Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Program

kokurikulum

adalah

sebahagian

daripada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran di sekolah. Kepentingan program ini juga setara dengan kepentingan


aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya merupakan penyumbang dan pelengkap
kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kegiatan kokurikulum dapat
didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. Kegiatan ini
termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab
atau persatuan. Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat
mendatangkan

pelbagai

faedah

kepada

pelajar

yang

menyertainya.

Kegiatan kokurikulum mampu membentuk watak dan peribadi seseorang pelajar.


Antara perkembangan diri individu yang diharapkan melalui kegiatan kokurikulum ini
seperti memupuk sifat kepemimpinan, membina dan membentuk sahsiah yang sihat
dan seterusnya membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum juga
mampu membentuk personaliti yang positif dan rasa tanggungjawab. Penglibatan
dalam persatuan, kelab dan aktiviti lain akan mengembangkan kemahiran bersosial,
bercampur gaul dan berhubung mesra serta keupayaan dalam perhubungan awam
yang dapat dimanfaatkan dalam masyarakat kelak. Oleh itu, watak dan peribadi pelajar
haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain itu, kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada
kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum akan menyihatkan badan kerana aktiviti
yang bersifat fizikal akan meningkatkan daya tahan. Kebanyakan pelajar di sekolah
lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan aktiviti sukan dapat
membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu
salah satu bahan perkumuhan manusia. Murid yang aktif tidak diserang oleh penyakit
dan badan yang sihat memungkinkan pebelajaran yang berkesan. Sebagai contohnya,
aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina,
manakala

sukan

catur

pula

akan

mencerdaskan

minda

seseorang.

Pepatah

Melayu

mengatakan

bahawa

badan

cergas,

otak

cerdas.

Melalui kokurikulum, pelajar dapat memupuk semangat perpaduan.


Hal ini semestinya juga akan dapat memupuk sikap bekerjasama dan toleransi dalam
kalangan pelajar. Perpaduan kaum penting untuk membentuk sebuah negara yang
aman damai, supaya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 tidak berulang lagi. Oleh itu,
Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai
aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Kegiatan kokurikulum mengakibatkan
proses integrasi berlaku dalam kalangan pelajar supaya pelajar boleh mengenali dan
menghormati antara satu sama lain. Sebagai contohnya, dalam aktivitik pertandingan
seperti bola sepak, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja meliputi satu kaum sahaja
malah ia juga disertai oleh pelajar dari pelbagai kaum. Secara tidak langsung,
hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta
bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana bersatu teguh, bercerai
roboh.
Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar.
Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui
kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar
bergiat dalam kokurikulum. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili
kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. Secara tidak langsung, kejayaan
pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri,
dan kemudiannya negara. Tujuan kegiatan kokurikulum adalah untuk memberi
pengalaman kepada pelajar-pelajar dan seterusnya membantu mereka dalam
mencapai kehidupan yang sempurna.
Faktor-faktor menyebabkan pelajar-pelajar dan masyarakat tidak mementingkan
aktivitik kokurikulum ialah tangapan yang salah terhadap kegiatan kokurikulum. Ini
adalah kerana kokurikulum bukan berbentuk akademik dan kegiatan ini tidak diberi
penilaian atau gred seperti kurikulum yang berbentuk akademik dan mengutamakan
sifat-sifat kognitif. Oleh yang demikian, kebanyakan ibu bapa enggan menggalakkan

anak-anak mereka menceburi kegiatan kokurikulum dan sebaliknya menggunakan


masa itu untuk anak mereka ke kelas tambahan, muzik dan membuat kerja sekolah.
Dari perspektif yang lain, terdapat juga beberapa kelemahan pihak-pihak tertentu
dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini. Mereka tidak menitikberatkan kegiatan
kokurikulum dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan pihak guru dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum masih pada tahap kurang memuaskan dan ini
mungkin disebabkan mereka tidak memahami garis panduan yang dapat dipegang
sebagai landasan bagi merancang aktiviti dengan jelas selain daripada kurang
kemahiran dalam aktiviti khidmat masyarakat.
Langkah-langkah

yang

boleh

diusaha

untuk

mengembangkan

aktiviti

kokurikulum iaitu pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat sekeliling perlu memberi
perhatian. Mereka tidak seharusnya berdiam diri dan menutup mata seterusnya
membiarkan pelajar-pelajar tersebut terus tersesat dalam keseronokan dunia remaja
tanpa pendidikan yang sempurna. Tindakan yang tegas perlu diambil oleh pihak
tertentu seperti mengenakan denda kepada pelajar sekolah yang melepak dan ponteng
sekolah atau mengenakan tindakan disiplin di sekolah. Dengan adanya penegasan dan
perhatian sebegini, diharapkan mutu disiplin pelajar-pelajar yang bermasalah ini dapat
ditingkatkan dan kegiatan seperti gengsterisme dapat dicegah sebelum ia menjadi
lebih berleluasa dan menjatuhkan imej pendidikan Negara.
Kesimpulannya, program kokurikulum di sekolah bukanlah sesuatu yang baru
dalam aktiviti pendidikan pelajar. Pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya
pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. Hal ini demikian kerana kegiatan
kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan
cergas. Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman
sama dicecah. Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti
kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif
dapat dihasilkan