Anda di halaman 1dari 25

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN
BIL.

PERKARA

1.0

Pendahuluan

2.0

Definisi Gerakan Ekstremis

3.0

Apa itu Radikalisme

4.0

Konsep Terorisme

5.0

Latar Belakang Terorisme di Asia Tenggara

6.0

Latar Belakang Gerakan Terorisme di Malaysia

7.0

Analisis: Gerakan Jemaah Islamiyah (JI) di Malaysia

8.0

Kesan/Impak Aktiviti JI Terhadap Malaysia

9.0

Bibliografi

MUKA SURAT

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Tajuk Tugasan:
Bincangkan perkaitan fahaman radikalisme dan ekstremisme agama
dengan terorisme di Asia Tenggara dan impaknya terhadap keselamatan Malaysia

1.0

Pendahuluan
Isu perkembangan pengaruh pelampau Islam, radikalisme dan ekstremisme di
Asia memang penting untuk dikaji dan diselidiki, ini kerana perkembangan di Asia
amat berkait dengan perkembangan dalam bahagian-bahagian lain di dunia. Walau
bagaimanapun, masalah ekstremisme dan radikalisme dan hubungkaitnya dalam
konteks hubungan antarabangsa dan keselamatan tidak hanya terhad kepada orang
Islam tetapi juga kepada orang-orang yang menganut lain agama dan ideologi sekular.
Mutakhir ini kita sering dikejutkan dengan kejadian bom meletup di sana-sini dan
kejadian bom berani mati yang mengakibatkan kematian orang awam dan kerugian
harta benda di seluruh penjuru dunia, termasuk di rantau Asia Tenggara dan nusantara.
Masyarakat pun bertanya, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan terorisme,
apakah sama pengertian terorisme dengan jihad dalam Islam. Ramai sarjana berusaha
mendefinisikannya dan menghuraikannya dalam berbagai pendapat dan pandangan
mereka.
Kriteria terorisme dapat difahamkan sebagai kegiatan yang menyusahkan
penduduk, merosak perdamaian dan ketenteraman awam, mengancam keselamatan
jiwa, harta benda, dan keselesaan hidup manusia. Pada dasarnya undang-undang
menerangkan, bahawa terorisme merupakan jenayah rentas sempadan dan mempunyai
jaringan luas sehingga mengancam perdamaian dan keamanan nasional dan
antarabangsa. Harun Yahya, intelektual Islam terkenal, dalam bukunya Only Love Can
Defeat Terrorisme menyatakan, terorisme adalah ancaman yang paling suram
menjelang dunia abad ke 21.1 Terorisme melihat tindakan keganasan sebagai satusatunya cara mencapai tujuan politik. Di mata pengganas, dilema politik dan konflik
hanya dapat diselesaikan dengan keganasan. Terorisme bukanlah suatu yang baru, ia
telah hidup sejak dulu melalui organisasi yang terancang dan berkembang. Terorisme

1 Harun Yahya. Only Love can Defeat Terrorisme. Global Publishing. Istanbul.
2003
2

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

berkembang subur di abad moden melalui Revolusi Perancis 2, atau Nihilisme Rusia3
pada abad ke 19.
Walaupun sebenarnya dunia tidak pernah sunyi daripada aktiviti keganasan di
seluruh dunia, tetapi terrorisme mula menjadi tajuk bualan utama selepas terjadinya
peristiwa pengeboman ke atas World Trade Center di Amerika Syarikat pada 11
September 2001. Amerika Syarikat selaku kuasa besar terus mengambil tindakan segera
dengan menuduh pihak pengganas Al-Qaeda sebagai dalang atau operator serangan
tersebut. Susulan itu, Amerika Syarikat telah meluaskan pencarian sarang-sarang
pengganas dan telah mengenalpasti rantau Asia Tenggara sebagai salah satu tempat
yang menjadi safe heaven untuk pengganas. Para sarjana hubungan antarabangsa, telah
bersetuju bahawa Asia Tenggara adalah satu lokasi yang strategik kerana ia
menyediakan topografi yang menjadikan ia lebih mudah untuk menjalankan operasi
pengganas. Rantau ini mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian seperti beribu-ribu pulaupulau kecil, pulau besar, sukar untuk ditembusi oleh pihak berkuasa dan beberapa
kawasan tanah besar yang tidak didiami oleh manusia. Kem-kem latihan pengganas
utama dipercayai terletak di hutan di rantau ini, sebagai contoh, kem yang dikendalikan
oleh MILF di Filipina.
Asia Tenggara telah menjadi pusat utama operasi Al-Qaeda atas tiga sebab utama:
(1) sambungan perjuangan Al-Qaeda dan puak pelampau radikal Islam di Afghanistan
dan Timur Tengah; (2) pertumbuhan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di negaranegara Asia Tenggara sejak tahun 1970 atas sebab-sebab sosio-ekonomi dan politik;
dan yang paling penting (3) negara-negara di Asia Tenggara adalah "negara
kemudahan" untuk pengganas antarabangsa pengganas. Atas sebab-sebab yang
dinyatakan di atas, pihak Barat telah mendakwa fahaman radikalisme dan ekstremisme
telah tumbuh subur mekar di rantau Asia Tenggara. Di mata pihak Barat, negara
2 Revolusi Perancis (1789 1799) merupakan satu tempoh peralihan politik dan
sosial dalam sejarah Perancis, daripada struktur kerajaan Perancis yang
bermonarki mutlak dengan sistem feudal yang memberikan keistimewaan bagi
golongan autokrat dan paderi Katolik, menjadi bentuk yang berasaskan prinsip
kesedaran terhadap nasionalisme, kewarganegaraan dan hak rakyat. Tempoh ini
berlaku ketika pemerintahan Raja louis XVI. Revolusioner Perancis menggunakan
cogan kata "Persamaan, Kebebasan, dan Persaudaraan". Perubahan ini turut
disertai dengan keganasan termasuk pembunuhan dan penindasan ketika
Tempoh Keganasan, dan peperangan yang melibatkan kuasa besar di Eropah.
3 Nihilisme atau Pergerakan Nihilist adalah sebuah gerakan di Rusia pada tahun
1860-an yang menolak semua pihak berkuasa. Ia berasal dari perkataan Latin,
yang bermaksud "apa-apa". Selepas pembunuhan Tsar Alexander II pada tahun
1881, nihilis dikenali di seluruh Eropah sebagai penyokong penggunaan
keganasan untuk membawa perubahan politik.
3

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Indonesia, Malaysia, Thailand, Filipina dan Singapura menjadi breeding ground kepada
kumpulan-kumpulan radikal dan ekstremis Islam.
Pada hari ini, agama Islam seringkali dikaitkan dengan keganasan dan pengganas.
Berdasarkan hujah yang dibincangkan di atas, dapat dilihat bahawa pengganas
sebenarnya

lahir

daripada

kumpulan-kumpulan

radikal

yang

kemudiaannya

berkembang menjadi ekstremis seterusnya bergerak secara militan dan menjadi


kumpulan pengganas. Kumpulan-kumpulan ini akan bergerak dalam pertubuhan yang
besar dan tersusun serta ahlinya terdiri daripada golongan- golongan professional,
sehingga sukar untuk mengesan kewujudan kumpulan tersebut dan aktiviti-aktiviti
mereka.4
Di dalam kertas kajian ini, penulis akan cuba merungkai perkaitan fahaman
radikalisme dan ekstremisme agama dengan terorisme di Asia Tenggara dan impaknya
terhadap keselamatan Malaysia. Bagi maksud tersebut, definisi latar belakang mengenai
perkembangan terorisme di Asia Tenggara dan Malaysia akan diperjelaskan di kertas
kajian ini. Di samping itu, kertas kajian ini juga akan turut menganalisis Pertubuhan
Jemaah Islamiyah (JI) sebagai sebuah kumpulan yang cukup aktif dalam melakukan
kegiatan keganasan dan dianggap sebagai kumpulan yang cukup berbahaya dan boleh
mengancam kestabilan di rantau Asia Tenggara. Akhir sekali, satu penelitian berkaitan
impak atau kesan kemunculan kumpulan pengganas terhadap Malaysia juga akan turut
dimuatkan di dalam kertas kajian ini.

