Anda di halaman 1dari 11

Memahami Buli

1.

Buli ialah perbuatan mengasari orang yang lebih lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung,
menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat.
2. Buli juga bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau
psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan
mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.
3. Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung seperti ejekan, ugutan, tekanan atau
tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak
langsung yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.
4. Terkini, kes buli siber yang semakin menular di sekolah merupakan satu lagi
cabaran baru bagi warga pendidik dan ibu bapa dan masyarakat untuk
bekerjasama dalam menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.Terdapat
penyebaran maklumat palsu, tulisan berbentuk cercaan, menghina dan mengugut
melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang disebarkan di kalangan pelajar
boleh memberi kesan emosi terhadap mangsa.'Ini merupakan masalah disiplin
baru di negara ini tetapi ia telah lama berlaku dengan meluas di kalangan pelajar
di negara Barat yang mengakibatkan penderaan mental.

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud
untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain
yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk
fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia
bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara
keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak
selesaan kepada orang lain.
JENIS-JENIS BULI
Buli fizikal - Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang,
menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan
kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian.
Buli mental - Lebih kepada ejek-mengejek. Misalnya, jika nama pelajar atau nama bapa
pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang
membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia
sebenarnya serius berlaku di sekolah.
Bukan itu sahaja, mangsa buli akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikologi.
Hilang keyakinan diri, tiada matlamat hidup, rasa takut, mencederakan diri sendiri
sehingga hilang semangat untuk hidup. Malah, ada yang teruk sehingga terfikir untuk
bunuh diri seperti yang berlaku kepada 2 kes besar yang berlaku baru-baru ini. Keduaduanya merupakan pelajar sekolah menengah dan merupakan mangsa buli.
Mahkamah Juvenil/Juvana/Kanak-Kanak
1. Diwujudkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90).
2. Berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia (1949), Sabah (1972) dan Sarawak (1986).

3. Dikenali Mahkamah Kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611).


4. Dalam Akta Umur Dewasa 1971 (Akta 21), kanak-kanak merujuk kepada mereka
yang berumur kurang daripada 18 tahun.
- Juvana seseorang yang telah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah yang
telah ditetapkan di bawah Seksyen 28 Kanun Keseksaan dan di bawah umur 18 tahun.
* Seksyen 82 Kanun Keseksaan: Perbuatan kanak-kanak yang berumur kurang daripada
10 tahun.
Mahkamah ini membicarakan kes-kes melibatkan kanak-kanak berumur 10 18 tahun,
kanak-kanak merujuk kepada mereka yang berumur di bawah 14 tahun dan orang
muda kepada mereka yang berumur 14 18 tahun, kecuali kes-kes yang melibatkan
hukuman mati.
5. Dalam mahkamah:
- perkataan sabitan dan hukuman tidak digunakan.
- tempat: Mahkamah Majistret.
- bersidang pada tempat/hari yang berlainan daripada persidangan mahkamah lain.
- maklumat peribadi kanak-kanak (nama, gambar, tempat tinggal) dilarang
disiarkan/didedahkan oleh media.
6. Antara tindakan yang biasa diambil oleh Mahkamah Juvenil:
- Diberi amaran dan dilarang melakukan kesalahan
- Dibebaskan dengan ikat jamin
- Diletakkan di bawah jagaan saudara mara
- Dihantar ke Pusat Pemulihan Akhlak atau Sekolah Henry-Gurney sehingga mencapai 21
tahun
7. Antara kuasa tindakan yang dikenakan terhadap kanak-kanak:
- Didenda
- Ibu bapa diperintah menyempurnakan bon menjaga kanak-kanak itu
- Dihantar ke Pusat Pemulihan
8. Tidak terbuka kepada orang ramai (melindungi pesalah daripada publisiti)
9. Pesalah budak-budak tidak akan dipenjarakan. Kesalahan tidak akan dicatatkan.
10. Terdiri daripada:
- satu Majistret Kelas I
Beliau mengendalikan perbicaraan dan membuat keputusan dan dibantu dua
penasihat/pengapit yang bukan merupakan ahli undang-undang
Wilayah Persekutuan: dipilih oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
Negeri: dipilih oleh ketua negeri dari senarai nama cadangan Kerajaan Negeri
Salah seorang mestilah wanita
11. Mahkamah tidak dibenarkan menjatuhkan hukuman mati ke atas kanak-kanak di
bawah Akta Kanak-kanak 2002, Seksyen 97.
12. Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Kanak-kanak boleh dibuat di Mahkamah
Tinggi

