Anda di halaman 1dari 10

SLOT 1

1.0 DEFINISI KBAT

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan


pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2013). Ini bermakna KBAT memerlukan proses kemahiran
berfikir secara intelek dengan pemikiran yang meluas serta mendalam sama ada mencari
makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau
menyelesaikan masalah. Seterusnya, seseorang murid perlu memahami, menggabung dan
menghubung kait maklumat antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasi
untuk membolehkan penemuan makna dan kefahaman yang baharu. Hal ini demikian bagi
membolehkan murid berupaya menggunakan pengetahuan ke arah penyelesaian yang
baharu bagi setiap permasalahan atau peristiwa. Rajendran (2014) menyatakan KBAT
merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif. Ini berlaku apabila
seseorang mendapat maklumat baharu, menyimpan dan memeri, menyusun, serta
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu
untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit. Menurut Bereiter dan
Scardamalia (1987), murid perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif,
mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan
‘literasi tinggi’. Som dan Mohd Dahlan dalam Rajendran (2014) menyatakan Kemahiran
Berfikir Aras Rendah (KBAR) pula merujuk kepada penggunaan pemikiran secara terhad.
Hal ini dapat dilihat apabila murid hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang
menjadikan mereka malas untuk berfikir.

2.0 FUNGSI KBAT

1. Kreatif 2. Kritis 3. Menaakul

5. Menyelesai 6. Membuat
4. Berinovasi
masalah keputusan
JENIS KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir Kritis ialah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara logik dan
rasional untuk membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti
yang munasabah.

Kemahiran Berfikir Kreatif: Kemampuan untuk menghasilkan atau


mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai dengan menggunakan daya
imaginasi secara asli serta berfikir tidak mengikut kelaziman.

Kemahiran Menaakul: Membuat pertimbangan dan penialaian secara logik dan


rasional
TAHAP PEMIKIRAN ARAS KBAT

SLOT 2
Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta
Pemikiran mampu membantu menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan
persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Peta Pemikiran adalah
merupakan salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta
Pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap
Peta Pemikiran mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara jenis peta pemikiran yang
dicadangkan di dalam pengaplikasian program ini adalah Peta Bulatan, Peta Buih, Peta
Buih Berganda, Peta Pokok , Peta Dakap , Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK:

Peta Pemikiran:
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh
digunakan.

1. Circle Map (Peta Bulatan)


Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama
atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah
kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah
akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)


Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Sebagai contoh:

Rajah 1: 8 Peta i-Think

SLOT 3

PENGENALAN

‘Six Thinking Hats’ merupakan model yang dicipta oleh Edward de Bono merupakan satu
teknik atau instrument yang penting dan berkesan dalam sebuah organisasi. Model ini
digunakan dalam membuat keputusan di mana opsyen-opsyen keputusan dilihat dari
perspektif yang berbeza. Teknik ini terbukti dalam penambahbaikan kebolehan dan
kemahiran berfikir.

KONSEP ASAS THINKING HATS

Pemikiran tidak berstruktur boleh mengakibatkan keputusan yang dibuat tidak rasional,
mengikut emosi, keliru serta tidak membantu kita dalam membuat keputusan. Tanpa pelan,
pemikiran kreatif, amat sukar untuk membuat keputusan. Maka, setiap ‘topi’ mewakili
peranan fikiran yang akan digunakan dalam proses pemikiran. Dengan mengubah dari satu
‘topi’ ke ‘topi’ lain, ianya memberikan gambaran yang lebih luas daripada pelbagai
perspektif.
PENGGUNAAN SIX THINKING HATS

Penggunaannya tidak terbatas dalam mesyuarat malah teknik ini boleh digunakan dalam
mesyuarat malah teknik ini boleh digunakan oleh setiap individu. Penggunaan ini
merupakan kaedah yang mudah dan praktikal dalam menangani kesukaran dalam pemikiran
kreatif.

HURAIAN SIX THINKING HATS


PENGENALAN ALAT CORT

Kemahiran Berfikir menggunakan Alat CoRT 1 diperkenalkan oleh Edward De Bono. Beliau
dilahirkan di Malta, sebuah negara kepulauan di Laut Mediterranean. Beliau berkelulusan
D.Phill. Perubatan dari Universiti Oxford serta Ph.D dari Universiti Cambridge.
Program CoRT juga dikenali sebagai Cognitive Research Trust mengandungi 6 bahagian
CoRT, iaitu;

1. CoRT 1 : keluasan persepsi.


2. CoRT 2 : organisasi proses berfikir.
3. CoRT 3 : interaksi, argumen, pemikiran kritis.
4. CoRT 4 : pemikiran kreatif.
5. CoRT 5 : maklumat dan perasaan.
6. CoRT 6 : tindakan.
Panduan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan menggunakan alat
kemahiran berfikir ini telah disediakan dengan menggunakan CoRT 1. Terdapat tujuh teknik
asas dan teknik panduan bagi CoRT 1. Penerangan di bawah memberikan sedikit
gambaran.

HURAIAN ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR


(Tujuh Teknik Asas CoRT 1)

Bil. Komponen CoRT 1

01. PMI Plus, Minus, Interesting. (Baik, Buruk, Menarik.)


Tujuan Berfikir :

 Meluaskan fikiran tentang sesuatu situasi. Elakkan reaksi beremosi


 Mengembangkan idea.

Kaedah & Langkah :

P : senaraikan semua yang baik.


M : senaraikan semua yang buruk.
I : senaraikan semua yang menarik.

Apakah keputusan atau penilaian tentang tajuk yang dikaji?


Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Komputer menggantikan guru dalam sekolah.
2. Arak boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
3. Perceraian mengelakkan perbalahan dalam rumahtangga.

Bil. Komponen CoRT 1

02. CAF Consider All Factors (Ambil kira semua faktor)

Tujuan Berfikir :

Meninjau semua aspek situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Elakkan terlupa faktor yang
penting.
Kaedah & Langkah :
Senaraikan semua faktor yang berkaitan. Pertimbangkan setiap faktor.
Apakah keputusan selepas pertimbangan sewajar dibuat?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah hadiah yang sesuai untuk hari guru anda?
2. Apakah kegiatan dakwah yang anda ingin ikuti?

Bil. Komponen CoRT 1

03. C&S Consequence and sequel (Kesan dan akibat dari kesan)
Tujuan Berfikir :
Menjangka apa yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dijalankan.
Meramal kesan dan akibat bagi keputusan tersebut.
Kaedah & Langkah :
– Apakah cadangan berkenaan boleh berjaya?
– Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
– Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan pendek?
– Adakah cadangan berkenaan baik?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Belajar al-Quran dengan tulisan rumi.
2. Melakukan solat dengan meninggalkan semua perkara sunat.
3. Menceraikan terus isteri yang nusyuz.

Bil. Komponen CoRT 1

04. AGO (Aims,Goals, Objectives.)(Tujuan, matlamat, objektif)

Tujuan Berfikir :
Sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai.
Elakkan perkara yang tidak berkenaan.
Kaedah & Langkah :
Apakah AGO rancangan?
Adakah tindakan terkeluar daripada AGO?
Bagaimana pastikan AGO dapat dicapai?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Apakah AGO hidup anda?
2. Apakah AGO perkahwinan dalam Islam?
3. Apakah AGO diharamkan meminum arak?

Bil. Komponen CoRT 1

05. FIP (First important prioriti)

Tujuan Berfikir :
Perkara paling penting diutamakan
Mengambil kira perkara-perkara yang penting.
Menentukan prioriti.
Elakkan perkara yang tidak patut diutamakan
Kaedah & Langkah :
Apakah perkara-perkara yang penting?
Antara perkara-perkara ini yang mana paling penting?
Apakah prioriti yang diperlukan tindakan segera?
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. FIP semasa memilih pasangan hidup.
2. Apakah strategi pembelajaran Pendidikan Islam yang paling baik?
3. Apakah kaedah menghafaz ayat hafazan yang paling mudah?

Bil. Komponen CoRT 1

06. APC (Alternatives, Possibilities, Choices.)

Tujuan Berfikir :
Memikirkan beberapa perkara dengan serentak.
Menentukan pilihan yang terbaik.
Elakkan pemikiran sehala sahaja.

Kaedah & Langkah :


Apakah cara-cara yang berlainan untuk menyelesaikan masalah ini?
Apakah baik buruk cadangan tadi?
Manakah cadangan yang paling baik.
Contoh Tajuk Perbincangan :
1. Bagaimana memilih pemimpin sedangkan calonnya ramai.
2. Peperiksaan dihapuskan. Cari APC.

Bil. Komponen CoRT 1

07. OPV (Other People’s Views)

Tujuan Berfikir
Mengambil kira pandangan orang lain sebelum membuat keputusan.
Elakkan membuat keputusan yang terlalu memfokuskan diri.

Kaedah & Langkah


Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi orang lain?
Bagaimana orang lain memandang idea anda?
Adakah idea anda bernas dan harus dijadikan tindakan?

Contoh Tajuk Perbincangan


1. Ibu bapa wajib menghalang anak remajanya keluar rumah selepas jam 9 malam.
2. Mat Rempit wajib dikenakan hukuman penjara 20 tahun mandotari.
3. Penjualan rokok wajib diharamkan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai