Anda di halaman 1dari 5

PERANAN SILAT DAN HUBUNG KAIT

Definasi silat menurut kamus dewan dan pustaka ialan sejenis seni pertahanan

diri yang menggunakan ketangkasan untuk mempertahankan diri. Pada masa kini,

tujuan utama untuk mempelajari seni silat ini adalah untuk mempertahankan diri.

Namun begitu secara sedar atau tidak apabila mempelajari seni silat ini, sedikit demi

sedikit ianya dapat memberi banyak manfaat kepada pesilat tersebut. Hal ini terjadi

adalah kerana apabila seseorang itu mempelajari seni silat mereka terpaksa mengikut

pantang larang, undang-undang mahupun tertib silat itu bagi melayakkan pesilat-pesilat

ini dapat menamatkan perguruan mereka selaras dengan objektif utama mereka iaitu

menamatkan ilmu persilatan pada tahap yang paling tinggi supaya diri lebih yakin

apabila berdepan dengan sebarang ancaman. Sebagai contoh, apabila seseorang

ingin mempelajari seni Silat Cekak Hanafi mereka perlu mengikut beberapa pantang

larang yang telah diterapkan sebagai tunggak pembentukan peribadi mulia dan perlu

melalui beberapa tahap-tahap tertentu yang telah ditetapkan oleh Guru yang Agung

supaya layak diijazahkan penamatan Silat Cekak Hanafi. Apabila mempelajari seni silat

ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada sesiapa yang mempelajarinya maka

secara tidak langsung seni silat itu sendiri berperanan kepada perubahan jati diri yang

lebih kuat, lebih mendekatkan pesilat kepada Allah S.W.T, pembentukan tahap

kesihatan yang lebih baik, pembentukan sosial dalam hubungan kemasyarakatan yang

lebih harmoni, dan juga budaya.

Peranan silat yang paling asas kepada seseorang pesilat itu adalah mengenali

agama dengan lebih mendalam dan mampu mendekatkan diri pesilat itu dengan Allah
S.W.T kerana setiap seni silat itu amat mementingkan aspek kerohanian dan kebatinan.

Sebagai contoh, dalam seni Silat Cekak Hanafi syarat asas untuk mempelajari Silat

Cekak Hanafi ini mestilah beragama islam dan apabila menyertai silat ini pesilat perlu

melengkapkan solat lima waktu. Malah sebelum masuk ke gelanggang untuk berlatih

mereka mesti berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan berdoa memohon

keredaan dan diberkati oleh Allah S.W.T.

Silat juga berperanan kepada perubahan jati diri yang lebih kuat apabila untuk

mengikuti seni silat ini, pesilat mestilah akur kepada pantang larang yang paling utama

dalam seni silat iaitu tidak boleh menderhaka kepada guru silat. Oleh itu, pesilat-pesilat

ini, dilatih dan diasuh supaya menghormati guru silat mereka dan secara tidak langsung

mereka akan menghormati juga guru-guru mereka yang lain seperti guru akademik dan

guru agama. Tidak boleh derhaka kepada ibubapa juga antara pantang larang yang

perlu dipatuhi, dan pesilat juga diasuh supaya memohon restu daripada kedua ibubapa

sebelum melakukan sesuatu agar apa juga tindakan yang hendak dilaksanakan

memberi hasil dan ini secara tidak langsung dapat membentuk dan memperbetulkan

sikap pesilat ini terhadap ibubapa mereka supaya lebih menghormati dan menyayangi

kedua ibubapa mereka. Selain itu, pesilat ini akan diajar dengan “buah silat” daripada

peringkat asas hinggalah peringkat yang paling tinggi. Dalam usaha pesilat-pesilat ini

berlatih untuk mahir dan menguasai “buah silat” ini, ianya memerlukan disiplin dan

kesabaran yang tinggi dalam setiap langkah yang mereka pelajari. Selain dapat

memupuk untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan penuh kesabaran, kesungguhan

pesilat untuk menguasai “buah silat” ini dapat juga memupuk sikap yang lain seperti,
lebih berhati-hati, tenang, tegas, berkeyakinan tinggi dan bersaing secara sihat dalam

apa jua bidang yang mereka ceburi.

