Anda di halaman 1dari 5

KELEMAHAN PENGAJARAN

1. Tidak menunjukkan objek konkrit kepada murid sebelum memperkenalkan bentuk dua
matra.
2. Bentuk dua matra yang ditunjukkan kepada murid kurang menarik kerana mempunyai warna
yang sama.
3.

Tidak meminta murid untuk memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra.

4. Tidak memberi memberi hadiah kepada murid yang berjaya menjawab soalan daripada
guru.
PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN
1.

Bahan bantu belajar (BBB) yang konkrit .

Bahan bantu belajar yang konkrit sepatutnya digunakan terlebih dahulu untuk memperkenalkan
bentuk dua matra kepada murid. Sebagai contoh jam berbentuk bulatan, biskut cream craker,
sampul surat dan pembaris segitiga. Guru akan memperkenalkan bentuk-bentuk dua matra yang
dapat dilihat daripada benda-benda yang ditunjukkan kepada murid seperti bentuk bulatan pada
muka jam dan sebagainya.
Guru juga boleh meminta murid memakai jam tangan kesekolah, membawa biskut dan
sebagainya yang mempunyai persamaan dengan bentuk dua matra. Bahan bantu belajar yang
berbentuk konkrit akan lebih menarik dan murid akan lebih menghargai bahan tersebut sekiranya
bahan bantu belajar tersebut dibawa sendiri oleh mereka. Disamping itu juga murid dapat
menyentuh bentuk dua matra yang dibawa seperti muka jam tangan yang berbentuk bulatan,
sampul surat yang berbentuk segiempat tepat dan sebagainya. Guru juga akan menyebut objekobjek dipersekitaran murid yang manyerupai bentuk dua matra seperti jam dinding, tayar, papan
tanda jalan raya, kad hari raya dan sebagainya.

2.

Bahan bantu belajar (BBB) yang menarik.

Saya akan menggunakan warna yang berlainan pada bentuk dua matra supaya murid lebih
tertarik melihat bentuk tersebut. Warna yang ceria akan dapat menarik perhatian murid, murid
sungguh seronok dan memberi respon dengan menjawab soalan-soalan daripada guru.

3.

Murid memadankan kad perkataan dengan bentuk dua matra.

Semasa sesi pengajaran saya, saya tidak meminta murid untuk memadankan kad perkataan
dengan bentuk dua matra yang ditanpal di papan putih. Sebaliknya saya sendiri yang
meletakkan kad perkataan tersebut. Dalam penambahbaikan proses pengajaran saya ini, saya
akan memanggil beberapa nama murid secara bergilir-gilir untuk memadankan kad perkataan
dengan bentuk dua matra yang betul. Murid akan rasa lebih seronok dapat melakukan aktiviti
bersama guru.

4.

Memberi ganjaran kepada murid.

Saya akan memberikan ganjaran kepada semua murid yang dapat menjawab soalan yang
diberikan. Ganjaran tersebut berbentuk hadiah seperti gula-gula sebagai penghargaan kepada
murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan rasa lebih dihargai
oleh guru dan akan menambah minat murid untuk menyertai setiap aktiviti yang dilakukan di
dalam kelas. Pembarian ganjaran akan membuatkan murid merasa lebih seronok dan
bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti.
Penutup
Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran saya, saya dapati perancangan
yang sempurna dan masa yang sesuai akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkesan, bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil
langkah penambahbaikan yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan
penbelajaran saya akan menjadi lebih menyeronokkan seterusnya mencapai objektif pengajaran
yang ditetapkan.

2.

Kekurangan pengajaran

Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikesan.
Antaranya ialah tahap kelancaran atau kepetahan guru berkomunikasi tidak begitu lancar. Ada
kalanya, seolah-olah guru tercari-cari apa yang hendak dikatakan. Di samping itu, suara ada
kalanya tidak begitu begitu jelas.
Satu kelemahan yang paling ketara ialah ketika melakukan penyemakan jawapan. Tanpa guru
sedar tentang jawapan yang ditulis murid adalah salah tetapi guru tetap menandakan jawapan
tersebut betul.Sepatutnya perkara ini tidak berlaku yang boleh menimbulkan keraguan murid. Di
sini, murid-murid lain yang menydari kesilapan tersebut pun tidak bertindak memberitahu guru
untuk membetulkan apa kesilapan tersebut.
Dari segi penggunaan papan tulis, guru dari peringkat awal sudah menunjukkan
ketidaksesuaian. Ini kerana kad gambar bentuk yang dilekat secara berturutan memang dan
menulis nama bentuk di sebelah kanan kelihatan membzair ruang. Begitu juga dengan kertas
majong yang dilekatkan di papan tulis, apa yang sudah ditulis di hadapan tidak dipadam terlebih
dahulu sebelum sebelum melekatkan hasil perbincangan.
Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi teknik
penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada kalanya murid kelihatan pasif
mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal sama ada memang
faham atau tidak tentang apa yang diajar.
Penggunaan masa juga ada kelemahan kerana didapati peruntukan masa dalam pengajaran
tersebut ialah 30 minit tetapi guru menggunakan masa 29 minit 40 saat untuk menyelesaikan
sesi pengajarannya.
Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja tersebut
menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri ketika
melakukan perbincangan.

3.

Langkah mengatasi

Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu.
Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana
perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan berkesan atau tidak, maka dapatlah kita
bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran
seterusnya.
Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah
bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap
soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat.
Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali algi
kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan
semua murid.
Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa
ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan
untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat
diterima dengan baik.
Begitu juga dengan penggunaan papan tulis sepatutnya dirancang dengan baik untuk
penggunaan ruang. Misalanya, kad gambar bentuk yang dilekatkan di depan mesti disusun
dengan tersusun dan di bawahnya ditulis nama bentuk tersebut. Seterusnya, sebelum
melekatkan hasil kerja murid, sepatutnya diarah murid yang bertugas untuk membersihkan
papan tulis tersebut. Jika ia terancang, ia kelihat kemas dan tersusun menyenangkan mata
memandang. Dari segi tulisan di papan yang kurang kemas masih boleh diperbaiki.
Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah
menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda
murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri
di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid.
Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke
semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan
pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid
menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas
penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa denganberkesan.
Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang
sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak
menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak.
Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi
kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti
refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk
memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik
pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik
berdasarkan tahap kebolehan murid yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh muridmurid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching ialah
ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar
seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini
kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu
kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan
dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid.
Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan
murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian
guru berkenaan isi pelajaran.
Kelemahan
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching ialah
ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati
masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini
disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran
tidak terlalu terjejas.
Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru
didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru
kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat
mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu
murid dengan lebih dekat.
Langkah Mengatasi
Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi
meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah
ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas.
Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan masa perlu
diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap
bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan
melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat
membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid,
atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu
dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan
komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.

Anda mungkin juga menyukai