Anda di halaman 1dari 9

MODEL J4NTUNG

CIKGU SYAHIRAH HANIM BINTI IDRIS


NURIN ALEYA BINTI AMIR AHMAD
NURNAJWA BINTI JAAFAR

SMK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI

KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Bab 3: Pengangkutan merupakan satu tajuk yang besar dan panjang di dalam buku teks Sains
Tingkatan 3. Ia merangkumi pelbagai aras iaitu yang paling mudah, sederhana dan yang
paling sukar. Di dalam bab ini terdapat Standard Kandungan 3.2 iaitu Sistem Peredaran Darah
yang merupakan satu kekangan bagi kami terutama rakan-rakan yang sederhana dan lemah
untuk mengingat dan menghafal laluan sistem peredaran darah manusia bermula dari peparu
ke jantung dan dari jantung ke seluruh badan.

Daripada temubual yang telah dilakukan dengan 15 orang rakan kami yang dipilih,
didapati bahawa mereka tidak dapat menjawab soalan berkaitan sistem peredaran darah
manusia di dalam Pentaksiran Sumatif 1 dan 2 baru-baru ini adalah berpunca daripada tidak
memahami, keliru dan tidak mampu menghafal laluan sistem peredaran darah manusia itu
sendiri semasa menjawab soalan.

Maka kami terpanggil untuk membantu rakan-rakan agar dapat memudahkan kaedah
mengingat dan menghafal laluan sistem peredaran darah manusia dengan menggunakan
model J4NTUNG secara kaedah pembelajaran visual.

MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI

Sebelum inovasi model J4NTUNG ini diperkenalkan, kami hanya belajar tentang sistem
peredaran darah dengan menggunakan imej di dalam buku teks Sains Tingkatan 3 dan model
sistem peredaran darah di makmal Sains.

Masalah pertama yang dihadapi adalah model ini berharga ratusan ringgit. Oleh kerana
harganya yang mahal, maka model ini hanya ada satu di dalam makmal Sains.

Masalah yang kedua ialah kami juga perlu berkongsi dengan sembilan kelas Tingkatan 3
dan kelas Tingkatan 4 dan 5 yang juga menggunakan model yang sama bagi mata pelajaran
Biologi.

Rajah 1. Model sistem peredaran darah di Makmal Sains

1
INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN

Oleh itu, kami mencipta satu inovasi baru iaitu MODEL J4NTUNG untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

Kesemua kemahiran ini dapat diselesaikan dengan mudah menggunakan model


J4NTUNG. Penggunaan model J4NTUNG ini turut menggalakkan pembelajaran yang
berpusatkan murid di dalam kelas iaitu Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) secara komunikasi,
kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika yang dapat
memberi nilai positif kepada kemenjadian murid ketika pelaksanaan model J4NTUNG.

Rajah 2. Model J4NTUNG

OBJEKTIF INOVASI

OBJEKTIF UMUM

Meningkatkan kefahaman murid tingkatan yang sederhana dan lemah tentang laluan sistem
peredaran darah manusia bermula dari peparu ke jantung dan dari jantung ke seluruh badan
kecuali peparu menggunakan peta pemikiran (I-THINK) iaitu peta alir melalui pembelajaran
secara visual.

OBJEKTIF KHUSUS

i) Responden yang terlibat dapat mengenalpasti kedudukan dan fungsi 4 bahagian


jantung manusia iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.

ii) Responden yang terlibat dapat mengenalpasti kedudukan dan fungsi 4 salur darah
utama iaitu vena pulmonari, aorta, vena kava dan arteri pulmonari yang terlibat di
dalam sistem peredaran darah manusia.

iii) Responden yang terlibat dapat mengenalpasti kedudukan dan fungsi 3 injap yang
ada di dalam jantung manusia iaitu injap bikuspid, injap trikuspid dan injap sabit.

iv) Responden yang terlibat dapat menulis urutan laluan sistem peredaran darah
manusia bermula dari peparu ke jantung dan dari jantung ke seluruh badan.
KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tingkatan 3 yang mendapat markah 70% ke bawah di dalam Pentaksiran


Sumatif 1 dan Pentaksiran Sumatif 2.

BAHAN DAN KOS PENGHASILAN INOVASI

KOS
BIL BAHAN KUANTITI SEUNIT(RM) JUMLAH (RM)
1 Kotak Bijirin 1 0.50 0.50
2 Penyedut minuman (warna merah, biru 8 0.10 0.80
dan putih)
3 Pembalut hadiah 1 0.94 0.94
4 Span 1 1.00 1.00
5 Kad Penanda 2 0.50 1.00
6 Pewarna air ( warna biru dan merah) 2 1.00 2.00
7 Penutup plastik 1 1.00 1.00
8 Velcro bulat (saiz 2cm) 4 0.10 0.40
JUMLAH RM 7.64

LANGKAH PENGHASILAN INOVASI

Langkah 1: Kotak bijirin dipotong empat segi di hadapan seperti membuat bingkai gambar
Langkah 2: Kotak bijirin dibalut kemas dengan pembalut hadiah
Langkah 3: Bahagian tengah kotak diletakkan pembahagi dan digam (sebagai septum)
Langkah 4: Separuh kotak bijirin diwarnakan dengan warna biru di sebelah kanan
(darah terdeoksigen) dan warna merah di sebelah kiri (darah beroksigen)
Langkah 5: Lubang kecil dibuat untuk masukkan penyedut minuman berwarna merah dan
biru di kiri, atas dan kanan. (sebagai salur darah)
Langkah 6: Penyedut minuman berwarna putih dipotong berbentuk Y dan Y terbalik
dan ditampal di bahagian dalam kotak (sebagai injap sabit, injap
bikuspid dan injap trikuspid)
Langkah 7: Arah anak panah pengaliran darah keluar dan masuk dilukis
menggunakan pen marker berwarna hitam.

