Anda di halaman 1dari 16

Kesan buruk sebar fitnah dalam media sosial

Oleh Dr Nik Roskiman Abdul Samad


bhagama@bh.com.my

Share

Tweet

Share

FOTO hiasan.
Menggunakan media sosial harus, tetapi haram jika disalah guna. Oleh itu,
pengguna perlu mengikut adab dan akhlak Islam. Mengumpat, berbohong,
memfitnah dalam media sosial juga haram. Oleh itu berhati-hati dalam
berkongsi maklumat di alam maya.
Berpuasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga berpuasa
pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan lain-lain daripada segala dosa,
berpuasa hati daripada lintasan jahat serta maksiat. Itulah tingkatan puasa
yang terbaik seperti yang digariskan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.

Cuma satu perkara pada zaman moden ini, kita lupa untuk turut berpuasa
'tangan' daripada mengetuk papan kekunci komputer atau gajet kita. Kita
berpuasa lidah, namun tangan masih terus menerus menghantar
kenyataan (status), tulisan di Facebook, blog, Twitter mengumpat dan
memfitnah orang lain.

Sheikh Hamzah Yusuf ketika bertandang ke Malaysia tahun lalu pernah


menyebut, hari ini orang mengumpat dan memfitnah tidak perlu berdua
atau lebih. Walaupun berseorangan, mereka masih boleh mengumpat dan
memfitnah orang lain.

Bagaimana? Melalui media sosial yang mereka lakukan sendirian,


berseorangan di mana-mana sahaja. Dahulu, kesan atau implikasi orang
mengumpat mungkin setakat mereka yang berada di sekeliling sahaja dan
sebarannya agak perlahan.

Pos kenyataan fitnah, untuk dikongsi ramai

Hari ini, sekali kita poskan kenyataan fitnah, umpat dan pembohongan,
semua pengikut dapat membacanya dan kemudian dikongsi dengan orang
lain. Kemudaratannya besar sekali.

Mengguna media sosial dari segi prinsipnya harus (mubah) kerana sifatnya
tertakluk kepada penggunanya bukan kerana zatnya. Ia tidak ubah seperti
sebilah pisau, boleh digunakan untuk kegunaan di dapur bagi memotong
sayur dan daging, boleh juga diguna untuk membunuh orang.

Yang pertama itu harus, manakala kegunaan yang kedua itu haram
hukumnya. Oleh itu, menggunakan kemudahan internet dan media sosial
perlu diiringi adab serta akhlak Islam. Pada asasnya, apa yang haram
dituturkan maka haram juga hukumnya menulis.

Jika mengumpat, berbohong, memfitnah dan seumpamanya itu haram


hukumnya dengan lidah, maka menulis di Facebook, blog, Twitter, e-mel,
WhatsApp, telegram dan sebagainya juga haram hukumnya. Kita tidak
perlu ada ilmu fikah yang berbeza untuk menetapkan hukum itu kerana apa
sahaja yang haram dibicarakan dengan lidah, maka hukumnya haram juga
disebarkan melalui penulisan atau di internet.

Kita perlu ingat dan berhati-hati ada kala apa yang dituturkan atau ditulis
yang disangka seolah-olah perkara remeh, namun di sisi Allah SWT ia
amat besar sama ada diredai atau dimurkai.

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Baginda SAW bersabda: "Seorang yang


menuturkan satu perkataan yang diredai oleh Allah SWT dengan
menyangka ia remeh, namun di sisi Allah SWT ia suatu yang amat diredai-
Nya, nescaya Allah SWT akan mengangkat darjatnya dalam syurga;
manakala seorang lain menuturkan perkara yang disangkanya remeh,
namun menimbulkan kemurkaan Allah SWT nescaya Allah SWT akan
mencampakkan ke dalam neraka." (Riwayat Bukhari)

Media sosial sepatutnya digunakan sebagai media dakwah kerana ia


medium paling ampuh untuk menerangkan mengenai Islam, mendekatkan
masyarakat kepada ajaran Islam serta memperbetulkan salah faham
berkaitan Islam.

Pengguna internet di Malaysia dianggarkan kira-kira 20 juta orang dengan


62 peratus mengguna media sosial. Hampir lima jam daripada masa
mereka mengguna telefon pintar untuk tujuan mencapai internet.
Bayangkan jika kita guna kesempatan itu untuk mengakses begitu ramai
pengguna.

Apa juga berita yang dibaca di media sosial, anggaplah ia maklumat


mentah yang perlu diproses untuk disahkan terlebih dahulu. Oleh itu,
menjadi tanggungjawab kita menyiasat terlebih dahulu maklumat yang
diterima supaya dapat dipastikan kesahihannya.

Ini selaras Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang
beriman, apabila datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka
siasatlah terlebih dahulu supaya kamu tidak menimpakan mudarat kepada
orang lain atas kejahilan kamu dan kemudiannya kamu menyesal." (Surah
al-Hujurat, ayat 6)
Hari ini seolah menjadi aliran masyarakat untuk berkongsi atau
memanjangkan apa sahaja maklumat yang diterima tanpa terlebih dahulu
menyiasat kebenarannya. Jika apa yang dikongsikan itu adalah fitnah,
maka kita yang turut memanjangkan maklumat itu turut bersekongkol
memfitnah dan terjerumus dalam dosa.

Ramai yang ghairah menjadi 'orang pertama' menyebarkan berita


(breaking news) walaupun apa yang disebarkan itu mungkin tidak tepat
dan palsu. Gambar bahkan video boleh dipalsukan, begitu juga dokumen
boleh direka cipta bagi menampakkan yang palsu itu benar, yang batil itu
hak dan berfakta.

Jaga adab berurusan di alam maya

Marilah bersama kita menjaga adab dalam berurusan di alam maya.


Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Fauzan
Noordin, berkata Allah SWT adalah Tuhan sekalian alam, termasuk juga
alam maya.

Oleh itu, berhati-hati dan jangan menyangka bahawa kita bebas di alam
maya, sedangkan kita akan dipersoalkan atas setiap perlakuan di Padang
Mahsyar kelak. Apapun, undang-undang dan peraturan, ia tidak akan
mampu menyekat dan membendung salah laku.

Hanya kekuatan iman dan keinsafan bahawa akhirnya kita akan


dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT sahajalah yang akan
menjadi benteng berakhlak mulia. Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Tiadalah seseorang itu mengucapkan apa-apa pun melainkan
di sisinya ada yang menulis." (Surah Qaf, ayat 18)

Penulis ialah Pengarah Pusat Media Institut Kefahaman Islam


Malaysia (IKIM)
FITNAH DAN HASUTAN MELALUI BERITA DALAM TALIAN

Pada masa kini jenayah siber merupakan satu penyalahgunaan intern


HomeCiNtaIsu HangatMahir ITEdit-MeEdit-Me

RABU, 18 JANUARI 2012

Fitnah Dalam Internet

Internet diakui sebagai medium ideal dalam menggalakkan proses demokrasi.


Namun, dalam masa yang sama, internet boleh menjadi medium penyebaran
fitnah sekiranya ada pengguna yang terus menyalahgunakannya.

Mengapakah fitnah boleh berlaku menerusi internet?

Pengendali blog, website dan portal tidak mungkin dapat menghasilkan berita
asal seumpama akhbar dan televisyen kerana kos penyediaan yang tinggi dan
latihan yang cukup diperlukan. Oleh itu, informasi yang didedahkan adalah
berdasarkan pemikiran dan pandangan logik mereka sendiri. Hal ini boleh
menyebabkan fitnah berlaku menerusi internet.

Tiada sekatan informasi dilakukan kerana pihak kerajaan Malaysia telah


mengambil langkah yang positif untuk tidak menyekat atau menapis dunia
siber. Hal ini telah termaktub didalam perjanjian diantara kerajaan Malaysia
dengan syarikat Koridor Raya Multimedia.

Selain itu, faktor lain adalah disebabkan oleh pengguna/pelayar internet yang
terlalu taksub dan mempunyai rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu yang
berbangkit. Hal ini, akan menyebabkan mereka beremosional dalam meluah
dan mendedahkan segala isu kepada umum.

Isu politik boleh menyebabkan fitnah semakin berleluasa berlaku terutamanya


menjelang pilihan raya. Pelbagai pendapat peribadi diberikan oleh pengguna
internet dan menyebabkan masyarakat tidak dapat menilai sesuatu isu itu
sama ada benar atau palsu. Selain itu juga, internet menjadi medium untuk
memburuk-burukkan tokoh politik yang bertujuan untuk memusnahkan karier
politik tokoh tersebut.

Kesan fitnah terhadap masyarakat.

Merujuk kepada konteks Malaysia, terdapat banyak maklumat berunsurkan


fitnah dalam rangkaian Internet. Kesemuanya ditujukan kepada sesetengah
pemimpin negara. Gejala sedemikian berupaya menjana kebencian dan
kekeliruan di kalangan pengguna internet yang mempercayai terus maklumat
yan diperolehi.

Ini boleh mencetuskan kekacauan di dalam negara dan mengancam


keselamatan serta ketenteraman negara.

Fitnah juga boleh memberikan kesan langsung terhadap individu yang difitnah
seperti kemusnahan kerjaya, dibenci oleh masyarakat serta maruah diri dan
keluarga tercemar. Bukan itu sahaja, fitnah juga berbahaya kepada
perhubungan kaum dimana jika fitnah tersebut melibatkan perkauman ia
boleh mengakibatkan ketegangan kaum tercetus.Internet adalah merupakan
medium terbaik dalam proses demokrasi. Namun, sebagai pengguna kita
haruslah sentiasa rasional dan bertanggungjawab dalam menggunakan
internet untuk menyampaikan pandangan tentang. Gunakan internet dengan
bijak. JAUHI FITNAH.
et yang hangat dibincangkan. Internet menjadi satu penghubung untuk
menyampaikan maklumat dan berita dengan cepat untuk masyarakat dan juga
ke seluruh dunia. Kemunculah hackers, fitnah yang menjejaskan nama baik
sesetengah pihak, pornografi kanak-kanak dan penyebaran virus merupakan
beberapa contoh jenayah siber yang sering melanda bukan sahaja di Malaysia
tetapi juga di Negara-negara lain.

Penyebaran fitnah menerusi internet kini telah menjadi satu fenomena baru
yang mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Kebebasan yang
diberikan telah disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi
tujuan kepentingan peribadi.

Internet menghubungkan semua manusia tanpa mengenal batasan geografi


dan fizikal. Penyebaran maklumat serta wujudnya kebebasan tanpa tapisan di
dalam internet menyebabkan ramai yang telah menyalahgunakan kemudahan
yang disediakan contohnya melaui ruangan chat, blog, yahoo messenger dan
email.

Antara contoh kes yang melibatkan gejala fitnah menerusi internet ialah kes
yang melibatkan seorang pensyarah kolej, Ahmad Shahril yang didakwa atas
tiga tuduhan memfitnah penyanyi Siti Nurhaliza Taruddin menerusi
penghantaran e-mel. Ternyata kes ini jelaslah menunjukkan bahawa kes yang
boleh menjejaskan dan manjatuhkan reputasi seseorang dengan fitnah dan
tuduhan melalui penghantaran e-mail.

Biarpun kebebasan bersuara diamalkakan diseluruh Negara di dunia namun


fungsi internet seharusnya mendidik dan ia tidak harus disalahgunakan
sehingga mendatangkan kesusahan kepada pihak yang lain.
Antara faktor yang menjadikan alam siber sebagai tempat menyebar fitnah
adalah alam siber adalah alam tanpa sempadan dan kos dalam penggunaanya
sangat rendah berbanding telefon bimbit atau medium perhubungan yang
lain. Disamping itu, ianya sangat mudah dan boleh di gunakan dimana-mana
pun diseluruh dunia. Oleh kerana ciri-ciri tersebut, medium ini boleh
menyebabkan perhubungan yang lebih meluas. Maka setiap orang
berpendapat adalah lebih mudah bagi mereka meluah dan menyuarakan
pendapat kepada pihak lain malah ke seluruh dunia.

Faktor lain yang menyumbang kepada permasalahan ini ialah kewujudan


pelbagai bentuk kemudahan dalam alam siber, seperti e-mail, mesej yang
dihantar secara berkelompok atapun papan buletin atau berkomunikasi
melalui forum. Jika ramai yang berkomunkasi melalui cara ini, maka lebih
banyak fitnah boleh disebarkan. Fitnah yang disebarkan akan dilakukan secara
serta-merta dan tersebar menjadi permasalahan sejagat. Contohnya, parti-
parti politik yang menggunakan internet dalam memperjuangkan
kesinambungan agenda politik mereka. Ada sesetengah daripada pemimpin
ataupun ahli parti-parti politik ini tidak kiralah yang menyokong kerajaan
ataupun dipihak yang membangkang atau pembangkang menggunakan berita
dalam talian untuk menabur fitnah dan hasutan bagi melemahkan pihak lawan
mereka. Hal ini berlaku kerana tidak seperti akhbar tradisional. Semua hasil-
hasil penerbitan haruslah tertakhluk kepada peruntukan undang-undang dan
akta yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan mana-mana hasil penerbitan
yang membangkitkan fitnah dan hasutan akan dikenakan tindakan undang-
undang ke atasnya. Dan juga jika hendak menerbitkan akhbar tradisional
perlulah ada sesebuah organisasi akhbar untuk melakukan penerbitan
seterusnya menghadkan bahan berita kerana telah ditapis isi kandungannya.

Akhirnya dengan wujudnya penyebaran berita dalam talian maka ramai yang
mengambil kesempatan ini untuk bersuara menyatakan apa yang tersurat dan
tersirat dalam benak masing-masing. Dengan senang fitnah demi fitnah dan
hasutan demi hasutan dilemparkan ke pihak yang bertelagah untuk mencapai
tujuan masing-masing.
Faktor lain adalah kurangnya kesedaran mengenai akibat menyebarkan fitnah
atau berbaur hasutan khususnya kepada golongan yang tidak berfikir secara
matang dan rasional serta kewarasan akal untuk bertindak. Mereka haruslah
menyedari bahawa dalam ajaran agama sendiri pun menyebut tentang
keburukan fitnah dan hasutan tidak kiralah apa jua agama sekalipun contohnya
dalam agam Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Disebabkan pengaruh separti
ini tidak hairanlah generasi sekarang ini telah mengalami kembali penjajahan
dalam proses pemikiran mereka. Apa yang ditakutkan adalah nilai-nilai murni
daripada generasi akan dating kelak hilang atau telah terkikis dengan
pendedahan gejala fitnah melalui internet ini. Kita juga haruslah sedar bahawa
generasi muda inilah yang bakal menyambung dan menjadi pemimpin Negara
suatu hari nanti. Maka pihak kerajaan mahupun semua pihak haruslah
mengekang gejala fitnah dan tahu akan batasan tentang penggunaan
komunikasi yang betul memalui internet ini. Oleh itu penerapan nilai-nilai
agama amat penting bagi mendidik seseorang itu dalam berkata-kata atau
bertindak.

Disamping itu, berkemungkinan juga segelintir orang tidak peka terhadap


beberapa isu yang sensitif yang boleh menyebabkan orang lain menganggap
maksud yang ingin disampaikan berkenaan dengan isu sensitif seningga
menimbulkan fitnah melalui talian ini.

Fitnah juga boleh wujud dikalangan orang yang menjalankan perniagaan


contohnya melalui blog. Sebagai contoh, individu atau organisasi perniagaan
yang ingin mendapatkan keuntungan yang lebih banyak berbanding pesaing
lain. Taktik fitnah dan hasutan adalah cara yang penting bagi mereka
mencapai apa yang mereka kehendaki. Oleh itu, dengan adanya kemudahan
blog mereka senang untuk mengatasi pesaing-pesaing mereka dengan
menyebarkan fitnah dan agenda-agenda tertentu dengan memburukkan
perniagaan orang lain dengan harapan perniagaan orang lain boleh jatuh.
Akhir sekali, hal sebegini tidak seharusnya dibiarkan terus menular dan berlaku
khususnya dikalangan masyarakat majmuk Negara ini yang terdiri daripada
berbilang bangsa, kaum, agama dan bahasa. Lebih-lebih lagi, melaui dasar
1Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa “1Malaysia adalah satu
gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia”. Oleh itu, melalui pendekatan ini, ianya akan
mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, kearah mencapai
kemajuan dan pembangunana yang lebih tinggi bagi rakyat dan Negara
Malaysia.
FITNAH SIBER

2 Votes

1. Fitnah Siber“Fitnah Siber” diertikan sebagai penyalahgunaan atau


menggunakan teknologi komputer dan telekomunikasi tidak sebagaimana yang
sepatutnya dan bertentangan dengan agama, undang-undang serta tatasusila
masyarakat. Selain itu, “Fitnah Siber” turut diertikan sebagai penyebaran fitnah
iaitu kata dusta, tuduhan dan berita palsu bertujuan memburukkan atau
mengaibkan seseorang atau sesebuah institusi.

Pada zaman moden era teknologi dan globalisasi ini, “Fitnah Siber” berlaku dan
tersebar dalam pelbagai saluran media massa dan elektronik, bahkan ianya
semakin berleluasa melalui laman-laman sesawang atau blog serta laman-
laman sosial seperti facebook dan twitter. Fitnah yang dicetuskan tersebar
dengan cepat, meluas dan mudah tanpa sebarang sekatan yang akhirnya
mencetuskan huru-hara dan ketidakstabilan dalam masyarakat.

Mengapa “Fitnah Siber” berlaku dan apakah puncanya? Ia berlaku kerana


maklumat dari internet dan sistem telekomunikasi seperti khidmat pesanan
ringkas (SMS) telah dijadikan sebagai sumber informasi utama masyarakat kita
pada hari ini. Seterusnya, sikap mudah menerima berita dan menyebarkannya
tanpa usul periksa samaada maklumat yang diterima benar atau sebaliknya.
Inilah sikap yang amat ditegah oleh Islam.

Setiap Muslim seharusnya menghalusi setiap berita yang diterima supaya tidak
terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang informasi yang
diterima mestilah terlebih dahulu dipastikan kesahihannya terutama yang
disampaikan oleh mereka yang tidak mempedulikan perintah Allah SWT.
Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 6, bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak
diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan
kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”

Fitnah merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar. Pembuat dan


penyebar fitnah adalah sekeji-keji manusia. Sabda Rasulullah SAW
sebagaimana riwayat al-Bukhari Rahimahullah daripada Huzaifah RA, yang
bermaksud:

“Sekeji-keji manusia ialah mereka yang berjalan menabur fitnah, mereka yang
melaga-lagakan di antara insan yang berkasih sayang dan mereka yang
mencari-cari kesalahan terhadap orang yang tidak bersalah.”

Selain itu, “Fitnah Siber” turut membawa banyak keburukan dalam kehidupan
bermasyarakat. Di antara kesan negatif “Fitnah Siber” terhadap individu,
masyarakat dan negara ialah:

Pertama: Dosa fitnah disifatkan sebagai dosa manusia sesama manusia. Allah
SWT tidak akan mengampun dosa pembuat dan penyebar fitnah kecuali orang
yang difitnah telah memberikan kemaafan.

Kedua: Penyebaran fitnah akan mengakibatkan jatuhnya maruah seseorang


individu, tokoh atau perkumpulan tertentu.

Ketiga: Fitnah merosakan persaudaraan, meruntuhkan institusi keluarga dan


masyarakat. Bermula dengan fitnah, hubungan adik-beradik, suami isteri, jiran
tetangga dan sebagainya akhirnya hancur dan bakal membawa kepada
permusuhan yang berkekalan.

Keempat: Penyebaran fitnah boleh menimbulkan huru-hara dan mengganggu


kestabilan serta keamanan Negara.

Gejala yang merosakkan individu, masyarakat dan negara ini boleh di atasi jika
adab-adab Islam dipraktikkan ketika berinteraksi dengan siber dan teknologi
maklumat. Di antara adab-adab Islam yang perlu diamalkan ialah:

Pertama: Menulis atau memperkatakan sesuatu perkara yang terbukti


kesahihannya. Apa-apa isu yang hanya khabar angin tanpa bukti yang jelas
perlu dielakkan. Bayangkan jika kesan negatif dari khabar angin itu terpalit ke
muka kita sendiri atau ahli keluarga, apakah perasaan kita? Sabda Rasulullah
SAW sebagaimana riwayat Muslim Rahimahullah daripada Abu Hurairah RA,
maksudnya:

“Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu jikalau berkata dia dusta, jikalau
berjanji dia menyalahinya, dan jika diberi amanah dia mengkhianatinya.”

Kedua: : Sentiasa merujuk segala perkara kepada ahlinya terutamanya


permasalahan yang tidak dapat dipastikan fakta kebenarannya. Sekiranya sikap
ini diamalkan, segala fahaman dan pengamalan yang menyesatkan dapat
dielakkan.

Ketiga : Mengamalkan sikap hormat-menghormati, adil, bertanggungjawab dan


amanah walaupun berhadapan dengan musuh sekalipun. Firman Allah SWT
dalam surah al-Maidah ayat 8, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.”

Keempat: Bersikap merendah diri, bertolak-ansur dan saling memaafkan


terhadap segala fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya. Inilah sikap
Rasulullah SAW yang harus kita teladani bersama. Firman Allah SWT dalam
surah al-A’raf ayat 199, bermaksud:

“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan, dan suruhlah dengan perkara
yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang
degil dengan kejahilannya).”

Kesimpulannya:

Pertama: Fitnah bukan sahaja banyak membawa keburukan dalam kehidupan


bermasyarakat bahkan ianya merupakan dosa besar. Pembuat dan penyebar
fitnah disifatkan Islam sebagai sekeji-keji manusia.

Kedua: Setiap informasi yang sampai kepada kita wajib diperhalusi dan
diselidiki kesahihannya.

Ketiga: Amalkanlah adab-adab Islam ketika berinteraksi dengan siber dan


teknologi maklumat.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 58, bermaksud:

“Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang


beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau
perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta
dan berbuat dosa yang amat nyata.”

Anda mungkin juga menyukai