2.0

Definisi Gerakan Ekstremis.


Gerakan ini terbentuk akibat daripada penularan kemunculan sikap atau tindakan
tidak puas hati sesetengah pihak terhadap sistem pemerintahan Kerajaan, yang mana
dianggap berat sebelah, tidak telus dan pelbagai lagi. Dari sebuah negara ke sebuah
negara yang lain, penularan gerakan ini saling mempengaruhi antara satu sama lain.

4 Patterson, J. Global Security and Insecurity: Responses to Terrorism and Other


Threat. Dlm Introducing Global Issues. Edisi ke-3. Lynne Rienner Publisher,
London. 2005
4

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Menurut Audrey Kurth Cronin (2009)5, terdapat empat jenis kumpulan ekstremis
atau pengganas di seluruh dunia. Mereka dikategorikan di bawah punca atau penyebab
(berdasarkan apa motif tindakan mereka). Kumpulan tersebut terdiri daripada kumpulan
sayap kiri keganasan, sayap kanan keganasan, keganasan berdasarkan perjuangan etnik
dan nasionalisme serta perjuangan berlandaskan menegakkan kebenaran keagamaan
(menjaga kesucian agama).6
Dalam hubungan ini, ahli teori Realis yang menyatakan bahawa negara sebagai
aktor terpenting mempunyai kuasa dalam mengawal atau menguasai keadaan dalaman
negara dan tindakan puak pelampau (termasuk pelampau agama) adalah tidak sah dari
segi undang-undang dan negara berhak menggunakan kekerasan terutama tindakan
ketenteraan ke atas golongan ini. Tindakan keganasan oleh pihak pelampau ini adalah
bertujuan untuk mencapai matlamat mengubah atau mengambil alih tampuk
pemerintahan sesebuah negara, dengan harapan bahawa negara akan mencapai
pembangunan dan kejayaan yang lebih cemerlang di bawah pemerintahan oleh pihak
pelampau yang berkenaan.
Pada hari ini, terutama selepas serangan 9/11 ke atas World Trade Centre di
Amerika Syarikat, gerakan puak pelampau agama diistilahkan sebagai new terrorism
atau satu bentuk keganasan yang baru yang berlandaskan kepada perjuangan jihad yang
menjanjikan balasan syurga.7 Perjuangan jihad ini yang dianggap kini sebagai tindakan
keganasan oleh pihak pelampau agama dipandang serius oleh negara-negara barat
seperti Amerika Syarikat, terutamanya selepas Presiden George W. Bush melancarkan
Global War on Terror bagi mengekang serangan puak-puak pelampau agama ke atas
Amerika Syarikat dan juga sekutunya.

3.0

Apa itu Radikalisme

5 Audrey Kurth Cronin merupakan seorang professor di US National war College


telah menulis buku How Terrorism Ends: Understanding the Decline and Demise
of Terrorist Campaigns yang secara ringkasnya berpandangan social calculations
are more determinative than political ones. Her analysis of how terrorism ends
indicates that it is seldom due to rational, political considerations, for example,
that negotiating with terrorists "very rarely" works since most "terrorist groups
choose not to negotiate at all." This aversion to compromise results because
"organizational survival overshadows the (stated) cause
6 Baylis, J, Smith, S & Owen, P. The Globalization of World Politics. Edisi ke-4.
Oxford University Press. 2008.
7 Ibid.
5

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Situasi ketidakadilan yang terjadi di seluruh dunia pada hari ini telah
memungkinkan munculnya gerakan radikal yang menggunakan aksi keganasan sebagai
alat kempen untuk mencapai tujuan kepentingan mereka. Perkataan radikal8 berasal dari
perkataan latin radix yang bermaksud akar dan digunakan di dalam bahasa Inggeris
sejak kurun ke-18 lagi.Bagi pengertian yang lebih luas lagi, perkataan radikal (adjektif)
adalah activist, fundamental, extreme, militant, fanatic, revolutionary, drastic, die hard,
way-out, yang diekspresikan dalam hal pendirian, sikap dan tindakan.
Pada umumnya, pendirian-sikap-tindakan yang bersifat radikal, ada kaitannya
dengan penghormatan terhadap sistem nilai yang dipegang oleh pihak tersebut.
Pengertian tersebut akan semakin jelas maknanya apabila disandingkan dengan kata
benda (noun), misalnya-Kristian radikal, atau Islam radikal, atau penganut ideologi
politik. Radikalisme, bukan suatu fenomena yang sukar untuk difahami, oleh kerana
secara semulajadi sifat-sifat dasarnya ada di dalam kehidupan individu, keluarga,
mahupun masyarakat. Menurut Omer Taspinar (2009).9 perlu disedari bahawa secara
teorinya, gerakan radikal mempunyai mass dan velocity, dengan daya centripetal dan
atau centrifugal, terhadap alam sekitar. Ringkasnya, ada kuasa (power) yang boleh
digunakan untuk mencapai suatu tujuan atau objektif.
Sesuai dengan sifat semulajadinya (activist, fundamentalist, extreme, militant,
fanatic, die-hard, way out), gerakan radikal adalah cenderung untuk bersikap tegas,
keras dan mempunyai unsur pemaksaan (coersive). Penghormatan terhadap sistem nilai
dilaksanakan dengan keras/tegas, setiap perkara perlu sesuai dengan norma yang
dipegang/dipercayai,

dan

mempunyai

badan

bertindak

untuk

melaksanakan

penghukuman (punishment).
Menurut Ermaya (2004)10 radikalisme adalah fahaman atau aliran radikal dalam
kehidupan politik yang menjurus kepada perubahan secara dasar dan prinsip. Secara
umumnya, radikalisme bermaksud suatu konsep atau semangat yang berupaya
mengadakan perubahan kehidupan politik secara menyeluruh tanpa mengambil kira
adanya peraturan-peraturan, undang-undang dan juga norma. Terdapat sarjana yang
8 Menurut Kamus Oxford Advanced Learners: radikal ialah (1) concerning the
most basic and important parts of something; (2) new, different and likely to
have a great effect; dan (3) in favour of thorough and complete political or social
change
9 Omar Taspinar. Fighting Radicalism, not Terrorism: Root Causes of an
International Actor Redefined. SAIS Review of International Affairs Vol. XXIX no. 2.
Washington. 2009
10 Ermaya Suradinata. Radikalisme dan Masa Depan Bangsa, Makalah Seminar
Nasional Masa Depan Bangsa dan Radikalisme Agama. Fakultas Ushuluddin, IAIN
Sunan Gunung Djati, Bandung. 17 Jun 2004
6

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

menganggap bahawa radikalisme adalah suatu fahaman liberalisme yang sangat maju
(Far Advanced Liberalism)11 dan ada pula yang memberi pergertian bahawa
radikalisme adalah sama dengan ekstremisme/fundamentalisme. Konsep radikalisme
selalu dikaitkan dengan sikap dan tindakan yang radikal, yang kemudian diterjemahkan
4.0

dalam bentuk kekerasan secara fizikal.


