Anda di halaman 1dari 1

Terdapat pelbagai punca kepada gejala ponteng sekolah ini.

Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng sekolah adalah bermula dari masalah keluarga pelajar. Rata-rata pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga yang bermasalah dan kurang bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa ini telah menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala perilaku anak-anak di luar rumah dan sekolah tidak di ambil peduli. Anak-anak ini berasa mereka tidak diberi perhatian dan diabaikan. Ini menyebabkan pelajar-pelajar sanggup melakukan sesuatu yang melanggar peraturan demi untuk mendapatkan perhatian ibu bapa mereka. Selain itu, ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar yang datang dari keluarga yang bermasalah akan menyebabkan mereka melakukan perkara negatif. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada masalah disiplin di kalangan pelajar.
kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah -isi kandungan sukatan pelajaran iaitu mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi, pendidikan moral&Islam -tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. -berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. -mudah berputus asa,hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

masalah keluarga seseorang pelajar itu sendiri. -Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. -Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. -Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah -Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. -Anak-anak dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. -rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang -Ketika berada di rumah, anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. -mempengaruhi pembentukan peribadi mereka secara tidak tidak langsung -amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka. -Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka.

Masalah kemiskinan keluarga pelajar -taraf ekonomi keluarga yang rendah -kekurangan serba serbi lalu malas ke sekolah kerana terpaksa bekerja secara sambilan -terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja pada waktu malam

alasan yang tidak munasabah -seperti takut didenda, guru yang garang, malu -mereka takut didenda kerana tidak sempat menyiapkan kerja sekolah -pelajar yang datang lewat lalu mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka -berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. -menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil

Anda mungkin juga menyukai