Anda di halaman 1dari 23

Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul :1
Tajuk : Salam Perkenalan
Objektif : Pada akhir sesi,:
1) Murid-murid dapat mengenali rakan- rakan di dalam kelas
2) Murid-murid dapat menyebut nama rakan-rakan di dalam kelas
3) Murid-murid dapat mengurangkan rasa malu dan takut berkomunikasi
dengan rakan-rakan di dalam kelas

Masa : 60 minit
Bahan : Tiada
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru memperkenalkan diri kepada murid-murid di samping menunjukkan
gaya / yell perkenalan diri.

1. Setiap murid diminta memperkenalkan nama penuh serta panggilan


nama yang disukainya secara bergilir-gilir di samping menunjukkan
gaya/yell masing-masing.
2. Guru memberi bimbingan kepada setiap murid dalam menggayakan
yell murid-murid.
3. Guru bersoal jawab secara rawak nama dan gaya/ yell murid-murid di
dalam kelas.
4. Seterusnya, guru meminta murid-murid membuat kiraan nombor
1,2,3,4,dan 5 secara bergilir-gilir sehingga semua murid mempunyai
nombor masing-masing antara nombor 1,2,3,4, dan 5.
5. Guru meminta setiap murid mencari dan berkumpul mengikut
nombor masing-masing tanpa bersuara.
6. Setelah semua murid berada di dalam kumpulan masing-masing,
setiap kumpulan perlu memberikan nama kumpulan dan mencipta
gaya/yell kumpulan masing-masing.
7. Setelah perbincangan, setiap kumpulan diminta membuat
persembahan di hadapan kelas.
8. Guru memberi bimbingan dan membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid-murid dapat mengenali rakan-rakan di dalam kelas.


Rumusan : 1) Setiap individu mempunyai nama yang indah dan perlu disebut
dengan betul.
2) Mengeratkan hubungan secara berkawan dengan rakan –rakan
merupakan perkara yang menyeronokkan di sekolah.

Falsafah : Hidup perlu berkawan dan berteman.


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul :2
Tajuk : Keluarga Saya
Objektif : Pada akhir sesi,:
1) Murid-murid dapat memahami salah silah dalam keluarga
2) Murid-murid dapat menghormati keluarga masing-masing dengan
panggilan yang betul.
3) Murid-murid dapat mengetahui kepentingan keluarga dalam
kehidupan.

Masa : 60 minit
Bahan :Lampiran 1( Keluarga Saya ), Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru bersoaljawab dengan murid-murid mengenai panggilan-panggilan yang
sesuai dalam keluarga.

1) Murid-murid diminta memberikan contoh panggilan nama yang


digunakan dalam keluarga masing-masing.
2) Guru meminta murid-murid melukiskan gambar keluarga masing-
masing di dalam buku tulis PTD masing-masing seperti Lampiran
1( Keluarga Saya ) .
3) Setelah siap dilukis dan diwarnakan, setiap murid perlu
membentangkan hasil tugasan masing-masing.
4) Guru memberi bimbingan dan membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid-murid dapat menyiapkan carta “ Keluarga Saya ”


Rumusan : 1) Setiap ahli keluarga mempunyai panggilan dan peranan masing-
masing
2) Murid perlu menghormati ahli keluarga masing-masing.

Falsafah : Sayangi keluarga


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

LAMPIRAN 1 ( KELUARGA SAYA )

AYAH IBU

ABANG KAKAK SAYA ADIK

KELUARGA SAYA

Modul :3
Tajuk : Riang Ria Cuti Sekolahku
Objektif : Pada akhir sesi,:
1) Murid dapat menceritakan pengalaman masing-masing semasa
cuti sekolah yang lalu.
2) Murid dapat menghasilkan lukisan pengalaman percutian masing-
masing
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Masa : 60 minit
Bahan : Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru menceritakan pengalaman percutian guru semasa cuti sekolah yang
lalu.

1) Guru meminta murid-murid menceritakan pengalaman yang paling


menyeronokkan semasa cuti sekolah yang lalu.
2) Murid kemudiannya diminta menceritakan pengalaman percutian
masing-masing di hadapan kelas dengan melengkapkan ayat ini…
“ Semasa cuti sekolah yang lalu, saya…”
3) Guru membimbing murid-murid dalam sesi penceritaan.
4) Murid kemudiannya diminta melukiskan suasana percutian yang
menyeronokkan hasil penceritaan masing-masing di dalam buku
tulis PTD.
5) Murid diminta mewarnakan hasil lukisan masing-masing.
6) Guru membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid-murid dapat menghasilkan lukisan percutian cuti sekolah masing-


masing.