Konsep Terorisme
Terorisme merupakan satu konsep atau istilah yang kabur dan mempunyai
pelbagai makna. Istilah terorisme ini senantiasa berubah paradigmanya mengikut
peredaran

zaman

dan

pengertiannya

juga

bergantung

kepada

pihak

yang

mendefinisikannya. Maka, tidak hairanlah istilah terorisme ini dikatakan istilah yang
sulit untuk difahami dan sukar diselaraskan di peringkat universal. 12 Walaupun belum
ada kesepakatan pengertian terhadap istilah terorisme ini, hal ini tidaklah bermaksud
membiarkan aktiviti terorisme tanpa sebarang jangkauan hukum. Sejarah telah
membuktikan bahawasanya aktiviti membanteras terorisme bermula sejak pertengahan
abad ke-20 lagi.
Seperti yang diperkatakan tadi paradigma terorisme sentiasa berubah mengikut
zaman dan pihak yang mendefinisikannya. Pada tahun 1937 di bawah Convention for
The Prevention and Suppression of Terrorism, terorisme dikenali sebagai Crimes
against State. Paradigma terorisme ini kemudiaannya telah berubah pada tahun 1977
di bawah European Convention On The Suppression of Terrorism menjadi Crimes
against Humanity, bila mana orang awam telah menjadi korban dari aktiviti terorisme
ini.13 Von Clausewitz menyatakan bahawasanya tindakan kekerasan teroris adalah
berbeza dengan pelaku jenayah biasa seperti pembunuhan, rompakan, pembakaran dan
sebagainya. Tindakan teroris dilakukan di dalam frekuensi yang jauh lebih besar,
bertujuan untuk menakutkan dan menggerunkan mangsa.14 United Kingdom Terorisme
Act pula mendefinisikan terorisme sebagai penggunaan ancaman yang bertujuan untuk
mengembangkan ideologi agama dan politik pihak tertentu.15 Terorisme atau keganasan
boleh bertitik tolak daripada pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, untuk perbincangan
11 Menurut Wver (1995) dalam bukunya Securitization and Desecuritization - Advanced liberalism gives a
new content to security. Whereas in IR-theory security is defined as a game of war where the death of the other
enables the self to live, advanced liberalism establishes a security relation between the self and other that is not
based upon the logic of war but is mediated by the objective of freedom

12 Alex P. Schmid. The Definition of Terrorism, The Routledge handbook of


Terrorism Research Routledge. 2011, Hlmn 39.
13 Indriyanto Seno Adji. Terorisme Dalam Perspektif Hukum Jenayah: Tragedi Umat Manusia, Jakarta:
O.C. Kaligis & Associates. 2012, Hlmn 50.

14 Von Clausewitz. On War Princeton, NJ: Princeton University Press. 1976.


7

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

di dalam penulisan ini agama dijadikan sebagai faktor kepada aktiviti terorisme atau
keganasan.
Semasa era Perang Dingin, Soviet Union yang berfahaman Komunisme
merupakan musuh Amerika Syarikat yang utama. Selepas kejatuhan Soviet Union pada
tahun 1989, kebangkitan orang Islam dan ideologi agama Islam itu sendiri telah
menjadi ancaman baru kepada Amerika Syarikat. Titik tolak permusuhan dan persepsi
Islam merupakan ancaman keselamatan kepada AS ialah selepas berlakunya peristiwa
11 September 2001 yang menyaksikan kemusnahan World Trade Centre (WTC) dan
sebahagian bangunan pertahanan Pentagon. Amerika Syarikat menilai bahawasanya
pengamalan Islam adalah bersifat monolicthic. Orang Islam dikatakan anti-barat
sehingga mewujudkan imej radikal dan militan seperti yang dimiliki oleh kumpulan AlQaeda. Maka, tidak hairanlah AS melancarkan kempen Perang Global Menangani
Keganasan atau Global War Against Terror (GWAT) yang bukan sahaja
berfokuskan penghapusan pergerakan militan Islam seperti Al-Qaeda malahan turut
mempromosikan demokrasi di kalangan negara-negara Islam. Sikap radikal dan
ekstremis dianggap sebagai penyumbang utama kepada wujudnya pergerakan terorisme
agama melalui militan.16
Isu terorisme kerap kali dilemparkan oleh pihak barat terhadap umat islam.
Agama islam yang dikenali sebagai selamat dan sejahtera sering kali dikecam oleh
pihak barat yang menganggap agama ini mengajar umatnya kepada keganasan sekali
gus memberi persepsi negatif kepada orang islam khususnya. Faktor utama masyarakat
islam dituduh disebabkan munculnya kumpulan-kumpulan pengganas di kawasan yang
berpendudukan majoriti Islam, termasuk di Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei
Darussalam, Malaysia, Selatan Thailand dan Filipina. Namun demikian kemunculan
kumpulan-kumpulan ini tidak boleh menjadi pemikiran asas untuk mengatakan bahawa
Islam dan seluruh umatnya mendukung aktiviti keganasan untuk mencapai objektif
tertentu. Ini disebabkan ajaran Islam sendiri mengajar umatnya agar sentiasa berkasih
sayang dan hidup dalam keadaan harmoni selaras dengan maksud Islam itu sendiri yang
memberi makna selamat atau sejahtera.17 Maka, makalah ini akan membincang atau
15 Kamarul Nizam Abdullah. Keselamatan Nasional Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia. 2012, Hlmn 124.
16 Ibid. Hlmn 115-124.
17 Ismail Bakar, Wan Kamal Mujani, Ezad Azraai Jamsari & Mohammad Zulfadlee.
Gerakan Terorisme Di dunia Islam: Kajian Terhadap Kemunculan Jemaah Islamiyah Dan
Kesannya Di Malaysia, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia. 2012, Hlmn 1-2.

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

mengupas aktiviti keganasan yang melibatkan agama di kawasan Asia Tenggara dan
kesannya terhadap keselamatan negara Malaysia.

5.0

Latar Belakang Terorisme di Asia Tenggara


Gerakan pengganas yang dikaitkan dengan perjuangan Islam ini merupakan
gejala atau isu yang berkait rapat dengan geopolitik global. Asas dan punca kepada
gerakan aktiviti keganasan di Asia Tenggara ini bermula daripada situasi yang berlaku
di Afghanistan pada Disember 1989 hingga Februari 1989. 18 Ketika perang jihad
menentang Kesatuan Soviet, pejuang-pejuang dari seluruh dunia khususnya di kalangan
negara-negara Islam ramai yang menyumbang dan mempertaruhkan nyawa mereka di
situ. Mereka bukan saja digalakkan oleh sebilangan besar negara-negara Islam tetapi
turut dibantu oleh Amerika Syarikat, United Kingdom dan China yang mahu
menghalang kemaraan Soviet ketika itu. Di antara mereka yang turut mendapat latihan
berjuang di Afghanistan ialah terdiri daripada mereka di kalangan mujahiddin dari Asia
Tenggara meliputi negara-negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan
Filipina.
Namun begitu, di sebalik bantuan para mujahiddin dari Asia Tenggara, terdapat
juga kumpulan-kumpulan mujahiddin dari Timur Tengah, Asia Barat dan kumpulan
mujahiddin Afghanistan sendiri yang telah sedia ada berjuang menentang Kesatuan
Soviet. Terdapat sebilangan besar kumpulan mujahiddin di Afghanistan namun, antara
yang paling berpengaruh ialah Jamaati Islami dan Hizbi Islami. 19 Kedua-dua kumpulan
ini masing-masing bersaing di antara satu sama lain. Selain daripada itu, terdapat juga
kumpulan-kumpulan lain yang bergerak secara berasingan di antaranya ialah Al-Qaeda
dan Taliban.
Pada peringkat awal di Asia Tenggara, sememangnya wujud kumpulan-kumpulan
Islam militan yang berjuang mengikut perjuangan mereka sendiri di mana rata-ratanya
lebih tertumpu kepada gerakan pemisahan dan penentangan ke atas kerajaan sedia ada.

