Anda di halaman 1dari 3

REKREASI MATEMATIK

KOTAK BERACUN
1. Guru menyediakan satu kotak yang mengandungi soalan-soalan pengukuhan
tentang topik yang dipelajari.
2. Murid akan memegang kotak tersebut dan memberi kotak tersebut kepada murid
yang di sebelahnya.
3. Kotak akan bergerak dari satu murid ke murid yang lain dan akan berhenti
apabila guru meniup wisel.
4. Murid yang memegang kotak ketika wisel dibunyikan akan memilih satu soalan
dari dalam kotak.
5. Murid perlu membaca soalan tersebut dan menyelesaikan soalan tersebut di
hadapan.
SOALAN :
Satu persembahan teater bermula pada pukul 8.30 p.m. dan berakhir pada pukul
11.15 p.m. Berapa lamakah persembahan itu?

Seorang nelayan keluar ke laut pada jam 1830. Jika ia balik ke jeti pada jam 0515
hari berikutnya, berapa lama, dalam jam dan minit, nelayan itu berada di laut?
Encik Samad mengambil masa 7 jam 35 minit untuk menghantar anaknya dari Kota
Bahru ke sekolah berasrama di Alor Setar. Mereka bertolak pada pukul 7.15 pagi.
Pukul berapakah mereka sampai di Alor Setar?
Cikgu Jamil dijemput untuk memberi ceramah teknik menjawab matematik di SMK
Agama Baling. Cikgu Jamil tiba di sekolah itu pada 8.20 a.m. iaitu

jam lebih

awal. Ceramah itu mengambil masa 2 jam 35 minit. Pada waktu bilakah upacara itu
berakhir?

Liew mengendalikan satu seminar selama 3 jam. Seminar itu tamat pada 8.45
p.m., di mana telah 40 minit lebih lewat daripada dijadualkan. Pada pukul
berapakah, dalam sistem 24 jam, seminar itu bermula?
Swee Ying meninggalkan Kuala Kangsar dan sampai di Kuala Lumpur dalam masa
2 jam 45 minit. Jika dia sampai di Kuala Lumpur pada pukul 5.15 p.m., pada pukul
berapakah dia meninggalkan Kuala Kangsar?

Encik Lee meninggalkan Kuala Lumpur pada pukul 1.00 p.m. dan memandu
sepanjang jalan ke Kota Bharu. Dia tiba di Kota Bharu pada pukul 9.35 p.m.
Berapa lamakah perjalanannya?
Devi memulakan projek Sainsnya pada jam 0945 dan menyiapkan projek itu
dalam masa 6 jam 25 minit. Pada pukul berapakah dia menyiapkan projeknya?

Sebuah keretapi meninggalkan Taiping pada 8.45a.m. dan mengambil masa 3 jam
35 minit untuk sampai ke Kuala Lumpur. Keretapi itu kemudiannya meneruskan
perjalanan dan tiba di Melaka pada 2.10 p.m. Berapa lamakah masa perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Melaka?

Suatu kertas peperiksaan dijadualkan bermula pada pukul 8.30 a.m. Jika Kamariah
tiba di pusat peperiksaan jam lebih awal, pada waktu bilakah dia tiba di pusat
peperiksaan itu?

Penerbangan dari Pulau Pinang ke Johor Bahru selalunya mengambil masa 1 jam 5
minit. Jika suatu penerbangan yang dijadualkan bertolak pada 1515 telah lewat
selama jam, pada waktu bilakah pesawat itu akan tiba di Johor Bahru? Berikan
jawapan anda dalam sistem 24 jam.

Anda mungkin juga menyukai