Anda di halaman 1dari 35

PERJANJIAN YANG

MENYALAHI UNDANG-
UNDANG
PERJANJIAN YANG MENYALAHI UNDANG-
UNDANG

• Sesuatu kontrak adalah sah statusnya jika ia mengandungi perkara-perkara


yang di benarkan oleh undang-undang yang akan menjadikannya
dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Seksyen 2 (g) AK
• Suatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
adalah batal
• Maksud perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang?
• Perjanjian yang tidak mempunyai kesan undang-undang terhadap kedua-
dua pihak yang berkontrak.
• Ak mempunyai peruntukan-peruntukan berhubung perjanjian bagaimana
yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
A. PERJANJIAN YANG DILARANG OLEH
UNDANG-UNDANG

• S 24 AK: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah sah


disisi undang-undang, kecuali:
(a) Ianya dilarang oleh undang-undang;
(b) ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan maka ianya
akan mengecewakan peruntukan mana-mana undang-undang.
• Apa-apa perjanjian yang mana balasan atau tujuannya adalah
dilarang oleh undang-undang akan mengakibatkan perjanjian
tersebut menjadi batal dan tidak sah sama sekali.
A. PERJANJIAN YANG DILARANG OLEH
UNDANG-UNDANG

• Hee Cheng v Krishnan


• Defendan bersetuju untuk menjual rumah yang di
binanya atas Tanah Lesen Pendudukan Sementara
kepada Plaintiff. Kemuadiannya defenden tidak
mematuhi perjanjian tersebut. Plaintif memohon
kepada mahkamah untuk pelaksanaan spesifik.
Mahkamah memutuskan bahawa perjanjian tersebut
adalah bertentangan dengan undang-undang tanah
yang berkuatkuasa pada waktu itu.
B. PERJANJIAN JUDI

• Perjanjian judi merupakan perjanjian yang dilarang oleh


undang-undang sekiranya tidak dilakukan dengan lesen
atau permit yang sah. Dengan lesen atau permit, tindakan
boleh di bawa ke mahkamah sekiranya pihak-pihak ingkar
untuk mematuji keputusan pertaruhan yang sah.
• S 31 AK Perjanjian secara bertaruh adalah batal dan
tuntutan guaman tidak boleh di buat untuk mendapatkan
sesuatu yang dimenangi daripada mana-mana pertaruhan.
B. PERJANJIAN JUDI

• S 28 Akta Undang-Undang Sivil 1956


• A. Semua perjanjian melalui perjudian adalah batal
dan tidak sah; dan
• B. Tuntutan tidak boleh di buat dalam mana-mana
mahkamah bagi mendapatkan sejumlah
wang/hadiah yang di dakwa telah dimenangi atau
yang telah di cagarkan kepada seseorang sebagai
menunggu satu peristiwa yang telah di buat
pertaruhan keatasnya.
B. PERJANJIAN JUDI

• Seong Sam v Goon Food On


• Plaintiff membeli syer dalam tiga tiket sweepstake dan
salah satu tiket telah memenangi hadiah. Sebahagian
hadiah telah diperolehi dan plaintif ingin menuntut
untuk baki hadiah. Defenden berhujah bahawa kontrak
perjudian adalah tidak sah.
• Mahkamah memutuskan bahawa suatu perjanjian bagi
pembelian syer berbentuk tiket loteri adalah tidak sah.
Plaintif tidak boleh menuntut hadiah yang dimenangi.
B. PERJANJIAN JUDI

• Pet Far Eastern (M) Sdn Bhd V Tay Young Huat Ors
• Perjudian di dalam kasino di atas MV Amusement
World oleh defenden pertama dengan menggunakan
deraf bank yang di masukkan ke dalam akaun
defenden kedua di dalam Malayan Banking Bhd
bukan sahaja menyalahi undang-undang tetapi adalah
batal kerana undang-undang Malaysia tidak
mengiktiraf kontrak perjudian.
C. PERJANJIAN YANG MERUPAKAN FROD

