Anda di halaman 1dari 11

KEBERKESANAN PENILAIAN PENGAJARAN TERHADAP PRESTASI GURU

Nurul Syuhaida Mohamed, Dr Jamil Abd Baser


Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional,
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Abstrak
Penulisan ini bertujuan untuk mengupas secara mendalam mengenai keberkesanan penilaian
pengajaran

terhadap prestasi seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di

samping itu, penilaian melalui refleksi dan penyeliaan pengajaran juga akan dikupas dengan
lebih lanjut untuk mengetahui implikasinya terhadap prestasi guru. Penulisan ini dilaksanakan
bagi meningkatkan lagi prestasi seorang guru dan komitmen guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebanyak 10 jurnal yang terpilih diambil dari laman sesawang seperti Procedia,
JUKU dan sebagainya. Kemudian jurnal tersebut dianalisis secara detailnya. Kesimpulannya,
sorotan literature ini membantu guru untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan penilaian
refleksi dan penyeliaan pengajaran dalam proses penyampaian pengajaran yang dilakukan di
dalam kelas.
Kata kunci: Penilaian refleksi, peyeliaan pengajaran, prestasi, guru.

1. Pengenalan

Guru adalah aset penting dalam usaha melonjakkan sistem pendidikan ke tahap yang
lebih tinggi. Berdasarkan Tang & Ghani (2007), penyeliaan ialah segala aktiviti yang
berkaitan dengan usaha untuk memastikan objektif organisasi dapat dicapai dan segala tugas
dalam organisasi berjalan dengan lancar. Menurut Radzi, Zuraidah, Nik, Razi & Norhesham
(2015) terdapat lima langkah untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran iaitu pra
penyeliaan,

pemerhatian pengajaran bilik darjah, maklum balas hasil penyeliaan,

persidangan penyeliaan dan analisis penyeliaan ialah syarat utama dalam pengawasan
klinikal. Menurut Arsythamby & Mery (2013) tujuan penyeliaan pengajaran adalah
membantu guru dalam melaksanakan pengajaran yang lebih berkesan dan efektif kepada
pelajar. Selain itu, Nurahimah & Rafisah (2010) menyatakan bahawa bagi melaksanakan
1

penyeliaan pengajaran yang berkesan, pengetua selaku penyelia haruslah berpengetahuan


luas, mempunyai kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal yang tinggi kerana ketigatiga element ini penting semasa proses penyeliaan pengajaran dilaksanakan.

Arsythamby & Mery (2013) menyatakan penyeliaan yang berkesan dapat membantu guru
untuk meningkatkan mutu pengajaran. Selain itu, penyeliaan juga merupakan satu
perkhidmatan kepada guru dalam proses penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran.
Penyeliaan yang berkesan perlu diberi perhatian terhadap teknik mengajar, kaedah menyoal,
set induksi dan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar. Merujuk kepada Tang & Ghani
(2007) melalui aktiviti penyeliaan pengajaran, guru yang berdedikasi dan kreatif dapat
dibentuk dan dapat membantu guru mengembangkan pengetahuan, kemahiran, amalan dan
sikap nilai murni selaras dengan pemupukan budaya kerja dalam kalangan guru. Penyeliaan
pada dasarnya untuk melihat dan menilai proses keberkesanan guru mengajar di dalam bilikbilik darjah. Nurahimah & Rafisah (2010) berpendapat bahawa penyeliaan yang berkualiti
dapat meningkatkan efikasi guru dan proses penyeliaan yang berkualiti amatlah diperlukan
dalam usaha meningkatkan efikasi guru.

Menganalisis masalah pendidikan membantu guru merefleksi diri dan memberi cerminan
pengalaman peribadi serta membolehkan guru mendapatkan
pengalaman.

pengetahuan melalui

Bukan itu sahaja, guru dapat meningkatkan kecekapan dan memperbaiki

amalan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan motivasi guru (Asta, Jolanta &
Marijona, 2015). Refleksi pengajaran bermaksud satu renungan semula atau mengingati
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalam kelas. Ia melibatkan
penerangan dan analisis ciri-ciri utama dan fenomena serta pengalaman sendiri, penilaian dan
menyusun mereka, pencarian punca tindakan tertentu serta kemungkinan alternatif dan
pilihan strategi baru (Kateina,2015). Sani (2013) menyatakan bahawa pemerhatian atau
pencerapan memainkan peranan yang penting dalam penyeliaan pengajaran dan
meningkatkan pembangunan professional guru. Dalam pengajaran, pencerapan adalah
kaedah yang berkesan untuk pembangunan kendiri.

