Anda di halaman 1dari 5

AIDA FAQIHAH BINTI ZAINUDDIN (AM1809004849)

SKRIP VIDEO / PAPAN CERITA

“MAI BELAJAQ KEUNIKAN BAHASA KEDAH”

NO. VISUAL AUDIO (BERDIALEK KEDAH) MASA


1. Opening: Thumbnail Latar belakang suara: Fun music 5 saat
- Bendera negeri Kedah
- Tajuk video: “Mai Belajaq
Bahasa Kedah”
2. Camera shot: Suara: 20 saat

Memperkenalkan diri dan tajuk video Hai, Assalamualikum, saya Aida


Faqihah. Anda semua pasti
mempunyai rakan dari negeri
Kedah bukan? Paling kurang
dalam 1 atau 2 orang kawan dari
Kedah dan kadang-kadang bila
berbual dengan mereka, anda
semua kurang faham beberapa
perkataan Kedah yang mereka
gunakan. Jadi, harini kita akan
belajar beberapa Bahasa Kedah
yang sering orang Kedah
gunakan dalam percakapan
seharian mereka. Mungkin ada di
antaranya anda semua pernah
dengar. Tetapi dalam video ini
saya akan memberi contoh
situasi untuk perkataan tersebut.
Jadi mari kita mulakan.

3. Slideshow: Darai Camera shot dan suara: 15 saat


“Darai” dalam Bahasa Melayu
adalah pondan. Contoh situasi,
anda dan rakan anda melalui
lorong yang dipenuhi dengan
golongan-golongan pondan
“Wei! Aku takmau lalu situ,
hang tak nampak tu ramai gila
“darai” dok tunggu tu.” Jadi
itulah maksud “darai”
4. Slideshow: Ligan Camera shot dan suara: 15 saat

“Ligan” bermaksud kejar.


Contohnya, anda ingin kejar
rakan anda di hadapan, jadi itu
dipanggil ligan. Satu lagi contoh
adalah, “Wei hang tau dak
semalam Sameon kena ligan
dengan polis sebab apa taktau
la, dadah kot.” Jadi begitulah
situasinya, ligan tu bermaksud
kejar.
5. Slideshow: Cemuih Camera shot dan suara: 15 saat

Contoh situasi, anda dan rakan


lepak bersama, “Ish, cemuih
aku harini. Makan dah, lena
dah. Hang tak cemuih ka?
Selepas itu rakan ada bertanya
“Cemuih tu apa?” Okay, jadi
cemuih itu adalah bosan dalam
Bahasa Melayu. Jadi ia
digunakan oleh orang kedah
dalam perbualan jika mereka
berasa bosan.
6. Slideshow: Mangli Camera shot dan suara: 15 saat
Perkataan “mangli” ini sudah
jarang digunakan sekarang dan
ia membawa maksud kebiasaan
atau sudah terbiasa. Contohnya,
anda berjumpa rakan anda yang
sering menceritakan perkara
tidak betul kepada anda dan
anda mengetahui perangainya
“Hang takyah sembang
kencang/bohong dengan aku.
Aku dah mangli dah dengan
hang.”
7. Slideshow: Kawaq Camera shot dan suara: 15 saat

Kawaq ini bermaksud pencuri.


Sebagai contoh, anda
menceritakan kepada jiran anda
bahawa rumah anda dimasuki
pencuri “Kak Odah tau dak?
Semalam rumah kami kena
masuk dengan kawaq. Kami
dok lena tak sedaq apa.”
Begitulah situasinya.
8. Slideshow: Cemey Camera shot dan suara: 15 saat

Maksudnya percuma. Contohnya,


jiran setaman anda membuat
kenduri dirumahnya “Seronok
aku harini jiran aku buat
kenuri. Dapat la makan nasi
cemey jimat duit aku.”
9. Slideshow: Baloq Liat Camera shot dan suara: 15 saat

Selalunya kita panggil untuk


orang-orang pemalas. Jadi baloq
liat ni adalah pemalas, penyegan.
Contohnya, anda memarahi adik
anda kerana malas “Hang ni
baloq liat noh! Makan, lena,
main game ja kerja hang.
Tolong ni takmau tolong tu
takmau. Aku taboh(pukul)
hang satgi kot!” Jadi itulah
maksudnya. Kalau anda
mempunyai adik beradik yang
pemalas, boleh gunakannya.
10. Slideshow: Cengey Camera shot dan suara: 15 saat

“Cengey” ini merupakan


panggilan untuk orang yang
garang. Sebagai contoh, anda
takut untuk meminta izin ayah
untuk keluar bersama-sama
rakan-rakan kerana ayah anda
garang “Ish! Aku takut ngat aih
nak tanya ayah aku boleh
keluaq ka dak. Ayah aku dah la
cengey satgi dia tak bagi.”
11. Camera shot: Suara: 15 saat

-Pengakhiran video Jadi itu sahaja antara loghat


Kedah yang saya ingin kongsikan
kepada anda semua.
Sebenarnya, ada banyak lagi
loghat Kedah yang sangat “rare”
atau tidak pernah didengari oleh
anda semua dan sebahagian
orang Kedah juga. Tetapi ini
sahaja yang saya ingin kongsikan
dan saya harap anda semua
sukakan video loghat ini. Terima
kasih dan jumpa lagi.
Assalamualaikum.

Anda mungkin juga menyukai