Anda di halaman 1dari 6

NOTA REVISI KDC 2213

TEORI PSIKOANALITIK/PSIKOANALISIS

Minda Sedar:

Merujuk kepada apa yang disedari pada masa tertentu. Melibatkan persepsi masa kini,
kenangan, pemikiran, fantasi dan perkara lain yang disedari.

Minda Tidak Sedar:

Merupakan sumber motivasi dan semua keinginan manusia. Tempat tersimpan naluri,
rangsangan, kenangan buruk serta emosi berkaitan trauma yang cuba dipendam.

Id:

Wujud sejak lahir dan berfungsi berdasarkan prinsip keseronokan. Memaksimumkan


kepuasan atau keseronokan dan mengurangkan atau mengelakkan kesakitan kepada
individu.

Ego:

Berkembang melalui persekitaran dan mewakili bahagian pemikiran rasional. Mengawal,


mengarah dan menyelia personaliti individu menggunakan pemikiran logik dan prinsip
reality.

Superego:

Dipelajari melalui asuhan atau bimbingan semenjak kecil dan berfungsi berdasarkan prinsip
moral. Mementingkan kesempurnaan dan mewakili keinginan ideal bukan keinginan
sebenar.

TEORI ADLERIAN

Pembentukan Logik Peribadi:

Merujuk kepada corak pemikiran, perasaan dan sikap yang akan membimbing individu
untuk memahami, menjangkakan serta menguruskan pengalaman dan tingkah laku.

Contoh: Individu yang mengalami kompleks inferior akan menganggap semua orang
memandang rendah padanya, menjangkakan bahawa dirinya gagal dalam melaksanakan
tugas, sering mengalami kebimbangan, dan hal tersebut akan mempengaruhi tingkah
lakunya.
Konsep Minat Sosial:

Merujuk kepada minat individu untuk berhubung dan bergaul dengan masyarakat serta
dunia luar – individu akan bersedia untuk bekerjasama, saling membantu, berhubung
dengan orang lain dan bertolak ansur.

Minat sosial yang tinggi akan membawa kepada kesihatan mental yang baik – individu akan
bergerak ke arah kehidupan yang lebih sihat dan berfaedah serta tidak akan mensia-siakan
kehidupannya.

Berkait rapat dengan perasaan rendah diri – individu akan merasakan kehadirannya
bermakna dalam masyarakat melalui interaksi, pergaulan dan kerjasama yang akan
memencilkan dan mengatasi rasa kekurangan pada diri.

Ketentuan Yang Diada-Adakan:

Sesuatu yang diidamkan oleh individu melalui idea-idea yang berbentuk fiksyen – idea-idea
yang sebenarnya tidak wujud tetapi merupakan matlamat pokok yang menggerakkan
tingkah lakunya.

Mempengaruhi individu kerana tingkah lakunya adalah untuk matlamat masa depan –
fiksyen terakhir yang dibentuk oleh individu yang mungkin tidak tercapai tetapi tetap
membimbing tingkah lakunya.

Konsep Inferioriti Ke Superioriti:

Setiap individu dilahirkan dengan perasaan diri dan kurang upaya berbanding orang
sekeliling – perasaan rendah diri mendorong usaha untuk mengatasi dan menuju ke arah
yang lebih sempurna.

Setiap individu dari masa ke masa membandingkan keadaan diri dengan orang lain –
individu akan terdorong untuk menjadi lebih cekap dan berdaya untuk melakukan apa yang
dilakukan oleh orang lain.

Perasaan rendah diri tidak dianggap negatif kerana dengannya tergerak usaha untuk berjaya
– matlamat kejayaan menggerakkan individu ke hadapan untuk mengatasi segala halangan
dan cabaran.

