Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM MENTAL HEALTH AWARENESS SEMPENA BULAN KAUNSELING

KEBANGSAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

1. TUJUAN

Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mendapat kelulusan Pengarah KPMBM bagi
melaksanakan Program Mental Health Awareness sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan.

2. LATAR BELAKANG

Isu kesihatan mental dikalangan generasi muda dilihat semakin menular dan amat
membimbangkan semua pihak. Justeru program ini dirangka bagi memberi kesedaran, maklumat
serta Coping Skills yang amat diperlukan oleh para pelajar bagi mengatasi isu kesihatan mental.
Program yang dilaksanakan ini
amat penting kepada para pelajar dalam menghadapi isu-isu kesihatan mental terutama pada saat negara
sedang berhadapan dengan isu Covid-19 yang merubah seluruh norma kehidupan sebelum ini. Program
yang dilaksanakan ini diharap dapat membantu ke arah hidup yang lebih sihat dan sejahtera. Oleh itu,
Unit Kaunseling dan Kerjaya KPMBM telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan program ini
untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar tentang isu kesihatan mental yang dihadapi
agar boleh diatasi sebelum menjadi lebih parah.
3. OBJEKTIF PROGRAM

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:

1. Memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang isu kesihatan mental.


2. Mengenalpasti perkara yang perlu dilakukan apabila mengalami isu kesihatan mental.
3. Memberikan input berkaitan teknik-teknik menghadapi situasi yang menekan dalam
kehidupan seharian.

4. CADANGAN PROGRAM

Program akan dilaksanakan sepanjang bulan Oktober 2021 seperti dalam jadual berikut:

Bil Nama Program Tarikh Platform


1. Majlis Pelancaran Bulan Kaunseling 1 Oktober 2021 Secara atas talian
Kebangsaan peringkat kolej.
2. Ujian DASS secara atas talian kepada semua Sepanjang Bulan Secara atas talian
pelajar Oktober
3. Talk Kesihatan Mental bersama Prof Mohd 13 Oktober 2021 Secara atas talian
Aziz Shah (Kesihatan mental dan aplikasi
Teknik Relaksasi dalam kehidupan)
4. Sharing bersama pesakit mental yang telah 20 Oktober 2021 Secara atas talian
sembuh
5. Pertandingan Quizzi kesihatan mental 1 - 14 Oktober Secara atas talian
6. Pertandingan Tik Tok cara atasi Depression? 2021
7. Bicara Inspirasi – Ustaz Ebit Liew 27 Oktober 2021 Secara atas talian

5. JUSTIFIKASI
Program Mental Health Awareness ini dirangka agar dapat membantu para pelajar yang sedang
berhadapan dengan isu-isu kesihatan mental agar mereka boleh membantu diri sendiri untuk menjadi
individu yang mempunyai minda yang sihat. Ujian DASS yang dilaksanakan kepada para pelajar
secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran awal kepada para pelajar tentang tahap kesihatan
mental mereka. Mereka juga dapat agar mereka menyedari tentang keadaan diri yang mungkin
tertekan dan memerlukan bantuan.
Pandemik Covid-19 memberikan kesan yang sangat besar dalam sistem pembelajaran disemua
peringkat pengajian. Mod pembelajaran secara atas talian sangat memberi kesan kepada para pelajar.
Ramai yang menghadapi tekanan dan kemurungan dalam menyesuaikan diri dengan pembelajaran
norma baru. Justeru kemahiran untuk mengadaptasi keadaan ini atau Coping Skills merupakan satu
perkara penting yang perlu diajar dan dilatih kepada para pelajar agar mereka boleh berhadapan
dengan situasi ini. Teknik atau kemahiran yang betul perlu diamalkan agar para pelajar tidak
mengalami masalah kesihatan mental ini.
Program sahring daripada Mental Illness Survivor juga amat penting buat para pelajar kerana
kebanyakkan dari mereka mempunyai stigma bahawa penyakit mental adalah sesuatu yang sangat
teruk dan dipandang hina oleh masyarakat. Sekaligus menyebabkan mereka mengelak untuk
berbincang tentang isu ini dan lebih parah mereka menolak untuk mendapatkan bantuan dari pakar
Psikataris di hospital. Justeru perkongsian yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak dapat memberikan
pencerahan serta memberikan dorongan kepada pelajar sekiranya agar mereka merujuk masalah
mereka kepada pihak sepatutnya.
Pertandingan Tik Tok dan Quizzi ang dilaksanakan adalah untuk mengukur tahap pengetahuan
para pelajar tentang isu-isu kesihatan mental. Sekaligus, memberikan peluang kepada pelajar untuk
lebih mengkaji dan membuat pembacaan tenteng isu kesihatan mental yang menjadi permasalahan
global masyarakat dunia kini.
Kerjasama yang dilaksanakan bersama pihak penganjuran pelajaran MARA ini amat penting
dalam kita melahirkan para pelajar yang bukan sahaja sihat fizikal semata-mata tetapi juga untuk
melahirkan para pelajar yang sejahtera dari segi minda dan emosi.

