Anda di halaman 1dari 14

CTU092

TAJUK :
PERTUKARAN AGAMA ISLAM SALAH SATU PASANGAN - IMPLIKASI DARI SUDUT
PERUNDANGAN DI MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK :
DR. AZHAR ABDUL AZIZ

DISEDIAKAN OLEH :

SITI NISRIN BINTI AHMAD MUKHADZIR (2022935527)


FARAH SYUHADAH BINTI ZAHARI (2022964649)
AINA AMIRAH BINTI HAIRUDDIN (2022984435)
PUTERI MIZA QISTINA BINTI MOHD NIZAM (2022913453)

PI005U14

PENILAIAN MARKAH

PENGENALAN /2

ISI DAN HURAIAN /8

RUMUSAN DAN CADANGAN /2

RUJUKAN /4

ETIKA DAN PROFESSIONALISME /4

JUMLAH /20
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 PERBATASAN KUASA UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA DIMONOPOLI OLEH


MAHKAMAH SIVIL 4

3.0 IMPLIKASI TERHADAP PERUNDANGAN ISLAM: HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH) 5

4.0 HARTA PENINGGALAN BAGI PASANGAN PERKAHWINAN SIVIL YANG TELAH MEMELUK
AGAMA ISLAM HANYA BOLEH DIWARIS OLEH WARISNYA YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA 7

5.0 PEMBUBARAN PERKAHWINAN JIKA SALAH SATU PASANGAN ENGGAN TURUT MEMELUK
ISLAM 8

6.0 CADANGAN 10

7.0 RUMUSAN 13

RUJUKAN 14

2
1.0 PENDAHULUAN

Para ilmuan dan tokoh yang terdahulu sering membahaskan kemaslahatan di antara
undang - undang Islam dan Sivil . Tidak disangka, ianya masih menjadi satu isu yang berbangkit
hingga ke hari ini. Terlalu banyak maslahat yang berlaku namun ada satu isu yang meniti dari
bibir ke bibir iaitu pemelukan agama islam seorang suami atau isteri dalam perkahwinan Sivil.
Setelah isu ini dikupas dengan lebih terperinci, kita dapat mengenalpasti bahawa masalah ini
berpunca daripada salah seorang daripada pasangan sama ada suami atau isteri , ingin menukar
agama daripada agama islam ke agama bukan islam.

Dapat diperkatakan, bahawa punca maslahat ini berlaku adalah berkait rapat dengan
seksyen 51 Akta Membaharui Undang-Undang ( Perkahwinan dan Perceraian ) 1976 yang
membahaskan hak untuk membubarkan perkahwinan. Memandangkan kita hidup di tanah yang
berbilang kaum ini, sudah semestinya wujud pelbagai agama lain yang dianuti . Oleh itu,
tercetuslah masalah dimana berlakunya pertukaran agama dari satu agama ke satu agama yang
lain. Tidak perlu terkesima kerana perkara ini telah lama berlaku sejak zaman dahulu kala lagi.
Masalah ini masih berlarutan hingga ke hari ini tanpa pendedahan yang sepatutnya dari segi
implikasi dari sudut perundangan terhadap diri sendiri dan perkahwinan tersebut.

Jika kita cakna dari sudut agama Islam, seseorang yang dahulunya bukan agama Islam, lalu
memeluk Islam, turut melibatkan perubahan dari segi cara hidup dan menukarkan seluruh
kepercayaannya kepada sesuatu yang baru iaitu i’tikad dan keyakinan.

Bukan hanya sekadar i’tikad dan kepercayaannya sahaja yang berubah, malah
undang-undang yang diaplikasi dan digunapakai ke atas seseorang itu juga turut berubah.
Berdasarkan sumber daripada Prof. Dato’ Noor Aziah Binti Mohd Awal, beliau mengatakan
bahawa terdapat undang-undang diri yang dipecahkan kepada dua iaitu undang-undang diri
untuk orang islam dan undang-undang diri untuk orang bukan islam. Kepada mereka yang
bukan Islam, undang-undang yang terpakai ke atas mereka ialah Akta Membaharui
Undang-Undang ( Perkahwinan dan Perceraian ) 1976 manakala bagi orang Islam ialah
undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri. Jadi, adalah adil bagi kedua dua golongan ini
kerana telah diberikan undang-undang yang sesuai untuk digunapakai ke atas masing-masing
meskipun berbeza agama.

Oleh sebab yang demikian, isu pertukaran agama islam salah satu pasangan akan
dikupas dengan lebih lanjut kerana telah mencetuskan banyak implikasi dari sudut
perundangan. Pembentangan akan diteruskan pada bahagian seterusnya merangkumi segala
implikasi yang tercetus apabila salah satu pasangan dalam perkahwinan telah memeluk islam,
dengan lebih terperinci agar dapat membuka mata dan minda masing-masing bahawa maslahat
ini ada serius dan ada impaknya dari sudut undang-undang negara kita, Malaysia.

3
2.0 PERBATASAN KUASA UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA DIMONOPOLI OLEH
MAHKAMAH SIVIL

Mahkamah Syariah di Malaysia merupakan institusi kehakiman yang dicipta khusus dan
hanya terpakai ke atas masyarakat yang beragama Islam di serata negara. Namun, kepelbagaian
agama, bangsa dan adat secara langsung menggugat banyak kuasa Mahkamah Syariah.

Berdasarkan contoh kes Ng Siew Pian v Abd.Wahid Abu Hassan, Kadi Mahkamah Bukit
Mertajam & Lain-lain lagi, perkahwinan di antara plaintif (si isteri) yang bukan beragama Islam
dan defendan kedua (si suami) yang beragama Islam tidak dapat dibubarkan kerana kuasa
Mahkamah Syariah tidak terpakai kepada plaintif.

Kes ini bermula apabila perkahwinan di antara plaintif dan defendan kedua bergolak kerana
defendan kedua telah membuat keputusan untuk memeluk Islam pada 21 Mei 1991 dan hasil
daripada tindakan itu, defendan kedua telah meminta Mahkamah Syariah Bukit Mertajam untuk
membubarkan perkahwinan mereka secara ‘hitam putih’ dan melalui prosiding mahkamah. Hal
ini berlaku kerana plaintif enggan memeluk agama Islam walaupun telah dipujuk oleh defendan
kedua beberapa kali. Tindakan si suami adalah wajar sebagai seorang muslim kerana agama
Islam melarang perkahwinan di antara muslim dan bukan muslim.

Berbeza sudut pandang dalam sistem kehakiman di Malaysia, dimana kuasa Mahkamah
Syariah secara langsung terbatal apabila anak guaman atau anak guam pihak lawan bukan
beragama Islam. Daripada tindakan defendan kedua (si suami), dalam kes diatas, plaintif (si
isteri) tidak berpuas hati kerana defendan pertama iaitu Kadi Mahkamah Syariah Bukit
Mertajam telah melakukan kesalahan dengan membubarkan perkahwinan mereka walhal si
isteri bukan beragama Islam. Hal ini telah menyebabkan plaintif memfailkan beberapa tuntutan
di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap defendan pertama dan defendan kedua.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang telah menyemak kes ini dan memutuskan bahawa Kadi
Mahkamah Syariah Bukit Mertajam telah mengambil kes luar dari skop kuasa mereka dan
pembubaran perkahwinan yang telah dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah Bukit Mertajam
adalah tidak sah. Walaupun begitu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terus mengambil alih kes
penceraian plaintif dan defendan kedua dengan membubarkan perkahwinan mereka secara sah
dan mengikut prosiding mahkamah dan undang-undang yang betul dan tepat.

Menerusi kes diatas, masyarakat secara umumnya dapat menilai kadar kuasa Mahkamah Kadi
atau Mahkamah Syariah adalah jauh lebih kecil berbanding Mahkamah Civil. Hal ini secara
langsung akan mengganggu umat Islam di Malaysia untuk mempraktikkan tata cara hidup Islam
dan meninggalkan larangan Allah S.W.T secara total. Sebagai sebuah negara yang meletakkan
agama islam sebagai agama rasmi sepatutnya lebih peka terhadap halangan yang menyebabkan
seorang penganut agama Islam terbatas dalam meninggalkan perkara yang mendatangkan
kemungkaran Allah S.W.T.

4
3.0 IMPLIKASI TERHADAP PERUNDANGAN ISLAM: HAK JAGAAN ANAK (HADHANAH)

Pertukaran agama islam dan kaitannya terhadap hak jagaan anak dalam sudut
perundangan islam. Seperti yang dinyatakan diatas, pertukaran agama salah satu pasangan akan
memberikan impak besar di dalam sistem kekeluargaan, malah ia juga membawa sistem
perundangan Islam ke dalam kancah perbicaraan. Hal ini disebabkan oleh salah satu pasangan
tersebut telah memeluk Islam secara rela walaupun pada awalnya mereka berkahwin secara
sivil di bawah Akta Memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta
164).

Kes ini boleh dikategorikan sebagai kes yang memerlukan undang-undang yang rumit
atau boleh dilabelkan sebagai “kes-kes 121 (1A)” yang akan menarik liputan dan perhatian
awam. Contoh kes yang boleh dianalisis dan diambil kira dibawah aspek ini adalah kes indIra
gandhi a.p mutho v. pengarah jabatan agama Islam Perak & ors and other appeals.

Fakta kes adalah Indira Gandhi a/p mutho merupakan isteri kepada Panthamanathan
a/l Krishnan telah mendirikan rumah tangga di bawah undang-undang sivil iaitu melalui Akta
164. Mereka kemudiannya dikurniakan tiga orang anak. Si suami kemudiannya memeluk agama
Islam pada 11 Mac 2009. Selepas penukaran agama tersebut, si suami telah memperoleh
perintah penjagaan anak-anak daripada mahkamah syariah. Setelah perintah penjagaan
dikeluarkan, kedua-dua anak mereka yang lebih tua berada dibawah jagaan si suami manakala
yang paling bongsu berada di bawah penjagaan si ibu. Sekitar tahun 2009, si isteri telah
menerima perakuan bahawa si suami telah mendaftarkan anak-anak mereka sebagai Muslim. Ini
menyebabkan si isteri memfailkan pemohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan
hakim kerana pendaftar telah melanggar prosedur yang ditetapkan dalam Seksyen 96 dan dan
106 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak.

Agama seseorang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu
atau baanya atau penjaganya. Ini disebut dalam Perkara 121 (1A). Di dalam kenyataan ‘parent,
jelas menunjukkan ibu bapa. Bermaksud jika ibu beragama islam, begitulah ditetapkan agama
anak yang belum berumur 18 tahun. Begitulah sebaliknya bagi agama lain. Pihak isteri membuat
rayuan kepada keputusan Mahkamah Rayuan. Pihak isteri kemudiannya mendapat kebenaran
dari Mahkamah Persekutuan untuk membuat rayuan. Mahkamah Persekutuan dalam
penghakiman rayuan pada 2018 tersebut telah bersetuju. Mereka memegang kukuh pada
alasan pihak perayu dan memerintahkan supaya pendaftaran agama Islam anak-anak berkenaan
dibatalkan. Ini bermakna kes mengambil masa selama sembilan tahun untuk sampai ke akhir
cerita . Ia merupakan satu tempoh masa yang panjang di mana ia bukan sahaja memberi
keresahan kepada keluarga berkenaan, bahkan juga kepada masyarakat, terutamanya
masyarakat Islam yang merasakan seolah-olah agama Islam cuba dianak tirikan.

Dengan keputusan mahkamah telah membuktikan mahkamah syariah mempunyai pangkat yang
rendah berbanding mahkamah sivil. Berdasarkan kes ini kita mampu meniliti dan membuktikan
bahawa apabila salah seorang pasangan memeluk islam terutama lelaki, hak penjagaan anak

5
bukanlah lagi berada di tangannya. Namun apabila ditapis, memeluk islam bukanlah menjadi
permasalahan tetapi apa hak yang tinggal kepada salah satu pasangan tersebut. Ditambah pula
dengan Mahkamah Persekutuan yang mengawal dan sering menolak Mahkamah Syariah ke tepi.
Kesan daripada penjajahan Barat tidak terhasil sehari dua namun setelah bertahun apatah lagi
dengan cara ini mampu menggugat kedaulatan Islam dan kestabilan undang-undang islam di
Malaysia.

Dapat disimpulkan bahawa, Islam telah menyatakan bahawa tiada paksaan dalam
memeluk Islam. Ini dapat dibuktikan di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 256. Jika seorang anak
yang lahir daripada keluarga yang bukan Islam berhak memilih agama setelah berumur 18
tahun. Pihak mahkamah persekutuan sentiasa berat sebelah dan merendahkan mahkamah
syariah terutamanya melibatkan kes 121 (1a).

6
4.0 HARTA PENINGGALAN BAGI PASANGAN PERKAHWINAN SIVIL YANG TELAH MEMELUK
AGAMA ISLAM HANYA BOLEH DIWARIS OLEH WARISNYA YANG BERAGAMA ISLAM SAHAJA

Kekal adalah maksud dari segi bahasa bagi perkataan Al-Mauruth atau harta pusaka .
Dalam erti kata lain, perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain atau
daripada kaum kepada kaum yang lain, sama ada yang ditinggalkan itu adalah harta atau ilmu.
Namun begitu, jika dilihat dari segi istilah pula, harta pusaka ialah sesuatu yang ditinggalkan
oleh si mati daripada harta benda dan hak-hak yang akan diwarisi oleh waris-waris disebabkan
oleh kematian pewarisnya . Lebih terperinci lagi, harta pusaka merupakan harta yang tidak
diwarisi oleh orang Islam daripada orang bukan Islam dan orang bukan Islam kepada orang
Islam.

Para ulama telah sebulat suara berpendapat bahawa orang bukan Islam tidak boleh sama sekali
mewarisi harta pusaka saudaranya yang beragama Islam . Sememangnya, negara kita ini,
Malaysia tidak mencipta undang-undang yang terperinci dan khusus berkenaan harta pusaka
bagi pasangan perkahwinan sivil yang memeluk Islam. Secara tidak langsung, mereka perlu
merujuk kepada hukum syarak. Hal ini dapat dilihat dengan lebih jelas melalui kes Re Timah
binti Abdullah [1941] 10 MLJ 51, di mana harta pusaka seorang wanita Jepun yang telah
memeluk Islam telah diberikan kepada baitulmal.

Lalu, mahkamah memutuskan bahawa warisnya yang bukan beragama Islam sama sekali tidak
layak dan mempunyai hak untuk mewarisi harta pusaka si mati. Buku terjemahan Minhaj
al-Thalibin daripada mazhab Syafi'i dijadikan rujukan oleh mahkamah dalam kes ini dimana di
dalamnya, terdapat kenyataan bahawa orang kafir tidak akan mewarisi harta pusaka seorang
yang beragama Islam.

Namun begitu, berbeza cerita dalam kes Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan v Lim
Ee Seng & Yang Lain [2002] 2 AMR 1890, dimana seorang lelaki yang berketurunan cina
bernama Chew Tong Lee telah memeluk Islam pada 1973. Kemudian, beliau telah disahkan
meninggal dunia pada 28 Julai 1988 . Jadi, isuu dalam kes ini ialah sama ada defenden pertama
iaitu balu si mati yang tidak memeluk Islam berhak atau tidak ke atas harta pusaka si mati. Kes
ini, telah diputuskan oleh Hakim Datuk Mohd Sani Yusof yang berpendapat bahawa waris-waris
si mati yang bukan beragama Islam tidak berhak sama sekali mewarisi harta pusaka si mati.

Oleh yang demikian, permohonan Majlis Agama Islam tersebut telah diluluskan oleh
Yang Arif Hakim supaya membatalkan Surat Kuasa Mentadbir yang pada sebelumnya telah
dikeluarkan kepada defenden pertama. Keputusan ini dirujuk daripada kes Re Timah binti
Abdullah. Demikianlah, dapat kita simpulkan bahawa harta peninggalan bagi pasangan
perkahwinan sivil yang telah memeluk agama Islam hanya boleh diwarisi oleh warisnya yang
beragama Islam sahaja berdasarkan hukum syarak.

7
5.0 PEMBUBARAN PERKAHWINAN JIKA SALAH SATU PASANGAN ENGGAN TURUT MEMELUK
ISLAM

Pertukaran agama islam ke atas individu yang belum berkahwin tidak akan menjadi isu
selain daripada perdebatan sesama ahli keluarga yang tidak perlu dibawa ke mana-mana
mahkamah. Namun, berbeza pula untuk individu yang telah berumah tangga. Isu pertukaran
agama kepada agama islam ini akan berkelanjutan bagi pasangan tersebut menjadi suatu
perkara yang tidak akur oleh kedua belah pihak dan memerlukan penyelesaian yang melibatkan
pihak mahkamah jika pasangannya enggan ikut untuk memeluk islam. Perkara ini telah
dinyatakan dalam bidang kuasa dan merujuk kepada seksyen 46(2) Jika salah satu pihak kepada
sesuatu perkahwinan bukan islam memeluk agama islam, maka perbuatan yang demikian tidak
boleh dengan sendirinya berkuat kuasa untuk membubarkan perkahwinan itu melainkan jika
dan sehingga disahkan sedemikian oleh mahkamah.

Pembubaran perkahwinan tersebut hanya boleh terlaksana dengan hanya jika telah disahkan
oleh mahkamah syariah. Pengesahan hanya boleh dibuat oleh mahkamah syariah seperti yang
telah dinyatakan dalam tafsiran seksyen 2 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam iaitu
Mahkamah Syariah atau Mahkamah yang bermaksud Mahkamah rendah Syariah ataupun
Mahkamah tinggi Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan yang telah ditubuhkan di
bawah subseksyen 55(1) atau 55(2) Enakmen pentadbiran.

Salah satu kes yang berkaitan ialah kes Mastura Sareswathy Binti Abdullah @ Sarewasthy A/P
subramaniam V Karisnan A/L Appoo. Fakta kes ini adalah kedua-dua belah pihak telah
mendirikan rumah tangga namun Mastura Sareswathy iaitu plaintif dalam kes ini menghadapi
kesukaran semasa tinggal bersama suaminya Karisnan A/L Appoo, defendan dalam kes tersebut.
Sepanjang tempoh perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Diikuti pula hubungan
mesra antara suami isteri tersebut kian pudar. Sarewasthy kemudiannya berpindah ke Melaka
setelah berlaku perselisihan faham dengan suaminya, Karisnan. Plaintif tinggal sendirian
sehingga lebih kurang 1 tahun 3 bulan.

Plaintif juga menyatakan bahawa defendan tidak memberikannya nafkah, kerap


bermain judi dan sebagainya menyebabkan plaintif tidak mampu untuk menghadapi dan
mengambil keputusan untuk mengasingkan dirinya dari suaminya. Pada 23hb Januari 2009,
Sareswathy memutuskan untuk memeluk agama islam. Pendaftaran pemelukan islam tersebut
telah disahkan di hadapan Pendaftar Muallaf Majlis Agama Islam Melaka. Sareswathy juga telah
didaftarkan dengan bil. Daftar no. dan memakai nama islam iaitu Mastura Sareswathy Binti
Abdullah. Kesan daripada pemelukan islam yang dibuat oleh plaintif menyebabkan beliau
memfailkan satu permohonan pembubaran perkahwinan di bawah seksyen 46 (2) Enakmen
Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003 untuk membubarkan perkahwinannya
apabila suaminya tidak mahu untuk memeluk agama Islam.

Mahkamah telah membuat keputusan setelah meneliti affidavit yang diberikan oleh plaintif
beserta dengan keterangan oleh beberapa saksi dan hujah yang telah dikemukakan. Keputusan
yang telah dibuat mahkamah ialah telah sabit perkahwinan Sareswathy A/P Subramaniam @

8
Mastura Sareswathy Binti Abdullah dengan suaminya, Karisna A/L Appoo mengikut upacara
hindu dan telah didaftarkan di bawah akta memperbaharui Undang-undang (Perkahwinan dan
Perceraian) 1976 melalui nombor daftar 544246 di Pejabat Pendaftaran Negara, Seremban,
Negeri Sembilan, 30hb Mei 1995.

Perkahwinan ini secara rasminya dibubarkan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam


(Negeri Sembilan) 2003 mulai 1hb April 2009 yang disebabkan oleh pemelukan agama islam
yang dibuat oleh Sareswathy pada 23hb Januari 2009 yang tidak diikuti oleh suaminya, Karisnan
untuk serta memeluk agama islam.

Berdasarkan pernyataan Perkara 3 (1) iaitu agama Islam adalah agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian Persekutuan. Pernyataan tersebut telah menjelaskan bahawa hak-hak dan
undang-undang Islam adalah menjadi keutamaan utama dalam sistem perundangan Malaysia
kerana majoriti masyarakat di Malaysia adalah beragama Islam.

9
6.0 CADANGAN

A. KUASA PEMBUBARAN PERKAHWINAN DI ANTARA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM


PERLU DIBERI KEUTAMAAN KEPADA MAHKAMAH SYARIAH

Berdasarkan kupasan yang dibentangkan dalam ke, kuasa pembubaran perkahwinan


diantara orang islam dan bukan islam seharusnya berpihak pada mahkamah syariah. Jika dilihat
sejarah lama islam di malaysia sebelum kedatangan penjajah barat di melaka pada 1511,
seluruh kerajaan melaka dan wilayah dibawahnya menggunakan hukum islam dan adat.
Walaupun malaysia kini mempunyai pelbagai kaum dan agama, tidak bermakna hukum islam
perlu diduakan. Jika hanya kuasa Mahkamah Persekutuan diberi kuasa, sudah tentu hak si
mualaf akan terabai secara sepenuhnya. Dan apa lagi yang tinggal untuk orang Islam di
Malaysia. Undang-undang islam terbukti mampu berlaku adil kepada yang bukan islam dan
tidak berat sebelah seperti yang dilakukan oleh mahkamah persekutuan.

B. MEMINDA SEKSYEN 51 AMU

Jika kita meneliti setiap kes satu per satu, sudah terang lagi bersuluh menunjukkan
bahawa maslahat pewarisan harta bagi salah satu pasangan yang memeluk Islam bagi pasangan
perkahwinan sivil terdahulu amat rumit untuk diselesaikan sekiranya tidak meminda seksyen 51
AMU. Antara solusi yang ada untuk pihak yang memeluk agama Islam untuk membubarkan
perkahwinan sivil tersebut hanyalah dengan cara pergi ke mahkamah syariah dan meminta
untuk membubarkan perkahwinan terdahulu.

Namun begitu, lain pula ceritanya bagi pihak bukan Islam . Dalam hal ini, mereka tidak
boleh datang ke mahkamah syariah kerana mereka bukan Islam. Jika dirujuk kes Tan Sung Mooi
lwn Too Miew Kim (1994) 3 MLJ 117 ianya menyatakan bahawanya Mahkamah Tinggi Sivil
mempunyai bidang kuasa dalam mendengar dan memutuskan sebarang keputusan yang
berkaitan dengan implikasi sampingan yang wujud akibat perceraian kerana beliau memeluk.
Sekiranya pernyataan tersebut diterima, maka isteri responden tidak mempunyai remedi di sisi
undang-undang. Hal ini kerana, beliau tidak termaktub di bawah bidang kuasa mahkamah
syariah.

10
C. ANAK BUKAN ISLAM YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS BERHAK MEMILIH ISLAM
SEBAGAI AGAMA TANPA PERSETUJUAN IBU BAPA

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana
sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang
tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah
berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah),
Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 256)

Cadangan di atas merujuk kepada hak anak itu kepada dirinya sendiri apabila mencecah umur
18 tahun. Seperti yang dilihat dalam kes Indira Gandhi, si suami dikatakan mengislamkan anak
mereka tanpa persetujuan si isteri.

Namun harus diingatkan bahawa si anak yang berada dibawah jagaan si suami belum
melepasi had umur yang ditetapkan, jadi persetujuan kedua dua ibu bapa adalah penting.
Namun apabila anak itu telah melepasi syarat umur, ibu bapa tiada hak untung menghalang
anak dari memeluk Islam atau menggunakan kuasa Mahkamah untuk menahan pengesahan itu.
Ditambah lagi dengan keadaan anak yang mumayyiz dan telah ter lafaz dua kalimah syahadah.
Pihak mahkamah persekutuan tidak boleh campur tangan. Seperti mana apabila seseorang
Islam itu murtad, Mahkamah Persekutuan tidak lari dari mencampur tangan hal tersebut
walaupun isu murtad jatuh dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

D. PENDEDAHAN DAN PERINGATAN TENTANG PEMBUBARAN PERKAHWINAN KEPADA ORANG


BUKAN ISLAM YANG SUDAH MEMPUNYAI PASANGAN SEBELUM MENERUSKAN PROSES
UNTUK MENUKAR AGAMA KEPADA AGAMA ISLAM

Maksud ayat di atas ialah, sebelum pihak berkaitan hendak meneruskan proses untuk
mereka menukar agama islam, pihak yang bertanggungjawab dalam melakukan proses
pendaftaran pemelukan islam hendaklah membuat atau memberitahu tentang pembubaran
perkahwinan jika pasangannya enggan untuk turut memeluk islam. Hal ini demikian kerana, jika
cadangan tersebut dilaksanakan ia akan mencetuskan pasangan yang berkaitan untuk berfikir
semula tentang keputusan yang dilakukan.

Namun, jika pasangan tersebut telah sedia tahu tentang pembubaran perkahwinan
apabila salah satu pasangan menukar agama pihak yang berkaitan dengan proses pemelukan
islam cuma perlu mengingatkan semula tentang perkara tersebut. Digalakkan juga agar
pasangan tersebut diberi masa beberapa hari untuk mereka bersama-sama memikirkan
keputusan yang lebih baik daripada keputusan yang mendatangkan kesan ke atas perkahwinan
mereka sendiri. Namun, jika pasangan individu yang memeluk islam tersebut enggan untuk
turut memeluk islam sehingga akhirnya, tiada paksaan atas pasangan tersebut.

11
Cadangan ini adalah untuk mengurangkan terjadinya pembubaran perkahwinan. Jika
pasangan tersebut akur antara satu sama lain dan memutuskan untuk memeluk islam, secara
tidak langsung bilangan penganut agama islam dapat ditingkatkan. Walaubagaimanapun, jika
individu yang berhasrat untuk menukar agama membatalkan hasratnya kerana tidak mahu
berpisah dengan pasangannya pembubaran perkahwinan tidak akan berlaku.

12
7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, di sini dapat disimpulkan bahawa pertukaran agama bukan


islam kepada agama islam daripada salah satu pasangan mengundang impak terhadap
perubahan sistem perundangan dalam Malaysia. Hal ini berlandaskan peraturan dalam agama
islam bahawa seorang muslim tidak boleh mengahwini atau mendirikan rumah tangga dengan
individu yang bukan seorang muslim. Tambahan pula, Jika kedua-duanya dari agama bukan
islam sekalipun dan kemudiannya berhasrat untuk memeluk islam dalam tempoh perkahwinan,
kedua-dua pihak perlu menyelesaikan proses pengislaman terlebih dahulu. Jika pasangan
enggan untuk menuruti garis panduan syariat Islam maka perkahwinan tersebut secara
mandatori dalam peraturan islam adalah wajib dibubarkan oleh pihak mahkamah pada kadar
segera. Namun begitu, kehidupan masyarakat di Malaysia yang dipengaruhi oleh perbezaan
bangsa, agama serta komuniti yang berbilang kaum telah merumitkan tata cara agama islam
diaplikasikan secara total.

Carian sumber dan analisis yang diusahakan turut membuktikan bahawa setiap agama
yang diamalkan di Malaysia contohnya, telah banyak menjelaskan kepentingan sepemikiran atau
pun satu fikrah dimana perkahwinan yang berlatar belakang kan agama, status dan taraf
pemikiran yang sama sangat menjadi satu keutamaan untuk membina sebuah layar
perkahwinan. Keharmonian rumah tangga adalah terletak pada kesefahaman daripada
kedua-dua pasangan. Berdasarkan topik yang dibahas dalam kertas kerja ini, umum mengetahui
bahawa seorang muslim yang mentauhidkan Allah S.W.T sebagai Tuhan tidak boleh tinggal
bersama-sama seseorang yang menyembah tuhan selain Allah S.W.T.

Berdasarkan kupasan daripada topik ini juga, perkara yang telah dijelaskan adalah salah
satu kesan daripada pertukaran agama islam salah satu pasangan. Pembubaran perkahwinan ini
juga hanya boleh dilakukan oleh pihak mahkamah yang terlibat. Berlaku beberapa konflik kerana
penglibatan bidang kuasa mahkamah lain selain daripada mahkamah syariah. Implikasi-implikasi
tersebut dianggap sebagai masalah-masalah atau konflik-konflik disebabkan oleh berlakunya
pertukaran agama islam salah satu pasangan. Jadi, perkara ini sewajarnya diselesaikan atau
ditambah baik agar dapat mengurangkan pihak-pihak yang terlibat dengan isu ini.

Selain itu juga, dengan adanya cadangan dan idea penyelesaian untuk setiap kesan yang
telah dikenalpasti, badan perundangan dan eksekutif daripada bahagian sivil dan syariah
perlulah berganding bahu dalam menyesuaikan dan mengutamakan syariat islam di Malaysia.
Sokongan padu dan kerjasama daripada rakyat Malaysia juga amatlah diharapkan supaya
sekaligus dapat memperbaiki kelemahan sistem perundangan Malaysia. Penambahbaikan yang
dibuat juga akan menambah keharmonian dan memupuk sikap toleransi dalam kalangan rakyat
di Malaysia.

13
RUJUKAN

Dr. Azhar Abdul Aziz (2020, Jun). Prolegomena Sistem Perundangan Islam Di Malaysia. Tru Book
Legacy. Diambil daripada
https://www.coursehero.com/file/74293985/Prolegomena-Sistem-Perundangan-Islam-d
i-Malaysia-RRpdf/

Mohd Nazri Bin Haji Abdul Rahman (2010, Februari 3). Sarewasthy A/P Subramniam @ Mastura
Sareswathy Binti Abdullah v Karisnan A/L Appoo, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah,
Seremban.
http://snakelidi.blogspot.com/2011/02/pembubaran-perkahwinan-kerana-pemelukan.html

Rina Fakhizan Mohd Sukri,Zuliza Mohd Kusri,Mohd Zamro Muda (2020, June 15). The
Implications of The Amendment of Act 164 to Marriage and Inheritance Property of
Convert,Journal of Contemporary Islamic Law,Vol. 5(1): 9-15. Diambil daripada
http://journalarticle.ukm.my/19047/1/JCIL-2020-51-Article-2.pdf

Tun Abdul Hamid Mohamad (2012, April 18). Ng Siew Pian v Abd Wahid abu Hassan, Kadi
Daerah Bukit Mertajam & Satu lagi. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.Retrieved from
https://www.tunabdulhamid.my/index.php/judgments/item/333-ng-siew-pian-v-abdul-wa
hid-bin-abu-hasan-kadi-daerah-bukit-mertajam

Zulkefli (2018). 1 Malaysia Law Journal. Mahkamah Persekutuan Malaysia. Diambil daripada
KEPUTUSAN-MAHKAMAH-PERSEKUTUAN-DALAM-KES-INDIRA-GHANDI-IMPLIKASI-DAN-
PENYELESAIAN-Federal-Court-Verdict-in-Indira-Ghandi-Case-Implication-and-Solution.pd
f

14

Anda mungkin juga menyukai