Anda di halaman 1dari 16

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN
PUNCA PUNCA JEREBU
KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN
LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN
LANGKAH LANGKAH MENGATASI
PENUTUP
ULASAN ARTIKEL 1
ULASAN ARTIKEL 2
ULASAN ARTIKEL 3
ULASAN ARTIKEL 4
ULASAN ARTIKEL 5
LAMPIRAN
ARTIKEL 1
ARTIKEL 2
ARTIKEL 3
ARTIKEL 4
ARTIKEL 5
RUJUKAN

1.0

PENDAHULUAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan
kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Puan Guru Besar, guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid yang saya kasihi sekalian. Salam Satu Malaysia dan salam sehati sejiwa kepada
seluruh warga sekolah dan juga para pelajar.Bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar,
saya ingin menyampaikan satu ceramah yang bertajuk Jerebu.. Dalam ceramah ini, saya akan
menyentuh punca punca jerebu, kesan kesan jerebu terhadap kesihatan kita, langkah
langkah keselamatan serta langkah langkah mengatasi daripada berlakunya jerebu.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu ?. Untuk pengetahuan para hadirin di dalam dewan ini,
Menurut Kamus Dewan DBP, jerebu bermaksud fenomena atmosfera yang berlaku apabila
debu,asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini disebabkan
kewujudan partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat mata kasar dalam kuantiti yang banyak
dan terapung-apung di udara. Pakar-pakar alam sekitar dan kejuruteraan kimia memberi amaran
jerebu itu amat bahaya kerana ia mengandungi campuran gas beracun dan bahan kimia termasuk
magnesium. Bahan-bahan itu mampu menghakis permukaan paru-paru sekali gus melumpuhkan
sistem pernafasan manusia. Campuran bahan terampai tersebut menjadi lebih berbahaya kerana
ia bergabung dengan asap-asap kilang dan kenderaan yang mengandungi plumbum serta nitrogen
oksida yang boleh menyebabkan gangguan otak dan berbahaya kepada paru-paru dan kesihatan
tubuh badan seseorang terutamanya kanak kanak iaitu anak anak para hadirin sekalian.
Para hadirin yang dihormati sekalian,
Dalam slaid persembahan di depan ini adalah kandungan jerebu, yang boleh menjejaskan
kesihatan tubuh badan seseorang. Antara bahan bahan tersebut adalah

1) Partikulat terampai
Didapati dalam asap kebakaran hutan, pembakaran terbuka, debu letusan gunung berapi,
perlepasan asap kenderaan khususnya yang berkuasa diesel serta loji tenaga dan kilang
2) Sulfur dioksida
Berpunca daripada letusan gunung berapi, loji tenaga, industri berat dan enjin diesel
3) Karbon monoksida dan karbon
Diakibatkan oleh aktiviti pada loji tenaga, idustri menggunakan dioksida bahan api fosil,
sumber kenderaan bergerak khususnya yang menggunakan minyak diesel dan berplumbum
4) Nitrogen dioksida
Diakibatkan oleh loji tenaga, industri berat dan kenderaan bermotor
5) Plumbum
Dihasilkan oleh industri tertentu dan cat yang berasaskan plumbum serta sumber kenderaan.
Para hadirin yang dihormati,
Untuk makluman para hadirin di dalam dewan ini, Jerebu mempunyai kadar pentakrifannya yang
tersendiri.

Jerebu diukur menggunakan IPU yakni Indeks Pencemaran Udara.

Indeks

Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap pencemaran akibat
jerebu. Ia melibatkan

pengukuran

kuantiti

IPU

PENGKELASAN

0 - 50

Sihat

sulfur

dioksida,

nitrogen dioksida dan

51 100

Sederhana

ozon.

