Anda di halaman 1dari 4

JABATAN MUFTI

JABATAN MUFTI NEGERI


NEGERI KEDAH
KEDAH

IRSYAD AL-HUKMI
Edisi 3/2019

HUKUM

Solat Atas Kerusi


BAGI ORANG YANG UZUR
I. Solat merupakan ibadah asas dalam Islam. Setiap mukallaf wajib
melaksanakan solat dalam apa jua keadaan termasuk ketika
keuzuran. Kaedah solat ketika darurat atau keuzuran hendaklah
mengikut keadaan dan kemampuan sama ada dalam keadaan
berdiri, duduk, mengiring dan sebagainya.

II. Jumhur Ulama’ menyatakan bahawa jika seseorang mendirikan


solat fardhu secara duduk sedangkan dia mampu melakukannya
secara berdiri maka batal solat tersebut. Ini berdasarkan sabda
Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Diriwayatkan bahawa Imran
Bin Husain RA telah mengalami penyakit buasir. Beliau bertanya
kepada Nabi SAW lalu baginda menjawab;
َ َ ِ ‫ﺴ َﺘ‬ ْ ‫ﻄ ْﻊ َﻓ َﻘﺎﻋِ ًﺪا وَ ِإ ْن َﻟ ْﻢ َﺗ‬ ْ ‫ﻞ َﻗﺎﺋِﻤً ﺎ َﻓ ِﺈ ْن َﻟ ْﻢ َﺗ‬
‫ﺻ ﱢ‬
ٍ ‫ﻄ ْﻊ ﻓ َﻌﻠﻰ َﺟ ْﻨ‬
‫ﺐ‬ ِ ‫ﺴ َﺘ‬ ِ
Maksudnya : Solatlah kamu secara berdiri, jika tidak mampu
lakukanlah secara duduk ( ‫ﺪا‬ً ِ‫ ) َﻗﺎﻋ‬dan jika tidak mampu juga
lakukanlah secara mengiring
III. Sebahagian Ulama’ berpandangan bahawa solat secara duduk di
atas kerusi adalah harus dan sah kerana perkataan ”qa’ada”
dalam bahasa Arab memberi pengertian duduk secara umum
sama ada duduk di atas kerusi atau duduk di atas lantai. Hal ini
dapat difahami daripada beberapa dalil antaranya hadis Riwayat
Abi Bakrah RA iaitu:
ِ‫ﺳ ﱠﻠﻢ َﻗ َﻌ َﺪ َﻋ َﻠﻰ ﺑَﻌِ ْﻴ ِﺮه‬ َ ‫َأ ﱠن اﻟ ﱠﻨ ِﺒﻲ‬
ُ ‫ﺻ ﱠﻠﻰ‬
َ َ‫اﻟﻠﻪ َﻋ َﻠ ْﻴﻪِ و‬
Maksudnya : ”Bahawasanya Nabi SAW duduk di atas untanya”
Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah bintu Qais RA :
‫ﺳ ﱠﻠﻢ َﻗ َﻌ َﺪ َﻋ َﻠﻰ اﻟﻤِ ْﻨ َﺒﺮ‬ َ ‫َأ ﱠن اﻟ ﱠﻨ ِﺒﻲ‬
ُ ‫ﺻ ﱠﻠﻰ‬
َ َ‫اﻟﻠﻪ َﻋ َﻠ ْﻴﻪِ و‬

Maksudnya : ”Bahawasanya Nabi SAW duduk di atas mimbar.”

َ َ‫ ” َﻗﻌ‬boleh diguna dalam kedua-dua keadaan.


Maka maksud kalimah ” ‫ﺪ‬
1
IV. Justeru, aplikasi ”duduk” ketika solat boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori seperti berikut;

i. Seseorang yang mampu untuk berdiri, rukuk, sujud dan duduk


(iftirasy / tawarruk / tarabbu’ / lainnya)* maka wajib mendirikan
solat secara lazimnya.
ii. Seseorang yang mampu untuk berdiri dan rukuk tetapi tidak
mampu untuk sujud dan duduk (iftirasy / tawarruk/ tarabbu’ /
lainnya) maka;

Wajib qiam (berdiri) ketika takbiratul ihram dan membaca


Surah Al- Fatihah serta rukuk dan iktidal secara lazimnya.
Rukun sujud dilaksanakan dalam keadaan duduk sama ada
duduk di atas lantai (paling utama) atau duduk di atas kerusi
(bagi yang tidak mampu duduk di atas lantai kerana sakit lutut
dan sebagainya).
iii. Seseorang yang mampu untuk berdiri sahaja manakala rukun
yang lain iaitu rukuk, sujud dan duduk tidak mampu dilaksanakan
secara lazimnya maka;

Wajib qiam (berdiri) ketika takbiratul ihram dan membaca


Surah Al-Fatihah bagi rakaat pertama.
Rukun rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud dan tasyahud
dilaksanakan dalam keadaan duduk sama ada duduk di atas
lantai (paling utama) atau duduk di atas kerusi (bagi yang tidak
mampu duduk di atas lantai kerana sakit lutut dan
sebagainya).
Sekiranya mampu untuk berdiri semula bagi meneruskan
rakaat kedua maka wajiblah ke atasnya berdiri semula dan
iktidal namun jika sebaliknya maka harus untuk meneruskan
rakaat kedua dalam keadaan duduk.

2
iv. Seseorang yang tidak mampu untuk berdiri melainkan duduk
(iftirasy / tawarruk / tarabbu’ / lainnya) sahaja maka semua rukun
solat harus dilaksanakan secara duduk di atas lantai.

v. Seseorang yang tidak mampu untuk berdiri dan duduk (iftirasy


/tawarruk / tarabbu’ / lainnya) melainkan duduk di atas kerusi
sahaja maka semua rukun solat harus dilaksanakan secara duduk
di atas kerusi.

vi. Seseorang yang langsung tidak mampu untuk berdiri, rukuk, sujud
dan duduk (iftirasy / tawarruk / tarabbu’ / lainnya) maka bolehlah
melaksanakan solat secara mengiring dan jika tidak mampu
mengiring maka bolehlah dilakukan secara berbaring.

Iftirasy: Duduk dengan cara bahagian belakang (punggung)


berada di atas kaki kiri manakala jari kaki kanan diarahkan ke
kiblat atau dengan istilah lain duduk antara dua sujud. (Duduk
seperti membaca Tahiyat Awal)

Tawarruk: Duduk dengan cara bahagian belakang (punggung)


berada di atas lantai, hujung kaki kiri dikeluarkan ke sebelah
kanan manakala tumit kaki kanan ditegakkan dan jari kaki
kanan diarah ke kiblat. (Duduk seperti membaca Tahiyat
Akhir)

Tarabbu’: Duduk dengan cara bahagian belakang (punggung)


berada di atas lantai, kedua paha dimajukan ke hadapan
sementara betis kanan diselipkan ke sebelah kiri dan demikian
juga sebaliknya atau dengan istilah lain duduk bersila.

Anda mungkin juga menyukai