Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM ORIENTASI
“PEMUGARAN EMOSI MURID / MINDA SIHAT SEKOLAH RENDAH”
DALAM KEBIASAAN BAHARU
SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR
TAHUN 2020

1.0 PENGENALAN

Program ini dijalankan untuk membantu pengurusan sekolah pada hari pertama persekolahan
dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit coronavirus
2019 (Covid-19). Disamping itu, program ini juga membantu murid berasa tenang dan selesa dengan
kebiasaan baharu. Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu  merupakan projek yang
melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid
selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan
Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan
mental.

2.0 OBJEKTIF

Di akhir program ini, murid-murid akan dapat :


2.1    Mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi menghadapi sistem persekolahan sesuai
dengan kebiasaan baharu.
2.2    Memastikan psikologikal, psikososial dan kesihatan murid, guru dan warga sekolah diberi
perhatian semasa berada di sekolah.
2.3    Memastikan tahap kesediaan emosi murid stabil.

3.0  KPI (INDIKATOR OUTPUT DAN OUTCOME)

Output Warga sekolah dapat mengetahui kesediaan dan tahap emosi murid bagi
menghadapi sistem persekolahan sesuai dengan kebiasaan baharu.

Outcome Membantu murid menyesuiakan diri dengan kebiasaan baharu di sekolah.


Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh Guru Bimbingan
dan kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental
dan emosi.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid SK Permatang Pasir.

5.0       STRATEGI PELAKSANAAN
5.1        Menyediakan ahli jawatankuasa Pelaksanaan Program.
5.2        Mengadakan taklimat penerangan tentang konsep objektif dan kepentingan  pelaksanaan
kepada murid dan guru.
5.3        Melaksanakan Program Pemugaran Emosi dalam normal baharu pada hari pertama
persekolahan.
5.4        Tempat pelaksanaan program adalah di dalam kelas atau mengikut kesesuaian sekolah.
5.5      Jawatankuasa pemantau adalah terdiri daripada pihak pengurusan sekolah dan penyelaras
program.
6.0        PELAKSANAAN PROGRAM
Program Pemugaran Emosi Murid akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

            6.1       Tarikh  :  15 Julai 2020 hingga 28 Julai 2020


            6.2       Hari        :  Rabu
            6.3       Masa      :  07.30 pagi hingga 8.00 pagi
            6.4       Tempat   :  Kelas masing-masing

7.0       ATUR CARA PROGRAM

Berikut jadual pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu
Tahap 1 dan Tahap 2.

7.1 Jadual Pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan
Baharu (Tahap 1)

Masa Aktiviti
1 Slot 1
(30 minit) Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
-          Sejarah Covid-19
-          Lembaran Kerja 1.1 (Kenali Covid-19)

2 Slot 2
(60 minit) Dunia Baharuku
-          7 langkah cuci tangan
-          Penjarakan sosial
-          Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
-          Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
-          Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
-          Aktiviti (Lembaran Kerja) - 7 langkah cara mencuci tangan
-     Aktiviti (Lembaran Kerja) - Langkah Pencegahan Covid 19
3 Slot 3
(30 minit) Relaksasi Minda
-          Aktiviti  (Lembaran Kerja) -Asal Covid-19
-          Aktiviti (Lembaran Kerja)- Golongan Berisiko Tinggi
4 Slot 4
(30 minit) Refleksi dan Rumusan
-          Pesanan guru kepada murid
a) Sentiasa menjaga diri
b) Hikmah di sebalik wabak Covid-19

7.2 Jadual Pelaksanaan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu
(Tahap 2)

MASA AKTIVITI
1 Slot 1
Soal selidik
-          Ujian Pra (Lampiran 1)
Guru mengucapkan selamat kembali ke sekolah
-          Sejarah Covid-19 (Lampiran 2)

2 Slot 2
Dunia Baharuku
-          7 langkah cuci tangan (Lampiran 3)
-          Penjarakan sosial
-          Penggunaan pelitup muka (guna dan pelupusan)
-          Keselamatan murid, warga sekolah dan asrama
-          Pergerakan murid dalam kawasan sekolah dan asrama
3 Slot 3
-          Perkongsian Pengalaman (Lampiran 4)
-          Relaksasi Minda Covid-19 (Lampiran 5)
4 Slot 4
Pengurusan Daya Tindak (Lampiran 6)

5 Slot 5
Rumusan (Lampiran 7)
Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu (Lampiran 8)

·          Waktu rehat bergantung kepada jadual persekolahan


·          Guru dibekalkan Panduan Pelaksanaan Modul Orientasi Pemugaran Emosi Murid  Dalam
Kebiasaan Baharu
·          Murid dibekalkan modul aktiviti

8.0       PELAN PENGURUSAN RISIKO

8.1 RISIKO

RISIKO PENYELESAIAN
Tarikh program yang dirancang tidak dapat Meneruskan program pada hari berikutnya iaitu
dijalankan kerana ada perkara yang lebih hari Khamis.
utama pada hari tersebut.
Guru matapelajaran yang tidak hadir pada Guru ganti akan menjalankan program ini
waktu tersebut kerana tugas lain. dengan kerjasama Guru Bimbingan dan
Kaunseling.

8.2. KEKUATAN

8.2.1   Kerjasama dari pihak pentadbir dan guru untuk melaksanakan program tersebut.

9.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
           
Bil Sumber Kewangan Jumlah (RM)
1. Suwa Kaunseling RM 604.20
Bil Perbelanjaan Jumlah (RM)
1. Hadiah tahun 1 (18 x RM 5.00) RM 90.00
2. Hadiah tahun 2 (18 x RM 5.00) RM 90.00
3. Hadiah tahun 3 (18 X RM 5.00) RM 90.00
4. Hadiah tahun 4 (18 X RM 5.00) RM 90.00
5. Hadiah tahun 5 (18 X RM 5.00) RM 90.00
6. Hadiah tahun 6 (18 X RM 5.00) RM 90.00
7. Fotostat bahan lampiran dan modul RM 38.20
8. Dokumentasi Program RM 26.00
JUMLAH BESAR RM 604.20
10.0    JAWATANKUASA INDUK
Penaung                                           Rosmila binti Che Ros
Guru Besar, SK Permatang Pasir

Penasihat                                         Sharifah bt Wan Nik


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Pengerusi                                         Norduriah binti Mat Daud


(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha Norlida binti Othman


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

11.0    JAWATANKUASA KERJA
           
Pengerusi : Rosmila binti Che Ros (Guru Besar)
Naib Pengerus : Nurdurriah bt Mat Daud
Setiausaha : Norlida binti Othman
Penyediaan Bahan : Rosmawati Bt Abdul Ghani

Hadiah Warda Hayati Bt Ghazali


Buku Program Rosmawati Bt Abdul Ghan
Laporan Dokumentas Rosmawati Bt Abdul Ghani

12.0 PENUTUP

Diharapkan Program Orientasi Pemugaran Emosi Murid Dalam Kebiasaan Baharu diperingkat
sekolah Kebangsaan Pokok Sena ini dapat berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancang hasil
kerjasama semua pihak.

Disediakan oleh:

(NORLIDA BINTI OTHMAN)


Setiausaha

Disemak oleh:

(ROSMILA BINTI CHE ROS)


Guru Besar
SK Permatang Pasir

Anda mungkin juga menyukai