Anda di halaman 1dari 9

1.

0     Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu  merupakan projek yang melibatkan
intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid
tingkatan lima selepas lama bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda
Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga
sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Sekolah perlu mematuhi
Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan
semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep
3S dan amalkan 3W sebagai kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi
mengawal penularan COVID-19. Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid
iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda
Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap
kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri
dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan
dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang
disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup
separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang
lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang
menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan
intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan
psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang seperti memberi ceramah di dalam
kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran
melalui pembesar suara dan berbual santai dengan murid sewaktu rehat.  Aktiviti ini
berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri
atau kawan-kawan yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas
sepanjang perintah kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka
menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

2.0     Matlamat

           
   Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi
dan mental

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

Bermula 22 Jun 2020 mengikut tentatif program,


                                                                                                                            

4.0       Sasaran

Semua warga SMK Cheras

5.0       Objektif
1)    Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala
awal yang memberi kesan kepada minda skibat pandemic atau krisis yang
berlaku
2)    Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan
intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan
mental dan emosi masing – masing.
3)    Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan
diri masing -  masing
4)    Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak,
sempit dan  sembang dekat melalui penyebaran poster.
5)    Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash),
memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan
amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).

6.0       KPI

 
Output Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang
menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan
tersebut.
Outcome Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh
guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam
kesejahteraan mental dan emosi.

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 
       
Bil Perkara Jumlah Sumber
       

1. Poster Minda Sihat di Laluan Dan Kelas RM 300 PCG Kaunseling


       

2. Dua Bunting Di Hadapan UBK RM 200 PCG Kaunseling


       

3. Pudding jeli ( Sembang Santai) RM 220 Koperasi


       

   
       

Jumlah RM 720.00  

         

8.0     AHLI JAWATANKUASA

 
 
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH

Pengerusi                                 : En. Jamil bin Jamaludin (Pengetua)


Timbalan Pengerusi                 : Pn. Maheran binti Abd Mutalib (PK Petang)

Naib Pengerusi                       : Cik Lee Swee Ching (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi                       : Pn. Salehah binti Ali (PK Kokurikulum)

Setiausaha                               : Pn. Nurhaiza binti Che Mat (Guru Kaunseling


Cemerlang)

Jawatankuasa Kerja  

 
AJK Sebaran Psikososial  : Pn Nurhaiza binti Che Mat Menyediakan video
tutorial pengurusan murid
Video Tutorial Noor Syaheerah Bt Hamdan di sekolah melalui simulasi

Muhammad Bukhari B
Saripuddin

Mursyid Bin Baharom

 
AJK Sebaran Psikososial  : Pn Nurhaiza binti Che Mat Menyediakan poster dan
menampal poster
Poster En Abdull Aziz Bin Arbi psikososial dan Minda
Sihat di Laluan Minda
  Sihat dan setiap kelas
AJK Sebaran Psikososial  : Pn Nurhaiza binti Che Mat Menguruskan
taklimat pengurusan dan
Taklimat Ting 5 Pn Farah Hanum Binti Ramli persiapan psikososial
murid sebelum kembali ke
    sekolah melalui google
meet
AJK Rehat Minda Pn Nurazlina Binti Che Omar Menyediakan
senarai muzik yang akan
  dimainkan sepanjang
murid rehat
AJK Slot Hidupkan Hari Pn Nurhaiza binti Che Mat  Menyediakan skrip
Anda   mengikut tajuk untuk
  dibaca setiap pagi
sebelum memulakan sesi
persekolahan sebagai
persediaan minda dan
emosi
AJK Sembang Santai  Pn Rozinani Binti Awang Menempah puding jeli
untuk setiap  murid yang
Pn Sharihan Bt Shaari akan diedarkan ketika slot
Sembang Santai Bersama
  guru kaunseling pada
waktu rehat murid.

9.0       STRATEGI PERLAKSANAN

9.1       URUS SETIA

           Unit Hal Ehwal Murid

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.2     TENTATIF

            Sebelum 24 Jun 2020 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah

           
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH

 
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga keselamatan
diri sepanjang berada dalam Kawasan sekolah
1)      Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Akan di hantar ke media
Ke Sekolah mengikut SOP pada 21 Jun 2020 sosial sekolah, telegram
rasmi sekolah
  dan whatsapp kelas
tingkatan 5
2)      Menampal poster psikososial untuk sebaran Menampal tempat
pada 23 Jun 2020 agar murid dapat menangani strategik seperti di koridor,
stress dan kebimbangan dengan baik di laluan keluar masuk
sekolah, dan di dalam
setiap kelas

tingkatan 5
 
3)      Taklimat persediaan psikologi kembali ke Melalui meet dengan
sekolah pada 22 Jun 2020 murid tingkatan 5

            24 Jun 2020 : Intervensi Psikososial Minda Sihat    

 
TAJUK PROGRA INTERVENSI PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT
M
TARIKH/HARI 24 JUN 2020 : RABU
OBJEKTIF 1)     MENGENAL PASTI KEPERLUAN MURID MELALUI SENARAI SEMAK
KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

2)     MENYAMPAIKAN PANDUAN MENANGANI TEKANAN MURID


GURU/MASA 8.00 - 8.30 9.00 – 9.30 10.0 10.30 – 11.00 –
8.30 -9.00 9.30 – 0 11.00 11.30
PAGI PAGI PAGI 10.0 -10.3
0 0 PAGI PAGI
PAGI PAGI
NURHAIZA 5 ALPHA 5 BETA 5     5 IBNU 5 IBNU
GAMMA RUSYD/A RUSYD/
  B
ROZINANI 5 IBNU 5 5      5 AR 5 AR
SINA FARABI FARABI / RAZI/A RAZI/B
/A B
NURAZLINA 5 5 5     5  
ALKHA/ ALKHA/ ALBIRU/ ALBIRU/
  A B A B

Rehat : 9.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI

25 – 29 JUN 2020 : Sembang Santai Rehat Minda

TAJUK PROGRAM SEMBANG SANTAI REHAT MINDA


TARIKH/HARI 25 JUN – 29 JUN 2020 :
OBJEKTIF 1)     MENGENAL PASTI MURID YANG MEMERLUKAN BANTUAN MELALUI
SEMBANG SANTAI DAN PEMERHATIAN SEWAKTU MURID REHAT DI
DALAM KELAS

 
GURU/MASA 25 JUN 26 JUN 2020 29 JUN 2020 30 JUN 29 JUN
2020 2020 2020
JUMAAT ISNIN
KHAMIS SELASA RABU
NURHAIZA 5 ALPHA 5 AL 5 IBNU 5 IBNU 5 BIRUNI/A
FARABI/A RUSYD/A RUSYD/B
 
ROZINANI 5 BETA 5 AL 5 AR RAZI/A 5 AR 5 AL
FARABI/B RAZI/B BIRUNI/B
 
NURAZLINA 5 GAMMA         5 5 5 IBNU  
ALKHAWA/ ALKHAWA/B SINA
  A

  24 Jun – 3 Julai 2020 : Hidupkan Hari Anda

TAJUK PROGRAM HIDUPKAN HARI ANDA


TARIKH/ MASA 24 JUN – 3 JULAI 2020 : 7.00 PAGI – 7.20 PAGI
OBJEKTIF 1)   MENYEBARKAN KATA – KATA MOTIVASI DAN POSITIF SEBELUM MEMULAKAN
SESI   PEMBELAJARAN MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK MEMUGAR
EMOSI WARGA SEKOLAH

2)     MEMAINKAN ALUNAN LAGU YANG MENENANGKAN MINDA SEBAGAI SALAH


SATU TEKNIK RELAKSASI

3)     MENDENGARKAN BACAAN SURAH PENDEK UNTUK KEKUATAN JIWA


24 JUN 2020  PANDUAN KEKAL  POSITIF
 
25 JUN 2020 PANDUAN MENYESUAIKAN DIRI NORMA BAHARU

 
26 JUN 2020 MOTIVASI AKTIFKAN DIRI  DENGAN BERMANFAAT

29 JUN 2020 BICARA DIRI YANG POSITIF

30 JUN 2020 PEMIKIRAN RASIONAL HADAPI DUGAAN

1 JULAI 2020 3B PETUA KAWAL KEMARAHAN

2 JULAI 2020 PETUA 5T MENDENGAR

3 JULAI 2020 PANDUAN RAKAN BANTU RAKAN

24 Jun – 3 Julai 2020 : Rehatkan Minda

TAJUK PROGRAM REHATKAN MINDA


TARIKH/ MASA 24 JUN –3 JULAI 2020 : 9.30 PAGI – 9.45 PAGI
OBJEKTIF 1)     Mendengarkan muzik muzik yang memberi kesan kepada ketenangan minda
dan kedamaian sebagai salah satu teknik relaksasi

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 
Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab

 
Vandalism Poster Murid merosakkan Mengingatkan murid setiap Guru bertugas
poster yang ditampal hari oleh guru bertugas dan harian
guru disiplin
Pudding jeli tidak Murid tidak hadir Menyimpan di peti ais Guru kaunseling
dapat diedarkan koperasi sekolah
sepenuhnya

11.0     PENUTUP
Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang
diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga
sekolah.

Disediakan oleh,      Disahkan oleh,

…………………………… ……………………………….                 
(Wan Nor Asnidah Bt Wan Abdullah)  (Normah Bt Seliman)
Guru Kaunseling Guru Besar
 SK Sungai Talam SK Sungai Talam

Anda mungkin juga menyukai