Anda di halaman 1dari 42

PERKEMBANGAN FIZIKAL

REMAJA DAN MASALAH YANG


BERKAITAN
NAMA NO MATRIK
EMILLY ANAK LUCAS GP03213
HAMZANIZA NOR BINTI HAMDAN GP03217
QAMRIANI BINTI AMBO GP03266
ISU-ISU BERKAITAN PERKEMBANGAN
FIZIKAL REMAJA
Fizikal Seksual Pemakanan
•Buli •Rogol • Obesiti
•Sumbang Mahram
• Aneroxia
•Pelacuran
•Pornografi
•Kecelaruan Gender
Buli
• Smith dan Thompson (1991), buli adalah sebagai satu set tingkah laku yang
dilakukan secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan fizikal dan psikologi
kepada mangsa. perlakuan buli termasuklah mengejek, penyisihan sosial dan
memukul.
• Olweus (1993), tingkahlaku agresif yang dilakukan secara berulang kali
kepada orang lain sama ada secara individu atau berkumpulan.
ISU BULI
FAKTOR:-
i. perasaan dendam dan marah
ii. rakan sebaya
iii. ingin menunjukkan kekuatan diri
•ISU:-
i. Berbadan besar vs badan kecil
ii. Senior vs Junior
ISU BULI
• Ciri-ciri pembuli:-
i. pelajar yang lebih tua atau senior
ii. mempunyai tubuh badan yang lebih besar, tegap dan sasa
iii. terlibat secara berkumpulan dan lebih kurang sebaya
• Ciri-ciri mangsa buli:-
• bersifat pasif,
• kurang bertindak balas
• empunyai penghargaan kendiri yang lemah
• dari segi fizikal, lazimnya bertubuh kecil.
Isu 1:
Berbadan Besar vs Badan Kecil
• Orang yang berbadan besar dan tinggi lazimnya akan mudah membuli orang
yang berbadan kecil.
- Hal ini kerana, orang yang bertubuh kecil sering dianggap lemah dan tidak
mampu untuk melawan.
- Selain itu, orang yang berbadan kecil pula sering merendah diri dan
menyebabkan golongan ini sering dibuli.
Isu 2:
Senior vs Junior
•Lazimnya pelajar senior sering membuli pelajar yang lebih junior
•Hal ini kerana, mereka menganggap diri mereka sudah dewasa dan pelajar
junior perlu patuh pada kata-kata dan arahan mereka.
•Sekiranya ingkar, maka pelajar junior akan mendapat hukuman atau balasan
daripada pelajar senior.
CONTOH KES

• Menurut sebuah laporan berita Astro Awani yang telah diterbitkan pada 20 April
2015. Kes telah berlaku di Sekolah Agama Pokok Tai, Pendang yang melibatkan
seorang pelajar Tingkatan Satu yang telah mendakwa dirinya dipukul oleh 15 pelajar
senior sekolah berkenaan.
• Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Ammar memberitahu bahawa kejadian itu
berlaku selepas dia mengambil duit sebanyak RM60 di dalam dompet yang
dijumpainya di kantin sekolah selepas selesai bermain bola kira-kira jam 6 petang.
Namun, mangsa tidak sempat memberikan wang tersebut kepada pihak sekolah dan
bercadang melakukannya pada keesokan harinya.
• Bagaimanapun, pada malam tersebut, mangsa yang tidur di asrama didatangi
sekumpulan 15 orang pelajar tingkatan empat dan lima kira-kira pada jam 12
malam dan bertanyakan wang tesebut. Mangsa mengaku ada menemui dan
mengambil dompet serta wang tersebut namun belum sempat untuk
mengembalikannya.
• Ekoran itu, mangsa terus ditampar di muka dan ditendang di bahagian dada
sehingga tersungkur. Tidak cukup dengan itu, mangsa dipukul, dibakar
rambut dan dibotakkan kepalanya. Selain itu, mangsa juga dipijak sehingga
hampir sejam. Pelajar merayu agar tidak diperlakukan sebegitu, namun tetap
dipukul di seluruh badannya dengan menggunakan tuala.
• Pelajar-pelajar lain yang berada di bilik itu hanya mampu melihat dan tidak mampu
berbuat apa-apa dan hanya mampu melihat mangsa dipukul. Mangsa juga diberi
amaran agar tidak memberitahu kepada sesiapa sebelum kumpulan pembuli itu
beredar.
• Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di seluruh badan termasuk di
bahagian belakang, paha dan mata selain sakit pada bahagian dada dan belakang.
Kejadian itu hanya disedari oleh bapanya kerana melihat perubahan pada anaknya
yang kemudian terus ke sekolah terbabit. Seorang guru telah memaklumkan bahawa
mangsa telah dibuli oleh sekumpulan pelajar senior sehingga mengalami kecederaan
tersebut.
• Sehubungan itu,mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum
laporan polis dijalankan. Mangsa telah mengalami trauma dan bertekad untuk tidak
bersekolah disitu.
• Buli fizikal merangkumi perbuatan seperti memukul, menumbuk, menyepak,
mengugut, menampar, menarik, menolak, atau mencubit untuk menyebabkan
kecederaan kepada mangsa.
• Perlakuan buli secara ganas mungkin membawa kematian kepada mangsa.
Buli mental meliputi kata-kata menghina dan usik-usik yang menjejaskan
psikologi dan emosi mangsa.
• Kedua-dua kategori buli ini sangat berbahaya memandangkan ianya memberi
kesan kepada emosi serta pembangunan sosial seseorang pelajar.
ISU ROGOL
i. Bertubuh seksi dan mendedahkan aurat
- Perempuan yang bertubuh seksi sangat ramai diminati oleh sebilangan
lelaki.
- Selain bertubuh seksi juga, perempuan yang sering berpakaian yang
mendedahkan aurat turut menarik perhatian sesetengah lelaki.
•Pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM)
Dr. Mariani Md. Nor berkata, daya penarik seksual merupakan satu bentuk komunikasi
bukan verbal yang boleh merangsang nafsu seseorang. Ia turut diiringi komunikasi
verbal dan kedua-duanya mempunyai maklum balas yang dipusatkan kepada nafsu
seks.
•Menurut beliau, tarikan seks boleh timbul sama ada melalui cara pemakaian, raut
wajah, lirikan mata, bentuk badan, mulut, warna lipstik yang menggiurkan, kepetahan
berkata-kata dan sebagainya. Tetapi secara universalnya, kecantikan akan datang
dahulu berbanding yang lain.
• Bagaimanapun, katanya, faktor-faktor tersebut disulitkan dengan tumpuan terhadap
ciri-ciri tertentu tubuh seperti buah dada, kaki, rambut atau otot-otot badan. Dalam
hubungan ini, terdapat tahap-tahap berahi dalam individu yang bertindak balas
terhadap bahagian badan tertentu sebagai tanda tarikan. Menurutnya, kebanyakan
orang mengeluarkan darjah seksual yang tinggi dan boleh memuncak nafsunya
disebabkan oleh rangsangan-rangsangan yang lazimnya tidak berkaitan dengan seks.
• ``Bagi sesetengah orang, hanya dengan melihat wajahnya sahaja sudah mampu
merangsang naluri seks orang lain,'' katanya.
• Beliau berkata, sekiranya kesemua aspek adalah normal, seseorang itu tidak
memerlukan kecantikan fizikal yang ketara untuk dikenal pasti sebagai individu yang
mempunyai daya tarikan seksual tinggi.
• Personaliti dan peribadi yang mulia merupakan perkara yang muncul di hadapan.
``Dalam kebanyakan kes, mereka boleh menjadi daya penarik seksual yang tiada
tandingannya sekalipun tidak mempunyai tarikan seksual dalam penampilannya,''
katanya. Mengulas lanjut, tarikan fizikal boleh membawa kepada tarikan seksual yang
lama-kelamaan mewujudkan kasih sayang di antara dua jiwa.
• Dr. Mariani berkata, salah satu aspek penting yang menyebabkan daya tarikan seksual
ialah apabila orang yang melihat itu telah memahatkan di dalam mindanya `Dia memang
seksi'. ``Apabila seseorang berkata begitu, dia sudah membuat satu tanggapan bahawa
individu tersebut mempunyai tarikan seks walaupun tidak berpakaian ghairah,'' katanya.
• Tambahnya, lelaki biasanya akan lebih tertarik pada wanita yang berpakaian seksi
berbanding yang cantik tetapi menutup badannya.
ISU SUMBANG MAHRAM
• Polemik sumbang mahram ini berpunca daripada daripada pelaku sumbang mahram
yang tidak menghayati ilmu agama, akal fikiran waras yang telah dikuasai nafsu dan
iman mereka yang lemah. Contoh dalam kajian kes kita boleh melihat Wani yang tidak
mempunyai iman yang kuat dan tidak berfikir secara waras sanggup melakukan
perbuatan sumbang mahram dengan bapa tirinya. Dia menganggap bapa tirinya seperti
kekasih.
ISU SUMBANG MAHRAM
• Seterusnya, punca kedua menyebabkan berlakunya sumbang mahram ialah pergaulan yang tidak
terbatas. Jika kita melihat contoh kes Wani sentiasa melihat ibu dan bapa tirinya melakukan
hubungan kelamin kerana rumah mereka tidak mempunyai bilik. Hal ini telah menimbulkan rasa
cemburu dalam diri Wani. Dia tidak menjaga batas pergaulan dengan bapa tirinya sehingga
mereka tidur bersama. Sebagai anak gadis Wani patut menjaga batas pergaulannya. Jelasnya,
remaja yang terlibat dengan sumbang mahram perlu insaf dan membataskan pergaulan mereka
serta mendalami ilmu agama agar iman mereka kuat.
ISU PELACURAN
• Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan remaja terlibat dengan pelacuran.
Berdasarkan contoh kes kita dapat melihat remaja perempuan yang ditipu
oleh teman lelakinya. Dia kemudiannya telah ditipu dan diserahkan kepada
tiga orang lelaki yang lain. Jelasnya, secara tidak sengaja remaja perempuan ini
akan terjebak dengan dunia pelacuran secara tidak sengaja.
ISU PELACURAN
• Seterusnya, terdapat kes remaja dijadikan pelacur akibat masalah hutang.
• Contohnya, seorang wanita berusia 23 tahun terpaksa menyerahkan maruah diri bagi
menggantikan bunga pinjaman wang yang gagal dibayar kepada along dalam satu kejadian
kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat lalu. Semuanya berlaku selepas bekas majikannya yang
menjadi perantara dengan along berkenaan sanggup mengarahkan dua lelaki iaitu konco
along .
ISU PORNOGRAFI

• Menurut Dr. Judith Reisman ( 2008), yang merupakan Presiden Institute for
Media Education di Pensylvania, bagi golongan kanak-kanak dan remaja
pornografi memberikan kesan buruk kepada otak. Paparan di filem
pornografi akan mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja.
ISU PORNOGRAFI

• Contoh kes jelas menunjukkan kesan ketagih pornografi yang ekstrem


kerana remaja perempuan itu memiliki imej pornografi haiwan dan kanak-
kanak. Remaja perempuan itu ternyata mempunyai kecenderungan yang
pelik kerana jika difikirkan secara logik haiwan dan kanak-kanak tidak
sepatutnya dijadikan imej pornografi.
ISU KECELARUAN GENDER
• Kecelaruan identiti yang mempunyai anggota kelamin tertentu namun berasa
begitu yakin bahawa mereka daripada jantina sebaliknya.
• Seseorang individu yang mempunyai keinginan untuk mengamalkan gaya
hidup yang bertentangan dengan fitrah jantinanya.
• Hormon yang normal ialah hormon testosteron bagi lelaki dan hormon
estrogen bagi perempuan.
ISU 1:
Perubahan fizikal yang bertentangan dengan
jantina
• Bercelaru antara perasaan gender kendiri dengan jantina anggota kelaminnya.
• Berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih
cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya.
• Memakai pakaian jantina yang sebaliknya bagi menutup fizikal dirinya.
• Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya.
• Mempunyai minat kepada kaum sejenis dan suka berperanan sebagai jantina yang
bertentangan dengan dirinya dalam hubungannya dengan pasangan.
ISU 2:
Keinginan untuk menukar alat kelamin
• Sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan
mereka.
