Anda di halaman 1dari 6

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO:22-138-TAHUN

2010 ANTARA ABDUL HALIM BIN ARIFFIN DAN ZAIDI BIN DERIS
SAMAN DALAM KAMAR (Di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980) Benarkan semua pihak yang berkenaan hadir di hadapan Yang Arif Hakim dalam kamar pada haribulan ,2009 pukul 9.00 pagi untuk pendengaran permohonan oleh Pihak Defendan-defendan bagi mendapatkan perintah-perintah seperti berikut: a. Bahawa Mahkamah membatalkan Writ Saman bertarikh 07hb November, 2010 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 07hb November, 2010 yang difailkan oleh Plaintif dalam tindakan ini; b. Bahawa kos permohonan ini dijadikan sebagai kos di dalam kausa. Alasan-alasan untuk permohonan ini adalah seperti berikut: a. Bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan tersebut tidak menunjukkan sebarang kausa tindakan yang munasabah; b. Bahawa Defendan selaku pengarah Nukleus Berkat Sdn Bhd tidak pernah pada bila-bila masa mengeluarkan surat tawaran sub kontrak kepada Plainttif untuk Kerja-kerja menggali, Melebar Dan Mendalam Sungai Sat Serta Kerja-kerja berkaitan di bawah rancangan tebatan banjir (Fasa I) Machang, Kelantan.

PLAINTIF DEFENDAN

c. Bahawa Defendan membuat laporan polis di atas kapasiti sebagai Pengarah Nukleus Berkat Sdn Bhd Machang Kelantan. yang dipertanggungjawab dengan tender bagi projek berkaitan Masjid Keputeraan di Pulai Chondong,

d. Bahawa tindakan Plaintif dengan memfailkan Writ Saman dan pernyataan Tuntutan tersebut adalah suatu penyalahan proses mahkamah.

Alasan-alasan lanjut bagi menyokong permohonan ini adalah seperti yang terkandung di dalam afidavit sokongan oleh ZAIDI BIN DERIS yang diikrarkan pada..................................dan difailkan di sini.

Bertarikh pada

haribulan,

2010.

.......................................................... ........... Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu Kepada: 1. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu 2. Plaintif/Peguamcara Plaintif Tetuan Shaharudin Hidayu & Marwalis Peguambela & Peguamcara Lot 3512-N, Tingkat Satu Jalan Sultanah Zainab 15050 Kota Bharu Kelantan Ruj:sh/sic/lit/78/2010 (Halim) Saman Dalam kamar ini difailkan oleh Tetuan Ashikin, Martini & Izzatul Peguambela & Peguamcara, Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan No. Tel :09-7478384 No. Fax :09-7478384 No. Ruj :KB/HC/03-11/10

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO:22-138-TAHUN 2010 ANTARA ABDUL HALIM BIN ARIFFIN DAN ZAIDI BIN DERIS DEFENDAN PLAINTIF

AFIDAVIT SOKONGAN (Berkenaan Permohonan Defendan-defendan Di Bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi,1980) Saya, ZAIDI BIN DERIS (NO.K/P: 581202-03-5251) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Kampung Pasir Golok,16450 Ketereh,Kelantan dengan sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:1. Saya adalah Defendan yang dinamakan dalam tindakan ini dan telah diberikan kuasa yang sempurna untuk mendeposkan affidavit ini untuk dan bagi pihak Defendan. 2. Segala fakta yang dinyatakan di sini adalah benar daripada pengetahuan peribadi saya dan diperolehi daripada dokumen-dokumen yang saya mempunyai akses melainkan dinyatakan sebaliknya.

3. Saya adalah pengarah Nukleus Berkat Sdn Bhd yang mempunyai alamat berdaftar di

No.20, CU5, Taman Cheng Utama, 75250 Melaka. Sesalinan cabutan daftar syarikat tersebut disertakan disini dan ditanda sebagai eksibit ZD-1.

4. Dengan segala hormatnya saya memohon Mahkamah Yang Mulia ini merujuk kepada

Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 07hb November,2010 yang difailkan oleh Tetuan Shaharudin, Hidayu & Marwaliz.

5. Dalam Penyata Tuntutan Plaintif adalah jelas dan terang bahawa tindakan dan tuntutan

ini terhadap saya adalah mengenai laporan polis yang saya buat terhadap Plaintif dan bayaran projek bagi Tender untuk Kerja-kerja Menggali, Melebar Dan Mendalam Sungai Sat Serta Kerja-Kerja Berkaitan Di Bawah Rancangan Tebatan Banjir (FASA I) Machang, Kelantan(selepas ini dirujuk sebagai tender tersebut).

6. Pada 5hb September, 2008 Nukleus Berkat Sdn Bhd telah menerima surat tawaran

tender tersebut. Disertakan di sini salinan surat tawaran tersebut dan ditandakan sebagai eksibit ZD-2.

7. Seterusnya saya menyatakan dan menegaskan bahawa Nukleus Berkat Sdn.Bhd tidak

pernah pada bila-bila masa memberi sub-kontrak bagi tender tersebut kepada Plaintif.

8. Plaintif adalah pekerja Nukleus Berkat Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai pekerja

Defendan) dan selaku pekerja Defendan, Plaintif dibayar gaji bulanan sebanyak Ringgit Malaysia Satu Ribu Lima Ratus (RM1,500.00) salinan slip gaji dikemukakan dan ditanda secara kolektif sebagai ekshibit ZD-3.

9. Segala kerja-kerja berkaitan projek tersebut telah disempurnakan dan segala bayaran berkaitan telah disempurnakan.

10. Pada 19hb April 2010 saya dengan suci hati dan tanpa apa-apa prasangka selaku

pengarah Nukleus Berkat Sdn.Bhd telah membuat laporan polis berdasarkan maklumat yang saya perolehi daripada isteri saya bahawa sebahagian karpet yang sepatutnya dipasang di Masjid Keputeraan Pulai Chondong telah digunakan oleh Plaintif dirumah beliau sebagaimana yang dinyatakan oleh Isteri Plaintif sendiri kepada isteri saya semasa isteri saya bertandang ke rumah Plaintif.

11. Laporan itu dibuat kerana rasa tanggungjawab saya selaku Pengarah Nukleus Berkat

Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan

untuk merekabentuk, membina dan

menyiapkan Masjid Keputeraan di Pulai Chondong, Machang Kelantan.

12. Plaintif sendiri telah membuat laporan balas terhadap saya sebagaimana yang

dinyatakan dalam perenggan 10 penyata tuntutan Plaintif. Salinan Penyata Tuntutan tersebut dikemukakan disini dan diekhsibitkan sebagai ZD-4.Jadi Plaintif juga telah mengambil tindakan yang sama terhadap saya, tidak timbul isu niat jahat kerana prosedur siasatan polis adalah prosedur biasa.

13. Saya merujuk kepada Penyata Tuntutan Plaintif dan saya sesungguhnya percaya bahawa tuntutan yang difailkan terhadap saya harus dibatalkan kerana segala kenyataan yang dibuat oleh saya adalah benar dan betul dari segi isi dan fakta.

14. Saya telah dinasihatkan oleh peguam saya dan percaya bahawa Plaintif tidak

mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap saya kerana saya selaku pengarah Nukleus Berkat Sdn Bhd tidak pernah membuat tawaran sub-kontrak kepada Plaintif dan sepanjang tender tersebut dijalankan Plaintif adalah pekerja Nukleus Berkat Sdn. Bhd.

15. Saya merujuk kepada perenggan 7 pernyataan tuntutan Plaintif, saya sesungguhnya

percaya bahawa laporan polis saya buat setelah saya mendapat pengesahan dari Encik Faiz yang mengesahkan bahawa Plaintif ada mengambil karpet tersebut dari Masjid keputeraan Pulai Chondong.

16. Bedasarkan dengan fakta-fakta di atas, saya sesungguhnya percaya bahawa Plaintif bertindak secara Mala Fide dengan sengaja mengelirukan mahkamah dengan memfailkan writ saman ke atas Defendan dan ini telah mencemarkan Defendan sebagai ahli perniagaan yang disegani masyarakat setempat.

17. Berdasarkan penjelasan di atas juga jelas menunjukkan Pernyataan Tuntutan Plaintif adalah merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon agar perintah sebagaimana permohonan disini dibenarkan dengan kos. Diikrarkan oleh ZAIDI BIN DERIS K/P NO;581202-O3-5251 Diikrarkan pada Di Kota Bharu, Kelantan Pada pukul ) ) ) ) ) ) Di hadapan saya, .. Pesuruhjaya Sumpah Afidavit ini difailkan pada oleh Tetuan Ashikin,Martini & Izzatul Peguambela & Pegumacara Tingkat 2, Kompleks Yakin, Jalan Gajah Mati,15000 Kota Bharu, Kelantan

Anda mungkin juga menyukai