Pengelasan

tahap kualiti udara

101 - 200

Tidak sihat

mengikut IPU adalah

201 - 300

Sangat tidak sihat

< 300

Berbahaya

zarah
karbon

halus

monoksida,

seperti berikut:

2.0

yang

PUNCA PUNCA JEREBU.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

berbahaya

seperti

Apabila kita membaca akhbar, dengan jelas memberitahu yang punca jerebu secara
amnya terjadi akibat pembakaran hutan yang tidak terkawal dan terbuka. Seperti sudah menjadi
tradisi, setiap tahun negara kita akan menerima jerebu yang berpunca kebanyakannya dari negara
jiran kita, Indonesia. Cuaca berjerebu menjadi semakin teruk di Semenanjung Malaysia ditambah
dengan musim panas sekarang adalah disyaki ekoran pembakaran terbuka untuk tujuan
perladangan dan pertanian di utara dan tengah Sumatra. Jerebu turut dikesan daripada aktiviti
pembakaran terbuka di kawasan selatan, tengah dan pantai timur Semenanjung Malaysia. .
Maklumat daripada ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan
lingkaran asap jerebu dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia
hingga ke selatan Pantai Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia
mengalami masalah jerebu yang membimbangkan. Secara dasarnya pembentukan jerebu terjadi
akibat tiga faktor utama iaitu tempoh cuaca kering yang panjang, keadaan atmosfera yang tidak
stabil dan sumber pencemaran yang pelbagai.
Pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain itu bahanbahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat di dalam industri seperti
industri petrokimia dan industri kuari. Contoh kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan
dan Lembah Klang. Industri yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahanbahan buangan sisa industri ini seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit kayu dan serpihan-serpihan
kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran akan menyebabkan karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan
ke udara yang kesemuanya boleh memburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.
Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya juga menyebabkan
pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Para hadirin sekalian,
Masalah jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino.Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi berikutan pergerakan
angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan tersebut. Pada masa yang sama, Asia
Tenggara akan mengalami musim kemarau yang kering. Hal ini akan memudahkan kebakaran
hutan seperti yang berlaku di Sumatera dan Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara

dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan yang berjerebu. Jerebu juga
terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa dalam tahun
1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan habuk dan gas-gas ke
dalam udara.
Selain itu, terdapat segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab yang suka
melakukan pembakaran terbuka. Tindakan masyarakat yang melakukan pembakaran secara
terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Pembakaran terbuka
ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan
buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang. Contohnya, sesetengah anggota masyarakat
melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri.Mereka telalu malas
untuk membawa sampah sarap mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran
sampah semula.Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar
sendiri bahan buangan kilang mereka. Ada pula sesetengah petani yang membakar jerami padi
untuk membersihkan kawasan sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak
sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan
ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
melepaskan asap ke udara dan mengakibatkan jerebu. Mereka juga tidak sedar bahawa asap dari
pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin dan meliputi
kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini mengakibatkan asap dilepaskan ke
udara dan mengakibatkan jerebu.Hal ini nampaknya remeh, kerana yang kelihatan hanyalah
asap, namun asap inilah yang menyebabkan kejadian jerebu yang menyulitkan kehidupan
manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
3.0

KESAN JEREBU TERHADAP KESIHATAN.


Walaupun kesan jerebu tidaklah mengakibatkan kemusnahan atau kesudahan yang teruk,
namun memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan dan boleh membawa maut. Masalah
jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terhadap semua golongan teruatamanya kanakkanak, orang tua, perokok dan terhadap pesakit lelah serta pesakit yang mempunyai masalah
pernafasan. Simtom utama yang akan menyerang pesakit akibat jerebu ialah terasa gatal-gatal di
bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa
pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit
dada. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin

rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan
sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di
hospital atau di klinik. Hal ini kerana masalah jerebu boleh mengakibatkan kematian.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari. Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh berlaku
seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin besar.
Keadaan ini amat membahayakan keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan
kemusnahan harta benda, kecederaan dan kehilangan nyawa. Tambahan pula, aktiviti harian
masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada
di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang bentuk aktiviti luar tidak digalakkan.
Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu, banyak sekolah terpaksa ditutup demi
menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan
ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara
kita.
Para hadirin sekalian,
Selain daripada itu juga, jerebu boleh memberi kesan kepada sektor pertanian kerana
menghalang kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan buah
berkurangan. Selimut jerebu ini biasanya akanhilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan
yang turun selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca
daripada hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan. Ia akan
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan dalam
ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan
timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu. Sumber pendapatan negerinegeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana
industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri malah
dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di Malaysia

kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke Malaysia. Secara
tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
4.0

LANGKAH LANGKAH KESELAMATAN.


