Anda di halaman 1dari 30

UNDANG-UNDANG

KELUARGA ISLAM
(SOALAN 1)
PENSYARAH : ASST PROF DR. NORAINI MD. HASHIM
PEMBENTANG :
1. AHMAD FAWWAZ BIN MAHYIDIN (G2117383)
2. MUHAMMAD ADIB FIRDAUS BIN MOHD SALIHUDDIN (G2113365)
3. NADHIRAH HANI BINTI NAJMUDDIN SHARIF (G2114414)
4. SYAHIDAH AIMAN BINTI KAMARUZAMAN (G2031362)
SOALAN 1
Era dan Awi bertunangan bulan lalu. Majlis pertunangan itu dilaksanakan dengan pertukaran beberapa hadiah termasuk cincin platinum
bertatah berlian dan cincin suasa, buah-buahan, kek, sepasang kain sutera dan Iphone 12. Awi juga telah membayar pendahuluan mahr
berjumlah RM10,000 kepada Era ditambah RM10,000 wang hangus (wang yang dibelanjakan untuk persiapan perkahwinan), serta pakej
bulan madu ke Danau Toba, Medan berjumlah RM2,500. Semasa pertunangan, pihak-pihak juga bersetuju bahawa sekiranya berlaku
pertunangan, pihak yang ingkar harus membayar pampasan berganda, sementara wang hangus tidak dapat dikembalikan sekiranya pihak
lelaki bersalah. Tarikh perkahwinan ditetapkan untuk dilangsungkan enam bulan selepas upacara pertunangan.

Sebulan sebelum perkahwinan itu, Era diberitahu oleh rakan pejabatnya bahawa Awi sebenarnya adalah seorang wanita dengan nama
Adawiyah. Dia adalah jirannya dan pernah menjadi rakan sekelasnya tujuh tahun yang lalu tetapi terkenal sebagai tomboy dan
berkelakuan seperti lelaki. Era berasa malu dan sedih apabila mengetahui hal itu dan memutuskan pertunangan. Dia datang menemui
anda untuk menanyakan haknya untuk menuntut pemulihan daripada Awi dan sebarang liabiliti yang mungkin timbul akibat pelanggaran
pertunangan di pihaknya. Nasihatkan dia.
ISU PERUNDANGAN SAMA ADA
01 PERTUNANGAN
Era dan Awi sah disis Undang-
undang dan Hukum Syarak?

ADAKAH
PERTUKARAN
Hadiah yang dilakukan oleh Era dan Awi perlu 02
dipulangkan seperti di dalam perjanjian?
SAMA ADA ERA PERLU
Memulangkan pembayaran
pendahuluan Mahr kepada Awi
03 disebabkan telah berlakunya
kemungkiran perjanjian dengan
merujuk pandangan perundangan dan
hukum syarak?
ADAKAH ERA
Membayar ganti rugi berganda kepada Awi dan
PERLU
apakah hukumnya menurut hukum syarak?
04
01
ISU
PERUNDANGAN
SAMA ADA PERTUNANGAN ERA DAN AWI SAH DISISI UNDANG-UNDANG
DAN HUKUM SYARAK?
● Merujuk kepada sebuah hadith di dalam Riwayat Al-Tarmizi (1807), Rasulullah S.A.W bersabda kepada sahabat yang
ingin bertunang supaya melihat raut wajah perempuan yang ingin dikahwininya dengan harapan agar terjalin rasa
kasih dan sayang dengan lebih erat sebelum berlakunya akad nikah pernikahan .

‫انظر ليما فنه أحرى انيؤدم بينكما‬

Maksudnya : “Lihatlah perempuan itu dahulu kerana ia akan lebih mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua.”

● Di dalam Malaysia khususnya, masyarakat melayu sering menggangap pertunangan hanyalah adat dan budaya orang
melayu sejak zaman dahulu dan lebih memburukkan keadaan apabila kebanyakan pasangan hanya memandang enteng
apabila berlakunya pembatalan pertunangan. Menurut konsep pertunangan di dalam Islam yang sebenar, hanya
terdapat dua keperluan yang perlu dipatuhi untuk menjadikan suatu pertunangan tersebut adalah sah iaitu tiada
halangan syarie yang menghalang perkahwinan dan pasangan yang ingin dinikahi mestilah diharuskan oleh syarak
serta bukan tunangan orang lain.
● Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ‫لخ طبة‬
ِ ‫ا‬ iaitu meminang
adalah seorang lelaki meminta untuk berkahwin dengan seorang perempuan dengan menggunakan cara
boleh difahami. meminang adalah menyatakan keinginan untuk berkahwin kepada seorang perempuan.
Ini adalah berdasarkan perbuatan Nabi saw yang meminang Aisyah dan Baginda juga pernah meminang
Hafsah. Namun begitu perlu juga diingat. Ada beberapa jenis perempuan yang tidak boleh dikhitbah iaitu
:

1. Perempuan yang masih di dalam iddah raj’iyyah walaupun secara sindiran (ta’rid)
2. Perempuan yang sudah menjadi tunangan orang lain. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi saw oleh Ibnu
Umar. Kata beliau :

M‫و‬Mْ ‫ َأ‬Mُ‫َ ه‬M‫ ل‬M‫َ ْب‬M‫ ق‬M‫ب‬ Mِ M‫ ا‬M‫ َخ‬M‫ ْل‬M‫ ا‬M‫ك‬
Mُ M‫ط‬ ْ M‫خ‬Mِ M‫َ ى‬M‫ ل‬M‫ع‬
َ M‫ ُر‬M‫َ ْت‬M‫ ي‬M‫ ى‬Mَّ‫َح ت‬M M‫ ِه‬M‫ ي‬M‫ َأ ِخ‬M‫َ ِة‬M‫ ب‬M‫ط‬ َ Mُ‫ ط‬M‫خ‬Mْ َM‫َو اَل ي‬M M‫ض‬
َ M‫ ُل‬M‫ ُج‬M‫ َّر‬M‫ل‬M‫ ا‬M‫ب‬ ُ M‫ع‬Mْ Mَ‫ ب‬M‫ َع‬M‫ ي‬Mِ‫َ ب‬M‫ ي‬M‫ن‬Mْ ‫ َأ‬M‫ َم‬Mَّ‫ ل‬Mَ‫ س‬M‫ َو‬M‫ ِه‬M‫َ ْي‬M‫ ل‬M‫ع‬
َ M‫م‬Mْ M‫ ُك‬M‫ض‬
ٍ M‫َ ْع‬M‫ ب‬M‫ ِع‬M‫َ ْي‬M‫ ب‬M‫َ ى‬M‫ ل‬M‫ع‬ َ Mُ ‫ هَّللا‬M‫ ى‬Mَّ‫ص ل‬
َM M‫ ُّي‬Mِ‫ ب‬Mَّ‫ن‬M‫ل‬M‫ ا‬M‫َ ى‬M‫َ ه‬M‫ن‬
‫ب‬
ُM M‫ط‬ Mِ M‫َخ ا‬M M‫ ْل‬M‫ ا‬Mُ‫َ ه‬M‫ ل‬M‫ َن‬Mَ‫َ ْأ ذ‬M‫ي‬

Maksudnya :” Nabi saw melarang berjual beli di atas jualan sebahagian dari kamu dan (Nabi juga
melarang) seorang lelaki meminang tunangan saudaranya sehinggalah dia meninggalkan tunangannya
● Pertunangan digalakkan di dalam Islam supaya kedua-dua pasangan dapat mengenali satu sama lain
dengan lebih rapat. Berdasarkan firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 235
ۚۡ‫َّضتُم بِ ِهۦ ِم ۡن ِخ ۡطبَ ِة ٱلنِّ َسٓا ِء َأ ۡو َأ ۡكنَنتُمۡ فِ ٓي َأنفُ ِس ُكم‬
ۡ ‫اَل ُجنَا َح َعلَ ۡي ُكمۡ فِي َما َعر‬M‫َو‬
Yang bermaksud : dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran, atau kamu
menyembunyikan (keinginan mengahwini mereka) dalam hatimu

● Dengan hadis di atas, Islam tidak melarang untuk seseorang lelaki untuk melihat perempuan yang bakal dipinangnya.
Walaupun, hadis ini mengenai seorang lelaki untuk melihat perempuan, ia juga boleh untuk seorang perempuan untuk
melihat lelaki yang akan meminagnya.

● Menurut dalam situasi kes Era ini, tidak berlaku pertunangan kerana dalam Seksyen 15 Akta Undang-Undang
Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 ada menyebut, jika seseorang mengikat suatu kontrak
pertunangan mengikut Hukum Syara’. Di sini jelas bahawa tiada pertunagan sesama jantina dibenarkan dalam Islam.
Selepas sahaja Era mengetahui bahawa Awi adalah perempuan bukannya lelaki maka, secara tersendirinya
pertunangan itu terbatal. Dan bukannya pihak Era yang mahu membatalkan kerana suka-suka tetapi terbatalnya
pertunangan ini dengan sendiri.
● Selain itu juga, dalam Seksyen 15 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 juga
ada menyebut, tanpa apa-apa sebab yang sah. Dalam situasi ini, Era memutuskan pertunangan ini kerana pertunangan
ini bercanggah dengan Islam iaitu bertunang dengan sama jantina.

● Dalam masa yang sama untuk menguatkan lagi hujah Era bahawa Awi ini perempuan, Era perlu membuktikan dahulu
jantina Awi. Era perlu memfailkan pengesahan jantina Awi di Mahkamah Tinggi Syariah. Ini bertujuan untuk
membuktikan jika benar dakwaan kawan Awi bahawa Awi ini adalah seorang Wanita bukannya lelaki. Jika sah Awi ini
seorang wanita maka pertunangan mereka tidak sah di sisi syarak mahupun undang-undang.
02
ISU
PERUNDANGAN
ADAKAH PERTUKARAN HADIAH YANG DILAKUKAN OLEH ERA DAN AWI
PERLU DIPULANGKAN SEPERTI DI DALAM PERJANJIAN?
Hadiah yang diberikan ketika majlis pertunangan
BARANGAN NILAI
Deposit Mahr RM 10,000.00
Wang Hangus RM 10,000.00
Pakej Bulan Madu RM 2,500.00
Cincin Platinum Berlian Tidak diketahui
Cincin Suasa Tidak diketahui
Buah-Buahan Tidak diketahui
Kek Manisan Tidak diketahui
Kain Sutera Tidak diketahui
Iphone 12 Tidak diketahui
● Menjawab kepada persoalan isu perundangan, Era perlu mengembalikan barangan yang masih dalam keadaan baik
kepada Awi di atas asbab pembatalan pertunangan dan Era dikenakan bayaran dua kali ganda di atas kemungkiran
perjanjian untuk berkahwin. Perjanjian yang dipersetujui oleh Era dan Awi jika ada kemungkiran perjanjian untuk
berkahwin, perlulah dibayar dengan dua kali ganda. Kemungkiran perjanjian pertunangan yang dilakukan oleh Era
memberi kesan kepada pertunangan. Oleh yang demikian, di bawah ini terdapat penjelasan secara terperinci dari
sudut hukum syarak, uruf adat Malaysia dan dari sudut perundangan di Malaysia.

● pertunangan di antara Nabi Muhammad S.A.W dan Aisyah binti Abu Bakar serta di antara Nabi Muhammad S.A.W
dengan Hafsah Binti Umar terjadi tatkala Rasulullah menyatakan hasrat hatinya kepada keluarga bakal isterinya dan
tidak dinyatakan sebarang bentuk hantaran seperti hadiah diberikan oleh Rasulullah S.A.W kepada isteri-isteri
baginda. Sebagai contoh di dalam hadith Sahih Al-Bukhari ada menyatakan ketika Nabi Muhammad S.AW
meminang Aisyah kepada bapa Aisyah iaitu Abu Bakar R.A :

Abu Bakar menyatakan : “Duhai Rasulullah, engkau adalah saudaraku”

Rasulullah pula bersabda : “Engkau adalah saudaraku dalam agama Allah dan dia (Aisyah) adalah halal bagiku”.
● Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh sahih Al-Bukhari, tidak pernah diceritakan mengenai pemberian hantaran
atau hadiah dilakukan pada zaman Rasulullah S.A.W ketika pertunangan itu berlaku.

● Wujudnya pertambahan amalan dari segi adat masyarakat melayu di Malaysia yang menjadi kebiasaan untuk meraikan
pertunangan dengan mengadakan kenduri atau majlis pertunangan.

● Ketika majlis pertunangan, sesi menyarung cincin kepada bakal tunang oleh ibu mertua adalah salah satu acara yang
penting sebagai tanda persetujuan dan ikatan pertunangan sudah terjalin di antara kedua belah pihak.

● Turut menjadi kebiasaan adat melayu apabila kedua-dua belah pihak yang bertunang akan saling bertukar dulang
hadiah dan antara hadiah yang sering diberi adalah seperti barangan perhiasan, telekung, sejadah, makanan, pakaian
dan juga halwa.

● Menurut Al-Sharbini, terdapat ulama yang mentakrifkan hadiah yang dimaksudkan dalam majlis pertunangan sebagai
hibah. Hadiah merupakan sebahagian daripadad hibah dan ia adalah pemberian yang diberikan oleh pemberi hibah
kepada orang yang mendapat hibah dengan tujuan untuk memuliakan orang lain dan berkasih sayang sesama manusia.
PENDAPAT ULAMA’
● Menurut pendapat pertama dari Mazhab Hanafi dan Zahiri, ia berpendapat harus menarik balik pemberian hadiah
hantaran pertunangan. Mazhab ini berpendapat hadiah di sini mengambil hukum hibah, setiap perkara yang
menghalang hibah daripada dipulangkan perkara yang sama juga menghalang hak pemulangan semula hadiah
hantaran pertunangan.Sekiranya hadiah pertunangan yang diberi masih kekal dan wujud maka wajib dipulangkan
hadiah tersebut. Manakala, sekiranya pemberian hantaran itu telah rosak atau digunakan atau tidak lagi wujud, maka
tidak perlu lagi dipulangkan hadiah pertunangan tersebut.

● Mazhab Hanafi juga berpendapat jika hadiah masih dalam keadaan yang baik, tidak rosak dan tidak berubah
bentuknya atau belum digunakan, pihak yang memberi boleh meminta semula untuk hadiah itu dipulangkan sekiranya
pihak satu lagi yang telah memungkiri perjanjian.

● Mazhab Syafie berpendapat hadiah itu mesti dipulangkan sekiranya berlaku mungkir janji. Sama ada hadiah tersebut
masih ada ataupun telah digunakan atau rosak. Hadiah tersebut mestilah dipulangkan sekiranya hadiah tersebut masih
ada. Tetapi jika sebaliknya, sama ada hadiah tersebut telah digunakan, hilang atau rosak, maka nilai yang sama
perlulah diganti sama ada dalam bentuk material ataupun wang.
PENDAPAT ULAMA’
● Mazhab Maliki, sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan maka dia tidak berhak menuntut kembali
hadiah pemberiannya kerana tindakannya memutuskan pertunangan. Jika perempuan yang memutuskan pertunangan,
maka ketika itu pihak lelaki berhak menuntut kembali hadiah yang diberinya semasa pertunangan, sama ada hadiah itu
masih wujud dalam milik perempuan itu atau telah rosak.

● Jika dilihat dengan jelas dalam pendapat Mazhab Maliki adalah paling wajar diamalkan bagi meringankan bebanan
yang terpaksa ditanggung oleh orang yang berkenaan. Namun terdapat adat pertunangan yang diamalkan bertentangan
dengan prinsip syarak. Iaitu, jika pihak lelaki yang mungkir janji akan pertunangan itu dan tidak mahu berkahwin,
maka dia tidak boleh menuntut kembali hadiah-hadiah yang diberikan kepada pihak perempuan (tidak bertentangan
dengan syarak). Manakala jika perempuan yang mungkir janji terhadap pertunangan itu, maka dia hendaklah
membayar dua kali ganda harga duit atau barang-barang yang diberikan oleh pihak lelaki. Adat ini menampakkan
pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam kerana ia menimbulkan penipuan atau gharar dan penindasan terhadap
pihak perempuan. Apabila sesuatu pertunangan itu dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak, maka adalah
wajar pihak lelaki atau perempuan menuntut balik pemberian masing-masing
KES MOHAMAD AZLA V
MOKHTAR
● kes Mohamad Azla Bin Haji Kamaruddin v Mokhtar Bin Hashim & Anor (2007) 3 SHLR 128, Hakim Narawi Salleh J
memutuskan bahawa segala pemberian itu hendaklah diserahkan kembali mengikut perjanjian yang dibuat. Penentang
pertama dan penentang kedua hendaklah membayar balik kepada pemohon sebanyak RM 22,5000 iaitu secara dua kali
ganda pemberian pertunangan.

● Pemohon adalah bekas tunang bagi Siti Masrina bte Mokhtar, penentang kedua dan penentang pertama adalah Mokhtar
bin Hashim, iaitu merupakan ayah kepada penentang kedua, wali mujbir. Mereka berdua, telah mengikat tali pertunangan
pada 14 April 1996 di rumah penentang pertama, di mana majlis pertunangan dibuat mengikut adat melayu yang tidak
bercanggah dengan hukum syarak. Dalam masa majlis bertunang, pemohon telah menyerahkan kepada penentang
hantaran, jumlah keseluruhan sebanyak RM10,050.

● Penentang kedua telah memutuskan pertunangan atas alasan pihak pemohon telah membuat tuduhan bahawa dia tidak
suci dan ibarat kelapa ditebuk tupai. pemohon menuntut gantirugi dalam pertunangan. Beliau mendakwa bahawa
penentang pertama ada berjanji semasa bertunang akan membayar balik semua pemberian bertunang dua kali ganda jika
pihak perempuan mungkir janji, yakni menarik diri dari terus berkahwin. Beliau sekali lagi mengaku akan bayar dua kali
ganda dalam masa atau di malam perbincangan di rumah keluarga pihak pemohon iaitu semasa penentang kedua membuat
keputusan tak nak kahwin. Penentang pertama menafikan bahawa beliau ada berjanji untuk membayar balik sebanyak dua
kali ganda jika pihak perempuan memutuskan tunang
03
ISU
PERUNDANGAN
SAMA ADA ERA PERLU MEMULANGKAN PEMBAYARAN PENDAHULUAN MAHR
KEPADA AWI DISEBABKAN TELAH BERLAKUNYA KEMUNGKIRAN PERJANJIAN
DENGAN MERUJUK KEPADA UNDANG-UNDANG DAN HUKUM SYARAK?
APLIKASI
Berdasarkan kepada fakta kes Era dan Awi telah bertunang sebulan yang
lalu dan Awi telah membayar pendahuluan mahr berjumlah RM10,000
kepada Era. Namun, sebulan sebelum perkahwinan mereka, Era telah
memutuskan pertunangannya dengan Awi, setelah mendapati bahawa Awi
sebenarnya adalah seorang wanita bernama Adawiyah. Oleh itu, bagi
menjawab isu yang menjadi persoalan di dalam fakta kes ini, perlu difahami
terlebih dahulu definisi mahar dari sudut undang-undang dan juga hukum
syarak.
Definisi mahar menurut undang-undang
● Seksyen 2, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
mentafsirkan mas kahwin sebagai “pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum
Syara’ oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang
yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa
sesuatu yang, menurut hukum syara’ , dapat dinilai dengan wang .”
Mahar menurut hukum syarak
● Dari sudut Bahasa, mahar bermaksud :

ِ ‫َما يَ ْدفَ ُعهُ ال ّز ْو ُج إلَى َز ْو َجتِ ِه بِ َع ْق ِد ال ّز َو‬


‫اج‬
Maksudnya : Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab ‘aqad
nikah.

● Dari sudut istilah syara’ pula mazhab Syafi’e mendefiniskan mahar dengan maksud :

ِ ‫أو تَ ْف ِوي‬
‫ت بُضْ ٍع قَ ْهرًا‬ ْ ‫ح اَ ْو َو‬
ْ ‫طء‬ ٍ َ ‫ب بِنِكا‬
َ ‫هُ َوماَ َو َج‬
Maksudnya : Mahar adalah suatu yang diwajibkan dengan sebab pernikahan atau
persetubuhan atau pemerkosaan
 
Berbalik kepada fakta kes, Awi dikatakan telah menyerahkan wang mahar tersebut kepada Era
semasa dalam tempoh pertunangan mereka. Justeru itu, berdasarkan tafsiran undang-undang
dan hukum syarak tersebut, dapat difahami bahawa kewajipan Awi untuk memberikan mahar
kepada Era adalah semasa berlangusngnya akad nikah. Walaupun, mahar bukan salah satu
syarat sahnya sesuatu pernikahan, akan tetapi ia menjadi wajib dengan asbab pernikahan.

Kewajipan mahar dalam perkahwinan disepakati ole para ulama’, sebagaimana yang
telah disyariatkan dalam Al-Quran sepertimana berikut ;
ً ‫فإن ِطب َْن لَ ُك ْم َع ْن َش ْي ٍء ِم ْنهُ نَ ْفساً فَ ُكلوهُ هَنِيئا ً َم ِريئا‬
ْ ً‫ص ُدقاَتِ ِه ّن نِحْ لَة‬
َ ‫َوآتُوا النِّ َسا َء‬
Maksudnya : “dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mahar-mahar mereka
sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan
kepada kamu sebahagian dari maharnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang
halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”. (Surah An-Nisa : 4)
● Maka membayar mahar merupakan kewajipan yang harus ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Namun, bagi Awi
dan Era yang masih belum bergelar suami isteri, menyebabkan Era perlu memulangkan semula wang mahar tersebut
kepada Awi. Hal ini juga disokong dengan sebuah hadith yang diriwayatkan Umru bin Syua’yb bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda : “ Mana-mana perempuan yang dikahwini telah diberi kepadanya mas kahwin, pemberian, atau alat
persiapan sebelum berlangsungnya aqad nikah, maka itu adalah hak miliknya tetapi apa yang diberikan kepada para
perempuan selepas berlakunya aqad nikah ia adalah kepunyaan pemberi.” Hadith ini jelas menunjukkan bahawa
setiap pemberian semasa pertunangan termasuk mahar itu dianggap hibah atau hadiah dan wanita berhak untuk
menikmati dan memiliknya hanya setelah mereka dikahwini.

● Selain itu, terdapat di dalam kitab Al-Mufassol karangan Dr. Karim Zaidan yang menyatakan tentang peruntukkan
Undang-Undang Keluarga Islam Lubnan, Seksyen 110 yang berasaskan Mazhab Abu Hanifah sebagaimana berikut :
● “ Apabila seseorang itu meminang seorang perempuan dan telah memberi kepada
perempuan itu suatu hadiah atau telah menyerahkan kepada perempuan itu mahar
semuanya atau sebahagiannya dan kemudian perempuan itu tidak pernah mengahwini
lelaki itu atau perempuan itu tidak dikahwinkan oleh walinya dengan lelaki itu atau
perempuan itu telah mati atau perempuan itu telah menarik diri dari ikatan pertunangan
itu sebelum berlakunya akad nikah, maka bagi lelaki itu berhak dipulangkan kepadanya
mahar secara ‘ain jika masih ada sekalipun telah berubah atau telah berkurang nilainya
atau hendaklah menggantinya jika ianya telah rosak atau dirosakkan”.

● Hal yang sama juga berlaku jika kedua-dua pihak lelaki dan perempuan bersetuju untuk
membatalkan pertunangan mereka, majoriti fuqaha’ berpandangan bahawa pihak
perempuan mestilah memulangkan semula mahar yang telah diambil sekiranya ia masih
ada dan elok dalam simpanan. Jika sebaliknya, pihak perempuan mestilah memulangkan
dalam bentuk nilai sama seperti apa yang telah diberikan dalam bentuk wang ringgit. Ini
kerana adanya mahar disebabkan aqad.
● Selain itu, adapun Era yang memungkiri janjinya dan memutuskan pertunangan mereka, tindakan itu tidak dilakukan
dengan sengaja atau tanpa sebab yang munasabah. Ianya merupakan tindakan yang rasional bagi Era untuk memutuskan
pertunangannya kerana Awi merupakan seorang wanita. Ini kerana tidak sah pertunangan seseorang itu melainkan jika
memenuhi dua keperluan iaitu tiadanya halangan syarie yang menghalang perkahwinan dan pasangan yang ingin dikahwini
itu mestilah diharuskan oleh syarak. Secara nyata lagi jelas bahawa keperluan kedua tidak dipenuhi kerana hubungan
sesama jenis adalah dilarang disisi hukum syarak mahupun undang-undang. Bahkan, undang-undang di Malaysia juga tidak
mengiktiraf perkahwinan diantara seorang perempuan dengan perempuan lain. Ianya juga bertentangan dengan fitrah
manusia dan dipandang serong oleh masyarakat. Kesannya, mahar yang diberikan oleh Awi kepada Era juga menjadi tidak
sah kerana pada asalnya pertunangan mereka tidak wujud dan bertentangan dengan hukum syarak.

● Kesimpulannya, jika mahar itu dibenarkan untuk dimiliki sebelum berlakunya akad nikah yang sah, maka matlamat mahar
itu tidak akan tercapai serta bertentangan dengan maksud hakikinya. Disamping itu, berlandaskan kepada kaedah fiqh
‫ل‬MM‫ َز ْا‬MM‫ض َررْ ُي‬
َّ ‫ل‬MM‫ ا‬yang bermaksud kemudaratan harus dihilangkan, maka memandangkan satu mudarat telah dapat dielakkan
dengan pembatalan pertunangan ini, adalah lebih baik sekiranya pemberian mahar tersebut dipulangkan kembali kepada
Awi supaya kemudaratan yang lain tidak berlaku.
04
ISU
PERUNDANGAN
ADAKAH ERA PERLU MEMBAYAR GANTI RUGI BERGANDA KEPADA AWI DAN
APAKAH HUKUMNYA MENURUT HUKUM SYARAK?
● Seksyen 15 Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan memperuntukkan bahawa:-

Jika seseorang telah mengikat suatu kontrak pertunangan mengikut Hukum Syara', sama ada secara lisan atau secara
bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin
dengan pihak yang satu lagi kepada kontrak itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju
berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian
pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau
untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui
tindakan dalam Mahkamah. 

● Pihak yang membatalkan perkahwinan tidak dibenarkan meminta semula hadiah pertunangan diberi kecuali dengan
syarat pembatalan tersebut dilakukan dengan sebab yang sah, sebaliknya pihak yang ingin mengekalkan ikatan
dibenarkan meminta semula hadiah yang diberikan pada majlis pertunangan. Undang-undang juga membenarkan
tuntutan gantirugi terhadap sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan persediaan mengadakan majlis
perkahwinan atau walimah. Manakala kerugian selain daripada tujuan tersebut adalah tidak dibenarkan untuk
dituntut.
● Ulama bersepakat tuntutan gantirugi disebabkan putus pertunangan itu sendiri adalah tidak dibenarkan. Manakala
ulama berbeza pendapat dalam tuntutan gantirugi pertunangan disebabkan mudarat kesan daripada pembatalan
pertunangan.

● Pendapat pertama: Tiada tuntutan gantirugi pembatalan pertunangan sama ada daripada sudut kebendaan mahupun
gantirugi am. Antara ulama yang berpendapat dengan pendapat pertama adalah Sheikh ‘Umar Sulayman (1417),
Syeikh Muhammad al-Sartawi, dan Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti‘i. Ini berdasarkan takyif pertunangan (atau
khitbah) adalah wa‘d gayr mulzim (atau janji yang tidak mesti disempurnakan/tidak mengikat) dan bukan suatu
aqad (atau kontrak yang mengikat). Oleh kerana itu, semua pihak telah sedia maklum bahawa jika pertunangan itu
dibatalkan, tiada sebarang gantirugi boleh dituntut (al-Sartawi 1997).

● Pendapat kedua: Membenarkan tuntutan gantirugi disebabkan pembatalan pertunangan sama ada gantirugi
kebendaan dan gantirugi am. Antara ulama yang bersama pendapat ini adalah ‘Abd al-Razzaq al-Sanhuri, Dr
Wahbah al-Zuhayli, ‘Abd al-Rahman al-Sabuni dan Usamah ‘Umar Sulayman. Ini adalah berdasarkan dalil
pembatalan pertunangan tanpa sebab yang sah akan mengakibatkan mudarat dan kerugian. Ini kerana dalam
pertunangan kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mengikat tali perkahwinan dengan penerimaan pinangan
● …Sekiranya berlaku pembatalan pertunangan setelah sempurna pertunangan maka pembatalan tersebut akan
mengakibatkan mudarat kepada kedua-dua pihak. Maka ulama memandang keperluan dalam mengaplikasikan
kaedah fiqhiyyah “La darar wa la dirar wa al-darar yuzal”, maka cara untuk mengatasi kemudaratan adalah dengan
tuntutan gantirugi. Gantirugi di sini bukan bermaksud gantirugi penggunaan hak memutuskan pertunangan bahkan
gantirugi dalam mengurangkan kemudaratan (al-Thar 1976).

● Pendapat ketiga: Membenarkan tuntutan gantirugi disebabkan pembatalan pertunangan terhadap gantirugi
kebendaan. Antara ulama yang bersama-sama dalam pendapat ini adalah Muhammad Abu Zahrah dan Mustafa al-
Siba‘i. Ini adalah berdasarkan dalil bahawasanya ganti rugi am atau moral tidak boleh dinilai serta mengambil jalan
tengah (iaitu antara kebenaran menuntut gantirugi kebendaaan beserta gantirugi am, dan tidak membenarkan
langsung tuntutan gantirugi) dengan membenarkan tuntutan gantirugi kebendaan sahaja. Ini kerana dalam
pembatalan pertunangan akan berlaku kemudaratan, dan bagi mengurangkan kemudaratan ini adalah dengan
tuntutan gantirugi kebendaan (Abu Zahrah 1957).
● Pembatalan pertunangan yang dilakukan oleh Era adalah untuk menjaga maruah dan nama baik keluarga serta
dirinya sendiri. Malahan pembatalan pertunangan ini tidak menjadikan Era salah, Awi sepatutnya sedar bahawa jika
berlakunya perkahwinan antara beliau bersama Era, Awi tidak dapat melaksanakan tuntutan dan tanggungjawab
seperti seorang lelaki.  Di dalam sebuah hadith daripada Abi Musa al-Asy’ari r.a, Rasulullah s.a.w bersabda : 

‫ت ْالمرْ َأةُ ْال َمرْ أة فَهُما َ َزا ِنيَتا َ ِن‬


ِ َ‫إ َذا أت‬

Maksudnya : “ Apabila perempuan mendatangi perempuan (sihaq), maka keduanya dianggap penzina.”

● Al-Qadhi Abu Tayyib mengatakan, menerusi hadith di atas, ia menunjukkan dosa sihaq atau lesbian adalah sama
dengan dosa berzina . Bahkan, undang-undang di Malaysia juga tidak mengiktiraf perkahwinan diantara seorang
perempuan dengan perempuan yang lain. Dengan kata lain bahawa Era lebih berhak untuk menuntut gantirugi
pertunangan berbanding Awi.
KESIMPULAN
● Di sisi Islam, pertunangan adalah wa’d gayr mulzim iaitu janji yang tidak semesti disempurnakan atau janji yang
tidak mengikat. Hal ini kerana, perjanjian yang dipersetujui hanya merupakan langkah awal dalam mempersiapkan
suatu pernikahan dan bukan suatu aqad atau kontrak yang mengikat sehingga mewajibkan pernikahan. Di samping
itu, berbalik kepada tujuan asal pertunangan iaitu untuk mengenal hati budi pasangan juga boleh menjustifikasikan
bahawa sesebuah ikatan pertunangan boleh dibatalkan sekiranya wujud ketidakserasian yang tidak dapat dielakkan
atau keadaan yang mendesak demi memelihara nama dan maruah keluarga. Bahkan, kedua-dua belah pihak sama ada
pihak lelaki atau pihak perempuan mempunyai hak untuk memutuskan pertunangan tersebut. Selain itu, Undang-
Undang Keluarga Islam di Malaysia selari dengan perundangan syariah dalam menangani kes pembatalan
pertunangan menurut Mazhab Maliki dimana tuntutan semula hadiah pertunangan adalah dibenarkan dengan melihat
siapakah punca pembatalan pertunangan tersebut sama ada pihak lelaki ataupun wanita. Walaubagaimanapun,
perlunya untuk meneliti sebab kepada punca berlakunya pembatalan pertunangan itu sendiri, dan bukan hanya
sekadar punca pembatalan pertunangan.
TAMAT
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai