Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN

SEMPENA PMR & SPM, 2013


SMK TELOK AIR TAWAR
TARIKH

27 SEPTEMBER 2013

HARI

JUMAAT

MASA

6.15 PETANG 9.30 MALAM

TEMPAT

DEWAN MAKAN ASRAMA SMK TELOK AIR

TAWAR

Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat,


Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk;
(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan
menemui Tuhan mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-NYA;
(Al-Baqarah:45-46)

Pada 27 September 2013, PIBG SMK Telok Air Tawar telah telah
mengadakan Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin sempena PMR dan
SPM yang bakal tiba tidak lama lagi. PIBG SMK Telok Air Tawar telah
membuat perancangan awal bagi melaksanakan program ini.
Jawatankuasa program telah diwujudkan bagi melancarkan program ini.
Program ini bermula sekitar 6.15 petang bertempat di Dewan Makan
Asrama SMK Telok Air Tawar dengan kehadiran waris seramai 64 orang,
pelajar seramai 145 orang dan guru seramai 17 orang. 5 orang jemaah
Surau Taman Senangan juga telah hadir ke program ini.
Tindakan
mempromosi program melalui pelajar telah menarik minat pelajar
tingkatan 2 dan 4 untuk menyertai proram ini. Tetamu yang hadir telah
diberi door gift. Walau bagaimanapun door gift ini tidak mencukupi dan
tidak dapat diberi kepada semua tetamu yang hadir.
Proses pendaftaran berjalan dengan lancar dengan bantuan pelajarpelajar asrama. Ibu bapa juga turut membantu melancarkan penyediaan
tempat bagi jemaah lelaki dan perempuan. Majlis dimulakan dengan
ucapan YDP PIBG, Tn. Hj. Roslee Bin Mohd Daud. Seterusnya, majlis
diteruskan dengan bacaan Yasin dan solat Maghrib berjemaah.
Majlis diserikan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz
Muhammad Ferdaus Bin Shahul Hamid. Ustaz telah memberi kata-kata
semangat dan motivasi agar pelajar-pelajar yang bakal menghadapi

peperiksaan
tidak gentar untuk menghadapinya.
Kemudian, majlis
diteruskan lagi dengan Solat Isyak dan Solat Hajat berjemaah dan diakhiri
dengan makan malam.
Alhamdulillah, program ini telah berjaya dijalankan dan mencapai
tujuan. Komitmen serta kerjasama daripada ibu bapa, guru-guru dan para
pelajar berikan amatlah dihargai. Semoga program ini dapat mengeratkan
lagi hubungan ibu bapa, guru-guru dan para pelajar serta sebagai
pengisian ilmu dan rohani. Majlis selesai sekitar 9.30 malam.

BAHAGIAN KEWANGAN
PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN SEMPENA
PMR & SPM, 2013
SMK TELOK AIR TAWAR
PERBELANJAAN
BIL

PERKARA

KUANTITI

JUMLAH
(RM)

Jamuan

250 org x RM 3.50

RM 875.00

Banner

1 x RM 80.00

RM

JUMLAH KESELURUHAN

80.00

RM 955

KOMEN DAN CADANGAN


KELEBIHAN
1.
2.
3.

Proses pendaftaran berjalan dengan lancar dengan bantuan pelajar


asrama.
Ibu bapa juga membantu melancarkan penyediaan tikar dan
penghadang antara jemaah lelaki dan perempuan.
Tindakan mempromosi program melalui pelajar telah menarik minat
pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 untuk hadir ke program ini.

KELEMAHAN
1.
2.

3.

4.

Jumlah sebenar kehadiran waris tidak dapat dipastikan kerana waris


hanya mendaftar untuk seorang walaupun datang berpasangan.
AJK bahagian teknikal tidak diwujudkan. Perkara ini menyebabkan
kurangnya persediaan teknikal seperti mikrofon. Mikrofon yang
disediakan berwayar pendek dan menyukarkan pergerakan
penceramah.
Perancangan susun atur Jemaah kurang rapi menyebabkan
sebahagian jemaah perempuan terpaksa bersolat di bilik solat
asrama walhal ruang masih muat untuk menempatkan semua
Jemaah.
Penyediaan door gift tidak mencukupi untuk semua yang hadir.

CADANGAN
1.
2.
3.
4.

AJK bahagian teknikal perlu diwujudkan.


AJK perlu pastikan door gift disediakan mencukupi.
Program ini perlu dijalankan di tempat yang lebih selesa
AJK Pendaftaran perlu memastikan semua waris yang hadir mendaftar di
kaunter pendaftaran.

KEHADIRAN PELAJAR DAN WARIS TINGKATAN 3 DAN 5

TINGKATAN 3
TINGKATAN
3 USM
3 UKM
3 UUM
3 UPM
3 UMM
3 UMS
JUMLAH

BIL. PELAJAR
14
14
17
6
10
2
63

BIL. WARIS
10
6
9
3
1
2
31

TINGKATAN 5
TINGKATAN
5 USM
5 UKM
5 UUM
5 UPM
5 UMM
5 UMS
5UIA
JUMLAH

BIL. PELAJAR
8
1
4
8
7
7
2
37

BIL. WARIS
6
2
5
8
4
5
1
31

Anda mungkin juga menyukai