TEORI KEWUJUDAN

Prinsip Logoterapi:

Penderitaan yang dialami oleh manusia boleh ditukar kepada pencapaian bergantung
kepada cara berhadapan dengan penderitaan tersebut – mencari makna dalam kehidupan
adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan penuh komitmen dan berterusan.
Sesuatu yang memberi makna pada hari ini mungkin tidak bermakna esok hari dan apa yang
bermakna esok hari mungkin tidak bermakna hari ini – pencarian pengertian adalah proses
yang berterusan dalam kewujudan.

Konsep Kebebasan Dan Tanggungjawab:

Manusia bebas membuat pilihan daripada pelbagai alternatif yang ada untuk membentuk
hidup mereka – kebebasan bermakna manusia bertanggungjawab terhadap kehidupan,
tindakan dan kegagalan mengambil tindakan.

Meletakkan tanggungjawab membuat pilihan untuk diri kepada orang lain adalah satu
kesilapan – manusia layak membuat keputusan untuk diri mereka walaupun keputusan
tersebut mungkin menimbulkan kebimbangan kepada diri mereka.

Kebebasan dan tanggungjawab tidak boleh dipisahkan – sikap tanggungjawab adalah syarat
kepada perubahan.

Teknik de-reflection:

Proses membantu klien supaya tidak terlalu memikirkan dirinya dan menumpukan
perhatian kepada pengertian hidup yang lebih bermakna – bertujuan membantu klien
mengubah tingkah laku berlebihan dan keterlaluan dalam sesuatu perkara kepada sesuatu
yang lebih positif.

Klien diharap akan dapat mempelajari pengertian hidupnya daripada terus membiarkan diri
terperangkap dalam kebimbangan yang berlebihan – kaunselor boleh membuat interpretasi
terhadap pengalaman yang dilalui klien atau mengambil contoh daripada pengalaman
bermakna yang dilalui oleh orang lain.

Maksud Terma being in the world:

Merujuk kepada kebolehan untuk berfikir dan membuat refleksi ke atas sesuatu kejadian
dan memberi pengertian terhadap kejadian tersebut.

Menekankan kepentingan pemahaman kaunselor terhadap dunia objektif dan subjektif


klien.

Merangkumi tiga keadaan iaitu dunia fizikal, dunia interpersonal dan dunia personal
(psikologi).

Kaunselor perlu meneroka interaksi antara tiga dunia tersebut kerana ketiga-tiga dunia
memerlukan perhatian.

Perhatian pada salah satu dunia dan pengabaian terhadap yang lain menyebabkan
ketidakseimbangan.

Kaunselor membantu klien membuat hubung kait antara tiga dunia tersebut supaya klien
dapat memahami diri secara holistik.
INTEGRASI AGAMA DAN SPIRITUAL

Pengertian Agama Dan Spiritual:

Spiritual;

Satu set nilai yang bersifat dalaman dan sempurna yang berkaitan dengan kejadian yang
lain. Dikaitkan dengan pencarian makna, tujuan dan nilai dalam sebuah kehidupan.

Agama;

Satu set kepercayaan yang tersusun yang terdiri daripada nilai moral dan melibatkan
kepercayaan terhadap Tuhan serta penglibatan dalam sesuatu kumpulan. Cenderung untuk
dinyatakan dalam bentuk mazhab, luaran, kognitif, tingkah laku, ritual, dan dizahirkan dalam
bentuk spiritual.

Punca Ketiadaan Integrasi Antara Kaunseling Dengan Agama Dan Spiritual:

Kekurangan kompetensi kaunselor – Kepakaran yang terhad kepada ilmu psikologi dan
kaunseling tidak dapat memenuhi keperluan memahami isu-isu berkaitan agama dan
spiritual klien.

Pengalaman peribadi kaunselor – Isu-isu peribadi kaunselor yang tidak selesai yang
berkaitan dengan agama menyebabkan kaunselor mengelakkan berurusan dengan isu-isu
berkaitan agama dan spiritual.

Salah anggap terhadap kedua-dua bidang – anggapan bahawa ceramah dan nasihat ilmuan
agama sebagai kaunseling, dan kaunseling dengan agama tidak boleh disatukan.

