Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN 2

TAJUK : Kisah Tiga Sekawan


WATAK : Rama-rama - Hemamalini a/p Nagaiah
Kumbang - Mahani binti Ismail
Lebah - R.Kogeelavanee a/p Raja Gopal
Pokok - Zanita Azwin binti Ariffin
Bunga - Azlina binti Mokhtar

SINOPSIS
Dalam sebuah taman yang indah tinggal 3 ekor serangga yang berkawan
baik.
Iaitu Si Rama-rama, Si Kumbang dan Si Lebah. Mereka bertiga selalu keluar
main bersama-sama di taman itu. Pada suatu pagi ketika bermain dengan
begitu gembira sekali, tiba-tiba Si Rama-rama terjatuh kerana terlanggar
pokok. Kawan baiknya Si Kumbang dan Si Lebah lalu segera menuju kearah
Si Rama-rama dan membantunya. Si Rama-rama berasa sangat gembira dan
bersyukur kerana mempunyai kawan yang baik hati dan sanggup
membantunya ketika dalam kesusahan. Kita harus mencontohi sikap mereka
bertiga yang berkawan baik dan salin tolong-menolong diantara satu sama
lain.
Sekian terima kasih.

PERSEMBAHAN MUZIK DAN GERAKAN
KDPM KDC JPNIN KOHORT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012
KUMPULAN (2)
TAJUK : RAMA-RAMA YANG SOMBONG
WATAK : RAMA-RAMA - HEMA MALINI
BURUNG - AZLINA BT MOKHTAR
PEMBURU - ZANITA
POKOK - MAHANI
NORBAIZURA
LEBAH - MARDIANA

SINOPSIS
Suasana di sebuah taman bunga pada waktu pagi amat ceria dengan kehadiran pelbagai
fauna dan flora. Kelihatan lebah,rama-rama dan burung sedang menikmati keindahan
alam semulajadi. Seekor rama-rama yang cantik sedang terbang riang. Ketika sedang
berterbangan tiba-tiba sang lebah berasa dahaga lalu ke sungai untuk minum air. Tiba-
tiba lebah terjatuh kedalam sungai dan tidak dapat terbang semula. Sang rama-rama
dan sang burung berasa cemas ketika melihat sang lebah hampir lemas. Tanpa membuang
masa mereka datang membantu lebah yang malang itu. Sang burung memetik daun dan
menjatuhkan daun itu kesungai untuk membantu lebah.
Lebah mencuba untuk menggunakan daun itu untuk menyelamatkan dirinya. Selepas
Berjaya keluar dari sungai itu, lebah mengucapkan terima kasih kepada sang rama-rama
dan burung. Merekapun sekali lagi berterbangan bersama-sama dengan riang. Pada
ketika itu datang si pemburu untuk memburu burung. Si pemburu mengacukan
senapangnya kearah burung. Lebah dan rama-rama telah melihat si pemburu itu, lalu
terus membantu burung dari menjadi mangsa si pemburu. Lebah telah menyengat kaki si
pemburu itu. Pemburu itu kesakitan dan lari lintang-pukang. Lebah telah Berjaya
menyelamatkan burung.Selepas itu semua serangga berasa gembira dan dapat hidup
dengan aman dan damai. Kita hendaklah mencontohi sikap serangga-serangga itu yang
sentiasa maaf bermaafan antara satu sama lain.

Anda mungkin juga menyukai