Anda di halaman 1dari 21

Perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Ini secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Maksud lain: tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni.

JENIS-JENIS BULI
Buli fizikal Melibatkan pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan. Paling ganas boleh menyebabkan kematian. Buli mental Lebih kepada ejek-mengejek. Jika nama pelajar atau nama bapa pelajar agak luar biasa, maka itu akan dijadikan bahan ejekan pelajar senior yang membuli. Sungguhpun, kes buli jenis ini kurang mendapat perhatian media massa, ia sebenarnya serius berlaku di sekolah.

FAKTOR BULI
Pengaruh rakan sebaya Berkawan dengan rakan yang bersikap negatif atau mempunyai masalah disiplin, rakan tersebut akan menjadi tempat mereka meluahkan perasaan dan masalah. Lama-kelamaan, remaja itu akan terpengaruh dengan kelakuan buruk rakan sebaya seperti membuli. Perlakuan buli disokong oleh rakan-rakan dan menyebabkan mereka rasa kuat dan berani untuk melakukan aktiviti tersebut lagi.

Pengaruh media massa Aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan atau dipaparkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja. Mereka akan mudah terpengaruh dengan watak antagonis yang melakukan pembulian.

Pegangan agama yang rapuh Didikan agama yang kurang daripada keluarga menipiskan tahap keimanan remaja. Didikan agama menjadi benteng yang kukuh untuk menahan diri seseorang untuk melakukan perbuatan yang tidak baik. Mereka tidak takut membuat dosa kerana berangggapan perbuatan buli tidak mendapat pembalasan Tuhan pada masa itu juga. Tanpa didikan agama, remaja tidak dapat membezakan antara perbuatan yang baik dan buruk. Mereka akan mudah terpengaruh dengan gejala sosial seperti buli.

Institusi kekeluargaan yang goyah atau bermasalah Hubungan kekeluargaan longgar. Ibu bapa terlalu sibuk berkerja dan kebanyakan mementingkan kerjaya hingga mengabaikan anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak menyediakan ruang untuk bermesra dengan anak-anak, mereka berasa kurang kasih sayang dan akan memberontak. Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang negatif sebagai contoh pergaduhan suami isteri di hadapan anak, emosi anak-anak akan terganggu. Mereka akan mencari ketenangan di luar rumah dan berkenalan dengan remaja liar, akhirnya melakukan pembulian.

KESAN
Pembuli Bertindak agresif apabila dewasa seperti merogol, merompak, atau menjadi seorang pendera terhadap isteri. Pelajar Yang Dibuli membalas dendam kepada orang lain. Ingin mengembalikan harga diri yang hilang akibat dibuli. Mereka akan mengalami kecederaan dan mungkin juga kematian. Hilang keyakinan diri, membiarkan diri diperlakukan apa sahaja, tidak mahu ke sekolah. Ada yang sanggup mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna.

CARA MENGATASI
Sekolah Mengenalpasti pelajar bermasalah disiplin. Tindakan disiplin, merotan, dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya kepada pembuli. Perlu wujudkan satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah. Ahli berperanan mengurus program antibuli, menilai keberkesanannya dan memberi kaunseling kepada pembuli.

Intitusi kekeluargaan Ibu bapa perlu meluangkan masa dengan anakanak dan mendengar masalah mereka. Ibu bapa juga harus mengenali rakan anak-anak mereka dan meminta anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat mengetahui latar belakang dan tingkah laku kawan-kawannya. Ibu bapa perlu menjadi teladan kepada anak iaitu sentiasa bersopan santun.

Masyarakat Masyarakat hendaklah membantu membimbing remaja yang tersalah langkah tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri. Sebagai contoh, jiran boleh menasihati pembuli semasa menampak kes buli. Media massa Media massa sebagai wahana menyampaikan informasi, oleh itu pihak berkenaan harus berhatihati memilih bahan yang ingin ditayangkan. mengutamakan bahan yang bermutu dan tidak memilih rancangan yang mengadungi kegiatan buli.

Kerajaan Pihak kerajaan hendaklah sentiasa melancarkan pelbagai kempen atau program untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan remaja. Pihak kerajaan juga boleh menguatkuasa undang-undang supaya menakutkan remaja yang sering melakukan pembulian.

KESIMPULAN
Kes buli yang semakin meningkat menjatuhkan imej negara. Semua pihak berperanan untuk mengatasi masalah buli. Sikap beradap sopan, bertanggungjawab, kasih sayang, rasional dan kesederhanaan perlu disemai dalam jiwa setiap rakyat.

MEROKOK

DADAH

APAKAH ITU DADAH?

Dadah atau drug adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi

DADAH DAN CIRI-CIRINYA

Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut : Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperoleh secara haram Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang

JENIS-JENIS DADAH
Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut : Opiat dan Opiat sintetik Stimulan Ganja Halusinogen Depresen Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalahgunakan

AKIBAT PENAGIHAN DADAH


Kesan dadah boleh dilihat daripada empat sudut iaitu : kesan kepada penagih kesan kepada keluarga kesan kepada masyarakat kesan kepada Negara

PIL ECSTACY

Anda mungkin juga menyukai