Rumusan : 1) Cuti sekolah perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


2)Bercuti tidak semestinya perlu bercuti ke tempat yang jauh-jauh, tetapi
pengalaman yang menyeronokkan semasa bercuti itu lebih bermakna.

Falsafah : Isi masa cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah.

Modul :3
Modul :4
Tajuk : Anak Cemerlang
Objektif : Pada akhir sesi,:
1) Murid dapat menyedari kepentingan peranan sebagai anak
kepada ibu bapa masing-masing.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

2) Murid dapat menyenaraikan tanggungjawab diri sebagai anak.

Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran 2( Lagu Saya Anak Cemerlang ),
Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru menyanyikan lagu “ Anak Cemerlang ” bersama-sama murid-murid
1) Murid-murid diminta menyalin lirik lagu “ Saya Anak Cemerlang ”
di dalam Buku PTD masing-masing.
2) Murid-murid diminta menyanyikan lagu “ Anak Cemerlang ” dan
menghayati lirik-lirik lagu tersebut.
3) Guru meminta murid-murid membincangkan lirik lagu tersebut
4) Guru seterusnya meminta murid-murid menyatakan peranan
masing-masing sebagai anak kepada ibu bapa.
5) Guru membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid-murid dapat menyatakan peranan sebagai anak kepada ibu bapa

Rumusan : 1) Anak yang cemerlang merupakan kebanggaan ibu bapa


2)Murid perlu menghargai ibu bapa dengan menjadi anak yang dapat
membanggakan ibu bapa masing-masing.

Falsafah : Anak permata kesayangan ayah dan ibu

LAMPIRAN 2: LAGU SAYA ANAK CEMERLANG


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

“ Sayalah permata
Anak kesayangan,
Kebanggaan ayah dan ibu
Saya dibesarkan dengan kasih sayang
Hanya yang terbaik untuk ku
Menjadi harapan
Di masa hadapan
Sayalah anak yang cemerlang ”

Modul :5
Tajuk : Potensi Diri
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Objektif : Pada akhir sesi,:


1) Murid dapat menyatakan kelebihan dan kekurangan diri
2) Murid dapat menghargai potensi diri dan memperbaiki
kelemahan diri

Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran 3 ( Potensi Diri ) ,
Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PT9D )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru menyenaraikan sifat-sifat yang baik dan buruk.
1) Guru meminta murid-murid melukiskan tapak tangan kanan
pada buku PTD masing-masing.
2) Murid diminta menyenaraikan 5 sifat baik yang ada pada diri
masing-masing.
3) Murid kemudiannya diminta melukiskan tapak tangan kiri
pada buku PTD masing-masing.
4) Murid diminta menyenaraikan 5 sifat buruk yang ada pada
diri masing-masing.
5) Murid diminta membuat permbentangan di hadapan kelas.
6) Guru membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid-murid dapat menyenaraikan sifat baik dan buruk masing-masing.

Rumusan : 1) Setiap orang mempunyai kelebihan dan kekurangan diri.


2)Setiap kelebihan merupakan potensi diri
3) Setiap kelemahan diri perlu diperbaiki untuk kecemerlangan diri.

Falsafah : Manusia tidak sempurna .

LAMPIRAN 3: POTENSI DIRI


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Contoh 5 Ciri Kelebihan Diri