Bagi mencegah penyakit pada musim jerebu ini ialah kita seharusnya mengurangkan

aktiviti di luar rumah. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam
bangunan atau rumah. Seelok-eloknya jangan keluar rumah dan meutup semua pintu dan tingkap
rumah anda. Semasa berada di dalam rumah, pastikan semua pintu dan tingkap ditutup.
Kemudian, buka penghawa dingin (jangan buka kipas kalau boleh) dan jika anda mampu,
pasanglah penghawa dingin dengan penapis HEPA.

HEPA ialah penapis partikel halus

berefisiensi tinggi. Mop basah rumah dan kawasan dalaman rumah anda serta menyapu dengan
penyapu biasa tidak digalakkan. Gunakan dapur elektrik, ketuhar atau ketuhar gelombang mikro
untuk memasak. Ramai keluarga di Malaysia menggunakan alat pembersih udara atau penulen
udara untuk memperbaiki kualiti udara dalam rumah. Sesetengah yang lain pula menggunakan
pelembap udara untuk melembapkan partikel supaya ia jatuh dan tidak beredar di udara.
Kelembapan tambahan ini juga membantu mengurangkan masalah pernafasan. apabila berada di
dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih. Selain itu, kita perlu
memastikan aliran udara yang baik, penghawa dingin diservis, permaidani dibersih, minum air
yang banyak, pakaian dicuci dengan bersih dan keadaan dalaman kereta yang bersih. Hal ini
kerana pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia
termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti
nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut
oleh manusia.
Para hadirin sekelian,
Perkara yang sering kita nampak ialah apabila jerebu melanda, majoriti daripada kita
akan memakai topeng muka. Hal ini sememangnya digalakkkan dan merupakan langkah
keselamatan yang perlu dilaksanakan ketika jerebu. Masalah yang dihadapi seperti topeng muka
yang tidak sesuai untuk semua peringkat usia. Kita digalakkkan memakai topeng muka yang
mempunyai penuras. Walaubagaimanapun, buat masa sekarang tidak terdapat topeng yang sesuai
untuk kanak-kanak kerana saiz topeng adalah mengikut saiz orang dewasa. Kanak-kanak yang

memakai topeng orang dewasa masih terdedah kepada partikel-partikel jerebu jika pemakaiannya
tidak sempurna seperti di bahagian tepi yang longgar. Pihak berkuasa juga perlu peka terhadap
golongan berisiko yang bukan sahaja kanak-kanak sekolah tetapi juga taska, tadika, pusat
penjagaan bayi serta pusat penjagaan warga emas. Ini kerana peningkatan penyakit respiratori
didapati meningkat melebihi 100 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan warga
emas terutamanya bagi kawasan yang diisytiharkan darurat. Sekolah juga disarankan untuk
ditutup buat sementara waktu jika indeks IPU tinggi. Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan
semua pihak.
5.0

LANGKAH LANGKAH MENGATASI.


Selain kita perlu menitikberatkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi

melindungi kita daripada mendapat kesan yang negatif, kita juga perlu memandang serius
langkah-langkah yang perlu diambil oleh semua pihak bagi mengatasi masalah jerebu di negara
kita ini. Langkah pertama yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini ialah penguatkuasaan
undang-undang. Sebagai contoh, pihak yang berkenaan harus memandang serius terhadap asapasap yang dihasilkan daripada kilang yang ada di Malaysia. Kilang-kilang diwajibkan memasang
alat penapis asap di serombong asap. Serombong asap hendaklah ditinggikan 30 meter melepasi
lapisan atmosfera bumi. Kalau hal ini berlarutan, pihak yang bertanggungjawab patut disaman
dan dikenakan denda.
Kedua, kita mesti mementingkan pendidikan alam sekitar. Kita boleh memberi
pendedahan awal kepada golongan murid dan seterusnya mereka boleh menasihati ibu bapa
mereka tentang kesedaran itu. Kaedah ini boleh dilakukan melalui pendedahan dalam mata
pelajaran Geografi dan Sains, diharap dapat menyemai rasa mencintai alam sekitar. Diharap
pembakaran terbuka sampah-sarap oleh sektor rumah tangga dapat dikurangkan apabila telah ada
kesedaran untuk melindungi bumi daripada fenomena cuaca seperti jerebu. Badan badan yang
bertanggungjawab juga boleh menjalankan beberapa kempen alam sekitar yang mampu
membangkitkan kesedaran diri dalam menandatangani kejadian ini. Selain itu, kita juga turut
maklum bahawa jerebu akan berkurangan apabila hujan mula turun kerana keadaan yang lembab
akan mengurangkan kesan jerebu. Jadi kita boleh meningkatkan lagi proses menurunkan hujan.
Cara ini boleh dilakukan dengan kaedah pembenihan awan untuk menghasilkan hujan. Walaupun
hujan yang turun merupakan hujan asid, tetapi dapat mengurangkan masalah jerebu. Udara akan

kembali bersih selepas berlakunya hujan. Kemudian, kita boleh membendung masalah ini
dengan menggunakan petrol tanpa plumbum. Ini dapat mengurangkan pengeluaran asap karbon
kenderaan yang mencemarkan udara. Penggunaan catalytic converter juga merupakan salah satu
cara untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan alat ini juga mampu mengurangkan pengeluaran
asap kenderaan. Oleh itu keadaan jerebu juga dapat dikurangkan.
6.0

PENUTUP

Para hadirin yang dihormati sekalian,


Jadi jelaslah di sini bahawa masalah jerebu ini tidak boleh dipandang remeh oleh masyarakat
kita. Kita harus sedar masalah ini boleh menyebabkan kematian mungkin bukan kesan jangka
pendek tapi ianya mengambil masa yang agak lama untuk mendatangkan kesan. Oleh sebab itu,
semua pihak harus menjalankan tanggungjawab masing-masing demi menjaga bumi yang
dianugerahkan oleh tuhan ini. Berdasarkan ceramah saya tentang jerebu ini, saya berharap agar
kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang telah berlaku di negara ini, dan juga
peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di luar negara. Sejarah yang buruk mungkin akan
berulang jika kita alpa untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang perihatin.
Marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar, bersikap penyayang dan sentiasa berwaspada
supaya tiada seorangpun di kalangan kita pada hari ini akan menerima akibat buruk daripada
jerebu.
Sekian, terima kasih.

ULASAN ARTIKEL
ULASAN ARTIKEL 1 ( LAMPIRAN 1 )
PENCEMARAN UDARA DI BUKIT RAMBAI, MELAKA SEWAKTU PERISTIWA
JEREBU 2005.

Dalam artikel 1 penulis menulis tentang kajian pencemaran udara di Bukit Rambai,
Melaka dijalankan untuk mencari perhubungan antara bahan pencemar udara dengan parameter
cuaca sewaktu peristiwa jerebu pada Ogos 2005 dengan mengkaji parameter pencemar udara
seperti zarah terampai kurang daripada 10 mikron (PM10), karbon monoksida (CO), nitrogen
dioksida (NO2), sulfur dioksida (SO2) dan ozon (O3) serta suhu, sinaran matahari, hujan dan
angin. Zarah terampai, PM10, pada bulan Februari menunjukkan nilai kepekatan yang tinggi
iaitu 113 g/m berbanding dengan bahan pencemar yang lain. Analisis regresi multivariat untuk
tiga tempoh pecahan iaitu tahunan (Januari hingga Disember), monsun timur laut musim kering
(Januari hingga Mac) dan monsun timur laut musim lembap (Oktober hingga Disember)
menunjukkan kelajuan dan arah angin mempunyai hubungan yang lemah dengan PM10 bagi
tempoh tahunan, manakala bagi monsun timur laut (MTL) kering dan lembap kelajuan angin
mempunyai hubungan yang kuat dengan PM10. Nilai pekali keseluruhan multivariat ialah 4.13
% bagi tempoh tahunan, 0.18 % bagi MTL musim kering dan 0.92 % MTL musim lembap.
Analisis korelasi menunjukkan bahawa kelajuan angin mempunyai hubungan songsang yang
lemah dengan PM10 bagi monsun barat daya (-0.082), MTL musim kering (-0.034) dan MTL
musim lembap (-0.089). Hujan mempunyai hubungan songsang dan lemah dengan PM10 iaitu
-0.025 (tahunan) dan -0.06 (MTL). Keseluruhannya, hujan dan kelajuan angin ini memberikan
pengaruh terhadap kadar kepekatan PM10 di kawasan kajian. Walaupun kawasan industri Bukit
Rambai mengalami krisis jerebu pada tahun 2005 namun ia masih lagi di paras Indeks
Pencemaran Udara yang rendah, iaitu 118 berbanding dengan 529 dan 531 di kawasan Pelabuhan
Klang dan Kuala Selangor.

ULASAN ARTIKEL 2 ( LAMPIRAN 2 )


ARTIKEL PENCEMARAN UDARA BERIKUTAN JEREBU PADA TAHUN 2005,
KAJIAN KES DI PERAI PULAU PINANG.

Peristiwa jerebu yang disebabkan oleh kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan
telah memberi kesan yang hebat di pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar
Lembah Klang sehingga menyebabkan darurat jerebu diistiharkan di Kuala Selangor dan Kelang
pada 11 Ogos 2005. Oleh itu, satu kajian dilakukan bagi melihat sejauhmana fenomena jerebu ini
mempengaruhi kualiti udara di Perai, Pulau Pinang dengan mengkaji pencemar yang terdiri
daripada gas karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon serta zarah terampai
kurang daripada 10 mikron (PM10). Tahap kepekatan bulanan PM10 menunjukkan dua taburan
yang ketara, di mana nilainya melebihi 80 g m-3 dari Januari ke Julai, dan kurang daripada 60
g m-3 dari Ogos ke Disember. Analisis dilakukan mengikut pecahan tiga tempoh iaitu dari
Januari hingga Disember, Januari hingga Julai, dan Ogos hingga Disember. Hasil analisis regresi
multivariat menunjukkan bahawa parameter cuaca saperti hujan dan angin menyumbang kepada
5.3% terhadap kepekatan habuk halus kurang daripada 10 mikron (PM10) dari Januari hingga
Disember. Hasil analisis korelasi pula menunjukkan bahawa hujan mempunyai hubungan yang
lemah dan songsang terhadap kepekatan PM10. Nilai pekali korelasi dari Januari hingga
Disember dalah -0.188, berbanding nilai -0.184 (Januari hingga Julai), dan -0.164 (Ogos hingga
Disember). Kelajuan angin turut menunjukkan pengaruh yang lemah dengan nilai pekali korelasi
0.152, 0.042, dan 0.127 bagi ketiga-tiga pecahan tempoh. Secara keseluruhan, didapati jerebu
yang berlaku pada Ogos 2005 tidak memberi kesan yang teruk kepada kualiti udara di Perai
kerana kepekatan PM10 tidak melebihi 70 g m-3.

ARTIKEL 3 ( LAMPIRAN 3 )
Dalam artikel 3, penulis menulis tentang punca- punca jerebu dimana jerebu berpunca daripada
pembakaran hutan yang berleluasa di Negara jiran selain pencemaran udara yang berlaku akibat
dari sisa industri serta pertanian yang dijalankan. Artikel ini juga menceritakan mengenai
kawalan pencemaran jerebu seperti melaksanakan langkah langkah fizikal iaitu kawalan

kepada sumber berlakunya pencemaran. Selain itu kempen alam sekitar dan kesedaran
masyarakat terhadapa pencemaran. Seperti program pendidikan alam sekitar, kempen alam
sekitar melalui pelbagai jenis media seperti iklan- iklan, rencana rencana dan pelbagai lagi dan
yang terakhir adalah kawalan perundangan dan polisi polisi kerajaan terhadap pencemaran
udara akibat jerebu. Antara kawalan kawalan perundangan dan polisi kerajaan ialah dengan
mewujudkan pelbagai jenis akta yang memperuntukan hukuman atau denda kepada orang atau
syarikat yang melanggar akta akta tersebut. Selain menubuhkan jawatankuasa kebangsaan bagi
menangani jerebu yang melibatkan pelbagai kementerian kerajaan. Selain itu kerajaan juga
mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai semasa musim jerebu melanda Negara seperti
tidak meakukan aktiviti aktiviti luar, menutup premis premis kerajaan jika bacaan IPU
melebihi 300 serta pelbagai lagi.

