Anda di halaman 1dari 7

DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KAJANG

DI DALAM NEGERI SELANGOR, MALAYSIA


GUAMAN NO: 22 NCC-013-011

TAHUN 2016

ANTARA

RHC ISLAMIC BANK


(No. SYARIKAT: 6521-P)

PLAINTIF

DAN

1. DATO DR SYED AHMAD BIN SYED HUSAIN


(No. K/P: 541010-08-5745)
2. DATIN SARAH AISYAH BINTI AMEEN
(No. K/P: 621212-05-5064)
3. RASHWIN A/L RAKSHAN
(No. K/P: 900726-08-5171)

...DEFENDAN-DEFENDAN

PERNYATAAN PEMBELAAN DAN TUNTUTAN BALAS DEFENDAN

1. Pembelaan ini difailkan oleh Defendan-defendan terhadap Writ serta Pernyataan


Tuntutan Plaintif kedua-duanya bertarikh 5/10/2016 (selepas ini disebut
Pernyataan Tuntutan Plaintif).
2. Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan-defendan ini difailkan tanpa prejudis
kepada hak Defendan-defendan untuk membuat apa-apa permohonan penzahiran,
pindaan dan/atau permohonan untuk membatalkan keseluruhan tindakan dan
tuntutan Plaintif terhadap Defendan-defendan.
3. Defendan-defendan menyatakan bahawa tuntutan Plaintif terhadap Defendandefendan sewajarnya dibatalkan dan ditolak dengan kos kerana Plaintif tidak
mempunyai apa-apa kausa tindakan munasabah terhadap Defendan
memandangkan tiada apa-apa pelanggaran kontrak oleh Defendan.
3.1 Defendan Pertama telah membayar secara ansuran jumlah ansuran
RM2,400.00 sebulan melalui potongan gaji secara automatik setiap bulan.

3.2 Berdasarkan terma dalam kontrak antara Plaintiff dan Defendan Pertama, cara
pembayaran ansuran bulanan kemudahan pembiayaan adalah melalui
potongan gaji. Oleh itu, Defendan Pertama tidak sama sekali gagal dalam
membuat bayaran tersebut di mana Defendan Pertama pada masa material
merupakan pekerja Plaintiff dan adalah merupakan tanggungjawab pihak
Plaintif untuk memotong gaji Defendan.
3.3 Defendan Pertama tidak menyedari bahawa Pusat Pembayar tidak
melaksanakan potongan gaji sehingga terjadinya tunggakan seperti yang
didakwa oleh Plaintif (di mana dakwaan kemungkiran tersebut dinafikan
sekeras-kerasnya oleh Defendan Pertama)
4. Tindakan Plaintif menamatkan kemudahan pembiayaan adalah melanggari
tanggungjawab kontraktual, tanggungjawab bank-pelanggan (banker-customer
relationship) serta melanggari Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan Garis
Panduan Bank Negara Malaysia di mana tindakan Plaintif dan pegawai-pegawai
Plaintif adalah jelas tidak mematuhi keperluan Shariah.
5. Selanjutnya dan/atau secara alternatif, Defendan-defendan di sini merujuk kepada
Pernyataan Tuntutan Plaintif di mana Perenggan 1, 2, dan 3 Pernyataan Tuntutan
Plaintif diakui.
6. Defendan-defendan selanjutnya mengakui kandungan Perenggan 4 Pernyataan
Tuntutan Plaintif, serta Perenggan 5 Pernyataan Tuntutan Plaintif tertakluk kepada
klausa dan terma yang telah dipersetujui pihak-pihak.
7. Defendan-defendan merujuk Perenggan 5 Pernyataan Tuntutan Plaintif dan
menyatakan bahawa cara pembayaran ansuran bulanan adalah melalui potongan
gaji majikan.
8. Defendan-defendan merujuk Perenggan 6 Pernyataan Tuntutan Plaintif dan
menyatakan seperti berikut:8.1 Defendan-defendan mengakui kandungan Perenggan 6 hanya setakat di
mana Defendan Kedua telah menandatangani Perjanjian Jaminan sebagai
penjamin Defendan Pertama.
8.2 Defendan Ketiga menyatakan bahawa Defendan Ketiga pada masa
menandatangani perjanjian pada 11/03/2006 masih berada di bawah umur
iaitu 16 tahun, oleh itu, Perjanjian Jaminan itu adalah void ab initio dan tidak
boleh dikuatkuasakan.
9. Defendan-defendan mengakui Perenggan 7.
10. Defendan-defendan menafikan kandungan Perenggan 8 Pernyataan Tuntutan
Plaintif, dan menyatakan seperti berikut :-

