Anda di halaman 1dari 20

ISU FIZIKAL REMAJA

MAKSUD BULI
• Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah
dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan
masing-masing.
• Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud
tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau
psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas
mangsa dan bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa,
aman, tenteram dan harmoni.
• Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan
perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain
boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak
selesaan kepada orang lain.
CIRI PEMBULI
• Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu
tingkatan empat, lima, dan enam.
• Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
• Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia
mereka adalah sebaya.
• Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan
bosan di sekolah.
• Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan
mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
CIRI DIBULI
• Bertubuh kecil.
• Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan
menjadi sasaran.
• Pelajar baru di sekolah.
KENAPAKAH MEREKA SERING MEMBULI

• Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling


kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
• Individu yang membuli ini mungkin ingin
memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
• Mereka pernah menjadi mangsa buli.
• Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran,
nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
• Akibat perceraian ibu bapa.
• Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
• Sekadar mahu berseronok.
• Mereka bosan dengan sekolah dan membuli
pelajar lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan.
• Marah dan benci pada mangsa atas sebab
disayangi guru atau sebab-sebab yang
tertentu
• Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
JENIS-JENIS BULI
• Buli fizikal
 Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar,
menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak
terajang hingga menyebabkan kecederaan.
 Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
• BULI MENTAL
 Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau
nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan
bahan ejekan pelajar senior yang membuli.
 Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian
media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.
KESAN BULI
• Pembuli
Kesan luaran
 Apabila dewasa kelak, kemungkinan besar
akan menjadi penjenayah.
 Bertindak agresif apabila dewasa seperti
merogol, merompak, atau menjadi seorang
pendera terhadap isteri.
• Dibuli
Kesan luaran
 Mereka akan membalas dendam kepada orang lain.
Tujuannya untuk mengembalikan harga diri yang hilang
akibat dibuli.
 Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga
kematian.
Kesan dalaman
 Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa
sahaja, sanggup melakukan sesuatu demi membahagiakan
orang lain, tidak mahu ke sekolah, dan sebagainya.
Sehinggakan ada yang sanggup mencederakan diri sendiri
kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
TINDAKAN JIKA BERLAKU BULI
TAHAP SEKOLAH
• Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah
adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli.
• Perbincangan tentang buli hendaklah
dimasukkan dalam agenda mesyuarat Persatuan
Ibu Bapa dan Guru(PIBG) sekolah.
• Penggunaan kamera litar tertutup(CCTV) di
sekolah-sekolah secara tidak langsung dapat
mengekang kejadian gengster.
TAHAP KELAS
• perlu diwujudkan satu peraturan kelas berkaitan dengan
toleransi sifar tentang buli. Peraturan tersebut msetilah
menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan
sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan
hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor
melakukannya.
• setiap pelajar hendaklah diberikan senarai peraturan
berkenaan tingkah laku buli dan hendaklah
menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan
disimpan dalam fail pelajar.
• Selain itu, guru-guru juga hendaklah membincangkan
tentang isu buli dari semasa ke semasa.
Tahap individu
• Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah
mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah
tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa,
tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.
• guru kaunseling juga bolehlah mengadakan sesi
yang memainkan peranan terhadap tingkah laku
empati(daya menyelami dan memahami perasaan
dan emosi orang lain) atau tidak agresif dengan
pembuli. Latihan pemulihan pula perlu diadakan
dengan mangsa.
PENDERAAN
• Penderaan kanak-kanak bermaksud dera
ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan
kepada golongan kanak-kanak. Biasanya
ditakrifkan kepada mereka yang berusia
kurang daripada 18 tahun.
PUNCA PENDERAAN
• Ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi
tekanan di tempat kerja.
• Masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah
keluarga itu.
• Krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan
antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan
pihak luar.
• Kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa.
• Penderaan boleh berlaku jika seseorang itu kekurangan
nilai.
JENIS-JENIS PENDERAAN
• Penderaan fizikal
• Penderaan mental
• Penderaan seksual
PENDERAAN FIZIKAL
• merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan
oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti
agar remaja tersebut patuh, atau pendera tersebut
mengalami masalah mental, ataupun disebabkan
bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.
• melibatkan menumbuk, memukul, menendang,
shoving, menampar, terbakar, lebam, menarik
telinga atau rambut, menikam, tercekik dan
sebagainya.
• Kesan-Kesan Kanak-Kanak yang didera secara
fizikal
◘ Muka dan anggota badan lain yang berlebam-
lebam.
◘ Mempunyai luka-luka yang nampak secara
sengaja.
◘ anggota badan yang terbakar.
◘ Anti-sosial.
◘ Tidak suka berada di sekeliling orang ramai.
◘ Tidak bercakap banyak.
PENDERAAN MENTAL
• Penderaan ini kurang mendapat perhatian walaupun
penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan
kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-
sama dengan jenis penderaan lain.
• Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi
kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di
kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan
rawatan perubatan.
• Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana
tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di
peringkat antarabangsa.
PENDERAAN SEKSUAL
Sebarang aktiviti yang bermaksud untuk mendapat kepuasan
dan memenuhi kehendak orang dewasa atau kanak-kanak
remaja di mana mengikut umur atau perkembangan boleh
mengambil tanggungjawab dan dipercayai. Ini termasuk:
• Mempengaruhi atau memaksa kanak-kanak dalam aktiviti
seksual yang bertentangan dengan undang-undang.
• Ini termasuk eksploitasi komersial melalui pelacuran atau
penghasilan gambar lucah.

Setiap kanak-kanak berhak mempunyai seorang dewasa yang


dapat menyayangi dan menyokong mereka untuk membesar
• Ciri-Ciri Seseorang Yang Telah Didera Secara Seksual ?
◘ Kerap memonteng sekolah.
◘ Tingkah lakunya agresif atau cemas ( contoh: melarikan diri)
◘ Tidur yang terganggu ( contoh: mengigau)
◘ Takut pada kegelapan.
◘ Memakai pakaian yang berlapis-lapis.
◘ Takut pada orang atau tempat yang tertentu.
◘ Cenderung untuk membunuh diri.
◘ Rendah harga diri.
◘ Berasa tertekan.
◘ Gangguan pemakanan.
◘ Tingkahlaku yang menjurus kepada seks atau takut pada seks.

Anda mungkin juga menyukai