6. OUTCOME

1. Pelajar dapat mengenalpasti serta menyedari tentang tahap kesihatan mental mereka.
2. Pelajar dapat mengaplikasi Coping Skills yang tepat ketika berhadapan dengan keadaan yang
menekan.
3. Pelajar dapat menyedari bahawa isu kesihatan mental ini boleh diatasi dan dirawat.
4. Pelajar dapat maklumat serta pengetahuan yang tepat tentang isu kesihatan mental.
7. PERUNTUKAN KEWANGAN

A. Anggaran perbelanjaan untuk kursus ini adalah seperti berikut

Bil Perkara RM / Unit Pax / Unit Jumlah (RM) Sumber


1. Majlis pelancaran
program Mental RM 80 2 unit RM 160.00 ASK
Awareness
- Bunting
2. Pakej ceramah :
Talk Kesihatan Mental
bersama Prof Mohd Aziz 631 pelajar RM 2,000.00
Shah (Kesihatan Mental
dan Aplikasi Teknik
Relaksasi Dalam
Kehidupan)
3. Saguhati kepada Mental RM 300.00
Ilness Survivor
4. Hadiah pertandingan
Quizzi kesihatan mental
- Tempat Pertama RM 100 1 RM 100
- Tempat Kedua RM 75 1 RM 75
- Tempat Ketiga RM 50 1 RM 50
- Saguhati RM 25 3 RM 75
5. Hadiah pertandingan Tik
Tok cara atasi Depression
- Tempat Pertama RM 100 1 RM 100
- Tempat Kedua RM 75 1 RM 75
- Tempat Ketiga RM 50 1 RM 50
- Saguhati RM 25 3 RM 75
6. Pakej Ceramah :
Bicara Inspirasi – Ustaz RM 3,000.00
Ebit Liew
Jumlah Keseluruhan RM 5,760.00
PENUTUP
Oleh itu, permohonan peruntukan penganjuran Program Mental Health Awareness bersempena Bulan
Kaunseling Kebangsaan KPM Bandar Melaka sebanyak RM 5,760.00 (Lima Ribu Tujuh Ratus Enam
Puluh Ringgit Sahaja) adalah diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Pengarah Bahagian
Penganjuran Pelajaran MARA.

Disediakan oleh: Disemak Oleh :

MUHAMMAD ASRUL BIN AJMAIN MUHAMMAD FARID BIN MUSAH


Kaunselor Timbalan Pengarah II
Kolej Profesional Mara Bandar Melaka Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT)

Disokong oleh: Diluluskan Oleh :

DR AMERULL BIN SUKAMAT FARIZAH NOOR BIN AHMAD


Pengarah Pengarah
Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

Anda mungkin juga menyukai