Anda di halaman 1dari 4

Ulasan bagi kes Indira Gandhi a/p Mutho lawan Patmanathan a/l Krishnan

Fakta kes:

Plaintif: Indira Gandhi a/p Mutho

Defenden: Patmanathan a/l Krishnan ( nama islamnya Riduan)

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa kes ini berpihak kepada Indira Gandhi atas
hak beliau keatas ketiga-tiga anaknya iaitu Tevi Darsiny, Karan Dinish dan Prasana Diksa. Malah
pemelukan Islam anak-anaknya yang dibuat oleh bapanya ( Riduan) tidak sah mengikut
perundangan dibawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004.

Berdasarkan kes tersebut, para hakim yang mengadili dan membuat keputusan bagi kes ini
mengambil kira beberapa faktor. Faktor yang pertama ialah umur bagi kanak-kanak yang
didaftarkan didalam perakuan muallaf. Menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004,
seseorang yang ingin memeluk agama Islam perlulah berumur 18 tahun. Seksyen 106, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 menyatakan keupayaan untuk memeluk agama Islam.

Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh memeluk agama Islam
jika dia sempurna akal dan—

(a) sudah mencapai umur lapan belas tahun

Hal ini jelas bahawa umur semasa bagi ketiga-tiga anak yang didaftarkan oleh bapanya (Riduan)
kepada Pendaftar Muallaf adalah dibawah umur 18 tahun. Semasa pendaftaran ini dilakukan,
anak pertama pasangan ini, Tevi Darsiny berumur 12 tahun, anak kedua, Karan Dinish berumur
11 tahun manakala anak ketiga Prasana Diksa berumur 11 bulan. Hal ini jelas bahawasanya
seksyen 106( a) dalam kes ini tidak relevan serta tidak terpakai dalam pendaftaran muallaf bagi
kanak-kanak tersebut.

Faktor yang kedua ialah kebenaran yang diberikan oleh salah seorang dari bapa
atau ibu atau penjaga anak-anak tersebut. Jika dilihat dalam kes ini, Riduan ( Defenden)
hanya menyatakan nama anak-anaknya kepada Pendaftar Muallaf tanpa mengemukakan
kebenaran bertulis daripada penjaga anak-anak tersebut. Pada masa pendaftaran dibuat,

1
anak-anak tersebut dibawah penjagaan bekas isternya ( Indira) selaku Plaintif dalam kes
ini. Kebenaran bertulis ini penting bagi kanak-kanak yang berusia dibawah umur 18
tahun bagi urusan pemelukan agama Islam. Ini berdasarkan peruntukkan dibawah
seksyen 106 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak ( 2004) yang menyatakan :
106 (b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya
mengizinkan secara bertulis pemelukan agama Islam olehnya. Jika dilihat dari perspektif
pandangan mazhab Shafiee, jika salah seorang daripada pasangan yang berkahwin
memeluk agama Islam, maka anak-anak mereka secara automatiknya akan mengikut
agama bapa atau ibu mereka yang memeluk Islam. Namun dalam Enakmen Pentadbiran
Agama Islam Perak 2004 tidak menyatakan hal tesebut. Dalam Mazhab Hanafi, status
agama anak jika salah seorang bapa atau ibu anak tersebut memeluk agama Islam , adalah
lebih cenderung kepada agama ibunya selagi mana tidak ada kesangsian. Berdasarkan kes
ini, anak-anak Indira Gandhi berada dalam penjagaannya dan dia merupakan ibu kepada
anak-anak tersebut dan berhak atas penjagaan anak-anak tersebut. Maka dalam Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Perak 2004 dibawah seksyen 106 (b) memberi ruang bagi
Indira Gandhi menuntut haknya atas agama anaknya.Dalam kes ini, pandangan Mazhab
Hanafi relevan dalam menjaga hak dan kesucian agama Islam. Hal ini bersesuaian
dengan kaedah feqah ‫ ( الصأل العم‬asalnya tiada).

Faktor yang ketiga ialah kehadiran dalam melafazkan dua kalimah syahadah.
Dalam kes ini, Riduan selaku defenden sahaja yang hadir dihadapan Pendaftar Muallaf
bagi melafazkan dua kalimah syahadah. Namun ketiga-tiga anak-anaknya tidak hadir
semasa sesi lafaz kalimah syahadah tersebut. Maka dalam kes ini, pendaftaran pemelukan
anak-anak tersebut terbatal. Hal ini jelas, bahawa Riduan telah melanggar peruntukkan
yang termaktub dibawah seksyen 96 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 2004
yang menyatakan:

(1) Kehendak-kehendak yang berikut hendaklah dipatuhi bagi pemelukan sah agama
Islam
oleh seseorang:

2
(a) orang itu mestilah mengucapkan dua kalimah Syahadah dalam bahsa Arab secara
yang semunasabahnya jelas;
(b) pada masa dia mengucap dua kalimah Syahadah itu, orang itu mestilah sedar
bahawa kalimah itu bermakna "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allh
dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W. ialah Pesuruh Allah"; dan

(c) pengucapan itu mestilah dibuat dengan kerelaam hati orang itu sendiri.

(2) Seseorang yang tidak dapat bercakap boleh, bagi maksud memenuhi kehendak
perenggan (1)(a), mengucapkan dua kalimah Syahadah dengan menggunakan isyarat
yang menunjukkan makna yang dinyatakan dalam perenggan (1)(b).

Jika diselusuri kes permohonan murtad oleh Fatimah Tan yang berlaku di Pulau Pinang
yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan Syariah . Dalam kes ini Majlis Agama Islam Pulau
Pinang telah membuat rayuan kepada mahkamah agar permohonan murtad Fatimah Tan ditolak.
Namun , hakim Mahkamah Rayuan Syariah telah menolak rayuan pihak Majlis Agama Islam
Pulau Pinang dan memberi kebenaran untuk Fatimah Tan murtad. Keputusan ini adalah dilihat
dari sudut kesahihan pemelukan Islam Fatimah Tan yang mana sebelum ini berlaku kekhilafan
hakim bicara di Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang yang memutuskan Fatimah Tan sah
pengislamannya tanpa memeriksa sah atau tidak pengislamannya mengikut Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004. Keputusan hakim Mahkamah Rayuan Syariah ini
berdasarkan peruntukkan didalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 yang
mana sejak awal lagi Fatimah Tan tidak sah pemelukkan Islam yang dilakukan pada 25/07/1998.

Berdasarkan kes Indira Gandhi dan Fatimah Tan ini, dapat disimpulkan bahawa
penekanan aspek prinsip-prinsip Syariah amat penting. Hal ini kerana dalam membuat sesuatu
keputusan kehakiman, asas-asas penting dalam prinsip Syariah seperti memudahkan, menjaga
kemaslahatan,menegakkan keadilan dan keputusan syura perlu dititikberatkan. Dalam kes Indira
Gandhi ini dapat dilihat bahawa keputusan penghakiman yang dibuat adalah demi menegakkan
keadilan.Walaupun kes ini dimenangi oleh Plaintif yang bukan beragama Islam, namun prinsip
asas Syariah itu tertegak di dalam kes ini yang mana hak yang dirampas perlulah dikembalikan
kepada orang yang berhak memilikinya. Firman Allah Taala dalam Surah An-Nisa’ ayat 58:

3
“...Dan apabila kamu menjalankan hukuman di kalangan manusia maka hendaklah kamu
berhukum dengan adil.”

Keputusan mahkamah ini sewajarnya diraikan kerana ia selari dengan sabda Nabi yang
menyatakan, “Ketahuilah! Sesiapa yang menzalimi mu’ahid (rakyat bukan Islam) ataupun
mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun
mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang
sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat” (Riwayat Abu Daud).

ULASAN INI DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD SAFARIN ANUAR

DIPLOMA PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN ISLAM

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

29 MAC 2018

Anda mungkin juga menyukai