Pembuli akan berakhir dengan:

Dibuang sekolah
Susah mendapat kawan
Tidak boleh mematuhi peraturan dan undang-undang
Masalah psikiatri. Contoh: personaliti antisosia

Mangsa akan menderita akibat:

Mengelak untuk hadir ke sekolah


Keputusan prestasi di sekolah yang merosot
Meningkatkan rasa ketakutan dan kebimbangan
Bertingkah laku sebagai seorang pengecut
Perasaan tidak menentu
Harga diri yang rendah
Kemurungan sehingga boleh membawa kepada perasaan ingin membunuh diri

Apa itu membuli

membuli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain


Kelakuan membuli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya

Di zaman siber ini, membuli ada dilaporkan secara langsung dalam


"chart room", sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga melalui E-mail
Membuli kerap kali terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru
Kebanyakan pembuli tidak mengaku mereka terlibat, manakala
mangsa buli pula memilih untuk berdiam diri kerana takut pembalasan
dan dimalukan
Bila berlakunya buli
Buli berlaku apabila seseorang itu:
Mencederakan secara fizikal. Contoh: Memukul, menumbuk atau
menendang
Mencederakan secara emosi. Contoh: Memanggil nama tidak elok,
mengejek-ejek
nama ibu atau bapa, menyebarkan khabar angin atau mencaci

Sengaja memecahbelahkan antara satu sama lain dari kumpulan

Merosakkan harta benda

Memberitahu orang lain supaya jangan berkawan dengannya

Faktor keluarga:

Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa


Cara disiplin yang tegas
Kurang perhatian ibu bapa

Sikap ibu bapa yang mendera


Faktor remaja:
Sikap yang mendesak
Sikap panas baran
Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau
sekolah
Menjadi mangsa penderaan fizikal - didera atau dibuli
Faktor sekolah:
Tiada campur tangan dalam mengatasi kes buli
Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli
Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai
Moral yang rendah di kalangan guru-guru
Mengapa menjadi pembuli

Mahu berseronok
Gagal mengawal emosi
Kurang perhatian keluarga
Pernah menjadi mangsa buli
Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh media massa dan cetak
Menunjuk lagak kekuatan sendiri

Perempuan juga membuli


Ramai beranggapan perbuatan buli hanya melibatkan remaja lelaki. Tapi, ia silap. Remaja
perempuan juga turut terlibat dalam perbuatan tersebut.
Biarpun peratusannya agak sedikit, namun perkara tersebut mampu mendorong kepada
perbuatan yang serius jika tidak dibendung.
Buli dalam kalangan remaja perempuan biasanya melibatkan ejekan dari segi fizikal.
Contohnya, sekiranya remaja perempuan tersebut berbadan gemuk dan kulitnya gelap,
terlalu kurus, jongang atau juling, mereka akan menjadi sasaran untuk dijadikan bahan
ejekan.
BOLEHKAH REMAJA MENGELAK DARIPADA DIBULI?
Remaja boleh mengelakkan diri darip
Elak situasi di mana anda berseorangan dengan pembuli
Sentiasa keluar secara berkumpulan
Bersikap berani
Belajar cara-cara mempertahankan diri
Lari jika berhadapan dengan kumpulan pembuli

Dapatkan pertolongan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai

BOLEHKAH PEMBULI DIBANTU?

Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri
seseorang. Pembuli boleh dibantu dengan membuatkan mereka:

Mengakui itu adalah masalah


Menyedari akibat daripada tindakannya
Menukar tingkah laku yang tidak elok
Belajar cara menangani kemarahan dan kekecewaan
Jumpa penasihat sekolah, guru agama atau doctor

Orang ramai tidak sepatutnya takut dengan label "penyibuk" dalam


usaha mengatasi kes buli.Sekiranya berlaku kes buli mereka perlu berani
membuat laporan kepada pihak sekolah, polis dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM).
Masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka
dengan bersikap proaktif terhadap gejala buli yang berlaku di kawasan
mereka. Jika mengetahui berlaku kejadian buli di kawasan kejiranan
mereka, adalah lebih baik jika dilaporkan kepada ibu bapa pelaku
tersebut. Ibu bapa pula haruslah bersikap terbuka dengan menerima
kesalahan anak serta berusaha untuk mengubah kesilapan tersebut. Jika
ibu bapa bersikap tidak ambil peduli, maka laporan polis harus dibuat
agar pesalah-pesalah menerima tindakan yang sewajarnya.
PROGRAM PENCEGAHAN BULI
Guru sekolah boleh merancang program anti buli yang bertujuan untuk
menghalang daripada gejala negatif tersebut berleluasa di kalangan
murid-murid. Secara umumnya, program tersebut boleh dibahagikan
kepada tiga peringkat.
(1)