• Perjanjian yang mengandungi unsur penipuan adalah


di nyatakan di seksyen 24 (c)AK sebagai tidak sah
menurut undang-undang.
• Misalan f s 24 AK
• A berjanji untuk mendapatkan B suatu pekerjaan dalam
perkhidmatan awam dan B berjanji akan membayar
RM 1000 kepada A. Perjanjian itu adalah batal kerana
balasannya tidak sah di sisi undang-undang.
D.PERJANJIAN YANG MENDATANGKAN
BENCANA KEPADA DIRI ATAU HARTA
ORANG LAIN

Seksyen 24 (d) AK
• Perjanjian yang dibuat yang akan mendatang kecederaan atau
bencana bukan saja kepada individu tetapi kepada hartanya.
• Syed Ahmad bin Mohamed v Puteh bt Sabtu
• Defenden merupakan pemegang amanah bagi tanah
kepunyaan seorang kanak-kanak. Defenden bersetuju untuk
menjual tanah tersebut. Mahkamah membatalkan perjanjian
itu kerana memudaratkan kepentingan kanak-kanak tersebut.
E. PERJANJIAN YANG TIDAK BERMORAL DAN
BERTENTANGAN DENGAN MUSLIHAT AWAM.

• Sebarang perjanjian yang menggalakkan kelakuan yang


tidak bermoral atau yang bertentangan dengan muslihat
awam seperti perjanjian yang mendatangkan mudarat
kepada dasar awam atau masyarakat adalah tidak sah.
• S24 (e) AK boleh di bahagikan kepada dua:
• (a) perjanjian yang tidak bermoral;
• (b) perjanjian yang bertentangan dengan muslihat awam.
E. PERJANJIAN YANG TIDAK BERMORAL
DAN BERTENTANGAN DENGAN MUSLIHAT
AWAM.

• Amalgamated Steel Milss v Ingelback


• “ kelakuan yang tidak bermoral dan menyalahi
muslihat awam adalah sukar untuk di beri takrifan
dengan tepat. Ia boleh digambarkan sebagai
sesuatu yang berubah tidak tetap , tidak ubah
seperti kuda yang tidak terkawal. Pendek akata apa
sahaja yang memudaratkan kepentingan ekonomi
atau sosial masyarakat adalah dilarang”.
E. (a) PERJANJIAN YANG
TIDAK BERMORAL
• Suatu perjanjian yang membenarkan kegiatan tidak bermoral adalah
tidak sah dan batal. Contoh:
• A bersetuju untuk menyewakan anak perempuannya kepada B untuk
di jadikan gundik B. Perjanjian itu batal kerana tidak bermoral.
• Pearce v Brooks
• Plaintif menjual kereta kuda kepada defenden seorang pelacur untuk
kegiatan pelacuran. Defenden gagal membayar ansuran dan plaintif
menuntut di mahkamah.
• Keputusan: plaintiff gagal kerana dia mengetahui tujuan pembelian
tersebut.
E. (a) PERJANJIAN YANG TIDAK BERMORAL

• Aroomoogam Chitty v Lim Ah Hang


• Plaintiff telah meminjamkan sejumlah wang kepada defenden bagi tujuan
mengusahakan perniagaan pelacuran. Dff mengatakan wang itu dipinjam untuk
membeli barangan kemas dan pakaian untuk pelacur di bawah jagaannya. Dff
juga mendakwa pff mengetahui niatnya.
• Pff menafikan dakwaan dff dan mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya,
dff menjalankan perniagaan beca.
• Dff gagal menjelaskan hutang dan pff mendakwa. Mahkamah memutuskan:
• Perjanjian antara plf dan dff adalah tidak sah dan batal kerana ia di buat untuk
maksud yang tidak bermoral.
• Maxim: ex turpi causo non oritur action (satu tindakan yang betul tidak berlaku
atas niat yang jahat)
E.(b)PERJANJIAN YANG BERTENTANGAN
DENGAN MUSLIHAT UMUM

• Terbahagi kepada empat jenis:


• 1. Perjanjian yang memudaratkan perkhidmatan
awam.
• Perjanjian yang meniagakan pekerjaan, jawatan
dan anugerah awam adalah salah di sisi undang
kerana memudaratkan perkhidmatan awam atau
mewujudkan rasuah dalam urusan awam.
E.(b)PERJANJIAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN MUSLIHAT
UMUM
• Parkinson v College of Ambulans
• Setiausaha satu badan kebajikan telah berjanji kepada
plaintif untuk mendapatkan satu anugerah kepada
plaintif sekiranya plaintiff menderma kepada badan
kebajikan tersebut. Setiausaha gagal mendapatkan.
Plaintif memohon kepada mahkamah untuk
mendapatkan kembali dermanya.
• Keputusan: tuntutan plaintif gagal kerana perjanjian itu
akan memudaratkan perkhidmatan awam.
E.(b)PERJANJIAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN MUSLIHAT
UMUM
• 2. Perjanjian yang menghalang perjalanan keadilan.
• Perjanjian yang menghalang proses keadilan adalah tidak sah kerana
kerana penguatkuasaan undang-undang adalah untuk keselamatan negara.
• Misalan f
• A berjanji untuk menggugurkan dakwaan merompak terhadap B
sekiranya B(perompak) memulangkan kembali nilai barang yang
dirompak.
• Ooi Kian Inn V Kukuh Maju Industries Sdn Bhd
• Kontrak yang menyekat pendakwaan adalalah menyalahi undang-undang.
E.(b)PERJANJIAN YANG
BERTENTANGAN DENGAN MUSLIHAT
UMUM
• 3. Perjanjian yang bertentangan dengan
kepentingan negara.
• Contoh: Perjanjian yang di buat dengan musuh
negara.
• Foster v Driscoll
• Satu perjanjian yang bertujuan menyeludup wiski
ke US adalah satu perjanjian yang menyalahi
undang-undang.
E.(b)PERJANJIAN YANG BERTENTANGAN
DENGAN MUSLIHAT UMUM

• Regazonni v Re Sethia Ltd


• Undang-undang India menghalang eksport jut ke
Afrika Selatan. Plaintif telah memasuki kontrak
dengan defenden untuk membeli jut dan dieskpot ke
Eropah dan kemudiaannya akan di ekspot ke Afrika
Selatan. Defenden gagal membuat penghantaran
barang.
• Keputusan: perjanjian adalah batal kerana melibatkan
kepentingan negara.
E.(b)PERJANJIAN YANG BERTENTANGAN
DENGAN MUSLIHAT UMUM

• ABDA Airfreight Sdn Bhd v Sistem Penerbangan


Malaysia Bhd
• Mahkamah memutuskan bahawa walaupun
perjanjian itu tidak menyalahi undng-undang di
Malaysia, ia di anggap menyalahi undang-undang
di India dan menurut polisi awam, perjanjian itu di
anggap sebagai menyalahi undang-undang dan
tidak boleh di kuatkuasakan di sisi undang-undang.
E.(b)PERJANJIAN YANG BERTENTANGAN
DENGAN MUSLIHAT UMUM

• 4. Kontrak yang menjejaskan Kebebasan atau


Kestabilan Perkahwinan.
• S27 setiap perjanjian yang menghalang
perkahwinan seseorang selain daripada seseorang
yang belum dewasa adalah batal.
• Kontrak broker perkahwinan juga diputuskan oleh
mahkamah sebagai tidak sah kerana ia tidak
sepatutnya diperniagakan.
E.(b)PERJANJIAN YANG BERTENTANGAN
DENGAN MUSLIHAT UMUM

• Kem Singh v Anokh Singh


• Perjanjian broker perkahwinan adalah tidak sah kerana
bertentangan dengan muslihat awam.
• Hamzah bin Musa v Fatimah Zaharan Muhamad Jalal
• Suami berjanji akan membayar kepada isteri sebanyak RM 5000
sekiranya suami menceraikan isterinya. Berlaku penceraian dan
isteri menuntut wang tersebut. Mahkamah membenarkan tuntutan
kerana ia tidak bertujuan untuk memudaratkan keluarga mereka
kerana mahkamah mengambilkira hubungan suami isteri yang
pernah beberapa kali pernah berkahwin. Perjanjian adalah sah.
F. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
PERDAGANGAN

• S 28 perjanjian yang menghalang seseorang dari menjalankan


profession atau perdagangan adalah batal setakat itu.
• Wriggleworth v Anthony Wilson.
• Defenden seorang peguam membuat perjanjian dengan majikan
bahawa dia tidak akan menjadi pengamal undang-undang dalam
lingkungan 5 batu dari Kota Bharu dalam tempoh dua tahun selepas
tamat perkhidmatan dengan majikan. Defenden walaubagaimanapun
membuka firma guaman di Kota Bharu selepas tamat perkhidmatan
dengan majikan dahulu. Majikan memohon perintah tegahan untuk
defenden.
• Keputusan: perjanjian tersebut adalah batal.
F. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
PERDAGANGAN (PENGECUALIAN)

• PENGECUALIAN S28
• Perjanjian yang menghalang perdagangan adalah sah iaitu:
1. Perjanjian yang mengandungi sekatan kepada penjualan
nama baik suatu perniagaan;
2. Perjanjian dalam sesuatu firma perkongsian yang menyekat
rakan kongsi dari menjalankan sebarang aktiviti sebelum
perkongsian di bubarkan;
3. Perjanjian antara rakan kongsi semasa perkongsian masih
beroperasi.
G. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
TINDAKAN UNDANG-UNDANG

• Perjanjian yang menghalang sesuatu pihak daripada membuat


tuntutan di mahkamah atau mengehadkan tempoh untuk
membuat tuntutan di mahkamah adalah batal.
• S29 AK
• Setiap perjanjian dengan mana-mana sesuatu pihak perjanjian
itu di halang dari menguatkuasan hak-haknya secara mutlak
di bawah atau mengenai mana-mana kontrak dengan tindakan
lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau
yang menghadkan masa dalam mana ia boleh
menguatkuasakan hak-haknya adalah batal setakat itu.
G. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
TINDAKAN UNDANG-UNDANG

• Corporation Royal Exchange v Teck Guan


• Plaintif membeli insurans daripada defenden untuk
perlindungan kedainya. Kedai dijilat api pada 25
Nov 1911.Plaintif membuat tuntutan pada 8
Disember 1911.Pada 5 januari 1912, defenden
menolak tuntutan plaintif. Defenden merujuk
kepada fasal polisi insurans yang mengatakan
G. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
TINDAKAN UNDANG-UNDANG

• “ jika tuntutan di buat dan ditolak, maka jika


tuntutan atau guaman tidak dimulakan dalam
tempoh 3 bulan setelah penilaian…maka semua
faedah polisi akan terhapus”
• Keputusan: fasal di atas adalah batal.
G. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
TINDAKAN UNDANG-UNDANG

• Chop Eng Thye v Malaysia Insurance Sdn Bhd


• Fasal “ syarikat tidak akan bertanggungan
sekiranya tuntutan tidak di buat dalam tempoh 12
bulan dari terjadi suatu kehilangan atau kejadian”
adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang.
G. PERJANJIAN YANG MENGHALANG
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
(PENGECUALIAN)

• Perjanjian di bawah di anggap tidak menghalang undang-


undang:
• 1. Pihak-pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah
melalui timbangtara;
• 2. Kontrak untuk merujuk kepada timbangtara pertikaian
atau persoalan yang telah timbul;
• 3. Keputusan kerajaan dalam menggunakan budi bicara
adalah muktamad dan tidak boleh dikuatkuasakan di
mahkamah (kontrak biasiswa)
REMEDI BAGI KETIDAKSAHAN KONTRAK
DI BAWAH SEKSYEN 24 AK
(PRINSIP UMUM)

• Perjanjian yangtidak sah tidak boleh dikuatkuasakan, prinsip “ ex turpi


causa non oritor action” bermaksud pihak kepada kontrak yang menyalahi
undang-undang tidak boleh menguatkuasakan kontrak tersebut.
• Palaniappa Chettiar v Arunasalam Chettiar
• Plaintif telah membeli lebih kurang 40 ekar tanah dan didaftarkan atas
nama anak untuk mengelak pembayaran cukai kepada kerajaan. Plaintif
menguruskan lading tersebut dan menikmati hasil faedahnya. Berlaku
pergaduhan dan anak plaintif( defendan) tidak mahu memindahkan
kembali tanah kepada plaintif. Plaintif merayu kepada mahkamah.
• Keputusan: plaintif tidak boleh menggunakan proses mahkamah untuk
mencapai matlamat penipuan dan mendapatkan hartannya kembali.
REMEDI BAGI KETIDAKSAHAN KONTRAK
DI BAWAH SEKSYEN 24 AK
(PENGECUALIAN)

• Perjanjian yang menyalahi undang-undang boleh


melaksanakan perjanjiannya sekiranya:
(a) Bila pihak yang menuntut tidak perlu bergantung
kepada perjanjian yang menyalahi undang-undang;
(b) Pihak-pihak tidak sedar perjanjian adalah
menyalahi undang-undang.
REMEDI BAGI KETIDAKSAHAN KONTRAK
DI BAWAH SEKSYEN 24 AK
(PENGECUALIAN)

(a) Bila pihak yang menuntut tidak perlu bergantung kepada


perjanjian yang menyalahi undang-undang;
Sajan Singh v Sardara Ali.
• SA membeli lori dan membayar ansuran tetapi mendaftarkan
atas nama SS kerana SA tidak mempunyai permit
pengangkutan. Berlaku perselisihan, SS melarikan lori tersebut.
SA menuntut di mahkamah.
• Keputusan: perjanjian tidak sah tetapi SA boleh menuntut lori
kerana dia membeli lori tersebut, mempunyai pemilikan yang
sah.
REMEDI BAGI KETIDAKSAHAN KONTRAK
DI BAWAH SEKSYEN 24 AK

• (b) Pihak-pihak tidak sedar perjanjian adalah menyalahi


undang-undang.
• S 66 AK akan terpakai jika pihak-pihak yang berkontrak tidak
mengetahui atau sedar langsung bahawa perjnajian yang
mereka masuki menyalahi undang-undang. Menurut s 66 AK
• “…sesiapa yang menerima sebarang faedah daripada
perjanjian atau kontrak sedemikian, adalah terikat untuk
memulangkannya atau memberi pampasan untuknya kepada
orang dari siapa ia menerima faedah itu.
REMEDI BAGI KETIDAKSAHAN KONTRAK
DI BAWAH SEKSYEN 24 AK

• Ahmad Bin Udoh v Ng Aik Chong


• Perayu memasuki perjanjian dengan responden untuk sewa satu
bendang tanah selama 6 tahun dengan kadar sewa RM 250.
Responden telah membayar RM 1,500 dan menurut perjanjian
jika berlaku sebab responden di halang mengusaha bendang
tersebut ,maka ia boleh menuntut kembali wang RM 1,500.
• Perayu tidak membenarkan responden mengusahakan bendang itu
dan responden menuntut wang pendahuluannya.
• Mahkamah membenarkan responden menuntut wang melalui s 66
AK.
REMEDI BAGI KETIDAKSAHAN KONTRAK DI
BAWAH SEKSYEN 24 AK

• Menaka v Ng Siew Sin


• Majlis Privy berpuas hati kedua-dua pihak tidak
menyedari bahawa kontrak pinjaman wang adalah
menyalahi Ordinan Peminjam Wang 1952. Dengan
itu perayu berhak mendapat kembali wang yang
telah di pinjamkan kepada responen berdasarkan S
66 Akta Kontrak.

Anda mungkin juga menyukai