Anda di halaman 1dari 6

Proses pembelajaran Orff merangkumi empat komponen utama iaitu explorasi (mencari

sendiri) imitasi (mengajuk balik) improvisasi literasisetiap proses ini mempunyai


pendekatannya yang tersendiri. Proses eksplorasi melibatkan pergerakkan. Ia merangkumi
tiga aspek iaitu explorasi ruang, explorasi bentuk dan imitasi.
Dalam explorasi ruang, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajahi kualiti pergerakkan dan
jenis-jenis pergerakkan, seperti pergerakkan yang besar, kecil,ringan, licin dan sebagainya.
Dalam kelas explorasi, kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bergerak dan guru hanya
memainkan peranan sebagai pemerhati.
Explorasi bentuk berlaku secara serentak dengan explorasi ruang and bunyi. Dalam
explorasi bentuk, pergerakkan diatur menjadi corak-corak pergerakkan tertentu dan corak-
corak ini kemudian dijadikan tarian.
Dalam explorasi bentuk, kanak-kanak diajar untuk menyusun bunyi-bunyi ini untuk
membentuk frasa-frasa. Bunyi dan pergerakkan disatukan dalam explorasi bentuk.setiap
bunyi mempunyi simbol yang direka oleh kanak-kanak atau guru untuk melambangkannya.
Ini adalah permulaan yang baik untuk mengajar kanak-kanak notasi.sebagai contoh simbol
batu boleh digunakan untuk melambangkan bunyi yang keras dan simbol bintang boleh
digunakan untuk melambangkan bunyi yang terang.
Imitasi adalah proses dimana kanak-kanak belajar untuk mengimitasi apa yang didengar
atau dilihat. Menurut orff, kanak-kanak pada usia yang muda mula belajar sesuatu yang
baru melalui imitasi. Maka proses ini adalah sangat penting dalam pembangunan dan
perkembangan muzikal seseorang kanak-kanak.
Guru dalam kelas orff memainkan peranan penting sebagai role model kepada murid-
muridnya.guru harus pastikan bahawa aktiviti-aktiviti muzikal yang dibuatnya haruslah betul
kerana ia akan diikut oleh murid-muridnya.sebagai contoh, guru menepuk satu bar ritma dan
kanak-kanak dikehendaki untuk menepuk balik ritma yang sama.
Aplikasi pendekatan orff dalam bilik darjah
Sebutan berirama dalam pendekatan orff adalah sebutan silibel yang direka oleh kanak-
kanak untuk membantu pemahaman mereka tentang corak irama dan nilai setiap detik.orff
menggalakkan kanak-kanak untuk menggunakan silibel yang tidak bermakna (nonsense
syllabel) seperti ka, ta, la, tri, chi dan sebagainya untuk mewakili nilai not dalam irama.
Menurut orff, sukukata-sukukata ini adalah sebutan natural dalam percakapan kanak-kanak
dan ia adalah mudah bagi kanak-kanak untuk menggunakan sukukata sebegini untuk
mempelajari irama dan detik.Menurut orff, alat muzik yang paling utama adalah badan dan
suara.keseluruhan bahagian badan boleh digunakan untuk menghasilkan bunyi dan bunyi-
bunyi ini boleh digabungkan untuk menghasilkan corak irama.
Kanak-kanak mula belajar untuk menerokai jenis-jenis bunyi dengan menepuk tangan,
menjerit, menyanyi, menghentam kaki dan sebagainya. Menurut orff badan harus digunakan
sebagai alat muzik asas dalam perkembangan muzikal kanak-kanak pada tahap awal
pembelajaran mereka.
Alat-alat perkusi seperti glockenspiel, xylophone dan drum merupakan alat muzik yang
kedua paling utama dalam pendekatan orff. Dalam pendekatan ini irama biasanya diajar
melalui alat muzik perkusi dan pergerakkan atau tarian. Antara alat muzik yang sering
digunakan ialah metallophone, glockenspiel dan xylophone. Alat-alat perkusi dalam
pendekatan . Orff mempunyai warna ton yang berbeza.
