Anda di halaman 1dari 8

KES PERTAMA TUNTUTAN: PERMOHONAN CERAI NOMBOR SAMAN: 10005 055 0194 2011

ANTARA ZAITON BINTI ZAINUDDIN (RF 105855) DENGAN MUHAMAD RUSLI BIN MOKHTAR (RF 100290) ....DEFENDAN ....PLAINTIF

FAKTA KES 1. Kes ini adalah permohonan Plaintif untuk bercerai berdasarkan peruntukan di bawah

Seksyen 47, Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (selepas ini disebut Seksyen 47). 2. Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan

kes ini berdasarkan permastautinan Plaintif di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah iaitu di G2 B 01, Lorong Tan Sri Abdul Halim 5, Desa Baiduri, Cheras, 56000, Kuala Lumpur. 3. Plaintif sekarang menetap di G2 B 01, Lorong Tan Sri Abdul Halim 5, Desa

Baiduri, Cheras dan hadir ke mahkamah untuk memohon perceraian secara baik terhadap Defendan iaitu Muhamad Rusli bin Mokhtar. 4. Plaintif dan defendan telah bernikah pada 2hb Ogos 1984 di Negeri Sembilan dan

dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Noor Hazirah, berusia 26 tahun, Noor Hazwani, 24 tahun dan Noor Hamizah, berusia 12 tahun. 5. Plaintif menyatakan sebab Plaintif memohon perceraian terhadap Defenden adalah

kerana tidak lagi mempunyai persefahaman antara Plaintif dengan Defenden.

KEPUTUSAN KES Setelah mendengar keterangan dan fakta fakta yang dikemukakan oleh Plaintif serta persetujuan Defenden, maka adalah dengan ini mahkamah memerintahkan seperti berikut: 1. Mahkamah meluluskan permohonan Plaintif untuk bercerai berdasarkan Seksyen 47

Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Selangor 2003 dan membenarkan Defenden melafazkan cerai terhadap Plaintif dengan satu talaq. 2. Mahkamah memutuskan mulai 26/01/2011 jam 4.45 petang tertalaqlah Plaintif

dengan talaq satu kali pertama berjumlah satu talaq secara rajie dengan beriddah selama tiga kali suci. 3. 4. Plaintif diperintahkan beriddah selam tiga kali suci. Perceraian hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat,

Selangor dan Surat Nikah asal Negeri Sembilan No.28297/bil. 157/84 hendaklah dibatalkan.

KES KEDUA TUNTUTAN: PERMOHONAN FASAKH NOMBOR SAMAN: 10005 014 0882 2010

ANTARA MARIAM BINTI MAHMUD (620119 10 6118) DENGAN DENDY OKTODITA BIN ABD HAMID (8537610) ....DEFENDEN ...PLAINTIF

FAKTA KES 1. Kes ini adalah permohonan Plaintif untuk perceraian melalui Fasakh berdasarkan

Seksyen 53, Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (selepas ini disebut Seksyen 53). 2. Mahkamah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, membicara dan memutuskan

kes ini berdasarkan permastautinan Plaintif di dalam bidangkuasa tempatan Mahkamah iaitu di No. 63 Jalan Merbuk 2, Batu 10, Jalan Cheras, 43200, Batu 9 Cheras, Selangor. 3. Plaintif sekarang menetap di No. 63 Jalan Merbuk 2, Batu 10, Jalan Cheras, 43200,

Batu 9 Cheras, hadir ke Mahkamah untuk memohon perceraian secara fasakh terhadap defenden Dendy Oktidita bin Abd Hamid. 4. Plaintif dan defenden telah bernikah pada 17hb Mac 1975 di Negeri Perak dan

dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nurvita berusia 15 tahun dan Muhammad Riski berusia 11 tahun. 5. Selepas berkahwin, Plaintif dan Defenden tinggal menyewa di alamat No. 10, taman

Megah, Kajang, Selangor. Kemudiannya sekitar bulan April tahun 2004 iaitu selepas berlakunya beberapa pergaduhan dan perselisihan faham, Defenden telah bertindak meninggalkan rumah kelamin tersebut.

6.

Plaintif dan Defenden telah menghadapi krisis rumah tangga (shiqaq) yang tidak

dapat diselesaikan lagi serta telah tidak ada persefahaman antara mereka. Sehubungan itu, Plaintif merasakan bahawa perceraian adalah jalan terbaik bagi mengelak sebarang kemudaratan dan kesusahan setelah jalan penyelesaian menemui jalan buntu. 7. Seingat Plaintif, kali terakhir Defenden pulang ke rumah secara curi curi iaitu

sekitar bulan Jun 2004. Selepas itu, Defenden terus meninggalkan rumah kelamin dan tidak dikesan sehingga kini. 8. Plaintif kemudiannya telah berpindah tinggal dirumah ibunya di alamat No. 63 Jalan

Merbuk 2, Batu 10, Jalan Cheras, 43200, Batu 9 Cheras, Selangor. Hal ini disebabkan Plaintif dan keluarga tidak mampu untuk menjelaskan sewa rumah dan menangg ung perbelanjaan keluarga yang lain. Dalam masa Plaintif tetap berusaha mencari Defenden di tempat tinggal terakhir Defenden tetapi gagal. 9. Semenjak bulan Jun tahun 2004 sehingga kini, segala keperluan diri dan rumah

tangga ditanggung sepenuhnya oleh Plaintif. Dalam tempoh masa tersebut juga, segala bayaran bil bil utiliti juga ditanggung sepenuhnya oleh Pliantif. Kegagalan Defenden untuk menanggung nafkah Plaintif menunjukkan bahawa Defenden sememangnya sengaja mengabaikan Plaintif. Defenden juga tidak meninggalkan apa apa harta yang boleh dijadikan sandaran nafkah kaepada diri Plaintif. 10. Defenden seorang suami yang tidak bertanggungjawab dan bertindak mengabaikan

keperluan nafkah Plaintif. Semenjak bulan Jun tahun 2004 sehingga hari ini Defenden gagal dan cuai memperuntukan nafkah zahir kepada Plaintif. 11. Defenden juga tidak pernah cuba menyelamatkan perkahwinan dan perlakuan

Defenden kini jelas menunjukkan Defenden sudah tidak berminat untuk meneruskan ikatan perkahwinan tersebut. Plaintif berkeyakinan bahawa jika perkahwinan ini diteruskan akan mendatangkan mudharat daripada kebaikan. 12. Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Plaintif adalah seorang isteri yang taat dan

bertanggungjawab terhadap rumah tangga yang dibina. Di samping itu juga Plaintif tidak pernah nusyuz serta disabitkan nusyuz oleh mana mana Mahkamah Syariah. 13. Mahkamah hendaklah menerima keterangan Pihak Plaintif dan saksi saksinya

kerana ianya tidak dicabar atau dibantah oleh Pihak Defenden walaupun peluang untuk

berbuat demikian telah diberikan namun Defenden tidak pernah hadir dalam setiap prosiding yang dijalankan oleh Mahkamah sehingga prosiding ini selesai.

KEPUTUSAN KES Setelah mendengar keterangan dan setelah Mahkamah meneliti dokumen dokumen yang dikemukakan Mahkamah memutuskan dan memerintahkan seperti berikut: 1. Mahkamah sabitkan aduan Plaintif bahawa Defenden tidak diketahui melebihi setahun semenjak 1 Jun 2004 sehingga sekarang. 2. Mahkamah sabitkan aduan Plaintif bahawa Defenden tidak member nafkah zahir kepada Plaintif melebihi 3 bulan berturut turut semenjak 1 Jun 2004 sehingga sekarang. 3. Mahkamah memfasakhkan pernikahan Plaintif dan Defenden mulai hari ini 26 Januari 2011 jam 3.40 petang. 4. 5. Plaintif hendaklah beriddah selama 3 kali suci mulai hari ini. Perceraian hendaklah didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Surat Perakuan Nikah Negeri Perak No. Pendaftaran 0364 bilangan 99/95 hendaklah dibatalkan.

KOMEN/ULASAN Bagi kes yang pertama, ianya tidak melibatkan sebarang bentuk permasalahan. Kedua dua pihak Plaintif dan Defenden, telah bersedia menerima perintah dan keputusan kes yang diputuskan oleh Mahkamah. Kedua dua pihak memahami keputusan yang telah dikeluarkan oleh pihak Mahkamah. Manakala bagi kes kedua pula, kes tersebut dibicarakan secara sebelah pihak. Hanya Plaintif sahaja yang hadir semasa perbicaraan dan Defenden tiada hadir sehingga keputusan kes dikeluarkan oleh pihak Mahkamah. Perjalanan perbicaraan bagi kes kedua ini juga sangat mudah dan berjalan lancar walaupun pihak Defenden tidak pernah hadir semasa perbicaraan

berlansung. Keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah di fahami dan perlu didaftarkan mengikut peruntukan yang disediakan.

KES JENAYAH KES PERTAMA KESALAHAN: 1) 2) POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH TIDAK HADIR DI HADAPAN PENDAFTAR NIKAH, CERAI DAN RUJUK.

NO. SAMAN: 1) 2) 10005 166 0133 2011 10005 161 0134 2011

ORANG KENA TUDUH/DAKWA: ROZLAN BIN ZULLUDIN

FAKTA KES 1. Orang Kena Tuduh dalam kes ini ialah Rozlan bin Zulludin, nombor kad pengenalan

670502 10 5551, telah berkahwin dan berasal daripada negeri Selangor. Orang Kena Tuduh lahir pada 02 haribulan Mei tahun 1967 dan berusia 43 tahun. Menetap di No. 35, Kampung Sg. Kembung Hulu Bangi, 43000, Kajang, Selangor. Bekerja sebagai peniaga. Berbangsa melayu dan beragama Islam. 2. Orang Kena Tuduh merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Hulu Langat.

Bagi kesalahan pertama, Orang Kena Tuduh telah bernikah dengan pasangan pada 10 haribulan Julai tahun 2009 lebih kurang jam 8.30 malam di Jawa Timur, Indonesia sedangkan ketika pernikahan berlaku Orang Kena Tuduh masih mempunyai isteri yang bernama Sabariah binti Wahid nombor kad pengenalan 631109 10 6070 yang dari 6okum syara.

3.

Orang Kena Tuduh telah melakukan kesalahan berpoligami tanpa kebenaran

Mahkamah di bawah seksyen 124 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Selangor 2/2003 dan boleh dihukum dibawah seksyen dan Enakmen yang sama. 4. Bagi kesalahan kedua, Orang Kena Tuduh telah lewat mendaftarkan pernikahan

tersebut selepas 6 bulan pulang ke Negeri Selangor setelah bernikah dengan pasangannya pada 10.7.2009 lebih kurang jam 8.30 malam di Jawa Timur, Indonesia. Ini telah melanggar Seksyen 35 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Selangor 2/2003 dan boleh dihukum dibawah seksyen dan Enakmen yang sama.

PERTUDUHAN PERTAMA Bahawa kamu, pada 10.07.2009 jam 8.30 MALAM di JAWA TIMUR, INDONESIA dituduh berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dengan seorang perempuan bernama NUR LELA BINTI DIRAN NO.PPT: AM 549765. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 124 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua duanya di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.

PERTUDUHAN KEDUA Bahawa kamu, pada 10.07.2009 jam 8.30 MALAM di JAWA TIMUR, INDONESIA didapati bernikah dengan seorang perempuan bernama NUR LELA BINTI DIRAN NO.PPT: AM 549765 dan kamu dituduh tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam masa enam (6) bulan selepas pulang ke Negeri Selangor. Maka dengan itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 35 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No.2 Tahun 2003 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua duanya di bawah Seksyen dan Enakmen yang sama.

KEPUTUSAN MAHKAMAH Setelah Mahkamah mendengar keterangan pendakwa dan setelah pengakuan bersalah oleh Tertuduh serta meneliti fakta fakta yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan dan memerintahkan tertuduh membayar denda sebanyak RM 800 atau penjara 3 bulan jika gagal membayar denda bagi setiap kesalahan.

KES KEDUA KESALAHAN: KHALWAT NO. SAMAN: 10005 143 0073 2011

ORANG KENA TUDUH/DAKWA: NORHASIRA BT HASSAN

FAKTA KES

Anda mungkin juga menyukai