Anda di halaman 1dari 6

3.

0 Isu dan Cabaran


Secara umumnya, pembangunan profesionalisme guru adalah untuk
mengekal dan mempertingkat kualiti guru dan peranan kepimpinan mereka di
sekolah. Pembangunan profesionalisme boleh dilihat sebagai usaha ke arah
penimbaan pengetahuan melalui kursus-kursus yang relevan untuk menjadikan guru
lebih relevan sebagai agen perubahan. Guru perlu sentiasa peka kepada aspek
peningkatan kualiti dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan juga di
luar bilik darjah.Maka, membangunkan guru itu sendiri menjadi salah satu faktor
dalam membangunkan pendidikan di sesebuah negara. Perkembangan profesional
juga dilihat sangat diperlukan kerana kebanyakan guru terutama generasi dulu yang
telah 10 hingga 20 tahun mengajar di sekolah masih mengguna cara tradisional
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Dalamera globalisasi kini , golongan guru juga tidak dapat dikecualikan
daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi
oleh para guru ialah guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya
dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan
opsyen yang dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun
jika guru tidak mahir dan tidak diberi latihan serta kursus yang relevan.
Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan sahaja
mengajar beberapa subjek yang tertentu. Tetapi seseorang guru juga terpaksa
memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang
sesuatu jawatan yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Para guru juga
terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan
menyediakan minit mesyuarat. Guru juga perlu memegang jawatan seperti
penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab

dan sukan. Hal

ini

menyebabkan guru berkenaan mungkin tidak boleh mengaplikasikan ilmu yang


mereka dapat daripada latihan dan kursus dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara sepenuhnya. Maka, objektif untuk menghantar guru-guru ke
kursus dan latihan

supaya meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran tidak tercapai.


Pelbagai usaha telah dibuat oleh kementerian untuk melonjakkan mutu
pendidikan untuk mencapai tanda aras yang bertaraf antarabangsa. Sehubungan itu,

seseorang

guru

juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam

perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin


canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini
perlu

memantapkan

diri

dengan

ilmu

pengetahuan

yang

setaraf

dengan

perkembangan era globalisasi yang dihadapi., Kemahiran teknologi dalam bidang


pendidikan pada zaman 1990-an tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu,
kebanyakkan guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi
dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam
menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap
penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang
komplex dan tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru
seharusnya mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada
pelajar.Sebagai contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT
agar dapat mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan memudahkan
proses pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa kini, interactive board telah
diperkenalkan di Intitusi Pendidikan Guru dan pada masa hadapan mungkin akan
diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah mempelajari
teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa
hadapan. Guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat
mengikut perkembangan semasa.
Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan akademik
mereka

sendiri.

Seorang

guru

yang

berkualiti

haruslah

mementingkan

profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana


profesionalisme

guru

adalah

berpusatkan

kepada

ilmu

pengetahuan.

Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara,


sifat kerja guru yang begitu khusus dan memerlukan kelayakan akademik minimum
dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Guru
perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran dan pengetahuan dalam aspek
pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan
terkini. Oleh itu, pihak kementerian dan sekolah wajib menganjurkan kursus-kursus
pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini.

4.0 Cadangan
Pihak kementerian dan sekolah harus mengurangkan beban para guru
dengan mengalihkan kerja-kerja perkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu
jawatankuasa daripada guru-guru. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan para
guru dan membolehkan mereka menggunakan masa dengan lebih bermanfaat dan
efektif. Guru boleh mempunyai masa yang lebih mencukupi untuk hadir ke latihan
dalam perkhidmatan dan mengaplikasi dalam pengajaran secara berkesan. Para
guru

haruslah

diberikan

masa

dan

ruang

yang

mencukupi

agar

dapat

menggurangkan tekanan dalam pekerjaan ini. Sekiranya kualiti pengajaran


seseorang guru itu dapat ditingkatkan, maka penguasaan seseorang murid dalam
sesuatu subjek itu dapat ditingkatkan. Pendek kata, kerja-kerja yang tidak berkaitan
dengan pengajaran mesti dikurangkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran
seseorang guru dan juga menjamin prestasi seseorang murid.
Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai latihan dan kursus yang
berfokus

kepada

cara-cara

penggunaan

teknologi

yang

berkaitan

dengan

pengajaran seseorang guru dalam kelas. Setiap guru perlu diwajibkan untuk
menghadiri kursus-kursus tersebut supaya mereka dapat memahirkan diri dan
menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah untuk mengajar.
Dengan mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih, proses
pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain itu,
mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing dengan melalui internet. Ini secara
tidak langsung, dapat membantu para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran
mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat didedahkan kepada isu-isu dan
maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada guru. secara logiknya, krususkrusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan perlu
diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan dapat dilaksanakan.
Selain itu, pihak kementerian harus merangka krusus-krusus untuk guru-guru
yang sedang mengajar dengan lebih sistematik. Sebagai contohnya, mengadakan
krusus sepenuh masa untuk guru-guru iaitu guru dikehendaki berhenti daripada
mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah.
Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya

dan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi


para guru yang telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada
cara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak
perlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan
pengajaran mereka. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat
dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.
Pihak sekolah juga sepatutnya memperkenalkan program Bimbingan Rakan
Sekerja di kalangan guru. Program Bimbingan Rakan Sekerja adalah satu program
untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain di sekolah melalui
pengintegrasian

teknologi

maklumat

dan

komunikasi

melalui

sokongan,

perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dilihat sebagai


satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran
para guru. Di mana guru-guru boleh berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada
sokongan

dan

bantuan

untuk

belajar

teknik

pengajaran

yang

baru

dan

menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran. Ia juga satu strategi yang sangat baik
untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat
mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar
terutamanya bagi guru baharu. Di antara peranan program ini ialah ia dapat
merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang
berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan
mengguna kemahiran bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri
dalam isu peribadi atau profesional.

Lazimnya, guru tidak dilihat sebagai satu profesion seperti doktor, peguam,
akauntan dan lain-lain. Ini disebabkan bilangan guru dalam negara yang tidak
terkawal dan jutang dalam kualiti guru yang berbeza. Oleh hal yang demikian, pihak
keranaan boleh menggunakan sistem berlesen dalam peguruan. Di mana untuk
menjaminkan kualiti guru-guru, lesen mengajar disediakan bagi guru yang lulus
dalam latihan dan kursus seperti lesen doktor, lesen peguam dan lesen akauntan.
Guru-guru perlu hadir ke kursus dan latihan dalam perkhidmatan dari semasa ke
semasa untuk membaharui lesen mengajar tersebut. Maka, kualiti guru dijamin dan
status guru dapat dopertingkatkan sebagai satu profesion.

Akhir sekali, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam menghadapi
cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu menghapuskan sikap
negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti
kerja. Seseorang guru yang berjaya

menghayati tanggungjawabnya akan dapat

menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang
mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik
dan ini merupakan semangat untuk seseorang guru dalam menangani cabaran
profesion.

5.0 Kesimpulan
Ia adalah penting untuk kementerian dan sekolah melaksanakan program
pembangunan

profesionalisme

keguruan

atau

latihan

dalam

perkhidmatan

sekurang- kurangnya di peringkat sekolah secara berterusan. Tujuan utama


pelaksanaan ini adalah untuk meningkatkan kapasiti dna kualiti guru dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan secara langsungnya boleh
meningkatkan prestasi murid dan juga prestasi sekolah. Justeru itu, kompetensi
professional dan kualiti duru serta pemimpin dapat dipertingkatkan untuk
melaksanakan

tanggungjawab

dengan

cemerlang

dan

mendepani

cabaran

pendidikan abad ke- 21.


Oleh itu, perkembangan profesionalisme guru secara berterusan adalah
aspek yang tidak patut diabaikan oleh pentadbir institusi pendidikan termasuk
sekolah. Ianya

perlu dijadikan sebagai aktiviti wajib dalam usaha untuk

menginstitusikan konsep pembangunan sumber manusia melaui latihan dalam


perkhidmatan secara berterusan. Sekiranya aspek ini tidak dititikberatkan ia akan
menjejaskan profesion perguruan di Malaysia.

Rujukan
Nor Hasnida Che Md Ghazali & Effandi Hj Zakaria. Perkembangan professional ke
arah pembangunan modal insan guru. Falkulti Pendidikan: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Buletin Anjakan.

Buletin

Transformasi

Pendidikan

Profesionalisme Berterusan (PPB). Bil 7/2015.

Malaysia.

Pembangunan

Anda mungkin juga menyukai