18 Harrison, Selig, Cordovez, Diego. Out of Afghanistan: The Inside Story of the
Soviet withdrawal. New York: Oxford University Press. 1995.
19 Pike, John. Hizb-i Islaim. Intelligence Resource Program. Federation of
American Scientists. 1998.
9

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Umpamanya di Thailand, Indonesia dan Filipina. Tetapi di Malaysia dan Singapura


tidak timbul kumpulan militan yang melibatkan perjuangan pembebasan namun masih
ada segelintir yang wujud disebabkan perjuangan atas kepentingan individu. Di Selatan
Thailand, perjuangan di kalangan masyarakat Islam yang menuntut pemisahan daripada
Kerajaan Thailand telah lama berlaku. Situasi yang berterusan telah menghasilkan
perjuangan yang semakin ekstrem seterusnya menghasilkan kumpulan-kumpulan
bersenjata. Antara nama-nama kumpulan pejuang Islam yang sinonim dengan gerakan
pemisahan di Selatan Thailand ialah Patani United Liberation Organization (PULO),
Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Gerakan Mujahiddin Patani (GMP). 20 Keadaan
yang hampir serupa juga berlaku di Selatan Filipina. Penentangan asal kumpulan
militan Islam adalah daripada Moro National Liberation Front (MNLF) yang kemudian
berpecah kepada Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Abu Sayyaf. Setelah
kumpulan-kumpulan pemisah ini berpecah dan membawa haluan masing-masing,
kumpulan Abu Sayyaf dikatakan telah menjalankan aktiviti yang lebih ekstrem
sehingga dikaitkan dengan rangkaian Al-Qaeda.21
Bagi di Indonesia pula, kumpulan-kumpulan militan terdiri daripada radikal Islam
lebih diberi tumpuan. Ini kerana di Indonesia sememangnya telah wujud sejarah
bahawa kumpulan-kumpulan militan ini berjuang untuk penubuhan sebuah negara
Islam. Di antara kumpulan paling terkenal pada era pemerintahan Sukarno ialah Darul
Islam/Tentera Islam Indonesia (DI/TII) dan juga Hizbullah. Walaupun kumpulan ini
kemudiannya dibubarkan, tetapi perjuangannya diwariskan oleh militan generasi
seterusnya dengan menggunakan nama Negara Islam Indonesia (NII). Daripada
merekalah kemudiannya muncul Jemaah Islamiah (JI).22
Kebangkitan militan-militan Islam dan keganasan di Asia Tenggara telah menjadi
pemangkin kepada kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan di negara-negara Asia
Tenggara untuk meneruskan perjuangan mereka. Secara tradisinya, hubungan satu sama
lain di antara kumpulan-kumpulan ini agak lemah, dan hanya beroperasi di negara
mereka sendiri serta hanya memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan seperti
menggalakkan penggunaan undang-undang Islam (Syariah) dan menuntut kemerdekaan
daripada kawalan kerajaan pusat. Kemunculan gerakan Islam radikal secara aktif di
Asia Tenggara pada tahun 1990-an dapat dikesan daripada penggabungan beberapa
20 Abuza, Zachary. Militant Islam in Southeast Asia: Crucible of Terror. Boulder, CO: Lynne Rienner. 2003.
21 Abuza, Zachary. Balik-Terrorism:The Return Of The Abu Sayyaf. US Army Strategic Studies Institute. 2005.
22 Mahatma Hadhi, Rizky Argama, Shinta Rishanty,Taufik Hidayat. Negara Islam Indonesia:Fakta Sejarah
Dan Perkembangannya. Fakultas Hukum Universitas Indonesia. 2005.

10

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

fenomena. Antara faktor kemunculan aktiviti keganasan ialah reaksi kepada globalisasi
iaitu sikap anti Amerika Syarikat dan Barat, kecewa dengan penindasan kerajaan
sekular, keinginan untuk mewujudkan negara Islam Asia Tenggara, reaksi kepada
penjajahan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, dan peranan pejuang veteran
yang pernah berjuang di Afghanistan.
Kemuncak kepada bermulanya aktiviti agresif kumpulan militan di Asia Tenggara
apabila Amerika Syarikat melancarkan kempen Global War On Terror ekoran
tercetusnya serangan ke atas World Trade Center pada 11 September 2001. Berang
dengan kempen tersebut, kumpulan militan di Asia Tenggara dilihat seolah-olah
mencabar kempen tersebut sehingga tercetusnya insiden bom Bali yang didalangi oleh
kumpulan Jemaah Islamiah pada 12 Oktober 2002. Insiden tersebut telah
mengorbankan 202 individu dan mencederakan 240 yang lain di mana rata-rata mangsa
merupakan warga asing.23 Sejak daripada insiden tersebut, Amerika Syarikat dan
negara-negara Barat mula memberikan tumpuan khusus kepada Asia Tenggara
seterusnya meletakkan rantau tersebut sebagai second front dalam kempen anti
keganasan.24

6.0

Latar Belakang Gerakan Terorisme di Malaysia


Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan ancaman terorisme yang pertama di
Malaysia di mana gerakan kumpulan tersebut bermula selepas zaman pendudukan
Jepun pada tahun 1945 hingga pertengahan tahun 1990-an. Ancaman terrorisme di
Malaysia menerusi gerakan radikal Islam juga bukanlah suatu perkara yang baru. Sejak
tahun 1960-an hingga awal tahun 2000 beberapa kumpulan radikal Islam telah dikenal
pasti bergerak secara sulit ke arah untuk menggulingkan kerajaan dan merampas kuasa
secara kekerasan senjata. Antara kumpulan-kumpulan radikal yang dimaksudkan adalah
seperti berikut:
i.

Kumpulan Tentera Sabilullah

23 David Royds, Simon W. Lewis, Amelia M. Taylor. A case study in forensic chemistry: The Bali bombings.
Australian Federal Police Forensic Service, School of Biological and Chemical Sciences, Deakin University,
Australia. 2005.
24 Amitav Acharya dan Arabinda Acharya. The Myth of the Second Front: Localizing the War on Terror in
Southeast Asia. The Center for Strategic and International Studies and the Massachusetts Institute of Technology
: The Washington Quarterly. 2007.

11

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Bergerak pada tahun 1960-an hingga 1970-an. Berpunca daripada salah faham
ii.

berhubung tindakan protes oleh peniaga Pulau Pinang.


Golongan Rohaniah
Wujud pada tahun 1971 namun pada Februari 1978, 11 orang pemimpin utama

iii.

telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960.


Kumpulan Mohd Nasir Ismail
Objektif utama kumpulan ini untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam.
Pada 16 Oktober 1980, kumpulan ini telah bertindak menyerang Balai Polis Batu
Pahat dengan pedang sehingga mencederakan 17 orang anggota polis dan 2 orang
awam. Akibatnya 8 orang ahli kumpulan ditembak mati, 6 cedera dan baki

iv.

ditangkap di bawah AKDN.


Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia
Wujud pada tahun 1974 bertujuan untuk menggulingkan kerajaan dan
menubuhkan kerajaan Islam serta menghapuskan Sistem Pemerintahan Beraja.

v.

Kumpulan Revolusi Islam Ibrahim Libya


Pada 19 November 1985 telah berlaku Peristiwa Memali yang mengakibatkan 14
orang pengikut termasuk Ibrahim Libya terbunuh, 14 cedera, 4 orang anggota
polis terkorban dan 23 cedera. Seramai 166 anggota kumpulan ini telah

vi.

ditangkap.
Kumpulan Jundullah
Pada 29 Ogos 1987, kumpulan telah menjalani latihan kemahiran ketenteraan
bertujuan untuk mengulingkan kerajaan dengan kekerasan dan menubuhkan
kerajaan Islam, namun telah berjaya ditumpaskan dalam Ops Lalang pada

vii.

Oktober 1987.
Kumpulan Mujahiddin Kedah (KMK)
Kumpulan ini berhasrat untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dengan
menanam semangat jihad dan mati syahid. Pada 5 Jun 1988, mereka telah
bertindak membakar tapak semarak di Sik, Kedah. Ekoran itu, pada Mei 1989, 23

viii.

anasir ditangkap dibawah AKDN dan 18 orang menyerah diri.


Kumpulan Perjuangan Islam Perak (KPI)
Wujud pada tahun 1988 bertujuan untuk menggulingkan Kerajaan dan seterusnya

ix.

menubuhkan Kerajaan Islam.


Kumpulan Al-Maunah
Berpunca daripada seni mempertahankan diri namun berubah perjuangan kepada
hasrat untuk menukar pemerintahan Malaysia kepada pemerintahan Islam. Pada 2
Julai 2000, kumpulan ini telah merompak senjata, peluru dan alat perhubungan di
Pos Tentera KM 19, Lebuhraya Timur-Barat dan Batalion 304 Infrantri, Grik dan

12

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

bersembunyi di Bukit Jenalik Sauk, Perak. Kumpulan ini turut membunuh


x.

beberapa orang anggota keselamatan Malaysia.


Kumpulan Militan Malaysia (KMM)
Kumpulan radikal ini sangat aktif merekrut golongan muda terutama pelajar
untuk menyertai mereka. Ditubuhkan pada 1996 oleh penyokong Parti Islam
SeMalaysia (PAS) yang pernah berjuang menentang Kesatuan Soviet di
Afghanistan. Pada tahun 2001, pihak polis telah mengenal pasti bahawa insiden
pembunuhan Dr. Joe Fernandez, ADUN Lunas, serangan di Balai Polis Guar
Chempedak, Kedah dan rompakan di Southern Bank, Petaling Jaya mempunyai
kaitan dengan kumpulan ini. Kumpulan ini juga bertanggungjawab terhadap
pembakaran tapak semarak di Sik, Kedah pada 5 Jun 1988. Lanjutan dari itu,
pihak Polis telah melancarkan operasi besar-besaran pada November 2001 dan

xi.

menangkap 25 orang anggota KMM.


Kumpulan Jemaah Islamiah (JI)
Mula dikesan di Malaysia selepas penangkapan ke atas Yazid Sufaat di Bukit
Kayu Hitam, Kedah. Beliau merupakan seorang graduan dalam bidang bio-kimia
dari California State University pada 9 Disember 2001. Pada tahun 2003, seramai
6 orang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dikesan
terlibat dalam JI dan pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan. Selain
itu turut dikesan ialah penglibatan Dr. Azahari Husin dalam menganjurkan kursus
membuat bom di Gombak. Dr. Azahari dikatakan seorang pakar bom dan pernah
menjalani latihan membuat bom di Afghanistan. Dr. Azhari Husin juga telah
disenaraikan sebagai orang yang amat dikehendaki di negara ini dan juga di
Indonesia. Kewujudan JI di Malaysia adalah bertujuan untuk menggulingkan
kerajaan melalui kekerasan bersenjata. Kumpulan JI juga dikatakan mempunyai
hubungan dengan kumpulan militan dari Indonesia, Al-Qaeda, Kumpulan Abu
Sayyaf (ASG) dan MILF. Ancaman dari kumpulan ini dapat dilumpuhkan oleh
PDRM menerusi operasi yang dijalankan pada Mei 2001 namun serpihan anggota
kumpulan ini masih diburu sehingga kini.

7.0

Analisis: Gerakan Jemaah Islamiah (JI) di Malaysia


Penubuhan kumpulan Jemaah Islamiah di Malaysia dapat dikaitkan dengan
Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir, dua pemimpin kanan Darul Islam (DI) yang
13

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

menyusup masuk ke Malaysia pada April 1985. Mereka telah menjadikan Kuala Pilah,
Negeri Sembilan sebagai pusat aktiviti kerana wujudnya kumpulan fahaman Wahabi di
Surau Ittibah As Sunnah di Kampung Parit, Kuala Pilah yang selari dengan fahaman
Wahabi yang diamalkan kumpulan DI. Krisis dalaman DI yang berlaku pada April 1993
menyebabkan Abdullah Sungkar dan Abu Bakar Bashir membubarkan DI di Malaysia
dan menubuhkan Jemaah Islamiah (JI) dengan membentuk organisasi yang lebih
tersusun. Matlamat penubuhannya adalah sama iaitu untuk menubuhkan sebuah Negara
Islam Nusantara merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Selatan Filipina
secara kekerasan atau jihad perang.
Pada tahun 1993, Abdullah Sungkar telah mengasaskan penubuhan Sekolah
Luqmanul Hakiem di Ulu Tiram, Johor yang bertujuan untuk melahirkan barisan
pelapis JI. Selain itu, mereka juga turut merekrut beberapa pensyarah kanan Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa rakyat Singapura untuk menganggotai
kumpulan militan ini. Selain di Negeri Sembilan dan Johor, JI turut memperluaskan
pengaruhnya di Selangor, Perak, Pahang dan Sabah. Struktur JI diperingkat rantau Asia
Tenggara adalah seperti berikut:
i.

Mantiqi I (Ulla)
Meliputi negara Malaysia, Thailand dan Singapura yang dijadikan sebagai

ii.

wilayah ekonomi untuk mengutip dana;


Mantiqi II (Thalith)
Meliputi Selatan Filipina sebagai pusat untuk latihan ketenteraan dan
persenjataan; dan

iii.

Mantiqi III (Thani)


Meliputi Indonesia sebagai wilayah peperangan.

7.1Hubungan JI Dengan Al-Qaeda


Hubungan pemimpin-pemimpin kanan JI dengan Al-Qaeda telah terjalin
sejak penghujung tahun 1980-an lagi apabila JI menghantar gerila-gerilanya
menjalani latihan ketenteraan di kem-kem milik Al-Qaeda di Afghanistan. Selain
daripada itu, perjuangan yang digerakkan oleh JI turut dikatakan mendapat dana
daripada Al-Qaeda. Beberapa pegawai Amerika Syarikat dan pakar-pakar
keganasan merujuk kepada JI sebagai sayap Al-Qaeda di Asia Tenggara dan
berkata kumpulan itu mampu menjejaskan kepentingan Amerika Syarikat di
rantau Asia Tenggara. Pakar-pakar lain turut berhujah kedua-dua kumpulan
14

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

pengganas ini tidak berkait rapat dan mendakwa bahawa matlamat serantau JI
tidak sepadan dengan aspirasi global Al-Qaeda. Abu Bakar Bashir dalam
kenyataannya menafikan kumpulan itu mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda,
tetapi telah menyatakan sokongan kepada Osama bin Laden. Namun begitu,
operatif Al-Qaeda yang ditahan di Indonesia melaporkan bahawa Abu Bakar
Bashir telah terlibat secara langsung dalam plot Al-Qaeda.
Sekurang-kurangnya, beberapa individu telah dikaitkan dengan kedua-dua
kumpulan tersebut. Sebagai contoh, Hambali yang merupakan pemimpin JI yang
kini ditahan di Guantanamo Bay dianggap individu paling rapat dengan AlQaeda. Dia didakwa telah terlibat dalam beberapa serangan pengganas dan plot di
rantau Asia Tenggara. Sesetengah pakar mengatakan dia mungkin telah
mengagihkan beberapa tanggungjawab operasi ketika dia sedang diburu oleh
pihak Indonesia dan pihak keselamatan negara lain. Beberapa penyiasat Amerika
Syarikat juga mendedahkan individu-individu lain yang disyaki mempunyai
hubungan antara JI dan Al-Qaeda mendakwa pernah mengadakan lawatan dan
berjumpa dengan Osama bin Laden di Afghanistan pada tahun 1997. JI juga
didakwa telah memanupulasi fatwa Osama bin Laden yang dikeluarkan pada
tahun 1996 dan 1998 yang menyeru agar kepentingan Amerika Syarikat dan
Israel di seluruh dunia disabotaj dan diserang tanpa membezakan samada sasaran
tersebut sasaran tentera atau orang awam.
7.2

Ideologi JI
Seperti yang dijelaskan dalam Pedoman Umum Perjuangan Jemaah
Islamiah (PUPJI)25, ideologi JI antaranya adalah:
i.