• Sanggup mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri
seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina
• Didorong oleh kemudahan pembedahan menukar jantina yang boleh didapati dengan kos
yang murah serta lokasinya yang berdekatan dengan negara kita.
• Contoh: di Poliklinik Pratunam, Bangkok, Thailand, kos pembedahan menukar jantina
hanya RM 6,743 atau AS 2,000 sahaja. Malahan, di Thailand.
Isu 3: Aktiviti pelacuran melibatkan golongan
maknyah
• Menjadikan gejala transeksual sebagai punca pendapatan.
• Mengakui pendapatan mereka sangat lumayan kerana didapati semakin tinggi
permintaan ke atas perkhidmatan mereka.
• Penerimaan masyarakat menjadikan mereka semakin galak menubuhkan
persatuan atau pertubuhan sesama mereka untuk kepentingan mereka
sekaligus memperjuangkan hak mereka seperti yang diperjuangkan di negara-
negara barat.
Isu 4:
Kelonggaran penguatkuasaaan undang-undang
• Peruntukan perundangan sedia ada tidak jelas dan teratur sehinggakan
pelaksanaannya juga tidak dapat dilaksanakan secara efisien.
• Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia mempunyai bidang kuasa
untuk mengambil tindakan terhadap golongan transeksual dalam negeri
masing-masing namun bidang kuasa tersebut amat terhad.
Isu 4:
Kelonggaran penguatkuasaaan undang-undang
• Antara hukuman yang dapat diambil hanyalah denda sebanyak RM1,000.00
maksimum dan penjara selama 6 bulan.
• Hukuman tersebut tidak mampu membendung gejala transeksual kerana
golongan ini mempunyai persatuan mereka sendiri. Dengan bayaran yuran
bulanan yang rendah, ia sudah mencukupi untuk menjadi “bantuan” bagi
mereka yang disabitkan kesalahan dan dikenakan denda oleh pihak
mahkamah.
ISU OBESITI
•Keadaan di mana tenaga-tenaga di dalam badan yang telah disimpan, dibiarkan berkumpul di
dalam tisu-tisu lemak di dalam badan sehingga melebihi tahap kesihatan.
•Alat ukur BMI (body mass index) akan digunakan untuk mengukur berat badan kita
BMI= Berat Badan (kg)
Tinggi (m) x Tinggi (m)
- Sihat = BMI antara 18.5 hingga 24.9 kg/m2
- Obes = BMI 24.9 hingga 30
- Sangat obes = BMI lebih daripada 30
ISU OBESITI
• Menurut hasil kajian International Institute for Global Health (IIGH), Malaysia diletakkan
sebagai 'heavyweight' kerana 45.3% penduduknya mengalami berat baddan berlebihan diikuti
Korea (33.2%), Pakistan (30.7%) dan China (28.3%).
Isu 1:
Perasaan rendah diri
• Menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana remaja tersebut menjadi
bahan bualan dan ejekan orang di sekeliling mereka terutamanya rakan
sebaya.
• Masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin
bergaul dengan mereka.
• Akibatnya, remaja tersebut akan kurang ceria dan tidak bersemangat untuk
mengikuti sebarang aktiviti di sekolah serta memencilkan diri dari bergaul
dengan orang lain.
Isu 2:
Didiskriminasi
• Stigma negatif dalam masyarakat yang memandang rendah kepada
keupayaan orang obes tanpa melihat kepada bakat dan kemahiran yang ada.
• Individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang untuk memegang
sebarang jawatan tertinggi kerana mereka sering dikaitkan dengan tabiat
malas dan tidak mampu membuat kerja.
Isu 3:
Aktiviti yang terhad
• Kebanyakan orang yang mengalami obesiti tidak dapat melakukan aktivitivi
yang lasak disebabkan oleh faktor fizikal mereka.
• Oleh itu, mereka cenderung berkelakuan pasif dan melakukan aktiviti yang
tidak memerlukan mereka menggunakan tenaga yang banyak. Contohnya,
menonton televisyen dan bermain permainan komputer sahaja di rumah.
Isu 4:
Obses untuk menurunkan berat badan
• Melakukan diet yang keterlaluan dengan tidak makan sehingga
memudaratkan kesihatan mereka sendiri.
