Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Malaysia memang serius di dalam menangani masalah dadah.


Pendekatan dan strategi baru di dalam memerangi masalah
dadah akan menekankan pengurangan permintaan untuk
dadah [demand reduction]. Untuk melaksanakan program
melalui pendekatan dan strategi baru ini kerajaan telah
mewujudkan Majlis Dadah Kebangsaan dan Agensi Dadah
Kebangsaan yang bertanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan model-model pencegahan serta rawatan dan
pemulihan dadah.

Masalah dadah perlu dibanteras supaya kehidupan dan


masa depan anak-anak kita terpelihara. Program pencegahan
hendaklah dijadikan program utama dan merupakan usaha
berterusan yang berpanjangan. Penerapan pendidikan dadah
dalam kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah-sekolah perlu
diberi perhatian serius supaya pelajar-pelajar diberi
pengetahuan dan kemahiran untuk menolak dadah. Adalah
menjadi harapan semua lapisan masyarakat supaya
semua agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan
pihak swasta mengambil tindakan bersama bagi menengani
masalah dadah. Kerjasama erat terutamanya di antara
Kementerian Pendidikan dan Agensi Dadah Kebangsaan
adalah sangat diperlukan bagi merealisasikan
wawasan sekolah tanpa dadah.
JENTERA PENTADBIRAN DADAH

Usaha awal kerajaan bagi menghadapi masalah dadah adalah


melalui tindakan undang-undang dengan menggunakan Akta
Dadah Berbahaya 1952. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
undang-undang ini dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan
berkenaan secara berasingan. Usaha-usaha untuk
menyelaraskan penguatkuasaan undang-undang ini hanya
mula dibuat pada tahun 1972, apabila Pusat Biro Narkotik
bertanggungjawab mengawal dan mengawasi masalah dadah
dalam bidang penguatkuasaan, pencegahan, penyelarasan
dan penyelidikan. Biro ini dibubarkan dan diganti dengan
Urusetia Dadah pada Ogos 1979 dan pada 1983 diganti oleh
Pasukan Petugas Anti Dadah. Tugas penguatkuasaan Biro
diambil alih oleh Cawangan Anti Dadah, Polis DiRaja Malaysia.
Pasukan Petugas Anti Dadah akhirnya dimasukkan ke
Kementerian Dalam Negeri 1995. Agensi Dadah Kebangsaan
diwujudkan pada 1996 setelah kerajaan bersetuju terhadap
hasil percantuman Pasukan Petugas Anti Dadah dan Bahagian
Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kementerian Dalam Negeri.

Setelah organisasi di atas, negara juga mempunyai


jawatankuasa khusus seperti penubuhan jawatankuasa Kabinet
Mengenai Dadah pada tahun 1975. Jawatankuasa ini yang
dipengerusikan oleh Y.A.B Timbalan Perdana Menteri
bertanggungjawab untuk menyemak dan menetapkan satu
dasar mengenai penggunaan, pencegahan dan pembasmian
dadah. Di samping itu, Unit Bertindak Eksekutif yang
dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri juga telah
ditubuhkan dalam tahun 1978. Unit ini bertanggungjawab
kepada jawatankuasa Kabinet Mengenai Dadah, untuk
menyelaras pelaksanaan segala keputusan / perakuan
mengenai masalah dadah sebagai satu ancaman kepada
keselamatan negara pada 22 Jun 1983. Kerajaan telah
mewujudkan Jawatankuasa Anti Dadah Kebangsaan dan
diletak di bawah Majlis Keselamatan Negara. Pada 7 Februari
1996, kerajaan telah bersetuju menubuhkan Majlis Dadah
Kebangsaan menggantikan Jawatankuasa Anti Dadah untuk
mencegah dan mengawal masalah dadah di negara.

KEDUDUKAN MASALAH DADAH NEGARA

Masalah dadah masih lagi merupakan masalah keselamatan


negara khususnya yang berkaitan dengan penagihan dan
pengedaran dadah. Pengesanan penagihan serta tangkapan
pengedar masih lagi belum reda malah makin bertambah.
Beberapa jenis dadah yang dulunya masyhur di negara barat
mula mengancam beberapa negeri dan telah ditagih. Dadah ini
telah lama dikenal pasti tetapi dikurangkan publisitinya untuk
memberi kesan kepada program pencegahan. Ini termasuk pil
ecstasy dan syabu. Rampasan kokain pula mula dilaporkan
pada tahun 1996 walaupun penagihannya belum dikenal pasti.
MAJLIS DADAH KEBANGSAAN

Majlis Dadah Kebangsaan merupakan tonggak kepada usaha-


usaha pencegahan dan pengawalan masalah dadah negara
masa kini. Majlis ini dipengerusikan oleh Y.A.B Menteri Dalam
Negeri dan Timbalan Menteri Dalam Negeri sebagai Timbalan
Pengerusi. Setiausahanya ialah Ketua Pengarah Agensi Dadah
Kebangsaan. Majlis Dadah Kebangsaan bermesyuarat bagi kali
pertama pada bulan Jun 1996 dengan dipengerusikan oleh
Y.A.B Menteri Dalam Negeri.

