Anda di halaman 1dari 2

BULI AMALAN YANG KEJI

Definisi Buli

Buli adalah perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan untuk menyakiti individu
lain, dari segi fizikal, mental atau emosi

Insiden buli-membuli masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita khususnya di
sekolah. Bagaimana anak-anak muda ini tahu untuk membuli dan bersifat agresif terhadap
mangsa? Persoalannya adalah kepada kita semua sebagai ahli masyarakat yang
mempengaruhi corak kehidupan mereka. Setiap usaha untuk mengatasi masalah ini wajar
disokong dan dilaksanakan dengan baik agar generasi akan datang tidak tahu bagaimana
dan apa sebenarnya buli-membuli.

Jenis-jenis Buli

Buli boleh dikelaskan kepada empat jenis.

Buli fizikal, buli lisan  dan buli berkaitan hubungan adalah yang paling lazim di sekolah
rendah dan pembulian siber adalah lebih biasa di sekolah menengah daripada di sekolah
rendah.

Adakah anda merupakan seorang mangsa buli? Atau melihat pembulian berlaku di depan
mata? Atau anda merupakan pembuli? Jika ya, sila hentikan gejala yang bukan sahaja
mencederakan fizikal seseorang tetapi juga kesihatan mental mereka boleh terganggu. Di
bawah dikongsikan langkah-langkah mengatasi gejala buli di sekolah.

Langkah mengatasi gejala buli di sekolah

1. Memupuk sikap toleransi dan hormat-menghormati


2. Menyediakan saluran untuk pelajar mengadu masalah
3. Memastikan pelajar bebas daripada sebarang pengaruh buruk
4. Menjadi contoh teladan terbaik untuk pelajar sekolah
5. Memberikan tindakan atau undang-undang yang lebih berkesan kepada pembuli
6. Mendidik ilmu keagamaan dan moral
Buli adalah salah satu gejala yang boleh meninggalkan kesan yang buruk kepada fizikal dan
juga mental mangsa-mangsanya. Acapkali kita melihat laporan berita dan perkongsian di
media tentang kes-kes buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di sekolah. Hal ini demikian
kerana pembuli-pembuli ini dipengaruhi oleh aksi-aksi gangsterisme yang berlaku di
persekitaran mereka atau dipertontonkan di media massa. Terdapat juga kes pembuli yang
membuli kerana mereka adalah mangsa-mangsa buli terlebih dahulu dan ingin melakukan
perkara yang sama kepada orang lain.

Anda mungkin juga menyukai