Anda di halaman 1dari 5

790714105429001

HBEF 2803

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2015

HBEF 2803
PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN

NO. MATRIKULASI

790714105429001

NO.KAD PENGENALAN

790714105429

NO.TELEFON

017 - 3204885

EMAIL

marzilanman@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SEAMOE RECSAM LEARNING CENTRE


PULAU PINANG.

790714105429001
HBEF 2803

Guru yang mempunyai ciriciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat


pentingkeranaiamemberiimplikasidankesanpositifkepadabanyakpihakyangberkaitan
secaralangsungdantidaklangsungdenganduniapendidikan. Maka,pelbagaiusahatelah
digemblengdandilaksanabagimemartabatkanprofesionkeguruandansistempendidikan
negara.Modalinsanyangcemerlangadalahhasildidikandaripadapendidikyangcemerlang
dengan ciriciri profesionalisme guru yang cemerlang. Sememangnya guru-guru perlu
bersedia untuk melanjutkan pelajaran supaya tidak ketinggalan di dalam ilmu pendidikan
untuk disampaikan kepada pelajar. Ini disebabkan oleh inovasi di dalam pengetahuan, teknik,
kemahiran dan idea sering berkembang begitu cepat sejajar dengan perkembangan mengikut
perubahan semasa. Guru perlu berubah, membaiki kelemahan diri dengan menjadi orang
yang berilmu dan menyampaikan ilmu-ilmu yang terbaru. Kaum guru adalah merupakan satu
model yang paling berpengaruh untuk dicontohi oleh pelajarnya. Pelajar tentunya lebih
bersemangat untuk belajar apabila melihat gurunya sendiri terus menuntut ilmu walaupun
telah mempunyai keluarga ataupun yang telah mempunyai pendapatan yang tetap. Kaum guru
juga harus sedar bahawa peningkatan akademik yang diperolehi akan meletakkan diri mereka
ke tempat yang lebih baik dari yang dahulunya. Profesionalisme juga menuntut kaum guru
supaya berkembang, meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri, menjadi lebih
berpengetahuan, lebih mahir dan lebih berketrampilan mengikut perkembangan ilmu.
SUMBANGAN

GURU

KEPADA

PROFESION

PERGURUAN

SETELAH

MENGIKUTI PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU.


Salah satu sumbangan yang perlu dilakukan oleh seseorang guru yang telah mengikuti kursus
pensiswazahan kepada profesion perguruan ialah guru ini perlu mengaplikasikan segala ilmu dan
kemahiran di bilik darjah hasil daripada segala apa yang telah dipelajari selama hampir empat
tahun tanpa berputus asa. Kaedah penyampaian seseorang guru hendaklah canggih, moden dan
kreatif agar pengajaran dan pembelajaran diterima oleh murid-murid dan mewujudkan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru efektif semestinya mempunyai
kecekapan yang mendalam dalam bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya. Guru
seharusnya sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa
kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional. Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi

790714105429001
HBEF 2803

sukatan pelajaran atau kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan
menjawab dengan tepat bersama fakta dan bukti kukuh, pasti akan menimbulkan minat,
keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan pelajaran tersebut.
Sumbangan yang lain kepada profesion perguruan ialah guru tersebut perlu memandang jauh
kehadapan, mengikuti peredaran zaman dan membawa perubahan yang positif dalam pendidikan
serta sentiasa mencipta pelbagai inovasi agar mempamerkan imej dan kualiti yang cemerlang dari
segi standard, kuantiti dan kualiti sehingga akan wujudnya pusat kecemerlangan pendidikan di
rantau Asia dan di peringkat antarabangsa. Guru juga adalah agen pembentuk kejayaan. Justeru,
guru perlu bersedia kerana tanpa persediaan awal dan rapi akan menggagalkan reformasi
pendidikan yang diharapkan contohnya seperti program PPPM iaitu Pelan pembanggunan
Pendidikan Malaysia. Oleh itu, guru perlu sedar akan tanggungjawab dan peranan besar mereka
demi kemenjadian murid-murid sekaligus membuktikan pada dunia pendidikan bahawa mereka
tidak mensia-siakan ilmu yang dipelajari ketika melanjutkan pelajaran di universiti.
FAEDAH