Contoh 5 Ciri Kelemahan Diri


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul :6
Tajuk : Pengurusan Diri
Objektif : Pada akhir sesi,:
1) Murid-murid dapat menyedari tanggungjawab mengurus diri
2) Murid-murid dapat menguruskan diri tanpa bantuan orang lain
3) Murid-murid dapat mengenalpasti kemahiran asas penjagaan diri
Masa : 60 minit
Bahan : Model Murid Lelaki dan Murid Perempuan
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru memulakan aktiviti dengan pemeriksaan kuku murid-murid.
1) Guru meminta setiap murid mencaripasangan masing-masing
( lelaki-lelaki, perempuan-perempuan )
2) Kemudiannya,guru memberi arahan salah seorang daripada
pasangan akan menjadi Si Cermin dan serang lagi Si Patung.
 Peranan Si Cermin : Mengemaskini pakaian Si Patung
 Peranan Si Patung : Berdiam diri/ tidak boleh bergerak.
3) Aktiviti dimulakan dengan Pusingan pertama iaitu Si Cermin perlu
memainkan peranan.
4) Setelah masa tamat, peranan bertukar pula dan aktiviti diulangi
dalam pusingan kedua.
5) Selesai kedua-dua pusingan, guru memilih dua orang murid ( lelaki
dan perempuan ) yang berpakaian lengkap dan kemas untuk
dijadikan model.
6) Guru menerangkan ciri-ciri kekemasan diri yang ada pada kedua-
dua model tersebut.
7) Guru memberi bimbingan kepada murid-murid dalam perbincangan
menjaga kebersihan setiap anggota badan dan pakaian.
Penilaian : Murid-murid dapat menyatakan secara lisan cara-cara menjaga
kebersihan dan kekemasan diri.

Rumusan : Kekemasan dan kebersihan diri adalah penting dalam kehidupan

Falsafah : Kebersihan sebahagian daripada iman


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul :7
Tajuk : Cantiknya Diriku
Objektif : Pada akhir sesi,:
1. Murid dapat mengenalpasti dan membezakan cirri-ciri fizikal
masing-masing
2. Murid dapat menerima secara positif akan keadaan rupa parasnya.

Masa : 60 minit
Bahan : Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru memulakan aktiviti dengan bercerita tentang rupa paras dan bentuk
fizikal badan sendiri.
1) Guru meminta setiap murid melukiskan wajah masing-masing di
dalam Buku Tulis PTD.
2) Guru meminta murid menggunakan ruang kertas secara
maksimum .
3) Guru meminta murid memilih salah satu bahagian di wajah
mereka yang paling disukai. Contohnya: mulut atau mata,atau
hidung.
4) Guru meminta murid menerangkan sebab pilihan bahagian
tersebut.
5) Guru membuta rumusan secara keseluruhan tentang keunikan dan
kelebihan semua murid dengan memberi penekanan kepada
kebersihan hati.

Penilaian : Murid dapat menerima diri seadanya dan tidak merasakan kekurangan
diri.

Rumusan : Belajar mensyukuri diri sendiri dan menerima kekurangan.

Falsafah 1) Manusia perlu mensyukuri ciptaan Tuhan


2) Manusia perlu menghargai kelebihan diri sendiri.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul :8
Tajuk : Emosiku
Objektif : Pada akhir sesi,:
1) Murid dapat mengenalpasti emosi diri mereka pada hari ini.
2) Murid dapat membezakan antara emosi positif dan emosi negatif.

Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran 4( Emosiku )
Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru menunjukkan beberapa ekspresi muka untuk diteka oleh murid .
Contohnya emosi marah, gembira, sedih, merajuk.

1) Murid diminta menyenaraikan emosi positif dan emosi negatif di


papan tulis.
2) Murid kemudiannya diminta memilih emosi pilihan mereka pada
hari ini.
3) Murid diminta melukiskan gambar emosi mereka di dalam Buku
Tulis PTD .
4) Guru memberi bimbingan lukisan murid.
5) Guru seterusnya meminta murid menceritakan berkaitan emosi
pilihan mereka.
6) Guru membuat rumusan dan perbincangan aktiviti.

Penilaian : Murid dapat mengetahui perbezaan emosi positif dan emosi negatif.

Rumusan : Emosi positif dapat membentuk imej diri yang positif dan sebaliknya.

Falsafah Manusia perlu bijak mengawal emosi diri.

