Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM GURU PENYAYANG

SK GONG DERMIN 2017

KERTAS KONSEP
PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0 PENGENALAN
Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi
merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun,
aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha
pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar.
Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi
dan nilai kasih sayang yang kental.

Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu
tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha gigihnya
mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan
tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan
fikiran tenang.

2.0 KONSEP

i. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan


bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang
adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih
sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
ii. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu
diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
iii. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam
perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

3.0 OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang:

i.Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.


ii.Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
iii.Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
iv. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada
sekolah.
4.0 ANJURAN DAN KELOLAAN
PROGRAM GURU PENYAYANG
SK GONG DERMIN 2017

4.1 Unit Hal Ehwal Murid


4.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling

5.0 PERSONALIA

Jawatankuasa Induk Program Guru Penyayang SKGD


Pengerusi : En Md Noor B Maun
Guru Besar
Tim. Pengerusi : En Mazri Bin Ibrahim
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 1 : Pn Hjh Wan Nuam Bt Wan Hamad
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : Pn Lizaini Bt Mamat
Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha/Penyelaras : Pn Noorul Asmarina Bt Aziz
Guru Bimbingan Dan Kaunseling
AJK : Pn Che Asmak Bt Abd Rahman (Guru Penyayang)

6.0 SENARAI AJK KERJA

Rujuk Lampiran 1

7.0 PENGISIAN / AKTIVITI


Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia
akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara
berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga
aktiviti berikut;

i. Mengalu-alukan kehadiran murid


ii. Pelaksanaan Program Mentor Mentee
iii. Memberi penghargaan kepada murid

8.0 SASARAN

Guru dan murid serta seluruh warga SKGD

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun 2016 selepas pelancaran

10.0 SUMBER KEWANGAN


PROGRAM GURU PENYAYANG
SK GONG DERMIN 2017

10.1 PCG Bimbingan dan Kaunseling

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


BIL ITEM KUANTITI RM/UNIT HARGA
1. Button Badge Pemakaian Smart 550 1.00 RM550.00
2. Kek Hari Jadi 10 50.00 RM500.00
3. Banner 1 73.00 RM73.00
4
5

JUMLAH RM 1123.00

12.0 PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah


pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih
harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.

Disediakan Oleh:

……………………..……….………….
( Pn Noorul Asmarina Bt Ab Aziz )
Guru Bimbingan & Kaunseling,
SK Gong Dermin

Diluluskan oleh:

…………………………………………
( En Md Noor B Maun )
Guru Besar ,
SK Gong Dermin

Anda mungkin juga menyukai