Anda di halaman 1dari 27

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 1



SEJARAH ACARA LONTARAN
Acara-acara lontaran walaupun sudah bermula sejak zaman kuno lagi
sebagai salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia, sehingga kini
menjadi acara sukan olahraga, masih kurang mendapat sambutan. Acara lontaran
seakan-akan tersisih daripada acara-acara olahraga yang lain, malah ada pihak
yang kurang member perhatian terhadap acara-acara lontaran ini. Pada masa silam,
juga lembing umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan, sebagai senjata
dalam dalam peperangan dan pertahanan diri.
Pada masa silam juga mereka yang terlibat dalam peperangan terpaksa
menggunakkan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh yang
paling sering mereka gunakan ialah menggunakkan perisai yang diubah suai
digunakkan untuk maksud ini.Lama kelamaan perisai diubah suai digunakkan untuk
tujuan lain,iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara melempar .Seseorang
yang berjaya membuat lemparan yang jauh dikira pemenang.
Aktiviti lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul besi
.Akan tetapi kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya tidak
mempunyai kaitan kdalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam. Jika
adapun lebih merupakan sebagai aktiviti di kalangan penduduk masa silam untuk
menguji kekuatan masing-masing sebagai aktiviti biasa sahaja. Bagaimanapun,
lama kelamaan aktiviti lontaran ini diubah suai dan dengan menggunakan peralatan
yang juga diubahsuai, kini menjadi acara sukan olahraga yang diminati dan
dipertandingkan di seluruh dunia, termasuk dine gara kita.
SEJARAH LEMPAR CAKERA
Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai
acara sukan, walaupun baling lembing sudah lama menjadi aktiviti manusia zaman
silam. Lempar cakera dimasukkan ke dalam sdukan olimpik kuno di Greek. Pada
masa itu, peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih
berat daripada cakera yang digunakan padsa masa kini. Cakera yang digunakan
dalam sukan olimpik moden pertama tahun 1896, adalah seakan-akan sama dengan
cakera yang digunakan sekarang. Cakera diperbuat daripada kepingan kayu tebal
yang berbventuk bulat leper dan dibaluti besi sekelilingnya, serta dimasukkan timah
hitam pada bahagian tengah dengan beratnya nhampir 2kg, iaitu 1.923kg.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 2

Untuk mengelakkan cakera dilempar kemerata arah, disediakan satu
kawasan khas yang berbentuk segi empat sama dengan 2.5m panjang dan lebar.
Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu adalah bebas, tetapi permulaannya
adalah mengikut cara lemparan yang dilakukan pada masa silam, yang
menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit
bongkoh, tangan menghayunkan cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan
seperti ini menyebabkan pergerakan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang
lebih jauh.
Pada sukan olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan
menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan
membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua
menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak
mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak
cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920,
dan selepas itu teknik lemparan baharu diperkenalkan.
PERKEMBANGAN MASA KINI
Kini lempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam
kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini
disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan
digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakeradi peringkat sekolah.
Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap
penganjur sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan.
Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa
sahaja. Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah
dijangkakan. Mungkin ada antara merekayang baru menceburkan diri dalam acara
ini mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknikatau cara
melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan
teknik lemparan yang betuk dan mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh,
seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan
bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 3

Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan
khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa , kawasan
lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya, yang
terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan
jarak lemparan dan teknik lemparan yang mudah menyebabkan kawasan lemparan
terbuka keseluruhannya. Pagar berjaring besi ini bertujuan mengelakkan cakera
daripada melayang keluar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai
pertandingan dan penonton.
Teknik lemparan yang diubahsuai dan diperbaiki dari semasa ke semasa
serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai
terus meningkat. Sama ada diperingkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan
ataupun antarabangsa, jarak yang dicapai terus mengingkat sehingga tiada rekod
yang dapat bertahan lama. Umpamanya di peringkat dunia, jarak lemparan yang
dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak ini dipercayai tidak akan kekal lama,
seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan yang lainnya.
Di Negara kita, jika dibandingkan dengan jarak yang dicapai oleh peserta-
peserta dunia, masih terlalu jauh. Bagaimanapun, lemparan terbaik yang dicapai
iaitu 47.38m mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga dengan
jarak yang diperoleh oleh pesertrta wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun
kebangsaan.
Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa
kini seperti kaedah sain sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang
berpengalaman, serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-
peserta lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan
muncul peserta lempar cakera Negara kita standing dengan pencapaian peserta lain
di dunia, atau sekadar di peringkat Asia.

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 4









Rajah 1.1 Lempar Cakera
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA
Tujuan utama acara melempar cakera adalah untuk melempar cakera itu
seberapa jauh yang boleh daribulatan lemparan. Garis pusat bulatan adalah
berukuran 2.50 meter dan peserta dikehendaki bertindak dari bulatan ini adalah
mengarahkan cakera ke kawasan sector yang bersudut 40 darjah di hadapan
bulatan.
Selain daripada keperluan fizikal seperti kekuatan, kuasa, koodinasi dan ritma
yang seharusnya dimiliki oleh seorang pelempar cakera, faktor-faktor mekanikal juga
perlu diambil perhatian untuk keberkesanan tindakan melempar cakera.
Empat faktor utama yang mempengaruhi lemparan adalah ketinggian,
kelajuan dan sudut pelepasan cakera serta sifat aerodinamik yang berkaitan dengan
bentuk cakera ketika ia bergerak di udara setelah dilemparkan. Jika cakera itu
bergerak dalam bentuk bulan punama apabila dilempar, sudah pasti rintangan
udara yang penuh ke atas muka cakera akan memperlahankan pergerakan cakera
ke hadapan. Sebaliknya, cakera yang dapat digerakan secara memotong udara
akan kuarng rintangan udara dan mungkin terus terapung di udara dan bergerak
lebih jauh.
Ketika memberi demostrasi kepada pelajar tentang aspek pusingan atau
rotasi badan, guru hendaklah menarik perhatian pelajarnya kepada rurtan tindakan
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 5

bahagian badan. Ini dapat membantu mereka memahami asas pengumpulan daya
dan peranan bahagian badan sperti kaki, lutut, siku dan pinggang dalam tindakan
melempar cakera.
KESELAMATAN LATIHAN MELEMPAR CAKERA
Guru yang mengajar berkewajipan untuk mengawasi pelajar ketika mereka
menjalani latihna melempar cakera. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku, guru hendaklah tegaskan kepada pelajarnya tentang langkah-langkah
keselamatan ketika menjalani latihan dan pentingnya semua pelajar mematuhinya.
Berikut adalah beberapa panduan untuk menjaga keselamatan pelajar yang
menjalani pelajaran melempar cakera.
(a) Pelajar menjalani latihan melempar di kawasan yang ditetapkan oleh guru.
(b) Pelajar menuggu gilirannya di tempat yang dianggap selamat dan tidak
menunggu di keliling atau berhampiran bulatan lemparan atau di mana
pelajar lain membuat percubaan.
(c) Pelajar yang bersedia untuk melempar hendaklah terlebih dahulu
memastikan tiada sesiapa di belakangnya dekat bulatan atau hadapannya
dalam kawasan pendaratan ketika dia memulakan lemparannnya.
(d) Amalkan prinsip keselamatan iaitu semua melempar, semua memungut
jika latihan berkumpulan diamalkan oleh pelajar.
(e) Cakera hendaklah dipungut dan dibawa semula ke tempat mula melempar
oleh pelajar. Tidak dibenarkan pelajar membalin cakera kepada peserta yan
menunggu gilirannya.
FASA PERGERAKAN MELEMPAR CAKERA
Secara umumnya, melempar cakera terdiri daripada fasa pergerakan yang berikut:
(a) Fasa persediaan termasuk pegangan cakera
(b) Fasa hayunan awalan
(c) Fasa lemparan
(d) Fasa ikut lajak dan pemulihan


GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 6

PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk
membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan
keperluan jenis acara serta peraturan yang disyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya
peralatan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau
lompatan dengan yang lain. Kita bincangkan setiap peralatan yang diperlukan untuk
acara lempar cakera ini.
i. Cakera
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang
menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin.
Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan
piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera
juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah, asalkan
bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati
berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan
berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk
wanita. Begitu juga dengan cakera untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera
mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:

