Anda di halaman 1dari 8

Memahami erti makanan segera

MUKADIMAH

MAKANAN segera bukan sekadar makanan yang dijual di rangkaian restoran fast foods. Itu
kata Timbalan Dekan Penyelidikan, Inovasi dan Pengantarabangsaan, Fakulti Sains dan
Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr. Azizah Abd. Hamid. Beliau
memberitahu demikian ketika diminta memberi definisi makanan segera yang sudah menjadi
bualan hangat masyarakat sejak kebelakangan ini.

Semuanya ini timbul apabila Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai
mencadangkan supaya iklan makanan segera diharamkan. Bagi Dr. Azizah juga, bukan
semuanya makanan segera tidak berkhasiat atau menjadi punca kepada penyakit kronik.

Justeru beliau menganggap cadangan untuk menghentikan iklan mengenai makanan


segera ini di televisyen dianggap tidak wajar. Penolakan untuk pengharaman itu dibuat
berdasarkan kepakarannya mengenai perkara itu. Dalam suasana yang santai dan bersahaja,
Dr. Azizah menjelaskan apa sebenarnya makanan segera.

Makanan segera merupakan salah satu kategori makanan mudah guna yang didefinisikan
sebagai makanan sejuk atau panas. Ia hanya memerlukan masa dan usaha yang sedikit untuk
menyediakannya. Makanan mudah guna ini merangkumi jenis makanan yang diklasifikasikan
seperti makanan segera (fast foods), makanan gerai, makanan terproses minimum, makanan
terproses separa, makanan sedia dimakan, makanan ringan/snek (snack foods), makanan
ringan/snek kurang zat (junk foods) dan minuman sedia diminum. (Lihat jadual di muka 11)

Makanan segera kerap disalahertikan sebagai makanan yang tidak berkhasiat dan
memudaratkan. Memang ada yang berkhasiat dan ada yang memudaratkan tetapi ini
bergantung kepada jenis makanan dan cara penyediaannya. Contohnya, ayam goreng
mengandungi protein yang tinggi (16 peratus) dan lemak (15 peratus). Ayam goreng juga
mengandungi nutrien lain seperti vitamin A, B1, B2, niasin, kalsium dan zat besi. Sekiranya
minyak yang digunakan semasa menggoreng berkualiti, ayam goreng boleh menjadi sumber
makanan yang baik. Tetapi apa yang lebih penting dalam hal ini, adakah ayam yang digunakan
mengandungi antibiotik atau hormon yang tidak diingini atau minyak untuk menggoreng
ditukar selalu. Kemungkinan bagi ayam goreng yang disediakan di pasar malam, restoran
atau di rumah mungkin lebih rendah kualitinya sekiranya minyak tersebut digunakan
berulangkali. Dalam hal yang sama, minyak yang digunakan di restoran segera yang dikawal
kualitinya dan sering ditukar mengikut jadual, mungkin lebih baik tahap kualitinya. Oleh itu
jika dilihat daripada perspektif ini, tidak bermakna makanan segera di restoran segera,
kurang berkhasiat berbanding apa yang terdapat di tempat lain. Walau bagaimanapun,
pengambilan makanan bergoreng yang berlebihan tidak digalakkan kerana ini akan
meningkatkan pengambilan lemak yang menyebabkan peningkatan risiko obesiti dan
komplikasi kesihatan yang berkaitan.
Tetapi ramai beranggapan bahawa makanan segera seperti mi segera, snek, makanan
sejuk beku dan produk seumpamanya adalah makanan yang tidak berkhasiat dan
memudaratkan.

Anggapan ini benar sekiranya makanan itu tinggi lemak, garam dan gula serta diambil
secara kerap dan berlebihan tanpa penambahan ramuan lain semasa penyediaannya. Walau
bagaimanapun, jika mi segera dimasak dengan menambah ramuan berkhasiat seperti
sayuran, telur, daging dan sebagainya akan menjadikannya makanan yang lengkap dan
seimbang. Mi segera sememangnya mengandungi bahan tambah yang digunakan semasa
penghasilan tetapi kadar penggunaan bahan tambah tersebut adalah pada tahap yang
dibenarkan di bawah Akta dan Peraturan Makanan 1985. Manakala snek yang terdapat di
pasaran boleh dikategorikan kepada berkhasiat dan tidak. Contoh snek berkhasiat termasuk
hasilan bakeri dan coklat yang mempunyai antioksidan yang tinggi. Snek yang tidak
berkhasiat merangkumi snek yang berasaskan kanji terbitan daripada jagung, beras, gandum
dan kentang yang hanya ditambah bahan perisa, pewarna, pengawet dan garam yang tidak
mempunyai nilai pemakanan. Ini akan memudaratkan jika pengambilannya berlebihan. Ibu
bapa perlu mengawal pengambilan snek yang sebegini. Bagi saya pengiklanan snek tidak
berkhasiat ini perlu dikawal. Sementara itu, makanan sejuk beku adalah makanan sedia
dimakan yang semakin popular di Malaysia. Ini merangkumi makanan seperti roti canai, dan
pelbagai jenis kuih. Namun terdapat mereka yang beranggapan makanan sejuk beku ini
mengandungi bahan pengawet yang berbahaya dan perlu dihindarkan. Sebenarnya, makanan
ini diproses menggunakan bahan mentah berkualiti dan tidak menggunakan bahan pengawet
yang tinggi kerana penyejukbekuan itu sendiri adalah satu kaedah pengawetan.

Pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak tepu tinggi, lemak
tidak tepu, gula dan garam yang tinggi akan meningkatkan risiko terhadap penyakit berkaitan
jantung, ketuaan dan kencing manis.

Tidak ada kajian mengatakan kegemukan itu disebabkan oleh pengambilan makanan
segera. Kegemukan disebabkan oleh pengambilan kalori berlebihan yang diperlukan oleh
badan. Kalori yang berlebihan itu disimpan tanpa sebarang tindak balas seperti melakukan
riadah yang boleh membakar kalori tersebut. Selain itu, obesiti itu disebabkan oleh
pengambilan kalori berlebihan di rumah atau di tempat lain. Kita tidak boleh salahkan
makanan segera.

Minuman sedia diminum seperti daripada hasilan tenusu, jus buah-buahan dan sayuran,
minuman berkarbonat yang sangat digemari di kalangan remaja mengandungi kandungan
gula, pewarna dan bahan tambah yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan.

Pelabelan kandungan tahap risiko termasuk kandungan lemak trans-fats, gula, garam dan
bahan kimia pada makanan segera adalah kaedah terbaik bagi menghindarkan pengambilan
makanan yang tidak berkhasiat. Ia dapat membantu pengguna membuat pilihan makanan
dengan bijak, selain menggalakkan pengeluar supaya lebih prihatin terhadap kepentingan
mengeluarkan produk yang berkhasiat. Pelabelan akan menerangkan mengenai tahap
kandungan bahan yang terdapat pada label makanan segera. Ia merupakan akuan benar
mengenai kualiti makanan dan membuat rakyat lebih berhati-hati.

Adalah penting untuk ibu bapa meneliti fakta-fakta mengenai makanan segera sebelum
diambil. Setiap individu juga perlu berusaha mengawal selera dengan memikirkan saiz
hidangan lebih besar bermakna lebih kalori dan besar kemungkinan lebih lemak, lebih
kolesterol dan lebih natrium. Di samping itu, setiap individu perlu mengambil perhatian
terhadap menu harian dengan meneliti ramuan dan kandungan setiap sajian. Imbangkan
makanan segera dengan makanan lain sepanjang hari. Disarankan juga mengurangkan sos
istimewa atau snek seperti mayones apabila mengambil makanan seperti salad, sandwic
atau kentang goreng. Jika boleh, bahagikan atau kongsi makanan yang dipesan dengan
pasangan, keluarga bagi mengurangkan jumlah makanan yang diambil. Jika masih terasa
lapar, makan buah-buahan atau pesan sayur atau salad. Tetapi elakkan makanan bergoreng.
Jika teringin makan ayam atau ikan, pilih ayam atau ikan panggang.
Pengertian Berat Badan

Berat badan adalah ukuran yang lazim atau sering dipakai untuk menilai keadaan suatu jisim
manusia. Berat badan adalah ukuran tubuh dalam sisi beratnya yang ditimbang dalam
keadaan berpakaian minimal tanpa perlengkapan apapun. Berat badan diukur dengan alat
ukur berat badan dengan suatu satuan kilogram. Dengan mengetahui berat badan seseorang
maka kita akan dapat memperkirakan tingkat kesihatan atau jisim seseorang.

Kategori Berat Badan

Berat Badan Berlebihan secara amnya ditakrifkan sebagai lemak badan yang lebih
optimum yang sihat. Berat badan yang berlebihab adalah keadaan yang biasa , terutamanya
di amna bekalan makanan yang banyak dan gaya hidup yang tidak aktif.

Kekurangan Berat Badan merujuk kepada manusia yang dianggap berada di bawah berat
badan yang sihat. Berat badan yang berkurang ertinya berat kurang daripada apa yang
dijangka untuk menjadi orang yang sihat (kekurangan berat badan = tidak cukup berat
badan). Takrifnya biasanya dibuat dengan merujuk kepada indeks jisim berat badan (BMI).
18.5 biasanya merujuk kepada individu yang mempunyai kekurangan berat badan
Obesiti secara amnya obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbul
dalam tubuh badan seseorang. Obesiti kini dianggap satu penyakit dan terjadi apabila tisu-
tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan
yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial. Jangka hayat
penghidapnya juga semakin pendek.

Berat Badan Normal adalah berat badan yang ideal mengikut ketinggian , umur serta faktor
kesihatan dimana BMI adalah 18.5 hingga 24.99
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?

Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan
anda secara kasar. Cara pengiraan :

Berat badan (kilogram)


Indeks Jisim Tubuh (BMI)=__________________________
(Tinggi (meter) x Tinggi (meter)

BMI Classification
18.5 or less Underweight
18.5 to 24.99 Normal Weight
25 to 29.99 Overweight
30 to 34.99 Obesity (Class 1)
35 to 39.99 Obesity (Class 2)
40 or greater Morbid Obesity

Anda mungkin juga menyukai