Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KETUA KELAS

1.0 PENDAHULUAN

Pada 4 dan 5 mac 2011, unit bimbingan kaunseling dengan kerjasama badan
pengawas telah mengadakan Kem kepimpinan Untuk Pengawas, ketua Kelas Serta
Penolong Ketua Kelas bertempat di dewan SK Lepong Balleh. Program ini diadakan
selama 2 hari 1 malam dan peserta dikehendaki bermalam di asrama. Seramai 35 orang
telah dipilih untuk menyertai program ini. Kem ini merupakan satu usaha untuk
memantapkan pengurusan bidang kerja kepengawasan dan seterusnya meningkatkan
mutu disiplin sekolah. Para pengawas juga dirangsangkan dengan motivasi diri untuk
membina keyakinan diri terhadap tugas dan tanggungjawab serta memupuk sikap yakin
diri ketika berhadapan dengan murid lain.

2.0 MATLAMAT
Dengan terlaksananya program ini diharapkan :-
 Disiplin pengawas dapat ditingkatkan.
 Keperibadian pengawas lebih mantap
 Tugasan pengawas lancar dan teratur
 Menjadi idola kepada murid biasa
 Disiplin murid sekolah dapat ditingkatkan

3.0 OBJEKTIF
Kem Kepimpinan pengawas ini diharapkan dapat melahirkan pengawas yang :-

3.1.1 Kuat Motivasi diri. Boleh menjalankan tugasan yang diberi dengan penuh
kenyakinan diri dan bertanggungjawab.berjaya mengawal keadaan dan lebih
berwibawa ketika berhadapan dengan masalah.

3.1.2 Berdisiplin. Sentiasa peka terhadap tugasan dan sentiasa bersedia


menjalankan tugas pada bila-bila masa diperlukan. Berpakaian kemas dan
sahsiah yang baik.

3.1.3 Pengurusan masa. Bijak mengurus masa dalam menjalankan tugasan sebagai
pengawas dan sebagai pelajar.

3.1.4 Idola. Menjadi contoh kepada pelajar lain dan menjadikan badan pengawas ini
merupakan satu badan yang ingin dijawat oleh murid.

3.1.5 Bijak. Berani mencuba dan sentiasa Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi
terutamanya dalam pembelajaran.
4.0 JAWATANKUASA KERJA/ PERSONALIA/ FASILITATOR

Penaung :
PPD Kapit
Penasihat :
En. Jonedi Ngalanbong (Guru Besar)
Pengerusi :
En. Anthony Jalin Manggie (PK 1)
Naib Pengerusi :
En. David Dumbang Budin (PK HEM)
Setiausaha :
En. Shamsul Afendi Awang (Guru BK)
Penyelaras Kursus :
En. Nelly Isau
Ahli - Ahli :
Semua Staff SK Lepong Balleh, Kapit.

Kem Komandan
En. Sukhardi Haili

Pen. Kem Komandan


En. Shamsul Afendi Awang

Penceramah
En. Anthony Jalin Manggie
En. Buntoi Munan

Juruacara
Pn. Nurasila Aziz
Pn. Ozarina Othman

Pendaftaran / Urusetia
Cik Sazila Mohamad
Pn. Margaret Ganja
Cik Nur Syariaah Raduan
Cik Mecklina Sylvester Sultan

Fasilitator
Pn. Salbiyah Shahdan
Pn. Marlina Mat Zin
Pn. Ozarina Othman
Pn. Margaret Ganja
Cik Sazila Mohamad
Riadah
En. Othman Adi
En. Mohd Zahiddi Abd Latip
En. Helmie
En. John Antom

Makanan dan Minuman


En. David Dumbang Budin
En. Augustine Dian
En. Richard Bakar
Pn. Raini Motimbun
Pn. Jumah Tiboh
Pn. Empayung Kana
Pn. Rabai Buyok