YANG

DIPEROLEHI

SETELAH

MENGIKUTI

PROGRAM

PENSISWAZAHAN GURU.
Terdapat banyak faedah faedah yang diperolehi oleh guru setelah mengikuti program
pensiswazahan ini. Antara faedah yang diperolehi ialah seseorang guru itu lebih berkeyakinan
dalam menyampaikan ilmu kepada murid-muridnya. Guru itu tidak lagi berasa was-was dalam
memberikan jawapan yang tepat kerana telah banyak mendapatkan ilmu melalui kuliah-kuliah
yang dilaksanakan selain pembelajaran guru melalui online, forum, kerja-kerja kursus dan
dapatan maklumat daripada internet. Terdapat segelintir murid yang suka membaca atau ulat
bulu sengaja menduga seseorang guru ketika dalam pembelajaran. Maka, guru tersebut tidak
lagi gentar memberikan jawapan yang bernas dan diterima akal.
Selain itu faedah lain yang diperolehi ialah dapat meningkatkan kemahiran guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang mahir dalam apa jua bidang akan menjadi
idola kepada murid-muridnya. Sepanjang mengikuti kursus pensiswazahan seseorang guru perlu
belajar dan menguasai kemahiran matapelajaran minor selain matapelajaran teras. Jadi, dalam
kursus ini akan memastikan seseorang guru akan mahir lebih daripada satu matapelajaran.
Dapat meningkatkan pendapatan juga adalah faedah yang diperolehi oleh guru yang
mengikuti program ini. Guru lepasan ijazah dapat meningkatkan pendapatan dengan memberi
perkhidmatan yang terbaik selaras dengan kehendak kerajaan untuk menghasilkan modal

790714105429001
HBEF 2803

insan yang dapat memberikan perkhidmatan terbaik standing tuntutan dan cabaran semasa.
Peluang untuk menjadi guru cemerlang atau guru pakar amat terbuka luas kepada guru
lepasan ijazah. Dengan usaha yang gigih, segala impian akan terlaksana. Laluan kerjaya
sebagai seorang guru sangat menarik di mana kerjaya guru berada di tempat yang kedua
dalam perkhidmatan profesion. Guru-guru boleh melalui laluan luar biasa dengan
menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengajaran dan
pembelajaran yang luar biasa guru-guru dapat mengumpul markah yang tinggi untuk sampai
ke peringkat master.
Selain itu faedah lain yang diperolehi oleh guru ialah dapat meningkatkan nilai
profesion perguruan itu sendiri.

Program ini merupakan usaha kerajaan menyokong

pembelajaran berterusan di kalangan penjawat awam untuk menghasilkan modal insan yang
dapat memberikan perkhidmatan terbaik setanding tuntutan dan cabaran semasa.
Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Bila kita menandatangani perjanjian sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa
terletak di atas bahu kita. Guru-guru harus bersyukur dengan program yang dilaksanakan oleh
kementerian. Guru-guru mendapat tajaan sepenuhnya selama empat tahun dan mereka akan
dipantau oleh kementerian. Hari ini kita harus berbangga dengan profesion ini kerana pada
zaman dahulu kerjaya sebagai seorang guru dianggap salah satu pekerjaan yang paling
rendah. Guru-guru perlu bersyukur kerana sudah menjadi guru terlatih dan pada masa ini
profesion perguruan sudah dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar-pelajar lepasan
sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada masa sekarang sukar untuk
memasuki ke institusi perguruan.
Sesungguhnya, guru merupakan pendidik yang akan menjadikan warisan kebudayaan
dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa akan datang. Hanya guru yang
mempunyai kualiti, keterampilan, kewibawaan, kelayakan, minat, iltizam dan berjiwa
pendidik layak menadi guru. Oleh itu, kejayaan dan kelestarian seseorang guru dalam
kerjayanya bergantung kepada kesediaan guru berkenaan untuk terus memajukan diri.
Peningkatan kualiti dalam diri guru dengan cara melanjutkan pelajaran akan memberi nafas
baru kepada dunia pendidikan. Perubahan dunia pendidikan memerlukan guru sentiasa
berusaha untuk menambah ilmu agar menjadi guru rujukan, guru pakar, guru cemerlang, guru
gemilang dan guru terbilang. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang dianugerahkan oleh
Allah kenikmatan menjadi seorang guru.

790714105429001
HBEF 2803

Anda mungkin juga menyukai