Anda di halaman 1dari 4

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, IPOH

DI DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

KES NO.: 352216-711-2021

“AFFIDAVIT KETERANGAN DEFENDAN”

ANTARA

SAODAH BINTI AHMAD MAHMUD PLAINTIF


(NO. K/P: 530406 – 07 – 4146)

DAN

AHMAD ILYAS BIN ISMAIL DEFENDAN

(NO. K/P: 820205 – 07 – 5675)

Saya, Ahmad Ilyas bin Ismail (No KP: 820205 – 07 – 5675) adalah seorang warganegara
Malaysia yang beragama Islam dan beralamat di No. 52, Jalan Kembojasari 3, Bandar
Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor, bersumpah dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya adalah Defendan yang dinamakan diatas dan segala perkara yang
dinyatakan di sini adalah benar dan berada dalam pengetahuan saya melainkan
yang dinyatakan sebaliknya.

2. Saya mengaku segala keterangan yang saya berikan dalam menjawab


soalan – soalan Peguam adalah benar. Walau bagaimanapun saya merizabkan
hak saya untuk memasukkan apa – apa keterangan tambahan sekiranya perlu
selepas ini.

3. Soalan : Sila nyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat serta
pekerjaan Encik.

Jawapan : Nama saya Ahmad Ilyas bin Ismail (No KP: 820205 – 07 – 5675),
berumur 39 tahun, beralamat dan menetap di No 52, Jalan Kembojasari 3, Bandar
Sungai Buaya, 48010 Rawang, Selangor. Saya adalah anak pertama daripada 5
adik-beradik dan tidak lagi mempunyai ibu bapa. Saya kini merupakan seorang
doktor yang berkhidmat di sebuah klinik swasta.

[ Mohon mahkamah merujuk Salinan Kad Pengenalan Defendan di muka surat 10


Ikatan Dokumen yang Dipersetujui dan selepas dirujuk, mohon diterima sebagai
bukti dan ditandakan sebagai D-1]

4. Soalan : Boleh Encik nyatakan bilakah tarikh kematian ayah Encik?

Jawapan : Ayah saya meninggal pada 23 hari bulan September tahun 1999.

[ Mohon Mahkamah merujuk salinan Sijil Kematian Haji Ismail di muka surat 11
Ikatan Dokumen Dipersetujui dan selepas dirujuk ditanda sebagai D-2 dan
diterima sebagai bukti di Mahkamah]

5. Soalan : Boleh Encik nyatakan apa tujuan utama Encik menghadirkan diri ke
Mahkamah Yang Mulia ini?

Jawapan : Saya hadir ke mahkamah pada hari ini sebagai Defendan dalam
kes ini untuk pengesahan hak milik tanah Lot 3556, Kampung Melati dan untuk
menafikan segala tuntutan yang Plaintif kenakan terhadap saya.

6. Soalan : Boleh Encik nyatakan kenapa tanah tersebut adalah milik Encik?

Jawapan : Tanah lot 3556, Kampung Melati adalah milik arwah ayah saya
semenjak tahun 1960 lagi. Geran tanah tersebut berdaftar dengan nama arwah
ayah dan disimpan dalam bilik arwah sejak dia masih hidup. Setelah ayah
meninggal, secara pembahagian wasiat dan pusaka, tanah tersebut telah menjadi
milik saya.

[ Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan Geran Tanah di muka surat 3 Ikatan
Dokumen yang tidak dipersetujui dan selepas dirujuk, mohon diterima sebagai
bukti dan ditandakan sebagai ID-3]

7. Soalan : Sebentar tadi Encik memberi tahu bahawa tanah tersebut adalah
di bawah nama Haji Ismail, bagaimana pula dengan nama bagi cukai tanah?

Jawapan : Apabila berlaku bayaran pada cukai tanah, resit dari Pejabat Tanah
akan dihantar ke alamat rumah kami. Resit tersebut menyatakan yang bayaran
tersebut dibuat atas nama Haji Ismail.

8. Soalan : Boleh Encik nyatakan sejak bilakah cukai tanah ini dibayar atas
nama Haji Ismail?

Jawapan : Cukai tanah tersebut dibayar atas nama Haji Ismail sejak tahun
1960 lagi.

[ Mohon Mahkamah merujuk Salinan dokumen cukai tanah di muka surat 4 Ikatan
Dokumen Tidak Dipersetujui dan ditanda sebagai ID-4 dan diterima sebagai bukti
di Mahkamah ]

9. Soalan : Adakah Encik ada sebarang penambahan, pembaikan, pembetulan


atau apa-apa yang hendak dimaklumkan kepada Mahkamah?

Jawapan : Tiada.

10. Soalan : Adakah Encik bersetuju untuk menjadikan penyata keterangan ini
sebagai keterangan lisan Encik dalam Mahkamah ini?

Jawapan : Ya, saya setuju.


Pada 13 Julai 2021 Diakui benar oleh penama,
Di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh

AHMAD ILYAS BIN ISMAIL


(NO KP: 820205 – 07 – 5675)

AFFIDAVIT KETERANGAN DEFENDAN ini difailkan oleh Syed & Associates,


Peguamcara bagi pihak Defendan yang beralamat di D1-1-14, No.1, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. No.Tel/Faks:
03-64133524. E-mel: syed.assosiates@gmail.com
(No. Rujukan: IP/LIT/06/2021/T)

Anda mungkin juga menyukai