Kanak-kanak dalam kelas pendekatan Orff harus diajar untuk mengimprovisasi dengan
menggunakan alat-alat perkusi. Dalam kelas improvisasi, kanak-kanak harus diberi
kebebasan untuk mencuba corak-corak irama dan melodi yang berlainan.
Dalam kelas-kelas yang permulaan, guru tidak seharusnya menetapkan had atau
menghalang kanak-kanak daripada mencuba corak-corak improvisasi yang mereka suka.
Setelah murid-murid mereka diberi peluang yang secukupnya untuk mencuba corak-corak
yang berbeza, guru kemudiannya boleh mengajar cara-cara yang betul untuk bermain
improvisasi.
Membolehkan kanak-kanak mempelajari muzik sambil berasa seronok melalui penglibatan
yang aktif dalam aktiviti-aktiviti muzikal.penglibatan kanak-kanak mengikut muzik secara
semulajadi dan mengikut kemampuan dan citarasa mereka.
Pembelajaran secara penemuan dan sampingan. Aktiviti muzik mudah dan mengikut
kemampuan kanak-kanak.kanak-kanak tidak dibebankan atau dibelenggu dengan aspek-
aspek formal dalam muzik.
Kelebihan pendekatan Orff
Kanak-kanak diberi peluang banyak untuk mengalihkan gerak balas psikomotor daripada
gerakan fizikal kepada alat muzik secara bebas.alat muzik yang direka tidak memerlukan
tahap kecekapan yang tinggi dan kemahiran muzikal yang tinggi.
Kanak-kanak mempelajari daripada yang mudah kepada sukar.- (akt. Berperingkat dan
berturutan.) Guru sebagai pemudah cara. Penilaian dilakukan oleh kanak-kanak itu sendiri.
Pengabungjalinan dengan mata pelajaran lain seperti pembelajaran bahasa atau pendidikan
jasmani. Ia dapat mendorong kanak-kanak supaya menganggap pertuturan, nyanyian,
gerakan dan permainan mereka sebagai aktiviti yang sama.
Kelemahan pendekatan orff
Hanya sesuai untuk peringkat kanak-kanak sahaja.pendekatan lebih tertumpu kepada
kebudayaan tempatan sahaja.fokus pendekatan kurang kepada muzik tulen.penggunaan
kos terlalu tinggi tetapi ianya boleh diatasi dengan menggunakan alat rekaan sendiri.
Reflaksi
Pengajaran mikro dan makro adalah perkara biasa bagi guru kerana mereka pernah
mengalaminya semasa mengikuti kursus perguruan di universiti atau di maktab perguruan.
Bagi bakal guru pula mereka akan mengalaminya sebelum mereka keluar membuat latihan
mengajar. Melalui pengajaran mikro dan makro bakal guru tersebut didedahkan dengan
pengajaran seolah-olah di dalam bilik darjah dan dapat mengetahui kelemahan dan
kekuatan melalui komen yang dibuat oleh pensyarah atau pun rakan sekelas. Disamping itu
bakal guru berpeluang menonton hasil pengajaran mereka melalui rakaman yang dibuat
untuk bakal guru sendiri menilai pengajaran dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan
mereka. Pengajaran mikro dan makro amat penting untuk mengesan kelemahan-kelemahan
pada setiap bahagian pengajaran supaya dapat diperbaiki lebih awal.
Dalam melaksanakan set induksi sebagai permulaan pengajaran, saya mendapati
tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang dirancang. Dalam
perancangan sepatutnya saya melaksanakan set induksi itu selama lima minit tetapi ia telah
dijalankan hampir sepuluh minit. Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki pengajaran,
saya perlu bijak menguruskan masa dan merancang set induksi agar tidak mengambil masa
yang terlalu lama.
Selain itu, saya juga agak lambat mengaitkan set induksi yang dilaksanakan dengan
isi atau tajuk pelajaran yang hendak diajar. Ini menjadikan pelaksanaan pengajaran mikro
menjadi terlalu lama dan membuatkan para pelajar mungkin tertanya-tanya akan pelajaran
yang dipelajari. Dengan demikian, saya perlulah memperbaiki pengajaran supaya lebih tahu
tempoh masa yang sesuai untuk mengaitkan isi pelajaran. Penggunaan gambar bersiri
sebagai bahan bantu pengajaran juga agak mengelirukan sehingga menyebabkan pelajar
memberikan jawapan atau maklum balas yang kurang tepat. Sebagai tindakan susulan saya
haruslah menyediakan bahan bantu mengajar terutamanya gambar yang lebih jelas agar
tidak menimbulkan sebarang kekeliruan.
Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh
mengganggu kelancaran pelaksanaan set induksi sehingga menjejaskan pengurusan masa
yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang bersesuaian dan
tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan dan menjadikan pelaksanaan set induksi
lebih lancar. Kelemahan para pelajar dalam mengingati pelajaran lepas yang telah dipelajari
juga mengganggu kelancaran set induksi. Oleh yang demikian, saya terpaksa membantu
pelajar agar lebih mengingati pelajaran lepas dengan tepat. Sebagai memperbaiki mutu
pengajaran, saya hendaklah lebih menilai keberkesanan pencapaian objektif pelajaran yang
hendak dicapai.
Selain itu, murid-murid juga agak malu dan pasif dalam memberikan respon atau
maklum balas kepada soalan guru. Hal ini mungkin berlaku kerana para pelajar agak
terganggu dengan rakaman yang dibuat dan kurang menguasai pelajaran yang lepas. Oleh
itu, saya haruslah memperbaiki pengajaran agar memastikan murid-murid lebih aktif dan
berani dengan pendekatan yang lebih berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih
baik. Selain memanggil nama murid dan memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh
merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian
seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka.
Sebagai kekuatan kepada set induksi yang dijalankan, penggunaan gambar bersiri
dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan cuba membuat andaian. Ini secara tidak
langsung meningkatkan kemahiran berfikir murid secara kritis. Selain itu, gambar yang
ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Namun demikian,
saya boleh menambahkan lagi daya tarikan dan minat murid sekiranya gambar yang
ditunjukkan digantikan dengan rakaman pendek. Ini lebih membantu murid terutamanya
yang lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan
menampakkan situasi yang lebih nyata.
Selain daripada itu, penggunaan kad perkataan juga dapat membantu murid untuk
mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari. Dengan penyediaan kad perkataan yang
berwarna boleh menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka semasa
membacakan kad-kad perkataan tersebut. Sebagai meningkatkan lagi mutu pengajaran,
saya boleh menggunakan gambar atau nyanyian untuk memberikan lebih keseronokan bagi
menggantikan penggunaan kad perkataan.
Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga
dapat memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang dirancang akan dapat dicapai.
Kepelbagaian bahan bantu mengajar sememangnya banyak membantu proses
pengajaran dan pembelajaran saya. Namun begitu, sekiranya saya bijak dan mahir
mempelbagaikan bahan bantu pengajaran dengan penggunaan pelbagai media yang lebih
canggih terutamanya pengaplikasian teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran saya
akan menjadi lebih menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta tumpuan murid.
Penambahbaikan
Jika diberi peluang mengajar sekali lagi mungkin banyak benda yang akan diubasuai
mengikut tahap penguasaan murid. Penambahbaikan yang akan dibuat ialah , Set induksi
atau langkah mencungkil idea. Menukar kaedah pengajaran teka-teki yang meneka batu di
dalam genggam guru kepada meneka benda di dalam kotak hitam ala ahli sihir
menggunakan tongkat sakti. Tujuan untuk memberansangkan lagi minat murid serta
memberi kesediaan belajar yang menyeronokkan. Pada akhir langkah pengajaran atau
semasa membuat rumusan , saya rasa pertandingan kuiz adalah sangat sesuai bagi
menguji tahap pemahaman murid terhadap apa yang telah dipelajari sama ada mereka
dapat mengingati dengan baik atau tidak . Jika mereka masih belum dapat menjawap soalan
kuiz yang dikemukakan bermakna objektif pengajaran pada hari itu tidak dapat di capai
dengan sepenuhnya.

Anda mungkin juga menyukai