Menegakkan Islam dengan murni dan kaffah (menyeluruh) mengikut

ii.

fahaman Salafus As-Soleh dalam hal aqidah, ibadah mahupun sistem hidup.
Menegakkan Islam dengan jalan-jalan iman, dakwah, hijrah dan jihad
dengan dimulai pembentukan Jemaah Islam, negara Islam seterusnya

iii.

Khalifah Islam.
Memegang prinsip Al-Wala wal Bara iaitu taat kepada pemimpin JI dan
fahaman mereka serta menolak musuh (orang Islam mahupun bukan Islam)
yang berlainan fahaman dengan mereka.

25 PUPJI yang ditulis pada 1990an telah menggariskan 10 prinsip theology, 4 daripadanya merupakan sangat penting dan
sangat berkaitan dengan perjuangan dan ideology JI. Prinsip-prinsip yang dinyatakan adaalh seperti berikut (4) kembali
kepada pemerintahan khalifah, (5) iman, hijrah dan jihad, (7) kesetiaan dan tidak setia, (10) Islam in totality

15

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

iv.

Fahaman ini adalah mirip dengan fahaman Wahabi iaitu perbezaan


hanyalah dalam amalan prinsip Al-Wala wal Bara.

Fahaman Salafus As-Soleh merujuk kepada sumber hukum bermula dari zaman
Rasullullah hingga kurun ketiga selepas Baginda wafat. Ajaran lain selepas itu
dianggap contemporary dan tidak boleh diterima kerana bertentangan dengan
syariah Islam.
7.3Pembentukan Minda
Anggota JI yang menganggotai kumpulan tersebut boleh dibahagikan
kepada tiga kategori berikut:
i.

Mereka yang tidak memiliki pendidikan agama asas dan tidak menghayati

ii.

cara Islam yang betul.


Mereka yang mempunyai pendidikan agama tetapi tidak berpuas hati

iii.

dengan penindasan Islam di serata dunia.


Mereka yang dari kecil lagi didedahkan dengan fahaman Salafus As-Soleh
melalui pendidikan agama di pesantren Indonesia ataupun sekolah pondok
samada di Pakistan dan Malaysia (Sekolah Luqmanul Hakiem).

Konsep menegakkan Islam mengikut fahaman JI adalah negara-negara Islam


yang sebenar belum wujud kerana walaupun sebuah negara itu diperintah oleh
orang

yang

beragama

Islam,

tetapi

semua

pengaturan,

pentadbiran,

kemasyarakatan dan lain-lainnya adalah masih sekular dan bercampur-baur. JI


menolak perlembagaan Malaysia yang dianggap warisan dari British dan menolak
sistem demokrasi. Mereka juga bertanggapan Malaysia bukan sebuah negara
Islam dan orang bukan Islam di negara ini pula dianggap sebagai kafir harbi dan
wajib diperangi. Oleh itu, kumpulan ini bertekad untuk menegakkan sebuah
pemerintahan Islam total di negara ini melalui dakwah dan jihad peperangan.
7.4

Latihan Ketenteraan
Sebagai persediaan untuk melancarkan perang jihad bagi merealisasikan
Negara Islam Nusantara, kumpulan JI telah menganjurkan siri latihan ketenteraan
untuk anggota-anggotanya samada di dalam mahupun di luar negara. Latihan ini

16

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

diadakan sebagai persiapan mental dan fizikal angota-anggotanya sebelum


dihantar berjihad di medan perang.
Selain daripada menjalani latihan ala ketenteraan di Malaysia, kumpulan JI
turut menghantar anggotanya menjalani latihan ketenteraan di Selatan Filipina
dan Afghanistan. Anggota JI dari Malaysia, Indonesia dan Singapura dihantar
menjalani latihan ketenteraan di Kem Hudaibiah milik Moro Islamic Liberation
Front (MILF) antara dua bulan hingga dua tahun dengan didedahkan kepada
latihan menggunakan senjatapi M16 dan pistol, taktik peperangan dan
mempelajari cara-cara merakit bom. Manakala di Afghanistan pula, anggota JI
menjalani latihan di kem-kem milik Al-Qaeda dan turut didedahkan dengan
latihan yang sama di bawah kendalian jurulatih Al-Qaeda.
Selain Selatan Filipina dan Afghanistan, kumpulan JI turut menghantar
anggotanya menimba pengalaman berjihad di Ambon dan Kepulauan Maluku,
Indonesia. Penghantaraan anggota-anggota JI ke Ambon dan Kepulauan Maluku
adalah untuk merasai suasana peperangan yang sebenar dan sebagai persiapan
berjihad di Malaysia pada masa hadapan.
7.5

Rancangan Sabotaj di Malaysia


Selain daripada rancangan sabotaj di luar negara, terdapat sebilangan
anggota JI turut merancang melakukan tindakan sabotaj di Malaysia dan
Singapura bagi membalas dendam di atas penangkapan anggota-anggota JI.
Antara

sasaran

tindakan-tindakan

sabotaj

yang

telah

dirancang

untuk

dilaksanakan adalah seperti berikut:


i.
ii.
iii.
iv.
v.

Saluran paip air yang menghubungkan Johor Bahru ke Singapura;


Serangan bom kenderaan ke atas Pusat Imigresen Woodland Singapura;
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman;
Rangkaian Restoran Mcdonalds, KFC dan Pizza Hut di Lembah Klang; dan
Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur;
Selain itu juga, pada malam 31 Disember 1999 (Y2K) dua anggota JI telah

meletakkan 6 batang bom paip di dalam tong sampah sekitar pusat hiburan di
Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur. Namun, keenam-enam bom paip tersebut
tidak meletup kerana adunan bahan-bahan kimia terdedah pada hujan.26
26 Sumber maklumat diperolehi daripada Jabatan Pasukan Petugas Khas
(Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
17

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

8.0

Kesan/Impak Aktiviti JI Terhadap Malaysia


Aktiviti-aktiviti JI di rantau Asia Tenggara sedikit sebanyak telah memberi kesan
kepada semua negara serantau termasuk Malaysia. Malahan, penglibatan ahli JI dari
Malaysia turut mempengaruhi situasi serta memeberi kesan terhadap Malaysia
khususnya dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Kerajaan Malaysia sentiasa
memantau pergerakan JI agar tidak menggugat keharmonian dan kestabilan Malaysia
yang menjadi negara utama di rantau ini. Langkah-langkah awal yang diambil oleh
pihak keselamatan Malaysia berjaya memastikan keadaan di negara ini sentiasa dalam
keadaan terkawal dan tidak diganggu oleh ancaman militan bertaraf antarabangsa.
Walau bagaimanapun, penglibatan JI khususnya dalam aktiviti keganasan yang
berlaku di Asia Tenggara seperti Indonesia, turut memberi kesan kepada Malaysia. Hal
ini disebabkan oleh sasaran JI terhadap kepentingan Barat di Indonesia seperti Amerika
Syarikat turut boleh berlaku di Malaysia. Justeru itu, pencegahan awal dilakukan oleh
pihak keselamatan Malaysia melalui kerjasama dari sudut perkongsian maklumat,
risikan, logistik dan tindakan.
8.1