Bil Perkara/bahagian Lelaki Wanita
1 Berat keseluruhan
untuk pertandingan
2.0kg(minimum) 1.0kg(minimum)
2 Ketebalan bahagian
tengah cakera
40-46mm 37-39mm
3 Diameter piring atau
kawasan rata pada
tengah cakera
50-57mm 50-57mm
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 7

4 Diameter keseluruhan
cakera

218-221mm 180-182mm
5 Ketebalan logam pada
sekeliling cakera
12.0mm 12.0mm

ii. Bulatan Lemparan
bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas
untuk peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang
membentuk bulatab hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan
bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atay bahan
lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hhendaklah rata dan ukuran pada saiz
bulatan ini ialah 2.5m pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada 2
bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah
terdiri daripada garisan lebih kurang 5mm, manakala garisan bulatannya harus
sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal 5cm
lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-
dua belah bulatan. Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau
bahan lain yang sesuai.

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 8
















Rajah 1.2 : Bentuk cakera serta ukurannya
iii) Kawasan Lemparan
kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan
separuh bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak
terhad. Bagi peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang,
manakala, bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai
100m. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan
atau penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan
boleh di adakan pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 9

peringkat sekolah, dan jarak yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m.
Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan
juga disediakan oleh sesetengah penganmjur. Garisan ini adalah sebagai panduan
kepada para peserta untuk membuat lemparan, setidak-tidaknya untuk mereka
mencipta rekod baru.
iv) Kurungan Keselamatan
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku
semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan
henbdaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang
kurungan keselamatan dikawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah
direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat menahan lemparan cakera yang
beratnya 2kg serta dilemparpada kelajuan sehingga melebihi 25m sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang
yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5m
dihadapan bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-
kurangnya 4m tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang
seumpamanya.
Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang
disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan
demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan
melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal
mengikut arah atau laluan yang disediakan.
Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-
kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana
teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik
memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang
tidak sepatutnya. Alas an lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak
dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih
baik jika pagar ini dipasang, biarpun pertandingan hanya pada peringkat sekolah.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 10







1.3 : Arah pergerakan dan pendaratan cakera








1.4 : Kawasan lempar cakera serta kurungan keselamatannya
v) Pita Pengukur
Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan
ditentukkan oleh jarak lemparan yang dibuat,maka sudah tentu jarak ini perlu diukur.
Alat yang digunakan ialah pita pengukur.pegawai pertandingan akan mengukur
setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan.ukuran jarak
ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan
kawasan lemparan,walaupun pita ditarik hingga titik tengah bulatan lemparan
itu.Bagaimanapun dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat antara-
bangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pengunnaan
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 11

pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat diukur dengan lebih
cepat dan tepat.
vi) Pegawai Pertandingan
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan
diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan
sama ada lemparan itu batal ataupun sah,menerusi sentuhan kaki peserta pada
garisan bulatan lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau
cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring
keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera
di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak
yang dicapai oleh peserta.
vii) Undang-Undang Dan Peraturan
1. setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut
susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan.

2. apabila jumlah peserta melebihi lapan orang,mereka akan diberikan tiga
lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan paling jauh akan
memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan tiga
lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan orang
peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan
seorang, dan lemparan paling jauh daripada enam percubaan ini akan
menentukan pemenang keseluruhan.

3. setelah pertandingan bermula, peserta tidak dibenarkan menggunakan
kawasan pertandingan untuk melakukan lemparan percubaan atau
latihan,sama ada dengan peralatan ataupun tanpa peralatan.

4. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannyaa atau pemenang mengikut
jarak lemparan paling jauh dan yang sah.

5. Cakera hendaklah mula dilempar dari bulatan lemparan yang disediakan dan
hendaklah bermula daripada kedudukan statik.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 12

6. peserta tidak dibenar meninggalkan bulatan lemparan sebelum cakera
mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan.cara keluar dari bulatan yang
tidak di kira batal.

7. untuk menjadikan lemparan itu sah,cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan
pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak
garisan mengelilingi bulatan lemparan.

8. ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh
setiap peserta,walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak
lemparan sebelumnya.

9. peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang
boleh memberikan kelebihan atau menjauhkan jarak lemparan cakera.

10. peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan
atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau
lemparannya

11. sekiranya terdapat keputusan seri,semakan akan dibuat pada jarak kedua
terbaik bagi setiap peserta.semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan
setiap peserta berkenaan melakukan satu lemparan tambahan.peserta yang
mencapai jarak lebih jauh daripada lemparan tambahan dikira pemenang.

12. peserta hendaklah mematuhi segala aturan dan undang-undang yang
ditetapkan,termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.

13. peserta hendaklah menerima keputusan pegawai pertandingan dengan
penuh semangat kesukanan,sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau
tidak dikira

14. peserta hendaklah melempar cakera mengikut cara dan teknik yang
ditetapkan untuk acara ini.

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 13



Rajah 1.5 : Pergerakan lengkap lempar cakera
Latihan ansur maju
Latihan 1
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika
melepaskannya.

(a) Berdiri denagn kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki
sedikit
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 14

(b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan.
Ingat, jangan menggenggam cakera. Pegangan seperti yang diterangkan
sebelum ini.
(c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan,
lepaskan cakera supaya ia bergolek di atas tepinya (simpai logam) secara
lurus ke depan. Di saat-saat akhir melepaskan cakera, putarkan cakera
dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.

Latihan 2
Tujuan: latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki
dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan
kanan.
(b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke
kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung
kedua kaki.
(c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak
dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan
pendaratan.


GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 15

Latihan 3
Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.


(a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan
sedikit. Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
(b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing kea rah
lawan jam (ke sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
(c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri ayng berpaksi.
(d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
(e) Garisan dan tandaan boleh diadakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagia panduan kedudukan kaki. Buat latihan
dengan pergerakan yang perlahan dan kemudian beransur laju.
(nota): pada peringkat awal, latihan boleh dilakukan tanpa menggunakan
bulatan lemparan dan tanpa memegang cakera.
Latihan 4
Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk
melempar.

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 16


(a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan
lemparan dan hayunakan cakera.
(b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula
mengilaskan badan ke depan bulatan.
(c) Apabila cakera sampai kea rah bahu, ia dilempar ke depan. Pada ketika
lemparan, pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.
Kaedah melakukan lemparan
Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah
suatu yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil
bahagian dalam acara ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak paling jauh
bagi menentukan pemenang dalam sesuatu pertandingan. Bagaimanapun,
anggapan ini tidaklah benar, kerana dalam melakukan lemparan cakera ini, cara
atau kaedah melakukannya, adalah penting. Kaedah yang betul dan cara yang
sempurna akan menghasilkan jarak lemparan yang diharapkan. Begitu juga jika
seseorang itu membuat lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul
tentu tidak akan memperoleh jarak yang diharapkan.
Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan
tegap atau bertubuh sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara
ini. Sebenarnya hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh
peserta tetapi penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang pesrta. Ini
bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.
Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan
gabungan beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, mekanik,
kelajuan pelepasan dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan
cakera juga bergantungkepada pertalian di anatara kelajuan pusingan badan serta
kekuatan hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang sama boleh dilakukan
oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik lemparan yang
berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering mempengaruhi jarak
atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai pesrta dalam acara lontaran, seseorang itu
harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan yang
dijalankan.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 17

Ada dua aspek penting dalam teknik atau cara melakukan lemparan dalam
acara lempar cakera ini, iaitu cara memegang cakera dan cara membuat lemparan.
Kedua-dua aspek ini harus dimahirkan oleh setiap peserta lempar cakera sama ada
pada peringkat rendah ataupun tinggi dan sama ada lelaki ataupun wanita.














