Anda di halaman 1dari 21

KESALAHAN

JUVANA
Juvenile's crime
Pengenalan
• Juvana / juvénil (juvenile) merujuk kepada anak
muda yang belum matang (mentah), budak-budak.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]
• Jenayah juvana merujuk kepada perlakuan jenayah
atau anti-sosial golongan remaja yang bertindak
menyalahi undang-undang dan enggan
menjalankan kewajipan sosial mereka.
• Isu sosial yang penting kerana golongan ini
berpotensi untuk melakukan jenayah berat (feloni)
dan mengganggu hak asasi manusia namun masih
belum boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
Jenis Jenayah
• Gengsterisme; agresif terhadap manusia.
• Vandalisme; perbuatan membinasakan atau
merosakkan harta benda awam atau persendirian.
[Kamus Dewan Edisi Keempat]
• Menipu dan mencuri walaupun berasal dari
golongan berada; bangga dapat melibatkan diri dan
menunjukkan keberanian.
• Menghisap dadah, merokok, mengambil pil khayal,
lepak, lari rumah, berkhalwat, dan lain-lain.
Faktor
• Kekurangan didikan agama
Tidak dapat membezakan perbuatan yang halal
dengan yang haram, mudah hilang pedoman apabila
menghadapi masalah dan tekanan, penglibatan dalam
jenayah dapat menjadi penyelesaian kepada bebanan
jiwa yang dihadapi.
• Kekurangan kasih sayang
Jenayah sengaja dilakukan untuk menarik tumpuan
dan perhatian perhatian ibu bapa dan mereka yang
tersayang.
• Pengaruh rakan sebaya
Pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami
masalah keluarga mudah dipengaruhi, kecenderungan
untuk melepak di tempat tertentu seperti pasar raya
selepas waktu persekolahan, keakraban hubungan
menyebabkan kesanggupan untuk melakukan apa sahaja
yang diminta.
• Pengaruh media massa
Artikel dan rancangan yang kurang bermutu yang
bertentangan dengan agama dan budaya, menonjolkan
ciri-ciri keganasan yang sesuai dengan jiwa remaja yang
kuat memberontak, mempengaruhi naluri yang sentiasa
ingin mencuba sesuatu yang baru.
Ciri-Ciri Salah Laku Juvana
• Ingkar dan melawan terhadap orang awam atau
pihak berkuasa
• Mudah tersinggung, marah, kecewa dan resah
• Mempunyai perwatakan yang ganas / agresif dan
suka bermusuhan
• Kurang kemahiran menyelesaikan masalah dan
lemah pencapaian akademik
• Mempunyai hubungan sosial yang lemah dan
kurang akur kepada kemahuan masyarakat
• Datang daripada keluarga yang mempunyai
tekanan yang tinggi atau mengalami kepincangan,
penyalahgunaan dadah, kurang disiplin dan
mempunyai sejarah penyakit mental
• Kurang perasaan empati dan suka mendesak
• Suka ponteng sekolah dan cenderung untuk
melarikan diri dari rumah
Kesan-Kesan Terhadap
Diri Remaja
• Lebih terdedah untuk melakukan keganasan
• Kerap terlibat dengan kesalahan undang-undang
dan pihak berkuasa
• Disisihkan masyarakat
• Digantung sekolah
• Perilaku berisiko
• Ke arah masalah kesihatan mental
Kesan-Kesan Terhadap
Masyarakat
• Kekurangan / kehilangan pewaris negara yang
berkaliber
• Kerugian harta benda
• Kerosakan hubungan silaturahim
• Kerugian nyawa
• Kerugian masa
Pencegahan
• Mengenal pasti dan mengurangkan ciri-ciri individu
yang menyumbang kepada salah laku juvana
• Mengenal pasti dan mengurangkan faktor keluarga
dalam menyumbangkan kepada salah laku juvana
• Meningkatkan tanggungjawab untuk lebih
berdisiplin, mengamalkan tingkah laku yang
bersesuaian dan pro-sosial
• Kurangkan sikap bermusuhan dan impulsif
• Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah
dan kemahiran sosial
• Kaunseling
• Menggalakkan sikap yang positif terhadap keluarga,
rakan-rakan dan masyarakat
• Latihan kemahiran keibubapaan dalam pengurusan
remaja
• Sokongan ibu bapa dan sosial
• Ubatan hanya diberikan sekiranya kanak-kanak
menghidap penyakit psikiatri atau masalah
kesihatan yang lain
• Latihan tingkah laku:
Kemahiran menyelesaikan masalah
Kemahiran menguruskan kemarahan
Akta Mahkamah
Juvana 1947
(Akta 90)
Ketetapan Akta
• Menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana
dan orang muda yang didapati bersalah di bawah
undang-undang.
• Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan
dan perlindungan.
• Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati
bersalah untuk mengikuti rancangan pemulihan di
Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
• Memberi kesedaran kepada ibu bapa atau penjaga dan
menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan
pemulihan anak-anak yang berkenaan.
Takrifan Kanak-Kanak
• Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan
berada di bawah usia 18 tahun.
• Hukuman yang boleh dibuat oleh Mahkamah
Juvana di bawah Seksyen 12(1).
Buang Kes
• Membebaskan juvana selepas beliau
menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
• Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara
atau penjaga yang sesuai.
• Memerintahkan ibu bapa juvana menandatangani
bon untuk menentukan jagaan dan didikan yang
baik terhadapnya.
• Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan
juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara
satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan
juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di
Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika
beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah
undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan.
Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan
kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang
mana tempoh masanya tidak melebihi tiga tahun; atau
kemasukan ke dalam Asrama Akhlak selama setahun.
Ibu bapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar
nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang
berkenaan.
• Memerintahkan juvana dimasukkan ke dalam
Sekolah Henry Gurney.
• Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi
atau kos.
• Sekiranya pesalah itu seorang yang muda dan
kesalahannya sesuai bagi beliau untuk
dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh
menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman
yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen,
ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Peranan Pegawai
Kebajikan Masyarakat
• Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai
Akhlak.
• Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk
mahkamah dan menghadiri mahkamah.
• Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah
Akhlak yang telah dibebaskan di bawah lesen dan yang
ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
• Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah
jagaannya.
• Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi
kerjasama untuk menentukan kejayaan terhadap
pemulihan juvana.
Glosari / Lampiran
• Sekolah / Asrama Akhlak adalah institusi yang
ditubuhkan dibawah Seksyen 61(1) Akta Kanak-
Kanak 2001 yang menempatkan kes-kes reman
dan pemulihan bagi kanak-kanak yang terlibat
dengan jenayah dan kanak-kanak yang tidak
terkawal. [JKM]
• Arahan Percubaan (Probation Order) merujuk
kepada arahan mahkamah untuk melakukan atau
tidak melakukan sesuatu perkara dalam tempoh
tertentu.
Sekolah Henry Gurney
• Dasar Am Sekolah Henry Gurney pada awal
penubuhannya adalah berdasarkan (Borstal Institution –
England) 1900 iaitu untuk membentuk sikap keperibadian
dan sikap bertanggungjawab penghuni-penghuni ke arah
kesempurnaan kehidupan bermasyarakat yang sejahtera
dan produktif kepada negara.
• Mottonya ialah RESURGAM yang bermaksud We Shall
Rise Again. Manakala logo Sekolah Henry Gurney
(Wanita) ialah burung helang yang terbang dari api yang
sedang marak. Ini bermaksud penghuni sedia untuk
menerima pemulihan di sini dan menuju ke tempat yang
lebih baik sebagai rakyat yang berguna kepada agama,
bangsa dan negara. [Jabatan Penjara Malaysia]

Anda mungkin juga menyukai