Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEKUATAN Sebagai kekuatan kepada pengajaran yang dijalankan, penggunaan gambar bersiri seperti

kesan penebangan hutan, slaid penebangan hutan, dapat membantu muridmurid untuk memahami isi pengajaran. Selain itu, gambar yang ditunjukkan juga bersesuaian dengan isi pelajaran yang hendak diajar. Namun demikian, saya boleh menambahkan lagi daya tarikan dan minat murid sekiranya gambar yang ditunjukkan digantikan dengan rakaman pendek. Ini lebih membantu murid terutamanya yang lemah untuk lebih faham sekiranya dibuat dalam bentuk audio dan visual dan menampakkan situasi yang lebih nyata. Selain daripada itu, penggunaan kad perkataan juga dapat membantu murid untuk mengingat semula pelajaran yang sudah dipelajari. Dengan penyediaan kad perkataan yang berwarna boleh menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka semasa membacakan kad-kad perkataan tersebut. Sebagai meningkatkan lagi mutu pengajaran, saya boleh menggunakan gambar atau nyanyian untuk memberikan lebih keseronokan bagi menggantikan penggunaan kad perkataan. Seterusnya, dalam mengawal kelas ketika sesi pengajaran, saya mengambil pendekatan yang lebih tegas kepada murid-murid yang suka membuat bising. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih disiplin dan rakan-rakan yang lain juga tidak akan membuat bising seperti mereka. KELEMAHAN Dalam melaksanakan langkah pengajaran yang ketiga, saya mendapati tempoh masa yang diambil terlalu panjang dan melebihi masa yang dirancang. Dalam

perancangan sepatutnya saya melaksanakan langkah pengajaran tersebut selama lima belas minit tetapi ia telah dijalankan hampir dua puluh minit. Sebagai tindakan susulan untuk memperbaiki kelemahan ini, saya perlu lebih bijak menguruskan masa dan mengambil inisiatif lain sekiranya perkara seperti ini terjadi Di samping itu, penggunaan alat bantu mengajar yang terlalu banyak juga boleh mengganggu kelancaran proses pengajaran sehingga menjejaskan pengurusan masa yang ditetapkan. Justeru itu, saya seharusnya menggunakan bahan yang

bersesuaian dan tidak terlalu banyak agar masa dapat dihadkan untuk perkaraperkara lain yang berlaku secara spontan semasa dalam situasi tersebut. Kelemahan para pelajar dalam mengingati pelajaran lepas yang telah dipelajari juga sedikit menggangu proses pengajaran. Oleh yang demikian, saya terpaksa membantu pelajar agar lebih mengingati pelajaran lepas dengan tepat. Sebagai memperbaiki mutu pengajaran, saya hendaklah lebih menilai keberkesanan pencapaian objektif pelajaran yang hendak dicapai. Selain itu, murid-murid juga agak malu dan pasif dalam memberikan respon atau maklum balas kepada soalan guru. Hal ini mungkin berlaku kerana para pelajar agak terganggu dengan rakaman yang dibuat dan kurang menguasai pelajaran yang lepas. Oleh itu, saya haruslah memperbaiki pengajaran agar memastikan muridmurid lebih aktif dan berani dengan pendekatan yang lebih berpusatkan murid dan teknik penyoalan yang lebih baik. Selain memanggil nama murid dan memberi peluang untuk menjawab, saya juga boleh merangsang minat dan penglibatan murid dengan memberikan peneguhan positif dan pujian seperti baik, bagus dan sebagainya untuk memberi galakan dan motivasi kepada mereka. KESIMPULAN Melalui refleksi yang dibuat, saya dapat menilai keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan dalam pengajaran mikro. Di samping itu, saya juga dapat memperbaiki setiap kelemahan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang dirancang akan dapat dicapai. Kepelbagaian bahan bantu mengajar sememangnya banyak membantu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Namun begitu, sekiranya saya bijak dan mahir mempelbagaikan bahan bantu pengajaran dengan penggunaan pelbagai media yang lebih canggih terutamanya pengaplikasian teknologi, proses pengajaran dan pembelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan dan dapat meningkatkan minat serta tumpuan murid.

Anda mungkin juga menyukai