Fungsi dan peranan Majlis Dadah Kebangsaan ialah seperti


berikut:-
(a) Menggubal dan menentukan pelaksanaan dasar
Negara berhubung dengan pencegahan,
penguatkuasaan, pemulihan dan kerjasama
antarabangsa.
(b) Memantau semua aktiviti dan rancangan yang
berkaitan dengan pengawalan dan pencegahan dadah.
(c) Menyelaras semua aktiviti agensi kerajaan dan bukan
kerajaan dalam usaha pengawalan dan pencegahan
dadah.
AGENSI DADAH KEBANGSAAN

Kerajaan telah meluluskan penubuhan Agensi Dadah


Kebangsaan yang bertanggungjawab sebagai Urusetia kepada
Majlis Dadah Kebangsaan dan bertanggungjawab kepada
semua aspek tindakan anti dadah. Misi Agensi Dadah
Kebangsaan ialah untuk memerangi ancaman dadah bagi
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas dadah.

Bidang Tugas

Bidang tugas Agensi Dadah Kebangsaan adalah seperti


berikut:-
-Melaksanakan program pencegahan;
-Melaksanakan program rawatan dan pemulihan
-Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai
keberkesanan program anti dadah negara.
-Memberi khidmat Urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan

Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat negeri


dan daerah. Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan Negeri
adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah, Agensi
Dadah Kebangsaan manakala Pegawai Agensi Dadah
Kebangsaan Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah
Agensi Dadah Kebangsaan Negeri.
Kewujudan Agensi Dadah Kebangsaan ini merupakan satu
alternatif negara bagi mengatasi masalah dadah. Pejabat ini
diketuai oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh
seorang Timbalan Ketua Pengarah. Agensi Dadah
Kebangsaan mempunyai 3 bahagian utama iaitu:-
i )Bahagian Pencegahan,Perancangan dan Penyelidikan
ii )Bahagian Rawatan dan Pemulihan
iii)Bahagian Pengurusan

Bahagian Pencegahan,Perancangan dan Penyelidikan

Ini merupakan bahagian baru yang diwujudkan dan akan


menumpukan kepada program pencegahan. Bahagian ini
bertanggungjawab untuk mendukung objektif Agensi Dadah
Kebangsaan untuk mencegah seseorang daripada terlibat
dengan dadah.

Bahagian ini mempunyai empat unit iaitu:

Urusetia

Ini merupakan unit baru yang diwujudkan dan akan memberi


khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan. Unit ini
bertanggungjawab untuk melatih kakitangan Agensi Dadah
Kebangsaan. Bagi memberi kesinambungan akan usaha
Malaysia di peringkat antarabangsa, unit ini bertanggungjawab
memastikan semua agensi pelaksana mangambil tindakan
akan keputusan Majlis Dadah Kebangsaan.

Pencegahan Awal

Bidang Pencegahan Awal akan ditugaskan dengan program


utama iaitu menerapkan pendidikan dadah dalam kurikulum di
sekolah-sekolah. Langkah pertama yang perlu diambil ialah
merealisasikan kurikulum dadah dengan mengadakan mata
pelajaran mengenai dadah. Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga
akan dipertingkatkan di semua sekolah bertujuan untuk
mewujudkan aktiviti alternatif yang sihat kepada pelajar-pelajar.
Selain itu, liputan program yang kini tertumpu di sekolah
menengah perlu diperluaskan ke sekolah rendah dan institusi
pengajian tinggi.

Pencegahan Umum

Bidang ini menumpukan perhatian terhadap usaha pencegahan


di kalangan masyarakat umum di tempat kerja. Kempen dan
penerangan yang agresif kepada orang ramai di pelbagai
peringkat dijangka akan membawa kesedaran yang tinggi di
kalangan masyarakat tentang bahaya dan ancaman dadah
serta peranan yang boleh mereka mainkan dalam pencegahan
dadah. Walau bagaimanapun, penglibatan secara individu atau
melalui kumpulan-kumpulan masyarakat, persatuan-persatuan
atau pertubuhan-pertubuhan sukarela dan kebajikan secara
tetap dan komited perlu digalakkan.

Perancangan dan Penyelidikan

Unit ini dahulunya dikenali sebagai Sistem Maklumat. Unit ini


akan mengekalkan statusnya sebagai pengumpul maklumat
dadah dan memelihara kewujudan Sistem Maklumat Dadah
Kebangsaan (National Drug Information System-NADI).
Peningkatan teknologi seperti sistem NADI telah berupaya
untuk memberi petunjuk sebenar masalah dadah. Dalam
bidnag perancangan, unit ini bertanggungjawab memastikan
perancangan dan pelaksanaan dasar dan strategi anti dadah
negara berjalan seiring serta akan mencapai matlamatnya.
Selain daripada membuat penyelidikan dan penilaian serta
memimpin projek penyelidikan institusi pengajian tinggi, unit ini
juga akan memastikan projek penyelidikan Agensi Dadah
Kebangsaan adalah selaras dengan kehendak semasa.

Bahagian Rawatan dan Pemulihan

Bahagian ini bertanggungjawab untuk merawat dan


memulihkan penagih dadah serta mencegah penagihan
semula. Terdapat 3 unit dalam bahagian ini.

Perkhidmatan Luar
Faktor utama yang dikenal pasti menyebabkan penagihan
semula yang tinggi ialah ketiadaan satu sistem jagaan lanjutan
(aftercare) jangka panjang yang komprehensif dan tersusun
bagi menampung bekas penagih yang telah menamatkan
program pemulihan di pusat serenti. Masalah ketiadaan sistem
sokongan juga dialami oleh banduan dadah yang bebas dari
penjara. Ramai bekas banduan / penagih ini terjerumus
kembali kepada kegiatan penagihan dan akhirnya memasuki
pusat serenti atau penjara semata-mata kerana tidak
memperoleh khidmat jagaan lanjut yang sempurna. Unit ini
akan menggaris semula tugasnya bersama dengan Polis
DiRaja Malaysia untuk membuat program seliaan kepada
penagih selama 2 tahun.

Perkhidmatan Pemulihan

Walaupun telah ramai penagih yang menjalani rawatan dan


pemulihan di pusat serenti dan di bawah program pengawasan,
namun peratus penagihan semula adalah tinggi. Unit ini akan
menumpukan sepenuh perhatian kepada program kaunseling
di semua peringkat pemulihan. Adalah diharapkan dengan
penumpuan kepada aspek kaunseling ini sumbangannya
kepada semua peringkat program pemulihan akan
mengurangkan penagihan semula.

Perkhidmatan Institusi
Masalah kekurangan kakitangan akan cuba diatasi secara
berperingkat, sama ada dalam program pemulihan institusi
atau di luar institusi. Memandangkan kadar penagihan semula
adalah tinggi, penumpuan akan diberikan terhadap kaedah-
kaedah baru yang mungkin dapat meningkatkan keberkesanan
program pemulihan seperti pengklasifikasian penagih dan
mempelbagaikan kaedah rawatan. Selain itu, penglibatan
badan-badan bukan kerajaan dalam memberi
sokongan aftercare kepada bekas penagih yang tamat program
di institusi juga perlu ditingkatkan.

Bahagian Pengurusan

Tugas utama bahagian ini ialah memastikan pembangunan


pusat-pusat serenti berjalan mengikut jadual.

Agensi Dadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat negeri


dan daerah. Pengerusi Agensi Dadah Kebangsaan Negeri
adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah Agensi
Dadah Kebangsaan manakala Pegawai Agensi Dadah
Kebangsaan Daerah dan Komandan Pusat Serenti adalah
bertanggungjawab kepada Pengarah Agensi Dadah
Kebangsaan Negeri.
AGENSI-AGENSI LAIN YANG TERLIBAT DALAM
TINDAKAN ANTI DADAH

Kementerian / Jabatan / Agensi Bidang

Peguam Perundangan

Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Penguatkuasaan Undang-


Kastam dan Eksais Diraja, undang dan Risikan
Kementerian Kesihatan, Unit
Pencegahan Penyeludupan

Jabatan Penjara Malaysia Rawatan dan Pemulihan


banduan dadah

Kementerian Kesihatan Penentuan penagih dadah dan


Kemudahan Rawatan
(detoksifikasi)

Kementerian Belia dan Sukan,


Jabatan Agama Islam Negeri,
Bahagian Keselamatan Negara,
Bahagian Hal Ehwal Islam dan Pencegahan
Biro Tatanegara, Jabatan
Perdana Menteri Ikatan
Relawan Rakyat (RELA),
Jabatan Perpaduan Negara,
Pejabat-pejabat Daerah.

Kementerian Pendidikan Pendidikan Pencegahan

Kementerian Penerangan Penerangan dan Pencegahan


Umum

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemudahan Latihan


Rundingcara dan Pencegahan
Umum

Bahagian Penyelidikan, Kerjasama Antarabangsa


Jabatan Perdana Menteri,
Kementerian Luar

Universiti dan Institusi Penyelidikan dan kajian-kajian


Penyelidikan yang lain mengenai dadah

Pertubuhan / Badan-badan Pencegahan dan Pemulihan


bukan kerajaan termasuk
PEMADAM dan lain-lain badan
sukarela seperti PENGASIH
dan Inabah

Anda mungkin juga menyukai