Menurut Kateina (2015), refleksi pengajaran bertujuan untuk mendapatkan gambaran


tentang situasi dalam proses pengajaran dan persekitaran pembelajaran yang memerlukan
perbincangan dan kawalan penilaian kerana ia akan memberi impak yang besar terhadap
proses pengajaran. Melalui refleksi pembelajaran, analisis dan penilaian pengajaran dapat
dilakukan untuk mengetahui kelebihan atau kekurangan yang terdapat semasa proses
pengajaran. Gabriela & Lynn (2016) menyatakan bahawa pemikiran yang reflektif akan
menunjukan mengapa pengajaran yang tidak berkualti berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajarannya. Kemudian, melalui kaedah tersebut akan menghasilkan satu stratergi baru
yang jelas dan realistik untuk meningkatkan amalan pengajaran. Justeru, penilaian
pengajaran adalah satu instrument untuk meningkatkan lagi prestasi guru serta kurikulum
sekolah agar setanding dengan pendidikan di luar negara.

2. Bahan Dan Prosedur

Bahan

Terdapat 10 jurnal yang telah dipilih dan dikaji untuk mengetahui keberkesanan
penilaian pengajaran terhadap prestasi guru. Dari 10 jurnal yang dipilih, terdapat 5 jurnal
yang membincangkan mengenai Penyeliaan Pengajaran dan 5 jurnal mengenai
Penilaian Melalui Refleksi.

Prosedur

Artikel yang berkaitan dengan penilaian pengajaran telah dimuat turun melalui
laman sesawang Procedia , Juku dan The Asia Pacific Journal of Educators and
Education. Jurnal yang dipilih dari tahun 2006 hingga ke 2016.

3. Hasil Kajian

Artikel yang telah dipilih akan dimuat turun dan kami akan melihat dari pelbagai sudut
definisi bagi penyeliaan pengajaran dan penilaian melalui refleksi. Kemudian, kami akan
kupaskan mengenai pandangan guru terhadap penyeliaan pengajaran dan penilaian melalui
refleksi. Akhir sekali, kami akan membincangkan mengenai keberkesanan perlaksanaan
penyeliaan pengajaran dan penilaian melalui refleksi terhadap prestasi guru.

3.1 Keberkesanan penyeliaan pengajaran

Pada masa kini, penyeliaan pengajaran merupakan aspek penting dalam


meningkatkan kurikulum di sekolah dan pengurusan sekolah. Dalam proses penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah, penglibatan pengetua sangat
dititikberatkan dan perlu diberi perhatian yang wajar ( Ngang & Ghani, 2007). Oleh itu,
Nurahimah & Rafisah (2010) menyatakan penyeliaan

yang berkualiti dapat

disempurnakan oleh pengetua yang mengusai ilmu kepenyeliaan. Menurut Arsaythamby


& Mary (2013), prestasi pengajaran guru diukur berdasarkan Rancangan Pelajaran Harian
(RPH), set induksi, penyampaian pengajaran, teknik penyoalan, penglibatan pelajar,
pengukuhan, latihan pelajar dan tugasan, memeriksa latihan dan tugasan pelajar,
penutupan pelajaran dan pengurusan kelas sebelum dan selepas penyeliaan klinikal.

Kajian oleh Arsaythamby & Mary (2013) mendapati penyeliaan pengajaran yang
baik melibatkan aktiviti-aktiviti yang membantu, mengarahkan dan memberitahu guru
apa yang perlu dilakukan dan yang telah dilakukan. Penyeliaan pengajaran akan
memberikan kesan positif terhadap prestasi pengajaran guru. Melalui penilaian
pengajaran, guru dapat memperbaiki amalan pengajaran dan menukar stratergi
pengajaran hasil daripada penyeliaan yang berkesan oleh pengetua. Penyeliaan yang
berbentuk formatif dapat membantu guru memperbaiki kaedah pengajaran dan seterusnya
meningkatkan prestasi pengajaran. Guru dan penyelia haruslah memainkan peranan
penting dalam proses penyeliaan pengajaran. Komunikasi antara dua pihak amat penting
dalam proses penyeliaan pengajaran bagi meningkatkan lagi prestasi guru.
4