Rajah 3. Langkah Penghasilan Inovasi 1-7

Langkah 8: Span ditampal di bahagian bawah kiri kotak (untuk menunjukkan dinding
ventrikel kiri yang tebal)
Langkah 9: Label huruf V A A V ditampal di bahagian hadapan atas. (sebagai Vena
Kava, Arteri Pulmonari, Aorta dan Vena Pulmonari)
Langkah 10: Label nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 ditampal di bahagian yang sepatutnya.
Rajah 4.Langkah Penghasilan Inovasi 8-10

Langkah 11: Kotak ditampal dengan penutup plastik menggunakan velcro bulat.
(boleh dicabut dan ditampal semula)
Langkah 12: Petunjuk ditampal di bahagian hadapan bawah kotak.
Langkah 13: Kad Penanda ditampal di bahagian atas kotak untuk menunjukkan
arah pengaliran ke peparu dan ke seluruh bahagian badan kecuali
peparu.

Rajah 5. Langkah Penghasilan Inovasi 11-13


CARA INOVASI DIGUNAKAN

1. Murid diperkenalkan dengan simbol:

A untuk atas

Ingat Biri-biri
(Biri = Bi-kiri)
2. Murid melukis anak panah bagi menunjukkan arah pengaliran
darah manusia bermula dari peparu ke jantung dan dari jantung ke seluruh badan kecuali
peparu.

2. Murid melukis peta pemikiran (I-THINK) iaitu peta alir dengan menggunakan model yang
dicipta sendiri sebagai panduan dan rujukan.

4 4 bahagian jantung iaitu :


Atrium Kanan
Atrium Kiri
Ventrikel Kanan
Ventrikel Kiri
4 4 salur darah utama mengikut susunan V A A V iaitu :
V : Vena Kava
A: Arteri Pulmonari
A: Aorta
V: Vena pulmonari
4 4 injap:
2 Injap Sabit
1 Injap Bikuspid
1 Injap Trikuspid
Rajah 6. Peta alir yang menunjukkan arah pengaliran darah manusia bermula dari peparu ke jantung
dan dari jantung ke seluruh badan kecuali peparu

KEBERKESANAN HASIL INOVASI

Ujian Pra dan Ujian Pos dijalankan sebelum dan selepas penggunaan model J4NTUNG bagi
menilai tahap keberkesanan dalam melukis peta pemikiran (I-THINK) iaitu peta alir untuk
menunjukkan arah pengaliran darah manusia bermula dari peparu ke jantung dan dari jantung
ke seluruh badan kecuali peparu. Ujian ini dijalankan terhadap 15 orang responden yang telah
mendapat markah 70% ke bawah di dalam Pentaksiran Sumatif 1 dan 2 yang lalu. Kesemua
15 responden telah berjaya meningkatkan markah mereka dalam soalan berkaitan sistem
peredaran darah.

KELEBIHAN INOVASI

1. Menggunakan bahan kitar semula


2. Kos yang sangat rendah
3. Ringan dan mudah dialih
4. Dimiliki oleh setiap individu murid di dalam kelas
5. Pembelajaran aktif dan berpusatkan murid

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Menambah lampu LED bagi menunjukkan warna darah terdeoksigen dan warna
darah beroksigen.
2. Menghasilkan satu sistem pergerakan bagi menunjukkan pembukaan dan
penutupan injap sabit, injap trikuspid dan injap bikuspid ketika mengepam masuk dan
keluar darah.
3. Menggunakan bahan kitar semula (kotak yang lebih keras) supaya model tahan
lama dan tahan lasak.

KOMITMEN PIHAK ATASAN

Pengetua SMK Jalan Empat iaitu Puan Maziah binti Yusof telah memberi galakan dan
sokongan 100% dalam penghasilan inovasi model J4NTUNG ini.

POTENSI PEMASARAN

Jika diberi peluang, kami ingin memasarkan model J4NTUNG ini ke sekolah-sekolah
terutama di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai bajet yang cukup untuk membeli
model sistem peredaran darah manusia yang berharga mencecah ratusan ringgit.

PENUTUP

Penggunaan model J4NTUNG ini sangat sesuai digunakan untuk semua peringkat murid iaitu
cemerlang, sederhana dan lemah. Ia juga dapat menjadikan proses pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPc) lebih menarik dan berkesan serta turut menggalakkan pembelajaran
yang berpusatkan murid di dalam kelas iaitu Pembelajaran Abad ke 21 (PAK21) secara
komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika yang
dapat memberi nilai positif kepada kemenjadian murid ketika pelaksanaan model J4NTUNG.

RUJUKAN
1. Tho Lai Hoong & Che Ahamad bin Daud (2019) Buku Teks Sains Tingkatan 3
Sasbadi
2. Tan Moi Ho & Chien Hui Siong (2019) Buku Focus Sains PT3, Penerbitan Pelangi
3.https://study.com/academy/lesson/visual-learning-style-definition characteristics.html
4. http://www.cikguhailmi.com/2017/01/pembelajaran-abad-21.html
5. https://cikguatiena.blogspot.com/2012/12/i-think-peta-pemikiran-vs-proses.html
6.https://www.quora.com/What-are-the-four-chambers-of-the-heart-and-their-functions
LAMPIRAN

LEMBARAN KERJA UNTUK MENGUJI TAHAP KEBERKESANAN MODEL


J4NTUNG
9

Anda mungkin juga menyukai