Pengertian Doa:

Salah satu aspek bersifat sejagat dalam setiap agama di dunia tanpa mengira dogma, doktrin
atau mazhab.

Merupakan pemikiran, sikap dan tindakan untuk mencapai hubungan suci dengan Tuhan.

Mekanisme bagi menangani bebanan akibat permasalahan berkaitan kehidupan.

Upacara seperti sembahyang, meditasi dan berdoa membantu mengurangkan tekanan


perasaan.

Tiga Punca Masalah Yang Berkaitan Dengan Agama Dan Rohani:

Pematuhan kepada kepercayaan tanpa bimbingan – menganggap diri tidak diterima dan
tidak disayangi Tuhan apabila menerima ujian berterusan dalam kehidupan.

Pelaksanaan aktiviti keagamaan dan kerohanian untuk mendapat ketenteraman –


menyalahkan kepercayaan terhadap agama apabila matlamat tidak kesampaian.
Penyampaian tidak sempurna oleh pakar agama – penyampaian yang silap membawa
kepada kesalahfahaman yang mendorong individu menjauhkan diri dari agama.

PENDEKATAN INTEGRATIF

Maksud Integratif Tanpa Teori Dan Implikasinya Kepada Sesi Kaunseling:

Integratif Tanpa Teori bermaksud pendekatan yang tidak berlandaskan mana-mana teori.
Kaunselor menggunakan justifikasi sendiri dalam memberi kaunseling.

Implikasinya ialah kaunselor mungkin mengelirukan klien kerana memberi kaunseling tanpa
panduan. Klien akan melihat kaunselor sebagai tidak cekap kerana tidak berpasak kepada
mana-mana asas.

Faktor Yang Mendorong Penggunaan Dan Perkembangan Pendekatan Integratif:

Kepelbagaian budaya klien - kaunselor yang kebanyakannya dilatih dengan pendekatan


Barat mungkin merasakan ketidaksesuaian pendekatan tersebut terhadap klien tempatan.

Kekurangan sesuatu teori - kekurangan atau tidak terdapat teori yang bersesuaian dengan
semua klien.

Perkembangan penyelidikan - kaunselor menilai sejauh mana kesesuaian sesuatu


pendekatan dalam menangani sesuatu permasalahan, maka pendekatan integratif dianggap
selamat dan sebagai satu alternatif.

Pandangan Terapi Multi Modal (TMM) Terhadap Sifat Semula Jadi Manusia:

Personaliti manusia terbentuk hasil gabungan ciri-ciri genetik, persekitaran fizikal dan
sejarah pembelajaran sosial – manusia tidak bertindak balas kepada persekitaran sebenar,
sebaliknya kepada persekitaran berdasarkan tanggapan mereka.

Setiap individu adalah sama rata tanpa mengira status sosial atau peranannya dalam
kehidupan – individu yang memiliki kelebihan dalam aspek tertentu tidak dianggap unggul
kerana setiap individu memiliki kelebihan masing-masing.

Tahap Proses Perkembangan Kognitif Yang Dikenal Pasti Oleh Development Counseling
Therapy (DCT):

Sensorimotor – individu memfokuskan tindakan dan perasaan masa kini serta input sensori
keadaan sekeliling. Emosi lebih membayangi pemikiran atau bercelaru.

Konkrit – individu lebih bersifat objektif, berupaya menerangkan pengalaman dan emosi
dengan jelas, tetapi sukar membuat refleksi mengaitkan tindak balas emosi dengan
pengalaman yang dilalui.
Formal – individu bersifat analitikal, memikirkan pemikiran, perasaan dan tingkah laku serta
berupaya melihat secara abstrak atau objektif tetapi sukar merasai dan menghayati
perasaan masa kini.

Dialektik/Sistemik – individu memahami sesuatu di peringkat metakognitif, boleh membuat


refleksi terhadap refleksi tetapi sukar memproses perasaan secara langsung kerana
terperangkap dalam proses intelektual.

Anda mungkin juga menyukai