LAMPIRAN 4: EMOSIKU
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul :9
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Tajuk : Asas Komunikasi


Objektif : Pada akhir sesi,
1) Murid –murid dapat berkomunikasi dengan berkesan
2) Murid-murid dapat menggunakan laras bahasa dengan betul
3) Murid-murid dapat berinteraksi antara satu sama lain.
Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran 5( Asas Komunikasi )
Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru membahasakan diri sebagai “ Cikgu ” dan Murid sebagai “ Kamu ”
1) Setiap murid diminta mencari 4 orang untuk membentuk satu
kumpulan.
2) Setiap ahli di dalam kumpulan diminta berinteraksi dengan
menggunakan kata ganti diri yang betul.
3) Guru memberi bimbingan interaksi kumpulan di hadapan kelas
Saya, Kami ( Kata Ganti Diri Pertama )
Kamu, Awak( Kata Ganti Diri Kedua )
Mereka, Dia ( Kata Ganti Diri Ketiga )
4) Murid seterusnya diminta melukiskan gambar Diri Sendiri ( Saya ),
gambar Guru ( Cikgu), dan gambar rakan –rakan ( Mereka )di
dalam Buku PTD masing-masing-masing.
5) Hasil tugasan dibentangkan di hadapan kelas.

Penilaian : Murid dinilai berdasarkan penggunaan Kata Ganti Diri yang betul

Rumusan : Murid berupaya menggunakan kata ganti diri yang betul dalam
komunikasi harian.

Falsafah : 1) Membina asas komunikasi positif.


2)Kemahiran komunikasi merupakan asset utama dalam diri murid.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

LAMPIRAN 5( ASAS KOMUNIKASI )

1) Lukiskan gambar sendiri ( Kata Ganti Diri Pertama )

Saya
SAYA

2) Lukiskan gambar guru ( Kata Ganti Diri Kedua )

Cikgu

3) Lukiskan gambar rakan-rakan ( Kata Ganti Diri Ketiga )

Mereka
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul : 10
Tajuk : Rakanku Sayang
Objektif : Pada akhir sesi,
1) Murid –murid dapat menyayangi rakan sebaya
2) Murid-murid dapat menilai dan menghargai rakan.
Masa : 60 minit
Bahan : Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru melukiskan sebuah objek yang paling disukai di papan tulis dan
menghadiahkan lukisan tersebut kepada salah seorang murid di dalam
kelas kerana sebab tertentu.
1) Setiap murid diminta menyatakan keinginannya untuk memiliki
sesuatu objek. Contohnya sebuah tablet .
2) Guru kemudiannya meminta murid menyatakan sebab pilihan murid
tersebut.
3) Seterusnya, murid diminta melukiskan di dalam Buku Tulis Program
Transformasi Diri ( PTD )masing-masing.
4) Setelah siap, murid diminta mencari rakan yang disukainya dan
menunjukkan hasil lukisannya itu kepada rakan tersebut.
5) Guru membuat rumusan aktiviti.

Penilaian : Murid rasa dihargai apabila disayangi oleh rakan.

Rumusan : Setiap barang yang disukai perlu dijaga dengan baik, begitu juga dengan
rakan sebaya perlu dijaga hatinya dengan baik.

Falsafah : Jaga hati rakan sebaiknya dan pilih rakan sebaya yang betul.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul : 11
Tajuk : Kelas ABCku
Objektif : Pada akhir sesi,
1) Murid dapat mengetahui peranan masing-masing di dalam
kelas
2) Murid-murid dapat bekerjasama merealisasikan Kelas
Anggun, Bersih dan Ceria.

Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran 6(Kelas ABCku )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru meminta murid-murid memilih seorang rakan mereka sebagai Ketua
Kelas dan Penolong Ketua Kelas
1) Ketua Kelas diminta melengkapkan Lampiran Jadual Bertugas
dengan bantuan Penolong Ketua Kelas.
2) Setiap murid berbincang bersama-sama Ketua Kelas dan Penolong
Ketua Kelas.
3) Guru memberi bimbingan tugasan dan peranan setiap murid dalam
merealisasikan Kelas ABCku: Anggun, Bersih dan Ceria .

Penilaian :Murid dapat menyatakan tugasan dan peranan masing-masing dalam


merealisasikan Kelas ABCku .

Rumusan : Setiap murid perlu memainkan peranan dalam merealisasikan kelas


ABCku

Falsafah : Kelas Anggun, Bersih dan Ceria ,cerminan murid di dalam sesebuah
kelas.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

LAMPIRAN 6: KELAS ABCKU


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul : 12
Tajuk : Demi Masa
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

1. Mengenalpasti aktiviti yang perlu seorang murid lakukan.


2. Menentukan bagaimana mengurus masa dengan berkesan
3. Mengenalpasti kepentingan pengurusan masa.
Masa : 60 minit
Bahan : Kalkulator ( Untuk kegunaan guru ), Lampiran 7( Demi Masa )
Buku Tulis Program Transformasi Diri ( PTD )
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru membuka perbincangan dengan meminta murid menyenaraikan
aktiviti harian mereka.