10.1
Defendan Pertama telah membayar secara ansuran jumlah ansuran
RM2,400.00 sebulan melalui potongan gaji secara automatik setiap bulan.
10.2
Selanjutnya dan/atau secara alternatif, Plaintif telah gagal dan/atau
enggan memperincikan secara spesifik bilakah kemungkiran bayaran
ansuran bulanan berlaku (di mana dakwaan kemungkiran tersebut dinafikan
sekeras-kerasnya oleh Defendan Pertama).
11. Defendan-defendan merujuk Perenggan 9 dan 10, 11 dan 12 dan menyatakan
seperti berikut:
11.1
Perenggan 9 Pernyataan Tuntutan tidak diakui kerana Notis
Penamatan dan Penarikbalikan bertarikh 05.03.2015 yang disampaikan di
alamat No.13 Persiaran Indah 5, Villa Lakeside Bangi, 43600 Bangi,
Selangor tidak diterima oleh Defendan Pertama.
11.2
Defendan-defendan mengakui Perenggan 10 Pernyataan Tuntutan
Plaintif hanya setakat Defendan Pertama telah menerima Notis Tuntutan
bertarikh 05.03.2015 di alamat Villa Cinta Sayang, Jalan Seri Putra 3,
Banyan Close, 43000 Kajang, Selangor dan Defendan menegaskan
bahawa jumlah RM350,000.00 dan tawidh pada kadar 1% gagal
diperincikan oleh Plaintif.
11.3
Defendan-defendan selanjutnya menafikan tuntutan faedah
berjumlah RM540,106.70 di mana Plaintif diletakkan beban bukti yang
kukuh untuk memberikan butir-butir terperinci mengenai kadar faedah dan
tempoh masa tentang pengiraan jumlah faedah tersebut.
11.4
Perenggan 11 Pernyataan Tuntutan diakui setakat kewujudan
simpanan tetap yang berjumlah RM100,000. Plaintif diletakkan beban bukti
yang kukuh untuk membuktikan kewujudan wang selebihnya berjumlah
RM35,000.
11.5
Defendan-defendan mengakui Perenggan 12 Pernyataan Tuntutan
hanya setakat mana Defendan menerima Notis Tuntutan bertarikh
18/04/2016. Defendan-defendan menafikan tuntutan Plaintif dalam Surat
Tuntutan bertarikh 18/04/2014 dan Defendan-defendan menegaskan
bahawa jumlah RM205,000.00 dan tawidh pada kadar 5% gagal
diperincikan oleh Plaintif.
11.6
Defendan Pertama menafikan tutuntan Plaintiff berdasarkan terma
dalam kontrak antara Plaintiff dan Defendan Pertama yang menyatakan
cara pembayaran ansuran bulanan kemudahan pembiayaan adalah melalui
potongan gaji. Oleh itu, Defendan Pertama tidak sama sekali gagal dalam
membuat bayaran tersebut di mana Defendan Pertama pada masa material
merupakan pekerja Plaintiff dan adalah merupakan tanggungjawab pihak
Plaintif untuk memotong gaji Defendan.

11.7
Defendan Pertama tidak menyedari bahawa Pusat Pembayar tidak
melaksanakan potongan gaji sehingga terjadinya tunggakan seperti yang
didakwa oleh Plaintif (di mana dakwaan kemungkiran tersebut dinafikan
sekeras-kerasnya oleh Defendan Pertama)
11.8
Selanjutnya dan/atau secara alternatif, Plaintif telah gagal dan/atau
enggan memperincikan secara spesifik bilakah kemungkiran bayaran
ansuran bulanan berlaku (di mana dakwaan kemungkiran tersebut dinafikan
sekeras-kerasnya oleh Defendan-defendan).
11.9
Tindakan Plaintif menunaikan simpanan tetap Defendan Pertama
yang berjumlah RM135,000.00 untuk menyelesaikan hutang juga adalah
salah kerana melalui Memorandum of Deposit dan Letter of Set Off yang
ditandatangani oleh Plaintif dan Defendan Pertama pada 15/03/2006,
Defendan Pertama mencagarkan sebanyak RM100,000.00 sahaja kepada
Plaintif.
12. Defendan kedua dan ketiga sebagai Penjamin menafikan menerima apa-apa notis
tuntutan daripada Plaintif. Justeru, tindakan Plaintif adalah pramatang.
13. Oleh yang demikian, Defendan-defendan dengan rendah diri memohon agar
tuntutan Plaintif ditolak dengan kos.

TUNTUTAN BALAS DEFENDAN PERTAMA

14. Defendan Pertama mengulangi Perenggan-perenggan 1 hingga 13 Pernyataan


Pembelaan Defendan di atas satu persatu di sini.

A. TUNTUTAN FITNAH
15. Selanjutnya dan/atau secara alternatif, Defendan Pertama menyatakan bahawa
tindakan Plaintif mengisukan Notis Tuntutan dan pemfailan tindakan undangundang terhadap Defendan Pertama berdasarkan kepada maklumat yang salah
dan tanpa usul periksa (di mana Defendan tidak mempunyai sebarang
kemungkiran dan/atau tunggakan bayaran ansuran bulanan kemudahan
pembiayaan) juga adalah bersifat memalukan dan berunsur fitnah (defamatory).
16. Kandungan Notis Penamatan dan Penarikbalikan bertarikh 05/03/2015 yang
berunsur fitnah tersebut telah dihantar oleh Plaintif ke alamat pihak ketiga yakni
penyewa/pemilik premis beralamat di No.13 Persiaran Indah 5, Villa Lakeside
Bangi, 43600 Bangi, Selangor.

17. Defendan Pertama sebagai bekas pemilik Villa tersebut berasa amat malu apabila
dihubungi oleh penyewa/pemilik premis beralamat di No.13 Persiaran Indah 5, Villa
Lakeside Bangi, 43600 Bangi, Selangor bertanyakan tentang kandungan Notis
Penamatan dan Penarikbalikan bertarikh 05/03/2015.
18. Defendan Pertama memplidkan bahawa kandungan Notis Penamatan dan
Penarikbalikan bertarikh 05/03/2015 jika dibaca secara keseluruhannya di dalam
makna semulajadi dan biasa, dan/atau secara implikasi membawa maksud dan
difahami oleh orang awam bahawa, antara lain:Butir-butir Maksud Semulajadi dan Biasa
(Natural and Ordinary Meaning)
(a)

Bahawa Defendan Pertama telah mungkir Perjanjian pembiayaan;

(b)

Bahawa Defendan Pertama mempunyai hutang sebanyak RM350,000.

19. Secara innuendo, perkataan-perkataan fitnah di dalam Notis Penamatan dan


Penarikbalikan bertarikh 05/03/2015 secara keseluruhannya membawa fitnah
kepada Defendan Pertama dengan bermaksud dan difahami antara lain:(a)

Defendan Pertama adalah seorang yang tidak berkemampuan dari segi


kewangan untuk membayar balik pembiayaan kepada Plaintif;

(b)

Defendan Pertama mengalami masalah kewangan yang serius sehingga


tidak dapat menjelaskan hutang kepada Plaintif;

(c)

Defendan Pertama adalah seorang pelanggan bank yang tidak mematuhi


terma perjanjian;

(d)

Defendan Pertama adalah seorang yang tidak mengendahkan notis-notis


tuntutan Plaintif;

(e)

Defendan Pertama
kontraktualnya.

seorang

yang

mengabaikan

tanggungjawab

D. PELANGGARAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 DAN GARIS


PANDUAN BANK NEGARA MALAYSIA
20. Selanjutnya dan/atau secara alternatif, Defendan Pertama mengulangi perengganperenggan 13 hingga 26 di atas satu persatu di sini.
21. Defendan di sini menyatakan bahawa tindakan Plaintif menamatkan kemudahan
pembiayaan (sedangkan tiada kemungkiran yang disengajakan) adalah satu

tindakan yang tidak mematuhi Shariah dan bertentangan dengan terma Perjanjian
Jualan Harta yang berteraskan Bai Al- Inah.
22. Sebagai institusi perbankan Islam, Plaintif dikehendaki memastikan pematuhan
Shariah ditepati selaras dengan peruntukan seksyen 28 Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013.
23. Tuntutan pampasan (Tawidh) oleh Plaintif pada kadar 5% setahun juga adalah
salah kerana tiada apa-apa kemungkiran bayaran oleh pihak Defendan Pertama.
Malahan kadar yang dipersetujui selepas tarikh matang itu adalah tidak jelas
kerana tiada interpretasi tentang bilakah tarikh matang bermula dalam perjanjian
tersebut. Oleh itu, tindakan Plaintif mengenakan Tawidh adalah melanggar
Garispanduan Bank Negara Malaysia berkenaan Caj Bayaran Lewat (BNM/RH/GL
008-14).
24. Malah, disebabkan Plaintif telah menunaikan simpanan tetap Defendan Pertama
dalam Mudharabah General Investment Accout (MGIA) beliau, maka jumlah
tuntutan RM205,000.00 setakat 18/4/2016 seperti di dalam Penyataan Tuntutan
Plaintif adalah salah kerana Plaintif gagal memberikan Ibra selaras dengan
Garispanduan Bank Negara Malaysia berkenaan Ibra bagi Pembiayaan
berasaskan jualbeli (BNM/RH/GL 012-5).
25. Oleh demikian, Defendan Pertama menuntut perintah-perintah berikut:(a)

Gantirugi am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah;

(b)

Gantirugi teladan sebanyak RM5,000.00 atau jumlah lain yang dirasakan


adil dan sesuai oleh Mahkamah;

(c)

Caj bayaran lewat pada kadar 5% setahun di atas jumlah gantirugi am dan
gantirugi teladan dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian
penuh selaras dengan Aturan 42 Kaedah 12A Kaedah-Kaedah Mahkamah
2012;

(d)

Pembayaran Ibra dari tarikh bermula pembayaran ansuran;

(e)

Pembayaran balik simpanan tetap Defendan;

(f)

Kos; dan

(g)

Apa-apa perintah atau relif lain yang didapati suaimanfaat oleh Mahkamah
yang Mulia ini.
Bertarikh pada.haribulan2016.

..
PEGUAMCARA PLAINTIF

PERNYATAAN PEMBELAAN ini telah difailkan oleh Tetuan Ruzian & Co yang beralamat
di Level 10, Menara Tokio Marine Life, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Peguambela bagi pihak Defendan. Tel: 603-2123 3440 Fax:
603-2123 3550. E-mail: MessrsRuzianCo@gmail.com
(Rujukan: MRC/LIT/CIV/2017-2016)

Anda mungkin juga menyukai