ARTIKEL 4 ( LAMPIRAN 4 )
Di dalam artikel 4, penulis menulis mengenai apakah jerebu. Penulis juga menulis punca
punca berlakunya jerebu di Malaysia selain menceritakan mengenai bahayanya jerebu terhadap
kesihatan diri . penulis juga menulis mengenai indek pencemaran udara atau IPU yang berfungsi
mengesan bacaan pencemaran udara semasa jerebu sama ada baik atau teruk. Bacaan IPU ini di
ambil dari stesen stesen pengawalan udara seluruh negara. Artikel ini juga menceritakan

mengenai langkah langkah mengurangkan jerebu yang melanda seperti mengurangkan


pembakaran terbuka serta menggunakan bahan api yang mengeluarkan asap yang rendah bagi
kenderaan bermotor.
ARTIKEL 5 ( LAMPIRAN 5 )
Dalam artikel 5, menceritakan mengenai bahayanya jerebu yang melanda Negara
terhadap orang ramai. Selain itu artikel ini juga menceritakan bacaan IPU yang tinggi seperti di
johor, Selangor dan juga Kuala Lumpur iaitu sehingga mencatat bacaan sebanyak 700 keatas.
Dimana negeri negeri ini telah disitiharkan darurat oleh kerajaan. Artikel ini juga menceritakan
bahayanya udara yang di sedut semasa jerebu kerana udara udara ini mengandungi zarah
zarah halus yang tercemar yang akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit
pernafasan. Selain itu artikel ini juga menceritakan langkah langkah yang harus di ambil
semasa jerebu seperti tidak melakukan aktiviti aktiviti luar, apabila berada di dalam rumah
pastikan aliran udara bersih dengan menggunakan penghawa dingin serta keadaan rumah yang
bersih dari habuk habuk. Jerebu juga boleh menyebabkan berlakunya penyakit- penyakit kulit
seperti radang kulit dan kegatalan kulit aikbat dari bahan kimia yang terkandung di dalam jerebu.

RUJUKAN.
Aifen (2011) Koleksi karangan Jerebu .Dicapai dari laman web
http://bmngaifen.blogspot.com/2011/10/koleksi-internet-karanganjerebu.html
Azhar Salleh (2009) Punca fenomena jerebu. Dicapai dari laman web

http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/03/karangan-punca-fenomenajerebu.html
Bencana Jerebu; Kesan pembakaran terbuka (2009) Dicapai dari laman web
http://institutsmat.blogspot.com/2009/12/jerebu_15.html
Geografi STPM ,Jerebu . Dicapai dari laman web
http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/jerebu.html
Kalsom Binti Haron .( 2013) Langkah-langkah mengatasi jerebu . Dicapai dari
laman web
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-contoh-17-langkahlangkah.html
Kalsom Binti Haron .( 2013) Kesan-kesan negatif jerebu . Dicapai dari laman
web
http://cikguchom.blogspot.com/2013/06/karangan-16-kesan-kesannegatif-jerebu.html
Ng Ai Fen.(2011) Bencana alam di Malaysia. Dicapai dari laman web
http://forum.engkabang.net/index.php?topic=47221.0
Tempoyak Ma Sin.(2013) Jerebu. Dicapai dari laman web
http://tempoyakduriangoreng.blogspot.com/2013/06/jerebu.html
Ust.Kazim. (2011) Apakah jerebu.Dicapai dari laman web
http://bernama548.blogspot.com/2011/07/apakah-jerebu.html

LAMPIRAN
ARTIKEL 1
ARTIEKL 2
ARTIKEL 3
ARTIKEL 4
ARTIKEL 5

Anda mungkin juga menyukai