Kesan Terhadap Aspek Politik


Pengaruh Jemaah Islamiyah turut memberi kesan terhadap keutuhan dan
kestabilan politik Malaysia. Walaupun penglibatan Jemaah Islamiyah di rantau
Asia Tenggara tidak mendatangkan ancaman besar kepada kekuatan politik
Negara, namun Malaysia telah dikenali sebagai antara Negara yang menjadi
pengkalan kumpulan pengganas ini.
Hal ini terbukti pada tahun 1999, apabila Abu Bakar Baasyir mengadakan
pertemuan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi mewujudkan
Rabiatah al-Mujahidin (RM).27 RM merupakan gabungan kelompok pemisah
yang berasal daripada Filipina, Indonesia, Malaysia, Myanmar dan Thailand. 28
Rentetan peristiwa tersebut telah menyebabkan nama Malaysia tercemar akibat
tuduhan-tuduhan palsu dan tidak bertanggungjawab dari pihak barat. Malah, ada
usaha dari pihak barat khususnya Amerika Syarikat untuk campurtangan dalam

27 ICG Asia Report, no. 43, 11 Disember 2002


28 KMM, Gerakan Aceh Merdeka (GAM), Republik Islam Aceh, MILF, Arakan
Rohingya Nationalist Organisation (ARNO) dari Myanmar, The Pattani United
Liberation Organisation (PULO) dari selatan Thailand.
18

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

keadaan politik semasa di rantau ini termasuk di Malaysia. Misalnya, Amerika


Syarikat yang berhasrat untuk meletakkan kekuatan tentera laut di Selat Melaka
kononnya sebagai langkah untuk mengatasi ancaman pihak pengganas seperti
Jemaah Islamiyah. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia dan Indonesia
bertindak bijak dengan menolak campur tangan tersebut yang dilihat cuba untuk
melanggar kedaulatan Negara-negara Asia Tenggara.
Selain itu, kestabilan politik di Malaysia turut diancam dengan kemunculan
pelbagai kumpulan pengganas seperti Al Maunah dan Kumpulan Mujahidin
Malaysia (KMM) yang mempunyai rangkaian dan hubungan ideologi dengan JI.
Matlamat yang sama iaitu untuk menubuhkan kerajaan Islam mencakupi
sebahagian besar negara di Asia Tenggara telah menjadi faktor utama kumpulankumpulan ini berjuang untuk menumbangkan kerajaan yang sah. Justeru, langkah
awal seperti penangkapan beberapa suspek utama yang mempunyai kaitan dengan
JI dan aktiviti keganasan. Penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) ini berjaya mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Langkah
ini diambil oleh pihak keselamatan sebagai inisiatif berjaga-jaga terhadap
sebarang ancaman yang boleh menggugat kestabilan politik negara.
8.2

Kesan Terhadap Aspek Ekonomi


Ekonomi Malaysia turut menerima kesan daripada aktiviti keganasan JI.
Sekitar awal abad ke-21, Malaysia yang baru pulih daripada kemelut ekonomi
dunia telah berusaha untuk menarik pelabur asing bagi menjana peningkatan
sumber ekonomi negara. Walau bagaimanapun, peristiwa 11 September 2001 dan
beberapa kejadian pengeboman di rantau Asia Tenggara khususnya di Indonesia
turut memberi kesan sampingan kepada ekonomi Malaysia. Situasi ini
menyebabkan pelabur dari negara luar khususnya dari barat tidak begitu berminat
untuk melabur di kawasan Asia Tenggara. Mereka bimbang akan kepentingan
mereka sekiranya diserang oleh JI yang akan menyebabkan kerugian yang cukup
besar seperti mana pengeboman Hotel J.W Marriot di Jakarta.
Faktor keselamatan cukup penting bagi menjamin kedatangan pelabur dari
luar untuk menanam modal dan menyediakan peluang pekerjaan. Sekiranya
negara tidak selamat kerana diancam oleh pengganas dan kepentingan pelaburpelabur tidak dijaga, tidak diberikan jaminan keselamatan, hal ini boleh
menyebabkan pelabur-pelabur tersebut akan menarik balik modal mereka dan
19

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

melabur di tempat lain. Perkara ini amat merugikan negara dan menjadi faktor
kepada kelembapan ekonomi semasa. Justeru, kerajaan Malaysia telah mengambil
langkah drastik untuk menangani masalah ini. Misalnya, dengan menangkap
suspek-suspek pengganas dan mengharamkan kumpulan pengganas ini di
Malaysia.
Selain itu, tunjang pemerintahan juga memainkan peranan penting dalam
menjaga kestabilan ekonomi negara. Kebijaksanaan pemerintah dalam usaha
untuk menyakinkan para pelabur dari negara luar bahawa negara kita selamat
untuk dijadikan medan perniagaan dan perdagangan adalah sangat penting dan
wajar diberi pujian. Kesungguhan pihak kerajaan ini secara tidak langsung telah
mendapat sokongan daripada komuniti rakyat agar bersama-sama mencegah
sebarang ancaman keganasan yang berlaku di Malaysia.
8.3

Kesan Terhadap Aspek Sosial


Gerakan Islam yang muncul telah memainkan peranan yang penting dalam
mencetuskan perubahan dari aspek sosial. Terdapat kemunculan gerakan Islam
yang membangunkan Islam tidak mengikut acuan yang sepatutnya seperti
gerakan JI ini. Persefahaman dan idealogi yang sepatutnya dijadikan penghubung
antara gerakan dan masyarakat bertukar menjadi perbalahan serta keganasan yang
dengan sendirinya melemahkan Islam.
Pertembungan yang berlaku sedikit sebanyak telah menimbulkan kesan
yang buruk terhadap idealogi Islam dan umatnya. Masyarakat semakin kabur
dengan matlamat sebenar gerakan Islam. Hal ini lebih membimbangkan kerana
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan
agama. Justeru itu, kemunculan JI yang mempunyai kaitan dengan Kumpulan
Militan Malaysia (KMM)29 telah mempengaruhi pengamatan sosial di negara
Malaysia. Kumpulan JI ini akan melemahkan keamanan dan keharmonian antara
kaum di Malaysia, yang telah kita nikmati selama ini selepas berlakunya tragedi
13 Mei 1969.

29 KMM bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara Islam menerusi


keganasan
20

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Selain itu, insiden pengeboman Bali30 yang dilakukan oleh kumpulan


Jemaah Islamiyah telah menyebabkan masyarakat bukan Islam di dalam negara
seperti kaum kristian merasa curiga terhadap perjuangan agama Islam yang
dilakukan oleh kumpulan ini. Justeru itu, keganasan atas nama agama akan
memberi kesan terhadap kestabilan hubungan antara agama dan kaum.
Manakala, gejala terorisme ini juga telah turut mempengaruhi kumpulan
pelajar Malaysia di luar negeri. Pada tahun 1980an kerajaan mendapati bahawa
ramai pelajar yang dihantar untuk belajar di luar telah menyertai kumpulan Islam
di sana. Bilangan pelajar yang menyertai kumpulan ini semakin meningkat setiap
tahun dan hal ini telah memaksa kerajaan untuk mengambil langkah drastik bagi
membendung masalah ini. Kerajaan bimbang jika pelajar-pelajar ini pulang ke
Malaysia, mereka akan menyebarkan ajaran ekstremis agama yang bertentangan
dengan agama Islam yang diamalkan di Malaysia. Oleh itu, kerajaan telah
mengambil keputusan untuk menarik balik biasiswa yang diberi kepada pelajar
yang terlibat dengan kumpulan ekstremis serta mereka akan dikenakan tindakan
tatatertib keras bagi membendung daripada masalah ini terus merebak.31
8.4

Kesan Terhadap Aspek Perundangan


Keberkesanan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 dikenali sebagai ISA32
(Internal Security Act) dalam mencegah dan mengawal ancaman gerakan Jemaah
Islamiyah telah memberi kesan terhadap aspek perundangan di Malaysia.
Beberapa penangkapan ahli JI telah berjaya dilakukan dan di letakkan di bawah
penguatkuasaan ISA termasuk penangkapan Mas Selamat iaitu pemimpin JI
Singapura. Penahanan Mas Selamat di bawah Akta ini telah disahkan sendiri oleh
Menteri Dalam Negeri, Dato seri Hishamuddin Tun Hussein dalam akhbar
perdana.33

30 Peristiwa Pengeboman Bali (Bali Bombing) berlaku pada 12 Oktober 2002 di


Bandar Kuta Pulau Bali, Indonesia yang mengorbankan 202 orang dan
mencederakan 240 yang lain, kebanyakannya terdiri daripada pelancong asing.
Mereka yang terlibat mempunyai kaitan dengan gerakan JI yang bergiat aktif di
sekitar Nusantara Asia Tenggara termasuk Filipina dan selatan Thailand
31 Nair, S.. Islam in Malaysia Foreign Policy. Routledge.1997
32 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan undang-undang
tahanan pencegahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan
untuk tindak-tanduk yang dijangka mengancam keselamatan negara. Selepas 60
hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama dua tahun jika di luluskan
oleh Menteri Dalam Negeri
33 Berita Harian bth 8 Mei 2009
21

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Keberkesanan Akta ini sebagai langkah awal pencegahan kepada ancaman


dalaman dan luaran turut dipuji dan diikuti oleh negara-negara lain termasuk
Amerika Syarikat. Amerika Syarikat telah memperkenalkan Akta Anti-Keganasan
2001 dan Akta Patriot 2001 setelah peristiwa pengeboman World Trade Center
New York. Kedua-dua Akta ini memberi kebenaran kepada pihak berkuasa
Amerika Syarikat untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki pengganas tanpa
dibicarakan. Pada 22 Jun 2012 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah
Khas)34 telah diwartakan untuk menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) 1960 yang berfungsi sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

9.0

Kesimpulan
Perkaitan antara radikalisme/ekstremisme dengan terorisme adalah sangat berkait
rapat dan berdasarkan penulisan ini dapatlah disimpulkan bahawa antara punca
terjadinya kegiatan keganasan adalah disebabkan terdapatnya segelintir kumpulan yang
berusaha berjuang menegakkan kepercayaan mereka bahawa dunia perlu diubah
mengikut acuan yang sebenar. Bagi kumpulan ini, objektif mereka ialah segala-galanya
dan apa jua cara yang digunakan (kekerasan/keganasan/kemusnahan) bagi mencapai
maksud tersebut adalah perlu dan wajar.
Dalam konteks ini, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum tidak
dapat lari daripada isu keganasan ini. Keunikan Malaysia yang mempunyai
kepelbagaian identiti dan agama dalam masyarakat telah membawa kepada
kepelbagaian budaya dan amalan hidup. Hal ini menjadi cabaran bagi pemerintah
dalam membuat keputusan dan dasar sesebuah negara kerana perbezaan ideologi antara
masyarakat. Walaupun terdapat dakwaan bahawa Malaysia merupakan breeding ground
bagi kumpulan pengganas, pihak kerajaan Malaysia dilihat mampu menangani dan
mengawal aktiviti kumpulan yang disyaki mempunyai unsur-unsur ekstremis. Sebagai
contoh, Malaysia telah berjaya membongkar aktiviti kumpulan JI di Malaysia sebelum
berlakunya tragedi pengeboman di Bali pada tahun 2002. Begitu juga dengan

34 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA


dikuatkuasakan bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan
kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan.
Akta ini di wartakan pada 22 jun 2012 bagi menggantikan Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) 1960
22

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

kemunculan kumpulan Ibrahim Libya di Memali pada tahun 1985 dan Al-Maunah,
Gerik pada tahun 2000 yang berjaya ditumpaskan oleh pihak berkuasa Malaysia.
Tindakan tegas yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membendung
masalah terorisme amatlah penting dan boleh dianggap sesuatu yang tepat dan perlu
disegerakan. Jika tidak ditangani dengan bijak, maka ianya akan memberi kesan dan
impak yang buruk terhadap kelansungan Malaysia. Kesungguhan kerajaan Malaysia
dalam memupuk perpaduan di antara semua kumpulan etnik dan agama di Malaysia
sangat penting bagi menjamin keselamatan Malaysia daripada ancaman dan campur
tangan anasir luar.

23

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

BIBLIOGRAFI
Abuza Zachary. 2003. Militant Islam in Southeast Asia: Cubicle of Terror. Lynne Rienner
Publisher. Boulder
Abuza Zachary. 2005. Balik-Terrorisme: The Return of the Abu Sayyaf. US Army Strategic
Studies Institute. Carlisle
Alex P. Schmid. 2011. The Definition of Terrorisme. Routledge. Abingdon
Amitha Acharya & Arabinda Acharya. 2007. The Myth of the Second Front: Localizing the
War on Terror in Southeast Asia. The Washington Quarterly. Washington
Audrey Kurth Cronin. 2009. How Terrorisme Ends: Understanding the Decline and Demise
of Terrorist Campaigns. Princeton University Press. New Jersey
Baylis J., Smith S. & Owen P. 2008. The Globalization of World Politics (4th Ed). Oxford
University Press. Oxford
Berita Harian. 8 Mei 2009
David Royds, Simon W. Lewis & Amelia M. Taylor. 2005. A Case Study in Forensic
Chemistry: The Bali Bombings. School of Biological and Chemical Sciences, Deakin
University. Melbourne
Diego Cordovez & Selig S. Harrison. 1995. Out of Aghanistan: The Inside Story of the Soviet
Withdrawal. Oxford University Press. New York
Ermaya Suradinata. 2004. Radikalisme dan Masa Depan Bangsa. Fakultas Ushuluddin, IAIN
Sunan Gunung Djati. Bandung
Harun Yahya. 2003. Only Love can Defeat Terrorisme. Global Publishing. Istanbul
ICG Asia Report (no. 43). 11 Disember 2002
24

SKSS 6043: ISU-ISU KESELAMATAN MALAYSIA

Indriyanto Seno Adji. 2012. Terrorisme Dalam Perspektif Hukum Jenayah: Tragedi Umat
Manusia. OC Kaligis & Associates. Jakarta
Ismail Bakar, Wan Kamal Mujani, Ezad Azraai Jamsari & Muhammad Zulfadlee. 2012.
Gerakan Terorisme di dalam Dunia Islam: Kajian Terhadap Kemunculan Jemmah Islamiyah
dan Kesannya di Malaysia. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi
Kamarul Nizam Abdullah. 2012. Keselamatan Nasional Malaysia. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia. Bangi
Mahatma Hadhi, Rizky Argama, Shinta Rishanty & Taufik Hidayat. 2005. Negara Islam
Indonesia: Fakta Sejarah dan Perkembangannya. Fakultas Hukum Universitas Indonesia.
Jakarta
Nair S., 1997. Islam in Malaysia Foreign Policy. Routledge. London
Omar Taspinar. 2009. Fighting Radicalism, not Terrorism: Root Causes of an International
Actor Redefined. SAIS Review of International Affairs Vol. XXIX no. 2. Wasington
Oxford Advanced Learners Dictionary (6th Ed). 2000. Oxford University Press. Oxford
Patterson J. 2005. Global Security and Insecurity: Responses to Terrorism and Other Threat.
Introducing Global Issues (3rd Ed). Lynne Rienner Publisher. London
Pike John. 1998. Hizb-i Islam. Intelligence Resource Programme. Federation of American
Scientist. Washington
Von Clausewitz. 1976. On War Princeton. Princeton University Press. New Jersey
Wver, O. 1995. Securitization and Desecuritization, in Ronnie, D.L. (ed) On Security,
Columbia University Press. New York

25

Anda mungkin juga menyukai