Audio / Video / Dokumentasi


En. Joseph Elo
En. Ban Kayan
En. Nelly Isau

Siaraya / ICT
En. Joseph Elo
En. Ban Kayan

Hadiah, Sijil dan Cenderamata


Pn. Florence Kasol
Pn. Salbiyah Shahdan
Pn. Mary Liana Stephen Bilong
Cik Noor Aini Usa
Cik Alana Joe
Cilk Adeline

Majlis Penutupan Rasmi


Pn. Shirley Senah
Pn. Betty Ai
Cik Dambak Ubam
Pn. Marlina Mat Zin

Penyediaan Dewan / Pentas


En. Augustine Dian
En. Nurul Aswad Abd Rahman
En. Mohd. Zahiddi Abd Latip
Keselamatan dan Kebajikan
En. John Antom
En. Helmi
E. Fauzan Badari
Pn. Flora Maja
Pn. Mary Liana Stephen Bilong

Buku Program
En. Nurul Aswad Abd Rahman

5.0 PENDEKATAN
-Permainan kaunseling
-Pembelajaran ‘experiential’
-Latihan dalam kumpulan
-Ceramah
-Perbincangan
-Pembentangan

6.0 ISI KANDUNGAN


Program dimulakan dengan pendaftaran peserta yang diuruskan oleh CIk
Sazila Dan Cik Nur Syariaah. Selepas itu, peserta diberikan taklimat oleh
En.Sukhordi selaku Kem Komandan yang berkisar tentang peraturan-peraturan
yang perlu dipatuhi semasa kem.
Jam 3 petang, slot Ice Breaking Dimulakan dengan aktiviti “Kita Serupa”
yang meminta peserta mencari pasangan yang bermula dengan Pangkal huruf
yang sama,ketinggian yang sama,hobi yang sama serta warna baju yang sama.
Semua aktiviti ini dilakukan untuk menimbulkan keseronokan dalam diri peserta
serta mengasah minda peserta agar tidak malu dan segan untuk bertanya dalam
sesuatu situasi. Dalam aktiviti Ice Breaking Juga Pembahagian Kumpulan telah
dilakukan . Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Hang Tuah, Hang
Jebat, Hang Lekiu, hang Lekir, dan Hang Kasturi. Seterusnya Peserta Diminta
Untuk Membacakan Ikrar Dan latihan menyanyikan Lagu tema
Pengawas.Bacaan ikrar dan lagu tema ini akan di pesembahkan semasa masjis
penutup nanti.
Sebelah petang pula,peserta telah mengikuti Riadah Petang yang
diuruskan oleh Encik Osman dan En. Zahidi. Antara aktiviti dalam riadah petang
ini ialah “ lelong kasut”,Permainan menyampaikan Maklumat dan perlumbaan
menaiki batang penyapu secara kedepan dan mengundur. Para peserta begitu
seronok kerana mereka dapat belajar sambil bermain.
Pukul 7 malam satu slot LDK yang Dikendalikan oleh fasilitator yang
terdiri dari Pn. Salbiyah selaku Ketua fasilitator dibantu oleh Pn Marlina,Pn
Ozarina, Pn Marlina Dan Pn Margerat. Aktiviti LDK ini dinamakan Menara Impian
yang meminta peserta membina sebuah menara daripada manila kad dan surat
khabar. Aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dan membuat
perancangan agar menara yang di bina itu kukuh dan kuat.
Jam 8.30 malam,slot ceramah yang disampaikan oleh En Anthony
Jalin .Ceramah tersebut menyentuh tentang asas-asas kepimpinan pengawas
dan kategori pemimpin. Didapati peserta begitu tekun dan teruja mendengar
ceramah tersebut.
Peserta kemudian didedahkan lagi aktiviti LDK yang seterusnya Yang
dinamakan “Topi Ajaib”. 5 orang peserta telah dipilih secara rawak, kemudian
diasingkan dan diberi tajuk untuk mereka bentangkan dihadapan peserta
lain.sebelum mereka menaiki pentas, fasilitator akan meletakkan sesuatu
perkataan tanpa pengetahuan peserta seperti “Ketawakan”, “Tepuk Tangan” ,
“Jabat Tangan”, “Pandang Belakang”, “Bising”. Pada masa sama perserta lain
bertindak atau bertingkah laku seperti yang tertulis pada topi tersebut.
Sebenarnya, aktiviti ini bertujuan untuk melatih pemimpin menghadapi
permasalahan atau kritikan daripada murid lain, mengawal emosi dan membina
kenyakinan peserta.
Esoknya, 5 hb Mac jam 8.30 pagi, LDK 3 yang bertajuk “Cermin Kedua”
telah dijalankan. Didalam aktiviti ini, peserta dalam setiap kumpulan diberikan
kertas A4 dan melekatkan kertas tersebut dibelakang peserta.Kertas A4 tersebut
dibahagikan kepada 2 bahagian (positif&negative). Setiap ahli kumpulan akan
menulis sikap-sikap tersebut pada kertas di belakang rakan mereka. Falsafah
dari aktiviti ini adalah menyedarkan peserta bahawa berat sama dipikul,ringan
sama dijinjing dan perlunya sikap berganding bahu utuk mempertahankan
maruah dan akhlak kita.
Selepas itu, En Buntoi telah menyampaikan ceramahnya yang
menyentuh tugas-tugas seorang pengawas dan ketua kelas. Disebabkan
keadaan dewan yang terang, LCD tidak dapat dipancarkan, namun ceramah
tetap diteruskan dan didapati peserta mendengar dengan tekun dan mencatat
isi-isi penting yang disampaikan. Guru besar juga turut sama mengikuti intipati
ceramah tersebut.
Jam 11.30 slot refleksi telah di sempurnakan oleh En Shamsul . Slot ini
adalah untuk mengimbas kembali apa ilmu yang telah peserta dapati sepanjang
kem ini berlangsung.
Majlis perasmian/penutupan diadakan jam 12.30 tengahari.Dalam majlis
ini juga guru besar, En. Jonedi Ngalanbong telah menyampaikan ucapan,
seterusnya merasmikan majlis penutupan Kem Kepimpinan ini. Majlis juga
diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan dan sijil
penyertaan kepada peserta.