• Melakukan senaman ekstrim dan berlebihan.
• Mengambil ubat-ubat kurus yang memberi kesan yang tidak baik.
• Membawa kepada kesan lain :- kekurangan gizi seimbang, melemahkan
sistem jantung, gastrik dan banyak lagi.
Kajian kes
Alice, 14 tahun dari Tyneside, US
Mempunyai berat badan berlebihan sejak kanak-kanak.
Ayahnya meninggal dunia disebabkan masalah jantung semasa dia bayi.
Sejak itu, ibunya menyerahkan kepadanya untuk memilih apa yang dia hendak
makan dan turut membuang alat penimbang supaya Alice tidak tahu berat
badannya.
Kajian kes
• Disebabkan oleh keadaan fizikalnya, dia dibuli oleh rakan sekolahnya. Ini
menyebabkan dia dibenci oleh rakan-rakannya terutama rakan
perempuannya.
• Dia pernah terfikir untuk menurunkan berat badannya tetapi dia tidak yakin
dia dapat menurunkan berat badannya.
ISU ANEROKSIA
• Suatu penyakit dimana seseorang membiarkan dirinya sendiri kelaparan
kerana merasa tubuhnya terlampau gemuk dan berat badan berlebihan.
• Merasakan dirinya masih terlalu gemuk walaupun mereka sudah kurus dan
mendapat penyakit bahkan sudah mendekati kematian.
Isu 1:
Sangat takut gemuk dan terlalu obses untuk
kurus
• Disogok dengan stigma masyarakat bahawa individu yang memiliki tubuh
yang kurus dan langsing adalah cantik dan menawan.
• Pertambahan berat badan sebanyak 1kg merupakan masalah yang besar buat
dirinya kerana merasakan diri sudah gemuk.
Isu 2:
Melakukan diet ekstrim sebagai usaha untuk
kurus
• Senaman berlebihan.
• Menjolok tekak bagi mendorong makanan yang dimakan keluar semula.
• Sanggup berlapar dan tidak makan.
• Boleh menyebabkan kematian, anemia, jantung bermasalah, tulang rapuh, paru-
paru bermasalah, menstruasi terganggu bagi perempuan atau testosteron
berkurang bagi lelaki, gangguan pencernaan serta gangguan ginjal.
Kajian Kes
• MR, 14 tahun, berbangsa Kurdish Islam dari Iraq.
• Pernah dibawa oleh ibunya ke hospital kerana dia tidak mahu makan yang
menyebabkan dia kehilangan berat badan dan lemah.
• keadaannya menjadi begitu sejak rakannya mengejek bentuk badannya yang
gempal dan selera makannya yang kuat makan.
Kajian Kes
• Sejak itu, dia mula tegas dalam pengambilan makanannya, menghindari
makanan berkalori dan melakukan senaman secara ekstensif.
• Ibu bapanya juga menasihatkannya supaya mengambil rutin makanannya,
tetapi dia enggan.
• Dia berasa obses terhadap bentuk badannya dan selalu mengukur pinggang
dan pahanya.
Kajian Kes
• Corak pengambilan makanannya semakin menurun sehingga pada satu tahap dia
cuma mengambil secwan yogurt dan beberapa hiris timun sahaja.
• Seminggu sebelum dia dihantar ke hospital, dia mengalami keletihan, sakit kepala,
sakit otot dan diserang gastrik, kemudian pengsan.
• Semasa dia dirawat di hospital, dia juga dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri bagi
memulihkan semula psikologinya.
• Akhirnya, setelah 3 minggu dirawat di hospital, dia keluar dari hospital dan dapat
meneruskan kehidupannya secara normal seperti sebelum ini.
KESIMPULAN
• Zaman remaja merupakan peringkat perkembangan yang penting kerana
pada masa ini, remaja sedang cuba mencari identiti mereka.
• zama ini menentukan siapakah remaja tersebut pada masa akan datang sama
ada menjadi iindividu yang berguna atau tidak.
• oleh itu, pelbagai inisiatif yang berkesan perlulah diambil tindakan segera
bagi membendung isu-isu yang telah dinyatakan tadi.

Anda mungkin juga menyukai