Rajah 1.6 : Cara memegang dan melontar cakera
CARA MEMEGANG CAKERA
Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta
mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang
cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat
menghasilkan jarak yang jauh, malah boleh membahayakan diri sendiri ataupun
orang lain. Untuk mendapatkan pemegangan yang betul, peserta hendaklah
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 18

mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada
umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina.
Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat, iaitu mereka mestilah
boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut
sudut layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera daripada
mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah
memilih gaya atau cara pengangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan
tangannya.
CARA PEGANGAN 1
Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangna peserta pada
permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian
berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera dipegang hanya dibengkokkan
mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan
cakera untuk memberikan pengawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera
hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan lain. Bagi memastikan
pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh
menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dank e belakang, sambil
jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta
bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan
beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan
bukan pada jarak lemparan.
CARA PEGANGAN 2
Pegangan cakera cara ini kelihatan hamper sama dengan cara pegangan
yang pertama tadi. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada
sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada
permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian
tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah bercantum, manakala jari
manis dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya secara
keseluruhannya. Seperti dalam pegangan pertama, untuk memastikan supaya
tangan memegang cakera dengan selesa dan kemas, peserta hendaklah
menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dank e belakang beberapa kali, dan
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 19

diikuti dengan lemparan dekat beberapa kali. Peserta hendaklah cuba mendapatkan
pegangan yang selesa dengan cara ini.
CARA PEGANGAN 3
Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari yang pendek mungkin menjadi
masalah kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun
dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan yang
mempunyai jari yang sagak pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak
tangannya pada cakera, dengan nenutup dua pertiga sahaja daripada bahagian
berlogam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada
sekeliling atau sampai logam cakera. Ini bermakna bahagian atas cakera disokong
oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang
cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara
kedua di atas.
Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selasa, peserta bolehlah
menghayun-hayunkan tangannya ke hadapan dank e belakang beberapa kali diikuti
dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cara
ini.
Dalam apa-apa cara pegangan sakali pun, yang penting ialah cara itu
hendaklah selesa dan kemas bagi peserta itu. Jika pegangan itu sudah selesa,
mudahlah bagi peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta
berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan lemparan pula.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 20

Rajah 1.7 : Teknik lemparan berdiri pusing Rangkaian satu setengah putaran
TEKNIK LEMPARAN
Setelah peserta mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, langkah
seterusnya ialah melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk
melakukan lemparan, terdapat dua teknik yang biasa digunakan sama ada pada
peringkat sekolah, negeri, kebangsaan ataupun antarabangsa. Pertama ialah teknik
berdiri tetap atau gaya static atau disebut juga sebagai gaya 90 darjah, dan kedua
ialah teknik berpusing, yang dilakukan bersama pusingan kaki. Terdapat perbezaan
yang ketara antara kedua-dua teknik ini.
Teknik berdiri tetap atau satik adalah sesuai bagi mereka yang baru
menceburkan diri dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik
ini. Teknik berdiri juga banyak digunakan oleh waniat. Dalam kebanyakkan
perjumpaan olahraga pringkat sekolah, hamper semua peserta menggunakan teknik
lemparan ini. Teknik ini memenag mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan
hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta
berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit
badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa kali ke
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 21

hadapan dan ke belakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan
awal. Peserta akan melemparka cakera setelah betul-betul sudah bersedia untuk
berbuat demikian, tanpa memusingkan kaki atau badannya.
Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak
digunakan pada peringkat sekolah atau oleh wanita. Untuk memahirkan diri dengan
cara ini latihan berterusan yang banyak diperlukan. Tidak dapat dinafikan teknik
lemparan ini mampu menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton,
tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang bersistem
dan ditambah dengan usaah sendiri mampu melahirkan pelempar cakera
menggunakan tekni ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di Negara kita,
masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga
dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga
masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK
Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalh penting
baginya menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan
lemparan. Persediaan sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan
kaki, hayunan tangan bersama cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti
kelenturan tangan yang melempar cakera. Kedudukan peserta semasa berdiri di
dalam kawasan pelepasa hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan
kesinambungan badan ketika membuat lemparan.
Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan
tangan, peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan.
Aturan berikut boleh dijadikan penduan dalam melakukan lempara gaya statik ini.
1. Pegangan cakera dengan kemas dan selesa.

2. Peserta hendaklah merendahkan pusat gravity badan dengan cara
membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. Dengan
demikian peserta badara pada kedudukan separuh cangkung.

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 22

3. Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi
yng memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan
kea rah hayunan cakera.

4. Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah
dibengkokkan sehingga pada aras bahu untuk mengawal serta
menimbangkan pusingan badan.

5. Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan
yang memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan.
Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk
lemparan yang baik.

6. Selepasa peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera
yang mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah
diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama,
kedua-dua belah peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum
sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera.

7. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera hingga ke aras bahu
dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera
secara menaik.

8. Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat
mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah
meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepas
garisan tengah bulatan.
KEBAIKAN TEKNIK STATIK
1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam
masa yang singkat.

2. Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi
hayunan yang dilakukan.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 23


3. Cakera mempunyai peluang yang lebih untuk mendarat di kawasan
pendaratan yang disediakan.

4. Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang
banyak, yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau
tidak.

5. Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak
membahayakan.

KEBURUKAN TEKNIK STATIK
1. Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan
serta hayunan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini.

2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan
ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan.

3. Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada
peserta ataupun penonton.

TEKNIK LEMPARAN BERDIRI PUSING
Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah
mendapatkan cakera pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas
itu peserta bolehlah cuba meghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan
badan sebagai latihan awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan
peserta berada kedudukan sedia di dalam kawasan lemparan. Kedududkan ini
adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan teknik lemparan
statik.
Dalam teknik lemparan ini, peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang
kawasan lemparan, pada kedudukan membelakangi kawasan pendaratan cakera.
Biasanya dalam lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 pusingan
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 24

sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari
segi mentalnya, yakni menumpukan penuh konsentrasi terhadap acara ini.
Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan
berpusing. Perlu diingat panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki,
walaupun mungkin dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.

1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaaan lemparan dengan
badan membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta
adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan
sedikit dengan menghala kea rah sisi kakan badan, manakala tapak kaki
kiri dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi
kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah
diseimbangi pada kedua-dua belah kaki.

2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera
sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika
melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki
belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera.


3. Pesrta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan
persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki
hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan
baru,mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya
bergerakan ini berlaku secara atomatik kesan hayunan tangan bersama
cakera. Seterusnya hayunan bertukar dalam pergerakan yang lancer lagi
licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah
memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan bagi
mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta
hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah.

GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 25

4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing,
mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan
melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan
hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan
membuat lemparan dengan berkesan.

5. Selepas Berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua
pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan
terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik lemparan adalah hamper
sama dengan teknik dalam lemparan static. Caranya ialah ketika bahagian
badan bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri di lepaskan
sambil lutut didongak kea rah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki
hendaklah diluruskan selepas lonjakan akhir untuk pelepasan cakera.
Cakera dilemparkan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan
hayunan sampai ke arah bahu.

6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung
kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan, berikut
adalah kedudukan untuk melakukan lajakan.

a. Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan
peserta berdiri di atas kaki kanan secara menjengket.
b. Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan
kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar
dari bulatan itu.

c. Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga
cakera mendarat dengan selamat.

7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja
cakera mendarat di kawasan penndaratan dengan menerusi bahagian
separuh belakang bulatan.
GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 26


8. Peserta hendaklah mematuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan
untuk lemparan teknik badan berpusing ini.

KEBAIKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING
1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan
berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat
dan jarak yang lebih jauh.

2. Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu
mendapatkan keputusan yang membanggakan.

3. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat
mengelakkan daripada pembaziran tenaga.

4. Member kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil
bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.

KEBURUKAN TEKNIK LEMPARAN BADAN BERPUSING

1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang
diperlukan.

2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh
merugikan lemparan yang dibuat.

3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah
mudah.

4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan didri sendiri atau orang lain.



GK2050K Olahraga (Acara Padang)

MARDIANA MURAD - 2012172240006 Page 27

PRINSIP ASAS LEMPAR CAKERA

1. Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk dari
segi fizikal, kemahiran, ;teknik dan mental peserta.

2. Mempunyai minat dan keinginan untuk Berjaya dalam acara ini dengan
meletakkan suatu matlamat tertentu untuk dicapai menerusi penyertaan
dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan.

3. Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan dengan
tujuan dapatkan jarak sejauh mungkin.






Rajah 1.8 : Gaya seorang peserta lempar cakera

Anda mungkin juga menyukai