Peranan silat dalam meningkatkan tahap kesihatan kepada pengamal silat

adalah perlu diakui dan perlu diheboh kepada semula lapisan masyarakat supaya

mereka mengetahui bahawa dengan bersilat juga mampu membakar kalori bukan

hanya dengan berlari, berbasikal dan berkayak semata-mata. Ini kerana, silat juga

merupakan salah satu jenis senaman kerana ia melibatkan banyak pergerakan badan

seperti pergerakan “buah silat”, melompat, berguling dan lain-lain pergerakan yang

mengeluarkan peluh malah sebelum menjalani latihan bersilat, pesilat ini perlu terlebih

dahulu melakukan renggangan badan untuk mengelakkan berlakunya kecedaraan.

Oleh yang demikian, bersilat bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan

kepada yang lebih baik malah bersilat juga dapat meningkatkan stamina dan

kecerdasan supaya kekal aktif dan juga membantu membuang sisa toksin daripada

badan melalui berpeluh.

Dalam dunia persilatan terdapat pantang larang yang melarang mereka daripada

bergaduh sesama sendiri dan keadaan ini menyebabkan kesatuan dan kerjasama

diantara pesilat-pesilat ini lebih erat. Dan ini akan membentuk hubungan sosial dalam

masyarakat lebih makmur dan harmoni. Jika sebelum seseorang itu menyertai silat,

mereka lebih mudah bertindak agresif apabila terasa diri dicabar, apabila menyertai

seni silat mereka berjaya dibentuk untuk lebih berdaya tahan terhadap kritikan daripada

rakan-rakan. Selain daripada pantang larang ini, mata pelajaran seni Silat Cekak

Hanafi itu sendiri menitik beratkan 99% pertahanan, iaitu pelajar tidak di ajar untuk

menyerang musuh sebaliknya yang dititikberatkan pada peringkat asas hingga kepada
peringkat tamat adalah menangkis serangan dari musuh (Hanafi, 1973). Dalam seni

Silat Cekak Hanafi ini, pesilat yang berjaya tamatkan perguruan akan ditunjukan cara

menyerang dan ini secara tidak langsung ianya melatih pelajar untuk lebih bertolerasi

dengan orang lain. Selain itu, terdapat pantang larang yang menegah pesilat daripada

mencaci seni silat Melayu asli yang lain dimana ianya telah membudayakan sifat

sayang dan saling menghormati sesama bangsa Melayu. Walaupun tujuan utama

belajar seni silat ini adalah untuk mempertahankan diri dan juga boleh digunakan untuk

pergaduhan, namun pesilat telah dididik untuk mengelakkan sebarang pergaduhan

terutamanya pergaduhan sesama bangsa Melayu. Pesilat juga dibentuk sifat kasihan

kerana natijah keputusan sesuatu buah silat itu hanya membawa kearah kemudaratan,

maka hasil daripada kesedaran ini, pesilat-pesilat terdidik dengan sifat belas kasihan

dan seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang

pergaduhan.

Selain itu, peranan silat dari segi budaya pula apabila terdapat seseorang yang

mempelajari ilmu seni silat melayu, secara tidak langsung ia meneruskan

kesinambungan supaya seni silat melayu tidak pupus dan dapat dipelajari oleh generasi

masa hadapan. Malah, dengan wujudnya seni silat ini sehingga kini, kita dapat

mempelajari budaya asal masyarakat melayu terdahulu dengan melihat cara

pemakaian baju, tengkolok dan samping oleh ahli silat itu dan juga senjata mereka

gunakan seperti keris. Selain itu, seni Silat Melayu itu juga dapat menarik pelancong

daripada luar negara yang berminat untuk mengenali seni bela diri masyarakat melayu

dan dengan wujudnya perkampungan-perkampungan silat seperti Hang Tuah Center di


Melaka dapat membantu orang ramai dan pelancong mengenali lebih dekat lagi tentang

seni silat melayu khususnya dan budaya orang melayu amnya.

Anda mungkin juga menyukai