7.0 PERBELANJAAN SEBENAR


Sijil : RM 60

8.0 CADANGAN UNTUK PENAMBAHBAIKAN


- Backdrop/Kain rentang sebagai tanda sesuatu Program berlangsung
- Fail Poket untuk setiap peserta yang mengandungi kertas, pensel dan jadual
serta maklumat berkaitan kem.
- Baju T seragam untuk semua peserta .
- Dewan perlu ditutup dengan kain tirai yang sesuai bagi membolehkan LCD
dipancarkan pada waktu siang.

9.0 KESIMPULAN DAN PENUTUP


Diharapkan Program seumpama ini jadikan sebagai program tahunan dan
berharap pengawas serta ketua kelas dapat menjalankan tugas mereka dengan
sempurna selepas tamatnya kem ini.
Unit Bimbingan dan Kaunseling bercadang untuk memperluaskan lagi
penyertaan peserta pada tahun hadapan, bukan hanya kepada pengawas dan ketua
kelas tetapi merangkumi pengawas asrama,pengawas PSS dan pengerusi kelab
dan persatuan serta unit beruniform.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh :

…………………. ..………………….

(Shamsul Afendi Bin Awang) 09-03- 11 ( En. Jonedi Ngalanbong)

Guru Bimbingan dan kauseling Guru Besar


SK Lepong balleh SK Lepong Balleh
LAMPIRAN

1.0 SENARAI PESERTA

2.0 JADUAL SEBENAR


3.0 BAHAN BERKAITAN
4.0 GAMBAR
5.0 SAMPEL BORANG PENILAIAN MURID

Anda mungkin juga menyukai