Nurahimah & Rafisah (2010) menyatakan terdapat tiga faktor yang memainkan
peranan penting dalam element kualiti penyeliaan iaitu faktor pengetahuan, kemahiran
interpersonal dan kemahiran teknikal. Faktor-faktor ini memainkan peranan penting
dalam menentukan keberkesanan penyeliaan pengajaran yang dijalankan untuk
meningkatkan prestasi guru. Selain itu, guru-guru yang selesa dengan persekitaran kerja,
mendapat sokongan dan kerjasama daripada pentadbir akan cenderung mempunyai
efikasi diri yang lebih tinggi. Pengetahuan, sokongan dan penyeliaan aktif oleh pengetua
antara faktor penting dalam efikasi guru kerana sikap pengetua akan mempengaruhi tahap
efikasi guru dan seterusnya mempengaruhi prestasi seorang guru tersebut.

Menurut Radzi, Zuraidah, Nik, Razi & Norhesham (2015) penyeliaan klinikal
yang berkesan memerlukan komunikasi dan perbincangan antara penyelia dan guru bagi
menggalakkan penambahbaikan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Terdapat
lima langkah penyeliaan iaitu pra-persidangan atau pra pemerhatian, pemerhatian
pengajaran bilik darjah, pemerhatian pengajaran atau analisis strategi maklum balas,
persidangan pengawasan dan selepas persidangan pengawasan analisis adalah keperluan
utama dalam penyeliaan klinikal. Kaedah pra pemerhatian merupakan proses awal
komunikasi dan interaksi antara guru dan penyelia. Proses ini dijangka membantu dan
memudahkan guru-guru dan penyelia dalam memahami hasil pembelajaran dan objektif
penyeliaan serta membantu mendapatkan gambaran tentang latar belakang pengajaran
yang berlaku dari segi teknik penyampaian, strategi dan kaedah yang digunakan.

3.2 Keberkesanan penilaian melalui refleksi

Refleksi bermaksud satu renungan atau mengingati pengalaman dan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan di dalam kelas. Katerina (2015)
berkata refleksi dianggap sebagai alat untuk mencapai keadilan sosial

dan

tanggungjawab sosial guru. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada aspek luaran
daripada realiti sebenar guru. Melalui amalan refleksi ini, guru dapat membuat analisis
dan menilai kelebihan dan kekurangan amalan pengajaran di kelas. Oleh itu, seorang guru
5

perlulah sentiasa merefleksi amalan pengajaran yang dilaksanakan bagi memperbaiki


prestasi pengajarannya.

Menurut Asta, Jolanta & Marijona (2015) hubungan di antara teori dan amalan
serta interaksi antara pengalaman peribadi dan profesional sangat penting. Sebagai
contoh, pemerhatian diri, pelarasan matlamat seseorang, pencapaian pembelajaran,
kelemahan dapat diketahui melalui refleksi semasa pengajian praktikal dilakukan.
Personaliti guru dan nilai-nilai murni dapat dilihat melalui proses refleksi pengajaran.

Katerina (2015) membezakan tiga jenis kandungan amalan pedagogi reflektif


ialah personaliti guru (muhasabah diri), aspek situasi dalam pengajaran dan konteks
pendidikan yang meluas di sekolah termasuk sosial, etika dan politik. Terdapat tiga tahap
kualiti renungan iaitu penerangan, justifikasi dan penilaian dan refleksi. Hasil refleksi
menjadi titik permulaan bagi amalan pengajaran dan pembelajaran. Empat langkah
refleksi pengajaran dan pembelajaran iaitu pengalaman konkrit (emosi), renungan dan
pemerhatian, pembentukan konsep abstrak (pemikiran) dan percubaan aktif (tindakan).

Jadual 1: Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran Terhadap Prestasi Guru.


Bil
1.

Kenyataan

Rujukan

Melalui penyeliaan pengajaran, guru dapat meningkatkan tahap

Asia Pacific Journal of

profesionalisme dan membuat perubahan diri sendiri dalam

Educators and Education, Vol.

pengajaran. Penyeliaan pengajaran juga dapat meningkatkan mutu

28, 81102, 2013

pengajaran di dalam bilik darjah. Implikasi penyeliaan pengajaran

Penerbit Universiti Sains

yang

dilaksanakan

di

sekolah

dapat

meningkatkan

tahap

perkembangan pengajaran. Guru juga dapat memperbaiki kaedah


pengajaran

dan

meningkatkan

prestasi

pembelajaran

melalui

penyeliaan yang berbentuk formatif.


2.

Malaysia, 2013
Kesan Penyeliaan Klinikal
Terhadap Prestasi
Pengajaran Guru Sekolah

Melalui penyeliaan pengajaran, guru dapat meningkatkan tahap

Menengah

profesionalisme dan membuat perubahan diri sendiri dalam

Arsaythamby Veloo* and

pengajaran. Penyeliaan pengajaran juga dapat meningkatkan mutu

Mary Macdalena A Komuji

pengajaran di dalam bilik darjah. Dalam penyeliaan pengajaran,

Komuji
6

komunikasi antara penyelia dan guru adalah sangat penting untuk


mendapat maklum balas terhadap proses penyeliaan. Semasa sesi
perbincangan, guru dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan,
teknik, kaedah, pendekatan dan peralatan pengajaran.
3.

Pengetua memainkan peranan penting dalam proses penyeliaan

Asia Pacific Journal of

pengajaran. Terdapat tiga element penting yang perlu ada pada diri

Educators and Education, Vol.

penyelia iaitu faktor pengetahuan, kemahiran interpersonal dan

25, 5371, 2010

kemahiran teknikal bagi menentukan keberkesanan proses penyeliaan

Hubungan Kualiti Penyeliaan

pengajaran. Semasa proses penyeliaan, kemahiran interpersonal

Pengajaran Dan Pembelajaran

adalah sangat penting dalam diri penyelia. Ini adalah kerana

Di Bilik Darjah Dengan

kemahiran ini perlu ada dalam diri mereka untuk menghasilkan

Efikasi Guru

penyeliaan yang berkesan.


4.

Nurahimah Mohd Yusoff*

Keyakinan dan kemampuan seorang guru dipengaruhi oleh sikap


pengetua.

Sekiranya

pengetua

ataupun

penyelia

Rafisah Osman

mempunyai

kemahiran interpersonal, kemahiran teknikal dan berpengetahuan luas


akan meningkatkan keyakinan guru dan percaya akan kebolehannya.
Ini adalah kerana penyeliaan pengajaran membantu guru membuat
perubahan terhadapa amalan pengajaran mereka. Selain itu, semakin
tinggi kualiti penyeliaan pengajaran, semakin tinggi tahap keyakinan
guru.
5.

Proses pra penyeliaan penting bagi memastikan komunikasi dua hala

Procedia - Social and

antara guru dan penyelia. Penyeliaan pengajaran yang berkesan

Behavioral Sciences 191 (

bermula dengan komunikasi yang baik antara guru dan penyelia.

2015 ) 452 458

Melalui mesyuarat dan perbincangan dalam sesi pra penyeliaan akan

Clinical Supervision Of

menjadikan persekitaran kondusif di antara guru dan penyelia semasa

Teaching Mara Junior Science

proses penyeliaan pengajaran.


6.

College (MJSC), Malaysia


perkembangan

Mohd Radzi Taiba*, Dr.

pembangunan kurikulum. Bagi mencapai penyeliaan pengajaran yang

Zuraidah Abdullahb, Nik

Penyeliaan

berkesan

pengajaran

guru

dan

membantu

penyelia

harus

dalam

saling

membantu

dan

berkomunikasi bagi meningkatkan lagi prestasi pengajaran di sekolah


seterusnya meningkatkan pembangunan kurikulum.
7.

Mustafa Mat Aila, Mohd Razi


Yahyaa, Norhesham Mat
Jusoh

Penilaian prestasi guru bertindak sebagai alat kawalan pengajaran di

Procedia - Social and

sekolah, dimana penyelia berperanan sebagai pentadbiran kawalan

Behavioral Sciences 174 (

kecekapan. Produktiviti guru boleh diukur melalui penyeliaan

2015 ) 783 790

pengajaran. Bagi meningkatkan pembangunan profesional guru,

Supervision and appraisal of

amalan penyeliaan pengajaran dilakukan untuk mengetahui prestasi

foreign language teachers

guru tersebut dan menilai amalan pengajaran.

performance
Paula Vinhaisa*, Marta
Abelhab

8.

Kebanyakan guru bersifat defensive terhadap penyeliaan pengajaran.

Pengurusan Pendidikan, DP

Mereka menganggap ia merupakan satu tradisi dalam mengukur

Jilid 7, Bil. 11/2007

prestasi guru. Mereka menganggap penyeliaan pengajaran hanya

Penyeliaan Pengajaran

mencari kelemahan dan kekurangan guru. Disebabkan demikian,

Tang Keow Ngang,

kebanyakan guru berfikiran negatif terhadap proses penyeliaan

Abdul Ghani Abdullah

pengajaran. Terdapat juga konflik yang berlaku dalam proses


penyeliaan pengajaran. Konflik yang berlaku disebabkan masalah
komunikasi antara penyelia dan guru. Selain itu, kebanyakan guru
keliru tujuan sebenar penyeliaan pengajaran dilakukan.

Jadual 2 : Keberkesanan Penilaian Pengajaran Melalui Refleksi Terhadap Prestasi Guru.


Bil
1.

Kenyataan

Rujukan

Refleksi membantu guru melakukan mengetahui kelebihan dan

Procedia - Social and

kekurangan semasa proses pengajaran.

Penilaian melalui refleksi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting untuk


meningkatkan

kemahiran

dilaksanakan

sebagai

mengintegrasikan

mengajar.
asas

pengetahuan

Penilaian

untuk
teori

karier. Melalui

refleksi

2015 ) 1048 1053

refleksi

perlu Experience in Teaching

menggabungkan

dan Practice of Pre-service

dan

praktikal

melalui Teachers: Analysis

pengalaman sendiri. Ini adalah bersesuaian bagi guru yang baru


memulakan

Behavioral Sciences 191 (

pengajaran,

guru

dapat

mengetahui kekurangan dan kelemahan diri.

of Written Reflections
Asta Rauduvaita, Jolanta
Lasauskien, Marijona
Barkauskait

2.

Amalan reflektif adalah mesyuarat dan bekerjasama dengan semua

Procedia - Social and

individu, berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan rakan

Behavioral Sciences 171 (

sekerja untuk meningkatkan lagi amalan pengajaran. Kandungan

2015 ) 891 896 Reflection in

amalan refleksi meliputi aspek situasi pengalaman pelajar praktikal.

Prospective Teacher Training


8

Kekangan masa menyebabkan penilaian melalui refleksi tidak dapat

Kateina Juklov*

dilakukan dan tidak dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik.


3.

Kemahiran refleksi dapat meningkatkan prestasi guru. Selepas proses

Studies in Educational

refleksi dilakukan, guru dapat meningkatkan tahap pemikiran kritikal

Evaluation 48 (2016) 19

mereka.

Pedagogi

guru

memainkan

peranan penting dalam

Helping teachers to focus on

menentukan kebolehan guru. Amalan kajian tindakan berpotensi

learning and reflect on their

menjadi alat yang lebih berkesan untuk memudahkan perubahan

teaching: What role does

terhadap pengajaran. Ini kerana mengumpul dan menganalisi data

teaching context play?

pembelajaran lebih mendekatkan guru dengan pelajar. Selain itu, guru

Gabriela Pleschova, Lynn

dapat menukar stratergi pengajaran mereka.


4.

McAlpine.

Sistem pengurusan pembelajaran terdiri daripada perancangan,


organisasi, perlaksanaan, pemantauan dan
penilaian,

sesuatu

keadaan

kurikulum

itu

Juku: Jurnal Kurikulum &

penilaian. Melalui Pengajaran Asia Pasifik - April


dapat

diketahui

2014, Bil. 2 Isu 2

perancangan, perlaksanaan dan hasilnya. Evalusi penilaian dilakukan

Refleksi Kurikulum

untuk mengetahui sejauh mana proses tersebut telah diperolehi dan

Pendidikan Pusat Dengan

untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan sistem tersebut. Selain

Kurikulum Pendidikan Negeri

itu, pandangan tokoh terdahulu membuktikan bahawa refleksi

Dalam Persaingan Moden

pengajaran perlu dilakukan agar bersesuaian dengan tututan

Zulfikar Ali Buto, S.Pd.I

masyarakat, pelajar dan keadaan persekitaran.


5.

Pemerhatian di dalam bilik darjah membantu meningkatkan


profesionalisme guru.

JuKu: Jurnal Kurikulum &

Pemerhatian dan refleksi pembelajaran

Pengajaran Asia Pasifik -

mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Dalam proses tersebut,

Januari 2013, Bil. 1 Isu 1

guru dapat melakukan proses inkuiri secara kolaboratif dan

Peranan Guru Kanan Mata

menggalakkan perbincangan antara guru bagi meningkatkan proses

Pelajaran Dalam

pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan kerjaya guru.

Mempertingkatkan Kualiti

Terdapat beberapa langkah untuk memperbaiki prestasi guru seperti

Pengajaran Guru-guru

mendapatkan maklum balas dari rakan sekerja, merakam dan melihat

Mohammed Sani Ibrahim

semula proses pengajaran dan melakukan pemerhatian pengajaran


dari guru professional.

Jadual 1 menunjukkan bahawa penyeliaan yang berkesan bermula dengan pengetua.


Pengetua memainkan peranan penting dalam menghasilkan penilaian yang berkesan.
Seterusnya, guru dan pengetua perlulah sentiasa berkomunikasi untuk mendapatkan hasil
daripada penyeliaan tersebut. Walaupun terdapat pandangan yang negatif terhadap
penyeliaan pengajaran tetapi hakikat sebenar penyeliaan yang berkesan dapat meningkatkan
sistem kurikulum di sekolah. Jadual 2 membincangkan mengenai kepentingan penilaian
melalui refleksi. Penilaian melalui refleksi membantu guru mencerminkan tahap pengajaran
mereka. Sekiranya pengajaran guru kurang berkesan, guru dapat menukar stratergi
pengajaran untuk masa akan datang.

4. Kesimpulan

Hasil daripada sorotan literature ini mendapati bahawa penyeliaan pengajaran dan
penilaian melalui refleksi membantu meningkatkan lagi prestasi seorang guru. Penyeliaan
yang berkesan bermula dari pengetua yang mempunyai pelbagai kemahiran. Komunikasi
antara penyelia dan guru juga penting bagi menghasilkan penyeliaan yang berkesan.
Kemahiran refleksi juga membantu guru mengetahui kelebihan dan kekurangan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui refleksi juga, guru dapat bertukar pendapat dan
berkongsi pengalaman bagi meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Kesimpulannya, penilaian pengajaran adalah penting bagi meningkatkan kurikulum
dan membangunkan institusi pendidikan selaras dengan perkembangan semasa.

5. Rujukan

Arasaythamby,V. & Mary, M.A.B. (2013). Kesan Penyeliaan Klinikal Terhadap Prestasi
Pengajaran Guru Sekolah Menengah. Asia Pacific Journal of Educators and
Education. Vol 28. 81-102 M/S.
Paula,V. & Marta, A. (2015). Supervision and Appraisal of Foreign Language Teachers
Performance. Procedia-Social and Behavioral Sciences. Vol 174. 783-790 M/S.
10

Mohd, R.T ; Dr.Zuraidah, A ; Nik, M.M.A ; Mohd, R..Y. & Norhesham, M.J. (2015).
Clinical Supervision Of Teaching Mara Junior Science Collage (MSJC),
Malaysia. Procedia-Social and Behavioral Sciences. Vol 191. 452-458 M/S.
Nurahmiah, M.Y. & Rafisah, O. (2010). Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru. Asia Pacific Journal of
Educators and Education. Vol 25. 53-71 M/S.
Asta, R ; Jolanta. L & Marijona, B. (2015). Experince in Teaching Practice of Preservice Teacher: Analysis of Written Reflection. Procedia-Social and Behavioral
Sciences. Vol 191. 1048-1053 M/S. Vol 191. 1048-1053M/S.
Gabriela, P. & Lynn, M. (2016). Helping Teacher To Focus On Learning And Reflect On
Their Teaching: What Role does teaching context play? Studies In Educational
Evaluation. Vol 48. 1-9 M/S
Katerina, J. (2015). Reflection In Prospective Teacher Training. Procedia-Social and
Behavioral Scienc. Vol 171. 891-896M/S.
Zulfikar, A.L.(2014). Refleksi Kurikulum Pendidikan Pusat Dengan Kurikulum
Pendidikan Negeri Dalam Persaingan Moden. Jurnal Kurikulum & Pengajaran
Asia Pasifik. Bil 2. Isu 2.
Mohammed,

S.I.

(2013).

Peranan

Guru

Kanan

Mata

Pelajaran

Dalam

Mempertingkatkan Kualiti Pengajaran Guru-Guru. Bil1. Isu 1.


Tang, K.N & Abdul, G.A. (2007). Penyeliaan Pengajaran. Pengurusan Pendidikan. Jilid
7. Bil 1.

11

Anda mungkin juga menyukai