1. Murid diminta memberikan anggaran masa setiap aktiviti yang


disenaraikan.

2. Murid diberikan panduan mudah pembahagian masa dengan kaedah


8 x 3.

8 jam TIDUR

8 jam REHAT ( Beribadah, makan, riadah )

8 jam BELAJAR ( Termasuk waktu belajar di sekolah )

3. Murid diberi panduan dan diminta mengisi jadual waktu persendirian


pada hari persekolahan dan hari cuti sekolah.

4. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil kerja mereka


dan murid lain digalakkan bertanya atau memberikan pendapat.

5. Rumusan keseluruhan dibuat oleh guru.

Penilaian : Murid merekodkan hasil perbentangan terbaik untuk dijadikan panduan


dalam menguruskan masa.

Rumusan : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah : Masa itu nyawa.


Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML
LAMPIRAN 7: DEMI MASA

JADUAL HARIAN SAYA

MASA AKTIVITI

8 jam

8 jam

8 jam

Jumlah : 24 jam
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Modul : 12
Tajuk : Azam Baruku
Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
3. Mengenalpasti azam masing-masing
4. Mengetahui kepentingan pelaksanaan azam.

Masa : 60 minit
Bahan : Lampiran Azam Baruku
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru menuliskan huruf Z M
dan meminta murid melengkapkan petak kosong
dengan huruf yang betul.

1. Murid diminta untuk menerangkan maksud AZAM dengan


bimbingan guru.
2. Murid diminta menyenaraikan 5 azam tahun baru seperti di dalam
lampiran Azam Baruku.
3. Murid diminta melengkapkan lampiran tersebut di dalam buku
PMD.
4. Hasil tugasan dibentangkan di hadapan kelas.
5. Rumusan kepentingan pelaksanaan azam dibincangkan bersama
guru.
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan azam tahun baru masing-masing

Rumusan : Azam merupakan satu tekad atau kehendak yang ingin dicapai oleh
seseorang dalam hidupnya.

Falsafah : 1. Kejayaan pelaksanaan azam adalah bergantung kepada usaha dan


keyakinan diri.
2. Hidup tanpa azam ibarat hidup adalah sia-sia tan pa matlamat hidup.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

LAMPIRAN 8: AZAM BARUKU

Arahan : Senaraikan 5 azam tahun baru anda. Lengkapkan cara pelaksanaan azam
tersebut.

BIL AZAM CARA PELAKSANAAN

5
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

Tajuk : Refleksi Modul PTD Hari Ini


Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :
1.Mengingati kembali aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang PTD
pada hari ini.
2. Mengenalpasti aktiviti yang paling disukai.
Masa : 30 minit
Bahan : Lampiran 9: REFLEKSI MODUL HARI INI
Langkah –Langkah : Set Induksi :
Guru menyenaraikan aktiviti modul yang telah dilaksanakan pada hari ini.

1) Guru bersoal jawab tentang nama-nama aktiviti PTD.


2) Murid diminta untuk menjawab soalan lampiran Refleksi Modul
Hari Ini
3) Murid dibimbing ketika membuat perbentangan
4) Rumusan aktiviti PTD dirumuskan oleh guru
5) Guru membuat analisa murid daripada setiap soalan.
Penilaian : Menjawab soalan .

Rumusan : Kesemua aktiviti PTD adalah untuk membentuk keperibadian dan


wawasan diri murid.

Falsafah : Setiap permulaan perlu dilakukan dengan baik agar pengakhirannya


juga disudahi dengan baik.
Modul Program Transformasi Diri ( PTD ) SKSML

LAMPIRAN 9: REFLEKSI MODUL PTD HARI INI

Arahan : Jawab soalan-soalan di bawah.

1 Adakah anda berpuas hati dengan aktiviti –aktiviti PTD yang telah dijalankan ?

2 Apakah yang dapat anda pelajari daripada aktiviti-aktiviri PTD?

3 Aktiviti yang manakah yang paling anda sukai? Mengapa?

Anda mungkin juga menyukai