-Fatihah

Membaca al-Fatihah : pada tiap-tiap rakaat dengan memelihara segala makhraj dan tajwid fatihah. Mazhab Syafi'e mewajibkan rukun al-Fatihah untuk makmum dalam solat berjemaah.

RUKUK, BERSERTA TUMA'NINAH

Rukuk, berserta tuma'ninah. Sekurang-kurangnya rukuk ialah membongkokkan belakangnya sampai dua tangan di atas dua kepala lutut, disertai dengan tama'ninah iaitu berhenti sebentar sekadar lama bacaan Subhanallah, dan anggota-anggota berat kemudian berhenti. Doa tasbih ketika rukuk ialah: Subhana robbiyal adzimi wabihamdi

"Maha suci Allah yang Maha Agung dengan sifat kepujian-Nya."

Iktidal: Ertinya berdiri tegak semula selepas rukuk, berserta tuma'ninah. Doa tasbih ketika iktidal ialah: Sami Allahuliman hamidah "Allah mendengar akan orang yang memuji-Nya." Kemudian disambung pula dengan bacaan: robbana walakal hamd' "Ya Tuhan kami! Bagi-Mu segala puji."

Sujud
Sujud ialah meletakkan dahi di atas tempat sujud, dan dahi itu mestilah tidak berlapik dengan sesuatu. Sekiranya terpaksa seperti dahi dibalut kerana luka dan sebagainya, maka tidaklah wajib dibuka. Dahi yang berlapik dengan songkok dengan sengaja tanpa sebab adalah tidak sah solatnya. Anggota sujud ada 7: 1. Dahi 2. Dua tapak tangan 3. Dua lutut 4. Dua perut jari kaki Doa ketika sujud ialah:

Subhana robbiyal a'la wabihamdi


"Maha suci Allah yang Maha Mulia dengan sifat kepujian-Nya"

Duduk di antara dua sujud berserta tuma'ninah. Mengangkat kepala dan badan untuk duduk di antara dua sujud ini mestilah mengandungi tujuan. Oleh itu, sekiranya seseorang itu mengangkat dari sujud kerana tujuan lain, umpamanya mengelakkan daripada binatang, maka hendaklah ia kembali sujud semula. Duduk antara dua sujud merupakan rukun pendek maka tidak wajar dilama-lamakan. Maksud doa tasbih ketika duduk antara dua sujud ialah: "Ya Allah ampunilah daku, rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikanlah aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tahiyyat/Tasyahud akhir. Membaca tahiyyat akhir juga hendaklah dipelihara segala bacaan di dalamnya. Maksud bacaan tahiyyat akhir adalah seperti berikut: "Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Kurniakanlah rahmat dan kesejahteraan Kepada junjungan mulia Muhammad saw dan ke atas ahli keluarga baginda yang mulia, sebagaimana rahmat dan kesejahteraan yang telah Engkau kurniakan kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan ahli keluarga Muhammad seperti mana berkatMu kepada Ibrahim dan ahli keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau yang amat terpuji lagi amat mulia."

10.Duduk ketika tahiyyat akhir.


11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sekurang-kurangnya; "Allahumma-solli 'ala Muhammad." 12. Salam pertama: Sekurang-kurang salam ialah "Assalamu'alaikum" bermaksud "salam sejahtera ke atas kamu."

13. Tertib. Tertib ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai