Anda di halaman 1dari 5

Nama : MOHAMAD AMIRUL HAKIM BIN MD SAMIRI

Kuliah : PISMP 4.06


Tajuk : KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

1.0 PENGENALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggu (KBAT) melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini
kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta. KBAT juga mengaplikasikan pemikiran
secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logiKal, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara
mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan
akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan
sebagai berfikir secara kritis dan kreatif. Konsep item KBAT merupakan item-item yang
mentaksir kemahiran kognitif menganalisis, menilai dan mencipta. Walau bagaimanapun item
KBAT juga boleh mentaksir kemahiran kognitif aplikasi dalam situasi baharu untuk menyelesai
masalah kehidupan seharian. Hal ini demikian bagi membolehkan murid berupaya
menggunakan pengetahuan ke arah penyelesaian yang baharu bagi setiap permasalahan atau
peristiwa. Rajendran (2014) menyatakan KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam
hieraki proses kognitif. Ini berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baharu, menyimpan
dan memeri, menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan
memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang
rumit. Menurut Bereiter dan Scardamalia (1987), murid perlu dilatih mengambil bahagian dalam
menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan tindakan motivasi, analitik dan inferens
yang dinamakan ‘literasi tinggi’. Som dan Mohd Dahlan dalam Rajendran (2014) menyatakan
Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) pula merujuk kepada penggunaan pemikiran secara
terhad. Hal ini dapat dilihat apabila murid hanya disogokkan dengan jawapan-jawapan yang
menjadikan mereka malas untuk berfikir.

.
2.0 SLOT 1

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) / HIGH ORDER THINKING SKILLS (HOTS)

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan
kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara
kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di
harapkan langkah mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan
dapat menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa. KBAT
melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada
empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan
mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran


logical, pemikiran reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data
atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam
pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.
Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas
dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri.
Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk,
idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran
berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur
pembelajaran yang telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif
dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh
pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan
guru sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.
Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah
didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan perguruan di
maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan
keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid
dalam pengajaran mereka.
3.0 SLOT 2

Program i-THINK memperkenalkan Peta Pemikiran. Berdasarkan kajian kecerdasan, Peta


Pemikiran mampu membantu menggabungkan proses pembelajaran secara kognitif dan
persembahan maklumat secara visual dalam bentuk grafik. Peta Pemikiran adalah merupakan
salah satu cabang alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk Peta Pemikiran secara
visual yang mudah digunapakai dan difahami merentas kurikulum. Setiap Peta Pemikiran
mempunyai proses pemikiran tersendiri. Antara jenis peta pemikiran yang dicadangkan di
dalam pengaplikasian program ini adalah Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta
Pokok , Peta Dakap , Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titian.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK:

Peta Pemikiran:
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran
secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai
oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1. Circle Map (Peta Bulatan)


Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau
imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat.
Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah
sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada
peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)


Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses
analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

4.0 SLOT 3

Peta Pemikiran atau peta i-Think adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta
pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh
digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

Berdasarkan rajah di bawah menunjukkan terdapat lapan bentuk peta i-Think iaitu peta bulatan,
peta buih, peta buih berganda, peta pokok, peta dakap, peta alir,p peta pelbagai alir dan peta
titi.
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks. Peta bulatan ini
digunakan untuk mendefinisikan mengikut konteks. Bubble Map digunakan untuk memperkaya
kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan
perkataan deskriptif atau huraian. Peta buih digunakan untuk menerangkan sifat, kualiti dan ciri-
ciri.
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu. Peta buih berganda ini
mengandungi persamaan dan perbezaan mengenai sesuatu. Tree Map digunakan untuk
mengklasifikasikan bahan atau idea.peta pokok juga digunakan untuk mengelaskan,
mengasingkan, mengkategorikan, mengenalpasti antara idea utama dan penjelasannya.

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
Selain itu, peta dakap digunakan untuk menghubungkan sesuatu bahagian dengan bahagian
yang lain. Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses. Peta alir digunakan
untuk menyusun sesuatu maklumat mengikut aturan yang betul, menunjukkan kitaran atau
proses dan menceritakan langkah.
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri
adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat
daripada peristiwa tersebut. Peta pelbagai alir digunakan untuk membincangakan sebab dan
akibat sesuatu peristiwa atau maklumat. Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada
pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Petat titi digunakan untuk mengenal pasti perkaitan, dan meneka peraturan.

Anda mungkin juga menyukai