Anda di halaman 1dari 3

SYARAHAN BAHASA MELAYU (LELAKI/ 2022)

Makanan Segera; Adakah Pilihan yang Bijak?

          Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Berdirinya saya
di sini pada pagi yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk
‘Makanan Segera; Adakah Pilihan yang Bijak?’.

Sidang dewan yang disanjungi,

          Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makanan yang dapat disiap
dan dihidangkan dengan pantas. Selain itu, makanan segera berkonsepkan perkhidmatan
penyediaan makanan yang selesa. Lazimnya, makanan segera dikhususkan untuk makan di
dalam restoran menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu
dan dihidang kepada pelanggan. Makanan jenis ini mula-mula menjadi terkenal di Amerika
Syarikat dalam tahun 1950-an. Bilangan buah restoran ini terus meningkat, hal ini dikatakan
kerana kewujudan rangkaian francais makanan segera di Malaysia ibarat cendawan yang
tumbuh selepas hujan. Makanan-makanan ini juga mudah didapati, enak rasanya dan
harganya berpatutan. Oleh itu, makanan segera telah menjadi budaya pemakanan dan
paling disukai oleh masyarakat di negara ini.

          Terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera, seperti (KFC), McDonald’s,
Pizza Hut, dan sebagainya. Namun, dari segi kesihatan, makanan segera sebenarnya
banyak membawa implikasi negatif yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat,
terutamanya masalah obesiti. Masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi
satu sindrom yang drastik baharu masyarakat kita berpunca daripada pengambilan
berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi. Akibatnya
risiko terhadap peningkatan kolesterol dalam darah. Jika fenomena ini tidak diberi perhatian
akan menyebabkan penyakit jantung.

Glukosa dalam badan sukar dioksidasi untuk memberi tenaga.Ini menyebabkan


sesetengah masyarakat  menjadi tidak aktif dan sukar untuk melakukan aktiviti sukan.
Tegasnya, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan menjadi punca yang
penting menyebabkan masalah kegemukan.

          Selain itu, makan makanan segera yang berlebihan akan merencatkan tumbesaran
manusia. Makanan segera mudah membawa mudarat kerana tidak mempunyai nutrisi yang
diperlukan untuk tumbesaran manusia. Sebagai contoh, makanan segera juga tidak
mengandungi vitamin A yang amat diperlukan untuk membina sel-sel baharu, dan berfungsi
untuk penjagaan mata dan kulit. Manusia memerlukan nutrisi yang tinggi untuk tumbesaran
sekiranya tidak akan menyusut tenaga. Akibatnya, masyarakat akan kelihatan yang lebih
rendah dan kecil berbanding sesetengah masyarakat lain yang sebaya. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pengambilan makanan yang berkhasiat dari
seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

1
           Makanan segera yang tidak berkhasiat dapat melemahkan sistem imuniti.
Kekurangan dalam sistem pertahanan badan akan terdedah kepada penyakit berbahaya.
Hal ini berkaitan dengan peranan sistem imuniti yang mengeluarkan antibodi bercenderung
untuk meningkat dalam penyakit kronik seperti diabetes melitus, dan juga membawa maut
terutamanya golongan kanak-kanak. Nasi sudah menjadi bubur, kita haruslah sentiasa
berwaspada dan makan makanan yang sihat untuk menguatkan sistem imuniti badan kita.
Tuntasnya, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan akan melemahkan sistem
imuniti tubuh.

       Akhirnya, Kesan buruk pengambilan makanan segera yang berlebihan anak-anak juga


menggangu emosi manusia. Makanan segera dapat mempengaruhi emosi dan hasil tindak
balas bahan kimia dalam makanan segera. Ahli-ahli sains mendapati kajian ada kaitan
antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan segera yang mengandungi
lemak trans fats, serbuk perisa, monosodium glutamate yang tinggi menyebabkan
ketidakseimbangan bahan kimia yang berbahaya berada di dalam badan. Penyelidikan
menegaskan makanan yang manis seperti donat, kek, coklat akan menaikkan paras gula
dalam darah. Kenaikkan paras gula darah akan mengakibatkan seseorang itu mudah letih
dan mudah marah. Justeru, makanan segera berbahaya kepada kanak-kanak kerana akan
menyebabkan mereka mempunyai emosi yang tidak stabil. Mencegah lebih baik daripada
mengubati, pengambilan makanan segera hendaklah dikurangkan untuk mengawal emosi
dengan baik dan rasional.

        

Hadirin yang saya hormati,

          Sebagai kesimpulannya, kewujudan makanan segera di Malaysia mempunyai kesan


negatifnya. Kesedaran tentang pengambilan makanan segera yang berlebihan sebenarnya
memudaratkan kesihatan. Jangan ikut nafsu dan jangan terlalu mengambil jalan mudah
dalam soal pemakanan anak-anak. Pilihan di tangan pembeli, semoga masalah ini
dititikberatkan oleh masyarakat dan tidak berlarutan pada masa hadapan. Tepuk dada,
tanya selera, makanan segera indah khabar dari lupa. Sebelum saya mengakhiri syarahan
ini, terimalah serangkap pantun:

          Jatuhnya tongkat si nenek tua,


                   di bantu ikhlas niat di hati;
          Kuat dan cergas impian semua,
                   Pengubah hidup yang lebih berkualiti .

Sekian, terima kasih.

2
`

Anda mungkin juga menyukai