PENCEGAHAN AWALAN

Murid-murid perlu diberikan maklumat dan pendedahan tentang gejala


buli, kesannya kepada pencapaian akademik dan pembangunan diri.
Guru boleh mengadakan sesi ceramah yang melibatkan kaunselor,
pegawai kebajikan masyarakat dan pegawai pendidikan bagi
memberikan penerangan tentang isu ini kepada semua murid. Melalui
pendedahan tersebut maka diharapkan sikap murid-murid akan berubah
untuk mengelakkan diri daripada melakukan buli. Di samping itu,
mereka juga mempunyai kesedaran tentang pihak yang perlu dirujuk
seandainya ada perlakuan buli di persekitaran mereka.
(2)

PENCEGAHAN SEKUNDER

Murid-murid perlu diberikan latihan kemahiran dan kecekapan untuk


mengurus diri dengan lebih baik. Mereka perlu diberikan pengetahuan
dan kemahiran untuk berkomunikasi yang berkesan, mengawal diri
daripada perasaan marah, mengurus masa dengan baik dan latihan
membuat perancangan diri. Dengan adanya penguasaan dalam bidangbidang tersebut maka diharapkan murid-murid berupaya untuk

menjauhi diri daripada terlibat dengan perlakuan negatif seperti buli.


(3)

PENCEGAHAN TERTIARI

Guru-guru di sekolah perlulah sentiasa memerhatikan pergerakan muridmuridnya. Ini bertujuan untuk mengesan murid-murid yang menghadapi
permasalahan dibuli atau membuli murid-murid lain. Murid-murid yang
terlibat dengan perbuatan membuli mempunyai permasalahan psikologi
yang perlu diatasi. Jika perkara tersebut tidak diatasi di sekolah, murid
berkenaan akan membesar dan menjadi lebih ganas pada masa
hadapan. Begitu juga rawatan psikologi perlu diberikan kepada mangsa
buli yang menghadapi gangguan mental dan emosi dalam
kehidupannya. Guru-guru boleh merujuk kepada kaunselor atau pihak
berwajib lain yang terdapat dalam sistem sokongan sekolah.

PENDIDIK PRIHATIN
Fenomena buli dalam kalangan murid adalah perbuatan salahlaku yang sentiasa perlu
diawasi dan juga ditangani oleh pihak sekolah. Secara sedar atau tidak, gejala buli
memang wujud dalam kalangan murid di sekolah harian dan sekolah berasrama. Gejala
tersebut menjadi panas dan serius dibincangkan oleh pelbagai pihak apabila berlakunya
kecederaan ataupun kematian akibat daripada perbuatan buli.
Gejala buli boleh diibaratkan sebagai pembunuh senyap sepertimana penyakit jantung
adalah silent killer yang menjadi punca utama kematian mengejut di dunia ini. Muridmurid yang dibuli akan berasa tertekan, rasa serba salah dan juga takut untuk ke
sekolah. Akibat daripada perasaan tersebut mereka mencari alasan untuk tidak ke
sekolah ataupun ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibubapa mereka. Natijah daripada
perbuatan tersebut, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran yang membawa kepada
kegagalan dalam peperiksaan dan akhirnya kumpulan ini akan terkeluar daripada arus
perdana sistem pendidikan di negara ini. Golongan yang tersisih ini kelak adalah berisiko
untuk terlibat dengan permasalahan sosial yang lebih serius seperti penyalahgunaan
dadah, mengandung tanpa nikah, pembuangan bayi, merompak dan sebagainya.
Pendidik yang perihatin perlu mengambil tahu ciri-ciri seorang pembuli kerana
pengetahuan tersebut boleh membantunya dalam membantu pelajarnya. Antara ciri-ciri
tersebut :-

Ciri-ciri pembuli

Berkelakuan agresif
Bersikap pemarah
Cepat panas baran
Suka melanggar peraturan
Berbangga dengan diri sendiri
Perasaan mudah putus asa
Kurang perasaan belas kasihan terhadap mangsa

Ciri-ciri mangsa buli

Pendiam, pemalu dan pasif


Emosi mudah terganggu
Suka menyendiri

Bersikap negatif terhadap diri sendiri


Lemah pencapaian akademik

Anda mungkin juga menyukai