Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN

PROGRAM SIFAR PONTENG SEKOLAH SK FELDA AIR TAWAR 1


PADA 27 SEPTEMBER 2020 (AHAD)

1. Nama Program : Program Sifar Ponteng Sekolah

2. Tarikh : 27 September 2020

4. Tempat : Makmal Komputer

5. Objektif :
1. Berusaha mengikis sikap suka ponteng sekolah.
2. Menyedari kepentingan menimba ilmu pengetahuan di
sekolah.
3. Melatih diri menjadi seorang pelajar yang rajin dan
bertanggungjawab.
4. Berkemampuan dan tahu menguruskan masa.

6. Sasaran : 50 orang murid (berdasarkan peratusan data kehadiran


murid dan ibubapa murid.

7. Butiran aktiviti :

1. Program di hadiri oleh murid yang terlibat, ibu bapa murid


yang terlibat, Ketua Balai Polis Air Tawar 2 serta penceramah
daripada Guru Bimbingan & Kaunseling SK LKTP Adela seawal
jam 10.00 pagi.
2. Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-
aluan daripada Pn Jamaliah Binti Abdul Hamid, Guru Besar SK
Air Tawar 1 .
3. Ucapan perasmian diberikan oleh Sarjan Mejar Zamaluddin
Bin Hj Ramli, Ketua Balai Polis Air Tawar 2.
4. Program diteruskan dengan ceramah motivasi yang bertajuk
“Menangani Ponteng Sekolah” oleh En Mohd Nazri Bin Mohd
Senawi, Guru Bimbingan & Kaunseling SK LKTP Adela.
5. Program tamat pada jam 1.00 tengahari.
6. Ibubapa dan murid bersurai.

8. Penilaian Program
8.1 Kekuatan Program :
1. Program berjalan dengan lancar dan menepati
matlamat serta objektif program.

2. Respon daripada ibubapa murid adalah bagi mencapai


kecemerlangan akademik dan sahsiah murid melalui
sifar ponteng sekolah.

3. Pentadbir sekolah percaya penglibatan ibubapa murid


dapat menghasilkan satu pulangan yang positif
terhadap gejala ponteng sekolah dengan pelbagai
pengisian program dan aktiviti yang bermanfaat.

4. Penceramah dapat menyampaikan mesej dan info yang


berkesan terutama kepada murid-murid dan ibubapa.

5. Penglibatan ibubapa dapat membantu murid-murid


untuk meningkatkan lagi peratusan data kehadiran
murid.

8.2 Kelemahan Program :


1. Masih terdapat segelintir ibubapa yang kurang cakna
dengan program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

2. Kekangan masa menyebabkan banyak info yang


bermanfaat tidak dapat disampaikan dengan baik.
8.3 Cadangan Penambahbaikan:
1. Cuba pendekatan yang lain untuk mengatasi
ketidakhadiran ibubapa.

2. Cuba memperbaiki masa yang sesuai untuk


menjalankan program.

Disediakan oleh :

……………………………….......................
(AINUL BASIRAH BT HASSAN)
Unit Bimbingan dan Kaunseling.
SK Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor.

Tarikh: 28 SEPTEMBER 2020

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai