Anda di halaman 1dari 49

PERANAN PEGUAM SYARIE DI DALAM SISTEM

PENTADBIRAN KEHAKIMAN ISLAM DI MALAYSIA :


SEJARAH, CABARAN DAN HALATUJU

Oleh : Tuan Musa Bin Awang,1 (P.P.N)

ABSTRAK

“Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan amanah kepada yang


berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka hukumlah dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya
kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”2

PENDAHULUAN

Hak mempertahankan diri sudah lama dikenali oleh masyarakat dunia. Pelbagai
bangsa sudah menerima amalan guaman melibatkan dalam usaha membentuk pihak-pihak
yang terlibat dalam pertikaian. Pada zaman Nabi Musa a.s, di kalangan kaum Yahudi terdapat
tokoh-tokoh yang terlibat dengan profesion yang menyamai profesion guaman. Tokoh-tokoh
ini bertugas menyelesaikan masalah yang timbul antara individu tanpa menerima apa-apa
bayaran. Kedudukan mereka seolah-olah sebahagian daripada anggota kehakiman.3

Dalam undang-undang Rom, seorang wakil boleh mengambil tempat pihak yang
mendakwa atau yang didakwa melantiknya melalui kata-kata simbolik yang diucapkan di
hadapan pihak lawan.4 Cara ini kemudiannya berakhir dengan diganti oleh satu wakil yang
dikenali dengan wakil awam atau pendakwaraya.5

Profesion peguam sebenarnya telah dilaksanakan lebih awal, bukanlah profesion yang
dicetuskan oleh Empayar Gestinios sebagaimana yang didakwa oleh sesetengah ahli undang-
undang.6 Dakwaan tersebut semata-mata berpandukan kepada undang-undang pertama
mengenai profesion guaman yang diluluskan oleh Napoleon pada tahun 1810 selepas
Revolusi Perancis. Peraturan ini terpakai bagi setiap orang yang mahu menjalankan profesion
guaman di negara Perancis hingga ke hari ini.7

1
Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Kertas ini dibentangkan pada Seminar Amalan Guaman
Syarie 2013 (Tema: Kearah Pemantapan Profesion Guaman Syar’ie) pada Sabtu, 26 Oktober 2013, bertempat di
Klana Beach Resort Port Dickson, anjuran PGSM cawangan Negeri Sembilan.
2
Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58
3
Ahamad Zaghlul, 1318-1900, Al-Muhamat, Mesir ; al-Ma’ruf, hlm. 4
4
Mashhur Hassan Mahmud, 1407H/1987M, Al-Muhamat, Edisi 1, Aman, Jordan : Dar al-Farha’, hlm 37.
5
Ibid.
6
Ibid., hlm. 39.
7
Ibid., hlm. 40.

1
SEJARAH KEPEGUAMAN DALAM ISLAM

Di antara ajaran dalam Islam ialah ‘menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari
melakukan kemungkaran’. Secara tersiratnya, ia menjadi panduan kepada seluruh umat Islam
bahawa prinsip pembelaan dan pendakwaan dalam Islam adalah untuk keselamatan dan
kesentosaan umat Islam sejagat. Setiap individu berhak ke atas dirinya untuk berbuat
kebaikan dan mencegah diri daripada melakukan kemungkaran. Juga berhak untuk
menasihati orang lain supaya berbuat perkara yang sama.

Islam memerintahkan penganutnya menyelesaikan masalah atas dasar keadilan.


Dalam proses undang-undang, semua manusia adalah tidak bersalah sehinggalah dibuktikan
dia bersalah. Undang-undang yang dikuatkusakan adalah berlandaskan prinsip tersebut,
dimana keadilan mengatasi segala perkara Allah s.w.t menegaskan perkara ini di dalam
firman-Nya :

Bermaksud : Sesungguhnya Allah memerintahkan agar kamu menyampaikan


amanah kepada yang berhak, dan apabila kamu menghukum sesama menusia maka
hukumlah dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi
pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Melihat.8

Keadilan yang wajib ditegakkan oleh umat Islam meliputi segala aspek dan bidang
kehidupan. Berlaku adil dalam semua tindakan menjadi tuntutan Islam, tanpa mengira
perbezaan bangsa, kebudayaan, warna kulit dan sebagainya. Implikasi daripada prinsip-
prinsip tersebut, maka lahirlah institusi guaman di dalam Islam yang lebih dikenali sebagai
Wakalah bi al-Khusumah.

Islam mensyariatkan bahawa seseorang boleh menyerahkan urusannya kepada orang


lain untuk menguruskannya, kerana tidak semua orang mampu menguruskan urusannya
secara bersendirian. Di dalam al-Quran telah menyebutkan ayat tentang kisah penghuni gua
al-kahfi9 yang secara jelas tidak melarang seseorang mewakilkan urusannya kepada seseorang
yang lain untuk menguruskannya. Dengan syarat, orang yang diwakilkan itu mestilah seorang
yang layak, berkemampuan dan mempunyai kepakaran.

Jelaslah bahawa sejak zaman permulaan Islam lagi, Allah telah menganjurkan kepada
umat-nya prinsip amalan guaman Islam yang dikenali sebagai Wakalah bi al-Khusumah.

8
Al-Quran, Surah An-Nisa’ (4), ayat 58
9
Al-Quran, Surah al-Kahfi (18), ayat 19.

2
Cuma istilah ini tidak popular di kalangan umat Islam, berbanding perkataan peguam yang
digunakan pada hari ini.

Kehadiran Peguam Syarie di Mahkamah Syariah hari ini bukanlah suatu perkara yang
enteng atau remeh, kerana mereka menjalankan tugas atau peranan yang pernah dijalankan
oleh sahabat-sahabat Nabi SAW. Saidina Ali pernah membantu Khalifah Umar membuat
keputusan yang betul dalam kes seorang wanita datang kepada Khalifah Umar dan membuat
ikrar telah melakukan zina. Melalui peranan dimainkan oleh Saidina Ali, Khalifah Umar telah
membebaskan wanita itu, yang sebenarnya telah diperkosa sebagai balasan sedikit susu yang
diminta daripada seorang lelaki dalam keadaan beliau terlalu dahaga.

Saidina Ali juga pernah menjadi peguam dalam kes seorang perempuan yang
menuduh seorang pemuda cuba mencabul kehormatannya dengan mendakwa ada kesan air
mani di tubuh serta di atas kainnya. Saidina Ali telah menyiram air mendidih kepada kesan
cecair atas kain perempuan itu dan cecair berkenaan menjadi beku serta putih seperti putih
telur. Akhirnya perempuan berkenaan mengaku perbuatan tipu dayanya untuk mengenakan
pemuda itu.

Abdullah bin Ja’far pernah menjadi peguam kepada Ali bin Abi Talib dengan Talhah
bin Ubaidullah pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan. Pada zaman
pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, Abdullah bin Abbas pernah menjadi peguam
kepada Hassan bin Thabit, (seorang penyair terkenal pada zaman Nabi SAW). Walaupun
Hassan seorang penyair, dia tidak mahir berhujah dalam perbicaraan. Ibnu Abbas sebagai
seorang yang faqih dan petah berhujah telah bertindak sebagai peguam membela Hassan.

Demikian beberapa contoh peranan sahabat-sahabat Nabi SAW bertindak sebagai


peguam dalam membantu Khalifah atau Hakim dalam menghukumkan dengan adil dan
sebenar-benarnya. Peranan ini berterusan sehinggalah ke hari ini.

Menurut sebahagian pendapat mengatakan amalan guaman negara Barat telah


menyerap masuk ke negara Arab dan negara Islam yang lain selepas kejatuhan Kerajaan
Uthmaniyyah.10 Caranya adalah dengan memberi kebenaran kepada penterjemah di
mahkamah dan bertugas sebagai orang perantaraan antara Hakim dan pihak-pihak yang
terlibat dalam sesuatu kes.11 Tugas jurubahasa memerlukan banyak masa sehingga
menyebabkan benyak kes tertangguh di mahkamah. Sebagai langkah untuk mengatasi
masalah ini, jurubahasa diberi kebenaran bertindak sebagai peguam.12

Namun demikian, pendapat ini masih boleh diragukan kerana terdapat penulisan yang
memperkatakan tentang sejarah guaman sebelum tahun 1924 iaitu sebelum jatuhnya Empayar
Uthmaniyah. Contohnya sebuah buku tentang guaman yang ditulis oleh Ahmad Fathi

10
Dr. Abu Sulaim Khadim Husin, Al-Muhamat fi al-Syariah al-Islamiyyah , Majallah al-Ummah, Bil. 3418,
hlm. 41
11
Mashhur Hassan Mahmud, 1407H/1987M, Al-Muhamat, Edisi 1, Aman, Jordan : Dar al-Farha’, hlm. 41.
12
Ibid.

3
Zaghlul13 dan diterbitkan pada tahun 1318H (1900). Sumber yang sama juga menyebut iaitu
pada tahun 1882, para peguam berjaya melepaskan pihak yang bersalah daripada menerima
hukuman.

Profesor Madya Dr Abdullah Abu Bakar14 di dalam tulisannya membuat kesimpulan


bahawa profesion guaman sudah pun dikenali di negara Arab dan negara Islam yang lain
selepas terjalinnya hubungan dengan negara Barat, bukan selepas penaklukannya. Mahkamah
Syariah di Mesir sebelum tahun 1845 merupakan satu-satunya mahkamah yang tersusun yang
mempunyai banyak bidangkuasa yang memutuskan suatu pertikaian.

Sejarah Kepeguaman Syarie Di Tanah Melayu

Di Tanah Melayu, aturan guaman sudah pun diatur dalam undang-undang seperti
Majallah Ahkam Johor 1331H yang memberi hak kepada siapa yang mendakwa dan didakwa
berwakil kepada sesiapa yang mereka pilih.15

Dalam undang-undang pentadbiran agama Islam terawal di Tanah Melayu, terdapat


peruntukan untuk kehadiran peguam, tetapi tidak ada peruntukan untuk Peguam Syarie.
Rujukan hanya dibuat kepada peguambela dan peguamcara. Sebagai contoh, antara enakmen
terawal ialah Enactment No. 3 Of 1952, Administration Of Muslim Law Enactment, 1952
yang masih dalam versi Bahasa Inggeris, berbunyi seperti berikut -

Section 50. Advocates and Solicitors.


(1) Notwithstanding anything contained in any written law, no advocate and
solicitor shall have the right to appear in any Court on behalf of a party to any
proceedings if such appearance would be contrary to the provisions of Muslim law.

(2) Any advocate and solicitor so appearing shall plead in the language of the
Court or through an interpreter provided by him and approved by the Court.

Manakala di Terengganu pula, Enactment No. 4 Of 1955, Administration Of Muslim


Law Enactment, (Terengganu) 1955 (1374H), juga dalam versi Bahasa Inggeris, Seksyen 30
Enakmen tersebut berbunyi –

Section 30. Advocates and Solicitors and Pleaders.


(1) Notwithstanding anything contained in any written law, no advocate and
solicitor or pleader shall have the right to appear in any Court on behalf of a party
to any proceedings such appearance would be contrary to the provisions of Muslim
Law.

13
Mashhur Hassan Mahmud, op.cit., hlm. 42.
14
Prof Madya Dr. Abdullah Abu Bakar, (1997), Guaman Syarie : Antara Teori Dan Praktikal, Al-Ahkam, Jil.
5, Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur, hlm. 69.
15
Artikel 1516. Majalah Ahkam Johor adalah kod undang-undang sivil syariah kerajaan negeri Johor yang
dikuatkuasakan pada 1331H/1913.

4
(2) Any advocate and solicitor or pleader so appearing should plead in the language
of the Court or through an interpreter provided by him and approved by the Court.

Manakala Seksyen 31 Enakmen sama berbunyi –


Section 31. Representation by Agent.
Every party to any proceeding shall appear in person in criminal proceedings and in
person or by advocate and solicitor or pleader in civil proceedings.16

Peruntukan yang merujuk pada Peguam Syarie dapat dilihat dalam Enakmen
Pentadbiran Ugama Islam (Perak) 1965 (Enakmen No. 11 Tahun 1965). Seksyen 51
Enakmen tersebut berbunyi -

Seksyen 51. Peguam Shar'iah.


(1) Peguam Shar'iah boleh-Iah mengambil bahagian dalam mana2 Mahkamah bagi
satu pehak dalam perbicharaan.

(2) Majlis hendak-Iah menyediakan daftar nama pada tiap2 tahun bagi orang2 yang
di-dapati layak dan berkemahiran dalam hukum Shara' supaya boleh menjadi
pembela dalam Mahkamah yang di-tubohkan di-bawah Undang2 ini. Orang2 itu
akan di-kenali sa-bagai Peguam Shar'iah.

(3) Peguam Shar'iah tidak boleh hadhir dalam mana2 Mahkamah bagi mana2 pehak
dalam satu2 perbicharaan melainkan dengan lesen bertulis yang di-keluarkan oleh
Majlis dengan menjelaskan bayaran yang di-tetapkan. Lesen yang demikian hendak-
Iah di-keluarkan tiap2 tahun dan ditanda tangani oleh Yang di-Pertua.

Perak juga merupakan negeri terawal yang mewujudkan peraturan kecil untuk
Peguam Syarie, dinamakan sebagai Kaedah-kaedah Peguam Syarie (Perak) 1980 (Pk. P.U.
28/81). Kemudian diikuti oleh Negeri-negeri lain iaitu Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Johor,
1982 ; Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Kedah 1988 ; Kaedah-Kaedah Peguam Syar’i
Terengganu 1987; Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Melaka 1989 ; Kaedah-Kaedah Peguam
Syarie Sarawak 1992 ; Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Selangor 1992 ; Kaedah-Kaedah
Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 ; Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Perlis 1995 ;
Peraturan-Peraturan Peguam Syarie Pahang 1995 ; Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Pulau
Pinang 1997 dan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Kelantan 2000. Kaedah-Kaedah Peguam
Syarie Perak telah dipinda pada tahun 2003, Selangor diperbaharui pada tahun 2008 dan
terkini Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sembilan Tahun 2012.

Sejarah Peguam Syarie di Negeri Sembilan


16
Peruntukan hampir sama terdapat dalam Enactment No. 5 Of 1956, Administration Of The Law Of The
Religion Of Islam Enactment (Pahang) 1956, Section 43 dan 44 ; Enactment No. 1 Of 1959, Melaka
Administration Of Muslim Law, Section 46 dan 47 ; Enactment No. 9 Of 1962, Kedah Administration Of
Muslim Law Enactment, Section 47 dan 48 ; Enactment No. 1 Of 1966, Kelantan Shar'iyah Courts And Muslim
Matrimonial Causes Enactment, 1966, Section 14.

5
Di Negeri Sembilan, sejarah mencatatkan bahawa agama Islam mula sampai ke
Negeri Sembilan pada pertengahan abad ke-15, berdasarkan bukti batu nesan Sheikh Ahmad
yang dijumpai di Sungai Udang Linggi, Port Dickson. Beliau telah meninggal dunia pada
tahun 1467, semasa Melaka sedang meningkat kemasyhurannya di bawah pemerintahan
Sultan Mansur Syah.17 Raja Negeri Sembilan yang pertama memeluk agama Islam adalah
Raja Mahmud (Raja Melewar). Baginda yang dinobatkan pada tahun 1773 itu telah
memerintah selama 23 tahun.18 Pada awal pemerintahan baginda, semua perkara yang
berkaitan hal ehwal agama Islam di Negeri Sembilan dirujuk kepada baginda. Tidak lama
kemudian, kuasa pentadbiran hal ehwal agama diserahkan kepada Dato’-Dato’ Undang Yang
Empat yang diberi kuasa untuk melantik kadi-kadi di luak masing-masing.19

Mengikut sistem pentadbiran hal ehwal agama Islam yang awal di Negeri Sembilan,
kadi Kariah bertanggungjawab mengawasi kesempurnaan surau-surau, mengawasi kesalahan
agama, menegah perbuatan mengajar ajaran sesat dan menjadi orang perantara di kalangan
orang Islam dengan kerajaan untuk memajukan ekonomi. Sementara itu, kadi hakim pula
bertanggungjawab membicarakan hal-hal jenayah dan kesalahan hukum syarak seperti zina
serta melakukan perbuatan yang boleh mengancam keamanan.20 Tetapi, setelah Inggeris
campurtangan, semua urusan yang berkaitan hal ehwal agama Islam tidak lagi dirujuk kepada
Yang di Pertuan Besar, sebaliknya, Dato’-Dato’ Undang Yang Empat, termasuk Tuanku
Besar Tampin, dikehendaki berhubung terus dengan Residen British.21

Pada 1948, apabila Negeri-Negeri Melayu di Semenanjung disatukan menjadi


Persekutuan Tanah Melayu, Negeri Sembilan telah membuat satu perlembagaan berdasarkan
perjanjian 1889 mengenai kuasa Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Dato’ Undang
Luak Yang Empat serta Tuanku Besar Tampin. Mengikut perlembagaan yang baru itu,
sebuah Dewan Undangan yang dipanggil Majlis Mesyuarat Kerajaan telah dibentuk. Selepas
merdeka, majlis ini dikenali Dewan Keadilan. Dewan Keadilan ini dipengerusikan Yang Di
Pertuan Besar Negeri Sembilan dengan ahlinya terdiri daripada Dato’ Undang Luak Yang
Empat, Tunku Besar Tampin, Tuanku Besar Sri Menanti, Dato’ Syahbandar Sungai Ujung,
Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. Dewan
Keadilan berperanan sebagai tempat rujukan atau tunggak tertinggi kedaulatan takhta
kerajaan Negeri Sembilan dalam erti kata bertanggungjawab menyelesaikan semua krisis
berbangkit mengenai pentadbiran adat dan agama Islam.22

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan supaya


ditubuhkan Majlis Mesyuarat Agama Islam untuk membantu dan memberi nasihat ke atas
perkara-perkara yang berkaitan agama di Negeri Sembilan. Majlis ini terdiri daripada Yang

17
Abdul Samad Idris. 1987. Takhta Kerajaan Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Utusan Printcorp.
18
Ibid.
19
Ruhayati Ramli. 1994. Jawatankuasa Syariah di Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Akademi Islam
Universiti Malaya.
20
Othman Ishak. 1981. Fatwa Dalam Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
21
Abdul Samad Idris, op.cit.
22
Ibid.

6
Di Pertua, wakil daripada Yang Di Pertuan Besar, wakil daripada Dato’ Undang Luak Yang
Empat, Tuanku Besar Tampin, enam orang wakil dari orang ramai (seorang daripadanya
daripada bangsa asing yang beragama Islam) dan seorang Setiausaha23.

Pada bulan Disember 1949, Undang-Undang Majlis Mesyuarat Agama telah


disahkan. Mengikut Undang-Undang Majlis Mesyuarat Agama tersebut, Yang Di Pertua
Majlis ialah Tuan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sementara itu, Jabatan Ugama Islam
Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1950 di Seremban, yang terdiri daripada Yang
Di Pertua (iaitu Haji Othman bin Taat), Mufti Negeri (iaitu Sheikh Ahmad bin Mohammad
Said), Kadi Besar dan Kadi Karyah24.

Tetapi, peraturan Majlis Agama Islam 1950 ini telah dimansuhkan selepas negara
merdeka dengan digantikan Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957. Pada tahun 1960,
Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957 ini juga dimansuhkan dan Kerajaan Negeri
Sembilan telah meluluskan Undang-Undang Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan),
Enakmen No. 15 Tahun 196025, yang memperuntukkan penubuhan Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan (MAINS) untuk memberi nasihat kepada Yang Di Pertuan Besar Negeri
Sembilan mengenai hal ehwal agama Islam di negeri itu. Majlis itu terdiri daripada pengerusi
(iaitu anggota dari Majlis Mesyuarat Kerajaan), Yang Di Pertua Jabatan Agama Islam Negeri
Sembilan, Mufti, Ketua Kadi, Nazir dan lima orang Islam yang lain dengan sekurang-
kurangnya seorang daripada mereka itu adalah orang bukan Melayu yang dilantik Yang Di
Pertuan Besar.

Penulis tidak dapat memperolehi teks asal Undang-Undang Pentadbiran Hukum


Syarak (Negeri Sembilan), Enakmen No. 15 Tahun 1960, dan tidak dapat dipastikan samada
terdapat peruntukan mengenai Peguam Syarie dalam Enakmen tahun 1960 tersebut. Enakmen
ini kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan Enakmen Pentadbiran Hukum
Syara' Negeri Sembilan 1991 (Enakmen No. 1 Tahun 1991).

Dalam Enakmen tahun 1991 ini, terdapat peruntukan tentang Peguam Syarie. Seksyen
54 Enakmen tersebut berbunyi -
Seksyen 54. Peguam Syarie.
(1) Majlis boleh membenarkan mana-mana pegawai undang-undang Kerajaan
Persekutuan dan mana-mana pegawai undang-undang yang memegang sijil yang
sah dikeluarkan di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 [Akta 166], atau
mana-mana orang yang berkelayakan menjadi Peguam Syarie untuk hadir dan
mewakili mana-mana pihak dalam mana-mana Mahkamah Syariah.

(2) Kelayakan untuk menjadi pengamal Peguam Syarie hendaklah ditetapkan oleh
peraturan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar.

23
Ruhayati Ramli, op.cit.
24
Othman Ishak 1981, op.cit.
25
Ruhayati Ramli, op.cit.

7
(3) Peraturan tersebut boleh memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang layak
menjadi Peguam Syarie hendaklah memegang sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dan
ditandatangani oleh Pengerusi setelah dibayar fee yang ditetapkan. Sijil tersebut
hendaklah dipanggil "Sijil Peguam Syarie".

(4) Sijil Peguam Syarie yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah kekal
sah bagi tempoh satu tahun daripada tarikh pengeluarannya:
Dengan syarat Majlis boleh bila-bila masa membatalkannya.

(5) Majlis dalam keadaan-keadaan tertentu boleh mengecualikan mana-mana orang


yang memegang kelayakan Ijazah Undang-undang daripada mana-mana universiti
atau pusat pengajian tinggi yang diiktirafkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk
menjadi Peguam Syarie walaupun orang itu tidak memegang Sijil Peguam Syarie
yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3).

Terbaru, Enakmen 10 Tahun 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan)
2003 telah menggantikan enakmen tahun 1991 tersebut, yang memperuntukkan mengenai
pendakwaan dan perwakilan dalam Bahagian V yang berbunyi -
Seksyen 80. Peguam Syarie
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Majlis boleh menerima masuk
mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Hukum
Syarak sebagai Peguam Syarie untuk mewakili pihak-pihak dalam apa-apa
prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, membuat peraturan-
peraturan—

(a) bagi mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan
masuk Peguam Syarie; dan
(b) bagi mengawal selia, mengawal dan menyelia kelakuan Peguam Syarie.

(3) Walau apa pun subseksyen (1)—


(a) mana-mana anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan; atau
(b) mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Bantuan Guaman
1971,
boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam
apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya
dalam mahkamah sivil menurut kuasa Akta Profesion Undang-Undang 1971[Akta
166], tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguam bela dan
peguam cara di bawah Akta itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima
masuk sebagai seorang Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang
bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri di Malaysia hendaklah diterima

8
masuk sebagai Peguam Syarie bagi Negeri Sembilan apabila permohonan dibuat
olehnya kepada Majlis dengan disertai keterangan yang menunjukkan bahawa dia
telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang, sebaik sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, telah
diterima masuk sebagai seorang Peguam Syarie di bawah Enakmen yang terdahulu
hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan telah diterima masuk sebagai
seorang Peguam Syarie dan adalah berhak untuk hadir di dalam mana-mana
Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di
hadapan Mahkamah Syariah itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang
bertulis yang lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut
dalam subseksyen (3), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi
pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapannya.

Berdasarkan sub-Seksyen 80 (2) tersebut, suatu undang-undang tentang Peguam Syarie telah
diperkenalkan dan digazetkan pada 16 Februari 2012, yang dinamakan Kaedah-Kaedah
Peguam Syarie (Negeri Sembilan) 2012.

WAKALAH BI AL-KHUSUUMAH

Wakalah Dari Segi Bahasa

Wakalah adalah perkataan Arab (wakala) yang bermaksud menyerahkan atau


mewakilkan suatu urusan kepada seseorang.26 Sebagaimana dalam Firman Allah s.w.t:

Bermaksud : Dan mengapa pula kami tidak berserah diri kepada Allah padahal Ia
telah menunjukkan jalan untuk tiap-tiap seorang dari kami menjalaninya? Dan demi
sesungguhnya, kami akan bersabar terhadap segala perbuatan kamu menyakiti
kami. Dan dengan yang demikian, maka kepada Allah jualah hendaknya berserah
diri orang-orang yang mahu berserah. 27

Al-wakalah juga dari segi bahasa adakalanya bermaksud pemeliharaan. 28 Firman


Allah s.w.t :

26
Husin al-Habsyi (1989), Kamus al-Kautsar- Terjemahan Lengkap, Victory Agency : Kuala Lumpur, hlm.
526.
27
Al-Quran, Surah Ibrahim (14), ayat 12.
28
Al-Quran, Surah Ali Imran (3), ayat 173.

9
Bermaksud : Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita)
kepada mereka: "Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk
memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". Maka berita itu
makin menambahkan iman mereka lalu berkata: "Cukuplah Allah untuk (menolong)
kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).

Apabila seseorang itu dikatakan wakil, maka ia adalah penjaga, penjamin dan
pemelihara apabila seseorang itu diserahkan sesuatu hal atau urusan untuk dilakukannya.29

Menurut al-Sharkasyi, al-Wakalah juga bererti perlindungan.30 Al-Wakil juga adalah


salah satu daripada nama Allah (asma’ul husna) yang bererti pelindung. Ia memberi maksud
bergantung dan menyerahkan sesuatu. Pendapat ini juga dipersetujui oleh al-Kasani.31

Menurut Sayid Sabiq pula, al-Wakalah bererti pengganti kepada seseorang dalam
perkara yang boleh diterima penggantian. 32 Manakala menurut Najib Hawawain, al-wakalah
ialah suatu penyerahan tugas kepada seseorang yang lain dan meletakkan di tempatnya.33

Wakalah Dari Segi Istilah/Syarak

Para fuqaha telah berbeza pendapat mengenai pengertian wakalah dari sudut
pengertian syara’. Dalam kitab al-Mahsut, Imam al-Sarakhsyi mendefinisikan al-wakalah dari
segi istilah syara’ sebagai menyerahkan urusan kepada orang lain.34 Menurut al-Kasani pula
al-wakalah dari segi syara’ ialah menyerahkan urusan dan penjagaannya kepada wakil.35

Dalam kitab Qalyubi wa Umairah, dijelaskan bahawa wakalah ialah penyerahan oleh
seseorang kepada seseorang lain urusannya dalam perkara yang boleh diterima perwakilan
untuk dilaksanakan dalam kehidupannya.36 Ini juga adalah pendapat Imam Ja’far dan al-
Bujairimi.

Manakala Syeikh Muhammad al-Sharbini dalam kitabnya Mughni al-Muhtaj


menjelaskan pergertian al-wakalah dari segi syara’ ialah apabila seorang manusia mengambil
29
Abdul Rahman al-Jaziri (1392H), Kitab al-Fiqh ala AL Madhahib al-Arba’, Juz. 3, Beirut : Dar al-Fikr, hlm.
200.
30
Abu Bakar Muhammad al-Syarkasyi (t.t), al-Mahsut, Juz 19, Cetakan ke 3, Beirut : Dar al-Ma’rifah, hlm. 2.
Lihat juga Sayid Sabiq (1971), Fiqh al-Sunnah, Juz 3, Beirut : al-Kutub, hlm 226.
31
Al-Kasani (1971), Badai’ al-Sana’i, Juz. 7, Qaherah : Matba’ah al-Syaraku, Fasal 1449.
32
Sayid Sabiq, (1971), Fiqh al-Sunnah, Juz 3, Beirut : al-Kutub, hlm. 226.
33
Najib Hawawain (1923), Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, Matba’ah al-Syaraku, Fasal 1449.
34
Abu Bakar Muhammad al-Syarkasyi (t.t), al-Mahsut, Juz 19, Cetakan ke 3, Beirut : Dar al-Ma’rifah, hlm. 2
35
Al-Kasani (1971), Badai’ al-Sana’I, Juz 7, Qaherah : Matba’ah al-Imam, hlm. 3445.
36
Syeikh Syihabudin al-Qayubi dan Syeikh Umairah (t.t), Qalyubi Wa Umaira, Juz 2, Mesir : Dar Ihya’ Kutub
al-Arabiyah Li Ashabi ha Isa al-Babi al-Halabi, hlm. 336.

10
orang lain bagi menggantikan dirinya dalam sesuatu perkara yang boleh diterima
penggantian.37

Definisi yang diberikan oleh al-Sharbini lebih mirip kepada definisi yang diberikan
oleh ulama’ Hanafi, yang mendefinisikan wakalah dari segi istilah syarak sebagai
menugaskan orang lain melakukan kerjanya dalam mengendalikan perkara yang diharuskan
oleh syarak, atau mewakilkan seseorang untuk menyerahkan dan menjaga sesuatu perkara
kepada wakil. 38

Ulama’ Shafii mendefinisikan al-wakalah sebagai mewakilkan seseorang untuk


menyerahkan apa yang dilakukannya dan boleh dilakukan oleh orang lain dalam hidupnya. 39
Perwakilan yang dimaksudkan hanya berkuatkuasa semasa hayat orang yang mewakilkan,
tanpa mengikat selepas kematiannya, berbeza dengan wasiat yang mengikat selepas
kematiannya.

Definisi-definisi yang diberikan oleh para fuqaha’ ini walaupun secara kasarnya
kelihatan berbeza, tetapi secara keseluruhannya adalah berkisar mengenai penyerahan urusan
atau sesuatu perkara kepada wakil. Pendapat Qalyubi dan Umairah, 40 Imam Ja’far, al-
Bujairimi dan al-Sharbini lebih menekankan bahawa al-wakalah mestilah perkara yang boleh
diwakilkan atau diterima perwakilannya. Ulama’ Hanafi lebih menekankan supaya
penggunaan wakil tersebut hanyalah terhadap perkara-perkara yang diharuskan oleh syara’.
Manakala Ulama’ Syafii lebih menekankan bahawa perwakilan wakalah hendaklah berjalan
semasa pembuat wakalah masih hidup dan terputus selepas kematiannya.

Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa prinsip wakalah


adalah berorientasikan tanggungjawab seseorang wakil yang diamanahkan oleh seseorang
untuk menjalankan sesuatu urusan yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya.

Manakala Wakalah bi al-Khusumah ialah orang yang mewakili sesorang yang lain
dalam urusan perbicaraan atau pendakwaan di hadapan Hakim atau Qadi. Pada masa sekarang
ia dikenali sebagai Peguam Syarie. Pada pendapat Penulis, wakalah bil al-Khusumah berbeza
dengan wakalah dalam urusan-urusan lain. Wakil bertanggungjawab atas semua dakwaan dan
segala apa yang berkaitan dengan apa yang didakwa. Menurut Imam Abu Hanifah dan Zurfar,
tanggungjawab itu termasuk iqrar atas apa yang diwakilkan. Manakala Imam Shafii, Imam
Malik dan Hanbali41 menyatakan wakalah di dalam perbicaraan bererti mewakilkan orang

37
Sheikh Muhammad al-Syarbini, al-Khatib (1958), Mughni al-Muhtaj, Juz. 2, Mesir : Syarikah wa Mahtabah
wa Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi, hlm. 219.
38
Wahbah al-Zuhaili (Dr) (t.t), Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan), Jil. 5, Beirut : Dar al-Fikr al-Arabi,
hlm. 64.
39
Wahbah al-Zuhaili (Dr)(t.t), Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan), op.cit., hlm. 64.
40
Sheikh Syihabuddin al-Qalyubi dan Sheikh Umairah (t.t), Qalyubi Wa Umaira, Juz. 2, Mesir :Dar Ihya’
Kutub al-Arabiyyah Li Ashabi ha Isa al-Babi al-Halabi, hlm. 336.
41
Muhammad bin Ahmad bin Rushdi, Ibnu Rushdi (1392H), Bidayah al-Mujtahid, Jil. 2, Kahirah : al-Jamliah,
hlm. 297. Lihat juga Abi Ishak Ibrahim bin Ali al-Syirazi (1970), al-Muhazzab, Jil. 1, Mesir : Maktabah wa
Mutabaqah Mustafa, hlm. 351.

11
yang kena dakwa di dalam pertikaian atau menegakkan kebenaran. Kadangkala wakil
bertindak menolak dakwaan pendakwa dan kadangkala berbentuk pengakuan bersalah.42

Imam Malik berpendapat, perwakilan di dalam perbicaraan haruslah dengan syarat :-


1. Wakil hanya seorang sahaja. Tidak sah jika ramai wakil, melainkan dengan
mendapat keizinan pewakil.
2. Wakil bukanlah musuh pendakwa. Tidak sah jika wakil adalah musuh pendakwa,
untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.
3. Perwakilan mestilah ditentukan. Tidak sah jika dikatakan kepada wakil “aku
wakilkan dalam semua perbicaraan.”
4. Pewakil tidak menyertai pertuduhan di hadapan Hakim. Jika dia ada bersama di
dalam majlis, maka tidak sah perwakilan kerana ditegah oleh syarak dan akan
menimbulkan keburukan. Walaubagaimanapun sah jika pewakil hadir tetapi dia
dalam keadaan uzur. 43

Menurut jumhur fuqaha’, perwakilan dalam perbicaraan adalah diharuskan dalam


Islam. Cuma fuqaha berbeza pendapat dalam menentukan hak dan tanggungjawab seorang
wakil terhadap pewakil. Imam Shafii, Maliki dan Hanbali tidak menerima pengakuan atau
ikrar wakil atas apa yang diwakilkan semata-mata kerana hak dan sebagainya, kerana
wakalah di dalam perbicaraan bererti mewakili orang yang kena dakwa untuk menegakkan
kebenaran.44

Imam Shafii menyatakan wakil dalam perbicaraan tidak mempunyai hak untuk ikrar
atau untuk berdamai, dan tidak ada hak untuk melepaskan hutang atau memegang hutang. 45
Manakala Imam Ja’afar a-Sadiq mengharuskan perwakilan dalam perbicaraan tanpa
disyaratkan mendapat keizinan lawan atau tidak. Ikrar, perdamaian dan melepaskan hutang
diharuskan selepas mendapat keizinan daripada pewakil.46

Dalil-dalil Pensyariatan Wakalah

Walaupun tiada ayat khusus tentang pengharusan wakalah atau peguam di dalam al-
Quran atau Sunnah, tetapi terdapat lebih 24 kali perkataan wakil disebut di dalam al-Quran.
Maka pakar-pakar perundangan Islam telah bersepakat bahawa wakalah atau peguam
diharuskan dalam Islam. Terdapat beberapa potong ayat dan hadith yang dijadikan dalil
pensyariatan prinsip wakalah ini. Demikian juga dikuatkan dengan dalil-dalil ijma’ dan
amalan para sahabat. Menurut al-Sharkasyi, perwakilan telah berlaku dalam urusan

42
Kamaluddin Muhammad bin Abdul Wahid Ibnu Humam (1217H), Fathu al-Qadir, Jil. 6, Mesir : Matba’ah
al-Amirah, hlm. 10.
43
Abdul Rahman Al-Jaziri (1392), Kitab al-Fiqh ala al-Madhahib al-Arba’, Juz. 3, Beirut : Dar al-Fikr, hlm.
175-180.
44
Ibnu Rushdi, Bidayah al-Mujtahid, hlm. 297 dan Abi Ishak Ibrahim bin Ali al-Syirazi (1970), al-Muhazzab,
hlm. 351.
45
Abdul Rahman Al-Jaziri (1392), Kitab al-Fiqh ala al-Madhahib al-Arba’, hlm. 182.
46
Muhammad Jawad al-Mughniyyah (1965), Fiqh li Imam Ja’far al-Sadiq, Juz 4, Beirut : Dar al-‘Ilmi li al-
Malayin, hlm. 246.

12
kehakiman Islam sejak zaman Nabi s.a.w hingga hari ini tanpa sebarang tentangan dan
celaan.47

Antara dalil-dalil tentang keharusan wakalah atau peguam ialah :-

1. Dalil Al-Quran :

Firman Allah s.w.t di dalam kisah ashabu al-kahfi yang bermaksud :

Bermaksud : Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya
mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya :
"Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab : "Kita telah tidur
selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka
berkata : "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang
utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar;
kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih
baik lagi halal (yang dijual di situ) ; kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu
sedikit habuan daripadanya ; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan
bersungguh-sungguh (semasa di bandar) ; dan janganlah dia melakukan sesuatu
yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.48

Di dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman :

Bermaksud : Yusuf pun berkata, jadikanlah aku penjaga gedung perbendaharaan


hasil bumi Mesir. Sesungguhnya aku bersedia menjaganya dan berpengalaman
mentadbirkannya.49

Dalam ayat yang lain Allah s.w.t berfirman :

47
Al-Syarkasyi, op.cit., hlm. 4.
48
Al-Quran, Surah Al-Kahfi (18), ayat 19.
49
Al-Quran, Surah Yusuf (12), ayat 55.

13
Bermaksud : Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua
(suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu),
seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-
dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya
Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah
sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.50

Mafhum dari ayat ini menjelaskan bahawa Allah s.w.t memerintahkan supaya umat
Islam mencari apa jua cara untuk mendamaikan antara dua pihak yang bertelingkah. Salah
satu cara yang diharuskan ialah dengan melantik atau mewakilkan kepada orang lain agar
dapat mendamaikan pertelingkahan tersebut. Maksud ayat ini lebih tepat untuk menjelaskan
keharusan pelantikan peguam bagi sesuatu pertikaian yang timbul.

Manakala dalam satu ayat lain pula Allah berfirman yang bermaksud :

Bermaksud : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-


orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil (yang diwakilkan) yang
mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-
hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan
untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan)
dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu
ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Bijaksana.51

Ayat-ayat di atas menjadi dalil keharusan perwakilan, samada untuk membeli belah,
mentadbir, menjadi pendamai, memungut zakat, untuk tujuan perniagaan dan sebagainya.
Perwakilan tidak akan berlaku jika tidak terdapat dua perkara yang utama, iaitu :-
i. Seseorang yang berhajat kepada seseorang lain untuk bertindak bagi pihak dirinya ;
ii. Seorang lagi yang sanggup menjadi wakil dan memikul amanah untuk menjalankan
urusan yang diserahkan kepadanya.

2. Dalil Al-Sunnah:

Terdapat hadith-hadith Rasulullah s.a.w yang menjadi dalil pensyariatan wakil dalam
Islam. Rasulullah pernah melantik wakil-wakil baginda dalam banyak perkara termasuk
perkahwinan, mengutip zakat, jual beli, urusan pemerintahan dan sebagainya.

50
Al-Quran, Surah An-Nisa (4), ayat 35.
51
Al-Quran, Surah at-Taubah (9), ayat 60.

14
Jabir bin Abdullah pernah berkata, “suatu ketika aku berhajat untuk keluar ke
Khaibar, lalu aku pergi berjumpa baginda Rasulullah s.a.w. Aku menceritakan tentang
hajatku untuk ke Khaibar kepada baginda. Mendengar demikian, baginda telah bersabda.
“jika kamu berjumpa wakilku, maka ambillah daripadanya lima belas gantang (gandum). Jika
dia meminta daripadamu bukti (yang engkau adalah wakilku) maka letakkanlah tanganmu ke
atas bahu sebagai bukti.”52

Baginda s.a.w pernah mengutuskan al-Su’at untuk mengutip zakat. Baginda juga telah
mewakilkan ‘Amru bin Umaiyyah al-Damiri dalam menikahkan Ummu Habibah bin Abu
Sufyan.53 Rasulullah juga telah mewakilkan Abu Rafi’i untuk menerima pernikahan
Maimunah binti al-Harith. Baginda juga melantik pegawai sebagai wakil Baginda untuk
memungut zakat, mengelolakan askar, dan mentadbir negeri serta daerah. 54 Baginda juga
melantik ‘Urwah al-Bariqi untuk membeli seekor kambing kibas.

3. Dalil Al-Ijma’:-
Ulama telah bersepakat mengenai keharusan dan pensyariatan wakalah atau peguam.
Di dalam kitab-kitab fiqh, ulama’ memperkatakan dengan panjang lebar mengenai wakalah,
dalam bab-bab yang khusus.55 Tidak terdapat mana-mana mazhab yang menolak prinsip
wakalah, kerana disyariatkan melalui al-Quran dan al-Sunnah. Prinsip wakalah telah
memainkan peranan penting dalam pentadbiran undang-undang dan kehakiman Islam. Ia
telah digunakan secara meluas.

4. Amalan Para Sahabat.


Menurut Al-Baihaqi56 dalam sunannya bahawa diriwayatkan, seorang wanita telah
datang kepada Sayidina ‘Umar membuat iqrar melakukan zina, dan meminta Sayidina ‘Umar
menjalankan hukuman rejam. Sayidina ‘Ali telah meneliti kes tersebut, dan didapati bahawa
perempuan tersebut telah diperkosa dan penzinaan berlaku bukanlah dengan kerelaannya,
tetapi semata-mata untuk menyelamatkan dirinya daripada kebuluran. Kejadian itu berlaku
ketika perempuan tersebut terlalu dahaga, dia terjumpa seorang lelaki yang memiliki susu
lalu meminta sedikit susu daripadanya. Lelaki tersebut bersetuju memberikan susu kepada
perempuan itu dengan syarat dia menyerahkan dirinya. Khalifah ‘Umar setelah mendengar
cerita perempuan tersebut, dan setelah mendengar keterangan Sayidina ‘Ali, telah
membebaskan perempuan tersebut. Dalam kes ini Sayidina ‘Ali bertindak sebagai pembela
terhadap perempuan tersebut. Beliau berjaya membuktikan bahawa sekali pun perempuan itu
membuat iqrar melakukan zina, tetapi keadaan bagaimana zina itu berlaku perlu
dipertimbangkan.

52
Al-Syed Al-Imam Muhammad bin Ismail Al-Kahlani (1960), Subul al-Salam, Jil. 3, Mesir : Mustafa al-Babi
al-Halabi,a hlm. 65.
53
Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya, Jil. I, hlm. 468.
54
Wahbah al-Zuhaili (Dr.), Fiqh dan Perundangan Islam (terjemahan), Jil. 5, hlm. 150.
55
Jamal Sadiq al-Marsafawi (1984), Nadzam al-Qada’ fi al-Islam Idarah al-Thaqafah wa al-Nashr, Saudi
Arabia : Jami’ah Imam Muhammad, hlm. 67.
56
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah (t.t), Al-Turuq Al-Hubmiyyah : Matba’ah Al-Madani, hlm. 79.

15
Dalam suatu kes yang lain, seorang perempuan telah mendakwa seorang pemuda cuba
mencabul kehormatannya dan menjatuhkan maruahnya. Perempuan itu telah membawa bukti
kesan air mani di tubuh dan kainnya. Lalu Khalifah ‘Umar menjatuhkan hukuman keseksaan
kepada pemuda tersebut. Pemuda itu telah merayu kepada Khalifah ‘Umar dan berkata.
“Wahai Amir Al-Mu’minin, pastikanlah kebenaran kes saya ini. Demi Allah saya tidak
melakukannya, sebenarnya dialah yang cuba memperdayakan saya.” Mendengar keterangan
pemuda itu, Khalifah ‘Umar telah meminta pendapat Sayidina ‘Ali. Sayidina ‘Ali telah
memerhatikan kesan cecair yang ada di kain perempuan tersebut, lalu diambil air mendidih
dan disiramnya. Cecair tersebut menjadi beku dan putih. Beliau mendapati rasanya seperti
putih telur. Sayidina ‘Ali mengherdik perempuan tersebut. Akhirnya perempuan itu mengaku
perbuatan tipu dayanya.57

Dalam satu kes dimana Sayidina ‘Ali r.a telah mengemukakan rayuan dan membela
seorang lelaki yang telah dihukum bersalah dan hendak dipenjarakan. Kerana ilmu dan
kepakarannya yang luas dalam bidang Syariah menyebabkan Sayidina ‘Ali dapat
membuktikan lelaki tersebut tidak bersalah. Sayidina ‘Ali bertindak sebagai wakil atau
peguam, telah berjaya membantu Hakim dalam menegakkan keadilan sehingga Hakim
bersedia mengkaji semula keputusannya.

Di zaman pemerintahan Khalifah ‘Uthman bin ‘Affan, ‘Abdullah bin Ja’far menjadi
wakil (peguam) kepada ‘Ali bin Abi Talib dengan Talhah bin ‘Ubaidullah.58 ‘Ali telah
mendakwa Talhah atas perbalahan mengenai sebuah empangan air antara tanah ‘Ali dan
tanah Talhah. Talhah telah mendakwa ‘Ali telah merosakkan tanamannya, dan ‘Ali
menafikannya.

Dalam satu kes lain, ‘Abdullah bin ‘Abbas pernah menjadi peguam kepada Hassan
bin Thabit. Menurut al-Jubairi,59 telah berlaku perselisihan antara Hassan bin Thabit (penyair
terkenal di zaman Nabi s.a.w) dengan seorang lelaki lain. Khalifah ‘Uthman telah
menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Hassan. Lalu Hassan telah pergi berjumpa Ibnu
‘Abbas dan menceritakan perkara tersebut. Kata Ibnu ‘Abbas :- “kebenaran pergi
bersamaku.” Ibnu’ Abbas mewakili Hassan dan berhujah di hadapan ‘Uthman. Lalu ‘Uthman
telah memberikan keputusan baru di mana Hassan telah menang.” Dalam kisah ini
menunjukkan bahawa diharuskan perwakilan walaupun dalam proses rayuan tentang
keputusan yang telah dijatuhkan.

Menurut Zafir al-Qasimi, kes ini adalah bukti relevan contoh perwakilan dalam Islam.
Walaupun Hassan seorang penyair, tetapi dia tidak mahir berhujah dalam perbicaraan. Ibnu
Abbas sebagai seorang yang faqih dan petah berhujah telah bertindak sebagai peguam
membela Hassan.60

57
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, (t.t), Al-Turuq Al-Hubmiyyah : Matba’ah Al-Madani op.cit., hlm. 70.
58
Al-Sharkasyi, op.cit., hlm. 3.
59
Al-Jubairi (1955), Nasab Quraisy, Qaherah : Dar al-Ma’arif, hlm. 26.
60
Zafir al-Qasimi (1978), Nizam al-Hukmi fi al-Shariati wa al-Tarikh al-Islami, Beirut : Dar al-Nafais, hlm.
383.

16
Rukun Wakalah

Jumhur ulama’ menyatakan bahawa wakalah perlu menepati rukun-rukun seperti berikut61 :-
1. Pemberi wakil atau orang yang mewakilkan
2. Wakil, iaitu orang yang menerima wakil
3. Subjek perwakilan atau urusan yang diwakilkan
4. Akad ijab dan qabul.

Manakala menurut Imam Hanafi, rukun yang masyhur hanya ijab dan qabul sahaja. 62 Syarat
sah perwakilan adalah bergantung kepada syarat-syarat yang dikenakan ke atas orang yang
berkontrak dan ke atas perkara yang dikontrakkan.

Syarat-syarat Wakalah

Bagi setiap rukun tersebut di atas, ulama’ telah menetapkan syarat-syarat yang
tertentu mengikut pandangan masing-masing.

a. Syarat pemberi wakil atau orang yang mewakilkan

Syarat-syarat orang yang memberi wakil adalah seperti berikut :-


1. Merdeka. Tidak sah perwakilan dari seorang hamba kepada hamba atau hamba
kepada orang merdeka. 63Kecuali sekiranya hamba itu telah diizinkan oleh tuannya
untuk menguruskan perniagaan.64
2. Berhak ke atas urusan yang diwakilkan. Tidak sah wakil orang yang telah luput
keahlian mengurus harta seperti gila dan kanak-kanak.65 Jumhur ulama’ sepakat
bahawa tidak sah wakalah seorang kanak-kanak.66 Namun Imam Malik
mengecualikannya dalam perwakilan kanak-kanak perempuan yang sudah berkahwin.
Imam Malik menyatakan sah wakalah seorang kanak-kanak yang sudah berkahwin
yang mendakwa suaminya.
3. Berakal dan baligh. Tidak sah perwakilan oleh seorang kanak-kanak yang belum
mumayyiz dan orang gila kerana keduanya tidak berakal.
4. Tidak sah perwakilan oleh seseorang yang ditahan menguruskan harta kerana bodoh
atau muflis. 67

b. Syarat wakil atau penerima wakil

Syarat-syarat wakil atau orang yang menerima wakil adalah seperti berikut :-
1. Berakal, yakni yang boleh membuat pilihan antara baik dan buruk, antara untung dan
rugi. Orang gila dan kanak-kanak tidak boleh dilantik sebagai wakil. Ulama’ Maliki

61
Najib Hawawain (1923), Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, Matba’ah al-Syaraku, Fasal 451.
62
Najib Hawawain (1923), Majallah al-Ahkam al-Adliyyah, op.cit., Fasal 451.
63
Wahbah al-Zuhaili, op.cit., hlm. 127
64
Abdul Rahman al-Jaziri, op.cit., hlm. 175
65
Wahbah al-Zuhaili, op.cit., hlm. 127
66
Syeikh Muhammad al-Syarbini, al-Khatib, Jil. 2, hlm. 20.
67
Syeikh Muhammad al-Syarbini, op.cit., hlm. 168.

17
dan Hanbali mengatakan bahawa melantik kanak-kanak menjadi wakil tidak sah
kerana belum mukallaf. Walaubagaimanapun ulama’ Shafii membolehkan melantik
kanak-kanak mumayyiz untuk memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan
haji, mengerjakan kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan
zakat. Bagi ulama’ Hanafi, kanak-kanak yang sudah berakal dan mumayyiz boleh
dilantik menjadi wakil, sama ada mendapat keizinan penjaganya atau tidak. 68 Dalam
hal ini, seseorang yang belum baligh tetapi sudah mumayyiz dan sudah berakal boleh
menjadi wakil kepada seseorang. Pihak pemberi wakil akan menanggung segala risiko
yang mungkin berlaku akibat tindakannya itu. 69
2. Seseorang yang ahli dalam bidang atau urusan yang diwakilkan. Dalam satu hadith
daripada Abu Hurairah r.a. berkata: "Pada suatu masa ketika Nabi SAW. sedang
berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir,
tiba-tiba datang seorang A'rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah
SAW., "Bilakah akan terjadi hari qiamat?". Maka Nabi SAW. pun meneruskan
percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Beliau (Nabi) mendengar
apa yang ditanyakan, tetapi pertanyaan itu tidak disukainya". Sementara yang lain
pula berkata, "Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu". Sehingga apabila
Nabi SAW. selesai dari percakapannya beliau bersabda, "Di mana orang yang
bertanya tentang hari qiamat tadi ?" Lalu Arab Badwi itu menyahut, "Ya! Saya hai
Rasulullah". Maka Nabi SAW. bersabda, "Apabila amanah telah disia-siakan maka
tunggulah hari qiamat". Arab Badwi ini bertanya pula, "Apa yang dimaksudkan
dengan mensia-siakan amanah itu"? Nabi SAW. menjawab, "Apabila urusan
diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat". 70
3. Mengikut Ulama’ Hanafi, seorang wakil juga disyaratkan bersungguh-sungguh dan
tahu tentang tugas yang dinyatakan. Penyampaian makluman perlantikan wakil boleh
dibuat melalui lisan, tulisan atau utusan, dan wakil menerimanya. Wakil juga
hendaklah tahu tentang tugas dan tempoh waktu yang ditentukan.71
4. Sebahagian ulama’ seperti Mazhab Shafii, Hanbali dan Maliki mensyaratkan wakil
mestilah seorang yang boleh mengurus sendiri sesuatu tanpa memerlukan keizinan
daripada orang lain. 72
5. Jumhur ulama’ tidak mensyaratkan Islam atau murtad pada wakil. Ulama’ Hanafi
mengharuskan perwakilan kepada ahlul zimmi kerana haknya terjamin sepertimana
orang Islam. Tetapi ulama’ Maliki tidak mengharuskan orang Islam melantik orang
kafir menjadi wakil untuk menjual, membeli atau membuat kontrak tempahan barang
(as-salam), untuk mengelakkan dari berlaku perkara yang dilarang Syarak.

c. Syarat subjek perwakilan atau urusan yang diwakilkan

Syarat-syarat bagi subjek wakalah adalah seperti berikut :-

68
Wahbah al-Zuhaili, op.cit., hlm. 128
69
Al-Kasani, op.cit., Jil. 6, hlm. 20
70
Hadith riwayat Bukhari.
71
Al-Kasani, op.cit., Jil. 6, hlm. 20
72
Abi Ishak Ibrahim al-Syirazi, op.cit., Jil. 1, hlm. 349. Lihat juga Ibnu Qudamah, al-Mughni, Juz. 5, Mesir :
Maktabah al-Jumhurian al-’Arabiyah, hlm. 79. Lihat juga Ibn Rushdi, op.cit., Jil. 2, hlm. 297.

18
1. Menurut ulama’ Hanafi, subjek hendaklah perkara yang diharuskan oleh Syarak.
Ulama’ Hanafi tidak mengharuskan perwakilan dalam kes qisas dan hudud.
2. Subjek hendaklah perkara yang boleh diwakilkan kepada seseorang. Urusan ibadah
seperti puasa, sembahyang dab sebagainya tidak harus diwakilkan. Tetapi jumhur
mengharuskan perwakilan ibadah yang ada hubungan dengan penerimaan dan
bayaran harta kepada yang berhak, seperti bayaran zakat, kafarah, nazar, haji, umrah,
penyembelihan korban dan sebagainya. Ulama’ Maliki tidak mengharuskan
perwakilan haji kerana tujuan haji ialah latihan diri mengagungkan syiar Allah s.w.t,
sedangkan membelanjakan harta merupakan satu perkara zahiri. Para ulama’ telah
menentukan mana yang boleh diwakilkan dan mana yang tidak. Setiap yang boleh
diakadkan manusia untuk dirinya, maka boleh diwakilkan perlaksanaannya kepada
orang lain.
3. Wakilan itu hendaklah barang atau urusan yang dimiliki oleh pemberi wakil, bukan
barang atau urusan yang disewakan.
4. Ulama’ Shafii mensyaratkan bahawa wakilan hendaklah barang yang diketahui
dengan jelas, untuk mengelakkan kesamaran dan penipuan. Ulama’ Maliki
mensyaratkan barang tersebut mestilah dimaklumi sekalipun dengan gambaran. Tidak
sah perwakilan jika tidak diketahui.

d. Syarat ijab dan qabul.

Imam Shafii mensyaratkan lafaz akad wakalah hendaklah menunjukkan perwakilan


samada secara lisan, tulisan ataupun surat. Manakala ulama’ Maliki menyatakan bahawa ijab
dan qabul hendaklah menunjukkan makna wakalah samada secara uruf, bahasa atau adat.
Tidak disyaratkan lafaz yang khusus. Dalam hal ini, hokum wakalah itu hendaklah berubah
berdasarkan keadaan akad ijab dan qabul yang berbeza. Contohnya –
1. P berkata kepada W – ‘aku wakilkan kamu untuk menjual keretaku ini’. W menjawab
‘aku tidak terima’. Dalam hal ini perwakilan tidak sah kerana W jelas menyatakan
tidak terima.
2. P berkata kepada W – ‘sekiranya kamu mahu, kamu boleh menjadi wakil aku untuk
menjual kereta ini.’ W hanya mendiamkan diri sahaja. Tetapi selepas itu W telah
menjual kereta tersebut. Dalam hal ini, hokum wakalah adalah harus.
3. P berkata kepada W – ‘aku wakilkan kamu untuk menjual keretaku ini’. W menjawab
‘aku tidak terima’. Tetapi selepas itu W telah bertindak menjual kereta tersebut.
Dalam hal ini, wakalah tersebut tidak sah dan terbatal kerana W telah jelas menolak
perwakilan daripada P.
4. P berkara kepada W – ‘aku wakilkan kamu untuk talak isteriku’. W tidak menjawab,
hanya diam sahaja. Dia tidak berkata menerima atau menolaknya. Dalam keadaan ini
perwakilan tersebut sah, dan jatuh talak jika W menceraikan isteri P.

Sebab-Sebab Keharusan Melantik Wakil Atau Peguam Dalam Perbicaraan

19
Suasana di hadapan majlis kehakiman tidak sama bagi semua orang. Ada yang bijak, lancar
dan petah berhujah. Ada yang gugup, kelu, tergamam, gementar dan lain-lain. Menurut Ibnu
Qudir, diharuskan wakil dalam perbalahan sebagai ganti dari kelemahan seseorang untuk
menguruskan kesnya secara sendirian kerana sebab-sebab seperti sakit, tua, cacat dan lain-
lain.73 Jika tidak, sudah tentu akan menyulitkan.

Di antara sebab-sebab diharuskan wakalah ialah :-

1. Mengimbangi antara pihak-pihak yang bertelagah di hadapan Kadi. Perlu diwujudkan


persamaan, terutama apabila salah seorang dari mereka lebih baik atau lebih pintar
dari yang seorang lagi. Hakim boleh mengarahkan pihak yang lemah mengambil
peguam untuk tujuan keseimbangan.
Dalam satu kisah diriwayatkan oleh al-Khusyairi, 74 aduan telah dibuat kepada Hakim
Ahmad bin Baqiy oleh dua orang lelaki. Beliau melihat kepada seorang daripadanya
dan mendapati percakapannya baik, dan ditoleh kepada seorang lagi, hakim tidak
memahami akan pertuturannya, tetapi mata orang itu memperlihatkan kebaikan dan
kebenaran. Maka ditegur kepada orang itu – ‘Wahai kamu, sekiranya boleh carikanlah
orang lain yang dapat bercakap bagi pihakmu dan aku dapati kawanmu itu lebih
memahami apa yang dicakapkannya.’

2. Mengatasi perasaan malu khususnya di kalangan wanita. Di antara sebab yang logik
mengharuskan penggunaan wakil ialah untuk melindungi perasaan malu seorang
wanita. Secara logiknya, seorang wanita yang tidak pernah bersosial dengan orang
lain akan merasa malu dan kekok untuk berhujah, apatah lagi di hadapan hakim dan
orang ramai.
Dinukilkan oleh Ibnu Abi Laila, tujuan membawa seorang gadis untuk bercakap
dalam perbicaraan tidak akan berhasil kerana ia malu. Maka ia akan berdiam diri.
Syara’ mengharuskan baginya melantik wakil (peguam) walaupun tanpa persetujuan
pihak lawan. Begitu juga halnya dengan perempuan yang tidak pernah bersosial
bersama lelaki. Ia juga tidak dapat memberi fakta yang tetap dalam perbicaraan
kerana takut dan gerun. Kehadirannya dalam mahkamah tidak akan mencapai maksud
yang dikehendaki. Jadi harus menggunakan wakil.75
Jadi sekiranya seseorang itu tidak dapat bertutur dengan baik di hadapan hakim,
kerana malu atau takut, maka dia tidak akan dapat memberikan fakta yang sebenarnya
dengan tepat. Dengan itu juga maksud keadilan dalam perbicaraan tidak akan
tercapai. Atas sebab itulah Islam mengharuskan penggunaan wakil dalam perbicaraan.

3. Maksud tersirat dari seorang isteri. Sifat kebiasaan seorang perempuan akan merasa
malu untuk menceritakan tentang perkara yang sulit dan peribadi. Begitu juga dengan
seorang isteri, akan merasa malu dan jijik memperkatakan sesuatu yang peribadi

73
Syamsudin Ahmad, Ibnu Qudir (1970), Nata’iju al-Afkar, Mesir : Syarikah Maktabah wa Ma’ba’ah Mustafa
al-Halabi wa Auladuhu, hlm. 5.
74
Al-Syarkasyi, op.cit., hlm. 8.
75
Al-Kusyani (1966), Qudah al-Qurtubah, Mesir : Dar al-Misriyah li al-Ta’lif wa Tarjumah, hlm. 170.

20
mengenai dirinya, atau diri suaminya, walaupun perkara itu adalah fakta yang perlu
diberitahu kepada Mahkamah.
Contoh kisah di zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a, seorang isteri telah datang
mengadu kepada Khalifah Umar, “Wahai Amir al-Mukminin, aku tidak pernah lihat
lelaki yang lebih baik dari suamiku. Dia berjaga sepanjang malam, berpuasa
sepanjang siang (walaupun cuaca panas), dia tidak berbuka puasa.” Umar r.a setelah
mendengar kata-kata perempuan itu beliau berdo’a : “Keampunan kepada Allah
kerana perempuan ini mendapat suami seperti itu.” Mendengar kata-kata Umar r.a,
Ka’ab bin Thur al-Azdi yang berada di sisi Umar r.a pada ketika itu berkata.
“Sesungguhnya perempuan itu membuat pengaduan mengenai suaminya, tuan…”
Umar terkejut lalu bertanya kepada perempuan itu, “Benarkah demikian?” Jawab
Ka’ab, “Ya”. Lalu Umar memanggil perempuan tersebut dan berkata, “Tiada apa
yang perlu dimalukan. Katakanlah perkara yang sebenarnya. Sesungguhnya dia
(Ka’ab) mengatakan, sebenarnya kamu ingin membuat pengaduan terhadap suami
kamu yang tidak member nafkah batin pada kamu. Benarkah?” Lalu perempuan itu
menjawab, “Benar, wahai Umar.”76
Daripada kisah di atas, Ka’ab telah bertindak sebagai wakil atau peguam mewakili
peguam tersebut yang malu untuk menceritakan perkara yang sulit berkenaan dengan
dirinya.

PERANAN WAKIL DALAM PERBICARAAN

Pada asasnya tugas wakil dalam proses perbicaraan atau bertindak bagai serampang
dua mata, yang memainkan dua peranan : iaitu di pihak anak guam dan di pihak Mahkamah.
Peranan utama wakil adalah berkisar dalam ruang lingkup prosiding perbicaraan. Wakil
bertindak sebagai perantara yang menyuarakan hak anak guam, dan pada masa yang sama
bertindak sebagai pembantu Mahkamah dari segi prosiding dan fakta kes, suasana dan latar
belakang kes serta latarbelakang pihak yang bertikai, supaya keadilan dapat ditegakkan
dengan sebenar-benarnya. Tugas wakil atau peguam lebih besar dari seorang pegawai
Mahkamah.

Peranan inilah yang dimainkan oleh Sayidina Ali dalam kes perempuan yang
mengaku berzina dan peranan yang dimainkan oleh Ka’ab al-Azdi yang berjaya membantu
Khalifah Umar dan perempuan yang mengadu tentang suaminya.

Seorang wakil atau peguam mengikut al-Marhum Syaikh Mohd Abu Zuhrah 77 : “…
ialah seorang yang alim tentang undang-undang yang mampu mencari kebenaran pihak
yang benar dan menolak kepalsuan pihak yang bersalah, bersandarkan kepada ilmunya
mengikut kehendak undang-undang dalam menegakkan hak dan kewajipan dan pengekalan
dan pengukuhan kepada kebebasan awam.”

76
Ahmad Abdul Mun’iem, al-Bahaie (Dr) (1965), Tarikh al-Qada’ fi al Islam, Mesir : Matba’ah Lajnah al-
Bayan al-A’rabi, hlm. 110.
77
Al-Kitabah, Edisi 1, Dar al-Fikr al-Arabi, hlm. 175.

21
Tugas-tugas wakil dalam membela pihak-pihak yang bertikai di Mahkamah, dapat
dijelaskan sebagaimana berikut :-

i. Membantu melicinkan lagi perjalanan perbicaraan.

Inilah tugas wakil yang utama. Wakil memainkan peranan penting dalam prosiding
Mahkamah samada ianya berada di pihak yang menuntut (plaintif) atau pihak yang kena
tuntut (defendan). Wakil membantu Mahkamah melicinkan perjalanan perbicaraan, dan
seterusnya mempercepatkan keputusan dibuat. Kejayaan satu-satu kes ataupun sesuatu
keputusan adalah bergantung di atas peranan yang dimainkan oleh wakil. Dengan adanya
bukti yang kukuh, hujah yang kemas dan fakta yang jelas, nescaya sesuatu keputusan yang
diberikan oleh Hakim akan memuaskan hati kedua-dua belah pihak.

Hakikatnya, Peguam Syarie berperanan membantu mempercepatkan perjalanan


sesuatu kes di mahkamah. Kes-kes yang diwakili peguam lebih cepat diselesaikan berbanding
kes-kes yang tidak diwakili peguam. Cuma segelintir peguam bermasalah, yang mana kesnya
lambat diselesaikan, disebabkan tidak komited dengan profesionnya, ada `bisnes' lain, lebih
sibuk dengan politik atau persatuan, atau terlalu tamak kes.

ii. Mengemukakan keterangan dan pembuktian dalam sesuatu perbicaraan.

Hadith Rasulullah SAW yang juga menjadi maxim dalam pembuktian Islam, berbunyi :

ْ َ‫ الَ َّدعَى ِر َجا ٌل أَ ْم َوا َل ق‬،‫اس ِب َدع َْوا ُه ْم‬


‫و ٍم‬11 ُ َّ‫ لَ ْو يُ ْعطَى الن‬: ‫صلَّى هللا عليه وسلم‬ ُ ‫ أَنَّ َر‬،‫ض َي هللاُ َع ْن ُه َما‬
َ ِ‫س ْو َل هللا‬ ِ ‫س َر‬ ٍ ‫عَنْ ا ْب ِن َعبَّا‬
‫ لَ ِكنَّ ا ْلبَيِّنَةَ َعلَى ا ْل ُمد َِّع ْي َوا ْليَ ِميْنَ َعلَى َمنْ أَ ْن َك َر‬،‫َو ِد َما َء ُه ْم‬

Bermaksud : “Dari Ibnu Abbas r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ‘Seandainya


setiap dakwaan manusia diterima, nescaya setiap orang akan mengadukan harta suatu kaum
dan darah mereka, kerana itu (agar tidak terjadi hal tersebut) maka bagi yang mendakwa
agar mendatangkan bukti dan sumpah bagi yang mengingkarinya.” 78

Berdasarkan hadith ini, tugas mengemukakan keterangan dan pembuktian adalah


terletak di atas pihak yang mendakwa atau menuntut. Sekiranya plaintif mengunakan khidmat
wakil, maka wakil berperanan untuk mengemukakan keterangan dan memberikan bukti
sehingga sampai ke tahap yakin. Keyakinan tidak boleh dihapuskan kecuali dengan
keyakinan juga.79 Beban pembuktian akan berpindah kepada pihak defendan sekiranya ia
menafikan keterangan yang diberikan oleh plaintif. Dalam hal ini, wakil berperanan
mengemukakan keterangan, hujah dan sumpah bagi menolak segala dakwaan plaintif, hingga
boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas dakwaan plaintif.

78
Hadith hasan riwayat al-Baihaqi dan lainnya yang sebahagiannya terdsapat dalam As-Shahihain.
79
Muhammad bin Ali bin Muhammad, al-Shaukani (1961), Nail al-Authar, Jil. 8, Mesir : Mustafa al-Babi al-
Halabi, hlm. 36.

22
Peguam Syarie adalah orang yang kerjanya setiap hari terlibat dengan mahkamah.
Peguam Syarie pasti lebih arif tentang dokumen-dokumen yang diperlukan di mahkamah.
Juga arif tentang prosedur mahkamah, peruntukan undang-undang, malah mengetahui bila
mood hakim baik dan bila tidak. Seperti doktor yang arif tentang penyakit, ahli farmasi arif
tentang jenis ubatan, atau penjual ikan dan sayur yang arif tentang ikan dan sayur yang
dijualnya, maka Peguam Syarie juga arif tentang mahkamah, undang-undang dan prosedur.

iii. Mewakili anak guamnya dalam soal iqrar atau pengakuan.

Secara dasarnya, di dalam kes pembelaan dan pendakwaan, seseorang wakil


berperanan untuk melakukan dua perkara penting di dalam persoalan iqrar atau pengakuan
ini, iaitu;-
a. Membuat pengakuan bagi pihak yang diwakilinya.
b. Mempertikaikan kesahihan pengakuan yang dibuat oleh pihak yang
diwakilinya, khususnya dari aspek kesempurnaan syarat-syarat pengakuan.

Antara syarat-syarat pembuat iqrar ialah berakal, mumayyiz, sukarela, tiada tohmah,
dikenalpasti, dan perkara iqrar itu dimaklumi olehnya. Sekiranya wakil dapat membuktikan
bahawa iqrar yang dibuat itu sah atau sebaliknya, maka dengan itu Peguam Syarie dapat
membantu Mahkamah di dalam menghukum pihak-pihak yang dibicarakan dengan adil dan
memuaskan semua pihak.

iv. Membantu Mahkamah membuktikan kesahihan penggunaan qarinah di dalam


perbicaraan.

Peguam Syarie atau wakil juga berperanan membantu Mahkamah bagi membuktikan
kesahihan penggunaan qarinah di dalam perbicaraan. Qarinah ialah tanda atau alamat yang
boleh membawa kepada keyakinan. Qarinah adakalanya kuat dan adakalanya lemah.
Mahkamah tidak boleh terus menerima qarinah dengan mudah.80 Oleh yang demikian, wakil
berperanan untuk menyakikan dan membuktikan kepada Mahkamah bahawa qarinah yang
dikemukakan adalah sahih. Tindakan ini akan mempercepatkan proses perbicaraan dan
melicinkan lagi perjalanan Mahkamah.

Kadang-kadang dokumen yang difailkan ke mahkamah tidak lengkap, tidak cukup


bahan-bahan bukti yang menyukarkan hakim untuk membuat keputusan. Seorang hakim
tidak boleh memberi panduan atau menasihatkan mana-mana pihak tentang apa-apa
kecacatan dokumen, prosedur, undang-undang dan sebagainya. Ini akan menimbulkan
perasaan tidak puas hati pihak lawan. Di sinilah peranan Peguam Syarie yang arif tentang
undang-undang, dokumen serta prosedur.

v. Memberi khidmat nasihat agama dan Hukum Syarak.

80
Mahmud Saedon A.Othman (1991), Undang-undang Keterangan Islam, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm. 45.

23
Satu peranan yang amat mengikat Peguam Syarie atau wakil dalam perbicaraan
Syariah peranan dalam memberi khidmat nasihat agama dan Hukum Syarak kepada anak
guamnya, terutama dalam soal-soal kemusykilan hukum hakam Islam, samada munakahat,
muamalat, jinayah dan sebagainya. Jika nasihat salah yang diberi, maka akan memberi kesan
berpanjangan kepada maqasid Syariyyah, melibatkan agama, hartabenda, nasab keturunan
dan sebagainya.

vi. Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada anak guamnya.

Peguam Syarie atau wakil juga berperanan memberi khidmat nasihat dan kaunseling
kepada anak guamnya, terutama dalam meredakan tekanan dan soal-soal berkaitan prosiding
Mahkamah. Kadang-kadang perbicaraan mahkamah yang panjang meletakkan anak guam
dalam keadaan tertekan, stres dan sebagainya. Maka wakil boleh memainkan peranan
memberikan kaunseling bagi meredakan tekanan anak guam dengan menasihati supaya
bersabar dengan proses mahkamah.

vii. Menjadi pendamai dan mencari jalan penyelesaian di luar Mahkamah di antara
dua pihak yang bertikai.

Peguam Syarie atau wakil juga berperanan menjadi pendamai dan mencari jalan
penyelesaian di luar Mahkamah di antara dua pihak yang bertikai (sulh). Sekiranya setiap
wakil faham peranan dan tugas mereka, maka ia akan memudahkan Mahkamah dan
mempercepatkan penyelesaian sesuatu kes perbicaraan. Secara teori dan praktikalnya,
penyelesaian secara sulh antara kedua belah pihak lebih memuaskan hati pihak-pihak kerana
ia dicapai secara persetujuan bersama dan redha-meredhai antara pihak-pihak.

viii. Mewakili anak guamnya untuk membuat rayuan di Mahkamah yang lebih tinggi
supaya diringankan hukuman, dikaji semula atau diketepikan.

Jika seseorang tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah, maka
wakil boleh mewakilinya untuk membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi, supaya
mendapat keadilan yang sewajarnya. Begitu juga jika seseorang telah disabitkan dengan
sesuatu kesalahan, dan anak guam tidak berpuashati dengan hukuman yang dijatuhkan, maka
wakil boleh mewakili anak guamnya untuk membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi,
supaya diringankan hukuman,81 dikaji semula atau diketepikan keputusan yang telah
diputuskan. Tugas wakil ialah membantu Mahkamah agar dapat menghukum dengan adil,
tepat dan berkesan. Peranan wakil dalam proses rayuan adalah lebih besar berbanding
perbicaraan di mahkamah rendah, kerana ia akan melibatkan lebih banyak tatacara dan proses
penghujahan hukum Syarak dan undang-undang.

Tanggungjawab Peguam Syarie Dalam Membela Pihak Tertuduh

81
Hj. Nadzim Hj. Abdul Rahman, Pendakwaan Dan Pembelaan Di Mahkamah Syariah, Kertas Kerja Seminar
Guaman Syarie Universiti Malaya, pada 19hb. Januari 1991, hlm.24.

24
Allah memerintahkan keadilan yang mutlak dalam setiap aspek kehidupan, tanpa
memilih bangsa, agama, warna kulit, bahasa, budaya dan sebagainya. Seseorang dibenarkan
mempertahankan haknya dari dirampas atau dicabul oleh orang lain. Firman Allah s.w.t82 :

Maksud : Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan


membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan
bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan,
supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi
dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi
bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia
menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya
ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya
itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-
rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya
Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Segala peranan dan tugas wakil yang dibincangkan di atas adalah bertujuan untuk
membantu mahkamah memutuskan hukuman dengan adil dan saksama, tanpa keraguan dan
syubhat. Terdapat sesetengah dakwaan yang mengatakan bahawa membela orang yang
bersalah dianggap bersubahat dan bersekongkol dengan kezaliman. Dakwaan ini adalah
berpandukan kepada beberapa firman Allah s.w.t, antaranya :-

Maksud : Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim
maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang
kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan
sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.83

Sememangnya Allah s.w.t memerintahkan agar keadilan ditegakkan dan kezaliman


dihapuskan. Allah s.w.t melarang kita daripada membantu atau membela orang yang zalim
dalam melakukan kezaliman. Dalam ayat lain, Allah s.w.t menegaskan bahawa haram bagi
sesiapapun bersubahat dengan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t84 :

82
Al-Quran, Surah al-Hadiid (57), ayat 25
83
Al-Quran, Surah Hud (11), ayat 113.
84
Al-Quran, Surah al-Baqarah (2), ayat 270.

25
Maksud : Dan (ketahuilah), apa sahaja yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa
sahaja yang kamu nazarkan maka sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan
(ingatlah), orang-orang yang zalim itu tidak ada sesiapa pun yang dapat
menolongnya.

Allah s.w.t melarang manusia daripada menolong orang yang zalim, bersimpati,
bersekongkol, bersepakat apatah lagi untuk membela dan mempertahankan mereka. Sikap
Islam terhadap golongan yang membela dan mempertahankan kezaliman ini dianggap
perbuatan berdosa dan juga merupakan satu kezaliman.85

Persoalannya, adakah tindakan wakil membela anak guamnya dalam sesuatu


perbicaraan bererti dia telah membela kezaliman dan bersekongkol atau bersubahat dengan
orang yang zalim? Dan jika seseorang telah disabitkan bersalah, tetapi wakil mewakili anak
guamnya membuat rayuan di mahkamah lebih tinggi agar hukuman diringankan, dikaji
semula atau diketepikan, adakah bantuan wakil itu juga dianggap bersekongkol dan
bersubahat dengan orang-orang yang zalim?

Sebagai contoh, apabila seorang Peguam Syarie mengendalikan kes-kes murtad dituduh
menjadi pembuka pintu kepada orang untuk murtad, penyokong murtad, bersubahat dengan
orang murtad dan seumpamanya. Apabila mewakili tertuduh dalam kes subahat pelacuran
dan khalwat di Mahkamah Syariah, suara sinis mengatakan mereka menjadi pembela kes
maksiat, dan dianggap bersekongkol dengan kemungkaran. Berbeza pula dengan sahabat kita
di mahkamah sivil, apabila mewakili tertuduh dalam kes memiliki dadah (Seksyen 39B, Akta
Dadah Berbahaya) atau dalam kes bunuh (Seksyen 302, Kanun Keseksaan) tiada pula
tuduhan sumbang berkenaan. Maka, persoalan-persoalan tersebut perlu dianalisis dengan
lebih lanjut dan dikaji dari pelbagai sudut.

Dakwaan ini mungkin ditimbulkan oleh orang yang tahu mengenai hukum hakam
Islam, tetapi mereka tidak terlatih atau terdedah bagaimana untuk mentadbir undang-undang
Islam. Jika terlatih dari segi undang-undang Islam tentu dia akan berkata – “seseorang itu
tidak bersalah melainkan setelah dibuktikan yang dia bersalah.”

Tugas wakil ialah membantu mahkamah agar menghukum dengan adil, tepat dan
berkesan. Peranan inilah yang dimainkan oleh Saiyidia Ali r.a dalam kes seorang wanita yang
mengaku melakukan zina, sedangkan perbuatan tersebut berlaku tanpa kerelaannya. Begitu
juga dalam kes Saiyidina Ali r.a membela seorang lelaki yang dituduh mencabul seorang
perempuan, sedangkan perempuan itu sengaja mengada-adakan cerita dengan meletakkan
putih telur pada kainnya.

85
Mahmud Saedon Awang Othman, op.cit., hlm. 107.

26
Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar r.a. telah berlaku peristiwa sebahagian
rakyat enggan membayar zakat yang dihukum murtad oleh khalifah. Saidina Umar r.a. pada
peringkat awalnya tidak bersetuju dengan rancangan khalifah untuk memerangi mereka lalu
memberikan hujahnya. Umar berkata dengan maksudnya, “Bagaimana kamu hendak
memerangi manusia sedangkan Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah diperintahkan
untuk memerangi manusia sehingga mereka mengatakan: Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah. Barangsiapa yang mengatakan Tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah, maka terpeliharalah darahnya dan harta bendanya dariku melainkan dengan
haknya dan hisabnya dalam jaminan Allah”. Jawapan Khalifah Abu Bakar ialah beliau tidak
akan benarkan manusia membezakan antara kewajipan solat dengan kewajipan zakat. Maka
Khalifah tidak menerima hujah Umar r.a. lalu menghantar tentera untuk memerangi golongan
tersebut. 86

Adakah tindakan para sahabat ini zalim dan dianggap bersekongkol atau bersubahat
dengan kezaliman? Inilah perkara yang perlu difahami oleh pihak-pihak yang membuat
tuduhan tersebut, iaitu tugas dan peranan wakil ialah membantu mahkamah agar menghukum
dengan adil, tepat dan berkesan.

Peguam Syarie ialah orang yang bertanggung jawab membantu hakim untuk mencapai
keadilan di mahkamah, memastikan pihak-pihak yang bertikai (litigants) tidak teraniaya
dalam sesuatu prosiding di mahkamah dan seumpamanya. Sekiranya, seorang peguam itu
mewakili seseorang yang benar-benar jahat atau bersalah sekalipun, keadilan wajib diberikan
kepada penjahat atau penjenayah berkenaan, apatah lagi dalam kaedah perundangan Islam
terdapat kaedah yang bermaksud, “Asal seseorang itu bebas dari tanggungan” (al-aslu bara
‘atuzzimmah) yang hampir sama dengan prinsip anggapan tidak bersalah (presumption of
innocence) yang diguna pakai di mahkamah sivil yang bermaksud, “ Seseorang itu tidak
bersalah sehingga dibuktikan bahawa dia bersalah (a person is innocent until proven guilty).

Salah satu cara guaman dalam Islam ialah shafa’ah atau permohonan belas kasihan
dengan tujuan membatalkan hukuman yang telah dijatuhkan. Cara ini adalah diharuskan oleh
Islam. Dalam kisah Sayyidina Ali r.a membela wanita yang mengaku di hadapan Khalifah
Umar ra.a bahawa dia telah berzina, dan hampir dihukum, pembelaan oleh Sayidina Ali r.a
telah menyebabkan Khalifah Umar r.a membetulkan keputusannya dan membebaskan wanita
tersebut.

Sekira pada hakikatnya anak guam yang diwakili itu benar-benar bersalah, bukanlah
menjadi kesalahan jika wakil mewakilinya tanpa mengetahui hakikat sebenarnya. Jika
diyakini bahawa anak guam itu benar-benar bersalah, maka wakil tidak harus menjalankan
pembelaan terhadap anak guam atau cuba memutarbelitkan fakta. Ulama fiqh memberikan
panduan, wakil hendaklah yakin bahawa anak guam itu benar dan tidak harus
mempertahankan jika tidak tahu keadaan sebenar anak guam.

86
(Bukhari 3/206, Muslim 1/38, Silsilah Al-Ahadith Al-Sahihah, Muhammad Nasiruddin Al-Albani,
407).

27
Perwakilan terhadap orang yang dituduh melakukan kesalahan tidak dilarang kerana ia
membantu mahkamah dari segi pendedahan fakta, keterangan atau kenyataan yang berkaitan.
Yang dilarang adalah cuba membuktikan orang yang bersalah kepada tidak bersalah, dengan
mengubahsuai fakta. Berbeza dengan prinsip guaman common law, peguam boleh bertindak
mempertahankan anak guamnya walaupun sememangnya dialah yang bersalah. 87

Seorang wakil perlulah mempunyai akhlak mulia seperti dituntut Islam, bermoral,
bertanggungjawab serta jujur dalam tugas mereka menurut lunas Islam. Wakil perlu menilai
dirinya, niat dan tujuannya. Wakil hendaklah melaksanakan tugas dan peranannya dengan
niat yang ikhlas, jujur dan dengan niat melakukan ibadah, kerana tugas wakil adalah tugas
mulia yang pernah dilakukan oleh para sahabat. 88 Wakil perlu menerangkan fakta-fakta
dengan betul tanpa memikirkan keuntungan semata-mata dengan mengenepikan etika
guaman Islam. Wakil tidak boleh menjadikan dirinya sebagai satu alat penipuan. 89

CABARAN PEGUAM SYARIE

Hakikatnya, banyak cabaran yang dihadapi oleh Peguam Syarie dari dahulu sehingga
sekarang. Namun dalam kertas ini, Penulis memfokuskan kepada satu cabaran mutakhir yang
dihadapi oleh Peguam Syarie iaitu permohonan bukan Islam untuk menjadi Peguam Syarie.

Bukan Islam sebagai Peguam Syarie

Pada 2010, seluruh Peguam Syarie dikejutkan dengan suatu berita bahawa Mahkamah
Tinggi Sivil membenarkan permohonan seorang wanita bukan Islam, Victoria Jayaseele
Martin yang permohonannya menjadi Peguam Syarie Mahkamah Syariah Kuala Lumpur
ditolak Majlis Agama Islam, untuk membuat semakan kehakiman di mahkamah tersebut.

Victoria, 51, yang memperolehi Diploma dalam undang-undang dan Amalan Syariah
(DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Melalui surat
bertarikh 24 Ogos 2009, beliau memohon untuk diterima sebagai Peguam Syarie di Wilayah
Persekutuan. Permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie pada 9 September
2009 dengan alasan bahawa permohonannya tidak dapat diproses kerana syarat utama
pemohon mesti merupakan seorang Islam.

Permohonan semakan Victoria tersebut kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi


yang berpendapat MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menetapkan
peraturan menerima Peguam Syarie. Victoria tidak berpuashati dengan keputusan tersebut
dan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

87
With Evan (1972), Advocacy at the Bar, London : Financial Training Publication London, hlm. 30.
88
A. Monir Yaakob (Dr), Guaman Syarie – Pengenalan dan Amalannya di Malaysia, Kertas Kerja Seminar
Guaman Syarie anjuran Lujnah Syariah PMAIUM pada 19/1/1991, hlm. 23 & hlm. 122
89
John Munkman (1991), The Technique of Advocacy, London : Butterworth and Coperation Publication, hlm.
11.

28
Pada 21 Jun 2013, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan (MAIWP) bertindak di luar batas undang-undang ketika enggan
memproses permohonan seorang peguam bukan Islam, Victoria Jayaseele Martin untuk
beramal sebagai Peguam Syarie. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah
Nordin yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah
Ali sebulat suara memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan peguam berkenaan.

Dengan keputusan tersebut, bermakna bahawa peguam bukan Islam yang mempunyai
pengetahuan mencukupi dalam undang-undang syariah boleh memohon kepada MAIWP dan
dikehendaki menduduki peperiksaan tertentu sebelum diterima masuk sebagai Peguam
Syarie.

Mahkamah memutuskan bahawa pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam


Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam saja layak memohon sebagai Peguam
Syarie sudah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta Pentadbiran Undang-
Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993. Mereka berpendapat bahawa perkataan ‘mana-
mana orang’ yang dinyatakan dalam Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk orang yang bukan Islam.

Seksyen 59(1) menyatakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)


boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai
hukum syarak menjadi Peguam Syarie bagi mewakili pihak dalam apa-apa prosiding di dalam
Mahkamah Syariah. “Jika niat badan perundangan adalah untuk menghalang orang bukan
Islam diterima sebagai Peguam Syarie, maka ia harus dinyatakan dalam akta itu,”

Mahkamah berpendapat MAIWP bertindak melampaui kuasa apabila ia menggubal


Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983. Pandangan mahkamah bahawa MAIWP
tidak diberi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang tidak selaras dengan Akta
Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan). Mahkamah juga membenarkan
dua lagi perintah yang dipohon oleh Victoria, iaitu perintah ‘certiorari’ bagi membatalkan
keputusan MAIWP untuk enggan memproses permohonan beliau untuk diterima sebagai
Peguam Syarie serta perintah ‘mandamus’ bagi memaksa MAIWP menerima dan
memperoses permohonan beliau untuk diterima sebagai Peguam Syarie tanpa mengambil
hakikat beliau adalah seorang bukan Islam. Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan
permohonan peguam MAIWP Datuk Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan pelaksanaan
kedua-dua perintah tersebut sementara menunggu permohonan MAIWP dan Peguam Negara
untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Isu tersebut telah menjadi perbahasan dan membuka mata banyak pihak tentang
kewajaran Peguam Syarie bukan Islam. Pada Disember 2010, Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah membuat keputusan menolak pelantikan
individu bukan Islam sebagai Peguam Syarie. Keputusan muzakarah kemudiannya ada yang

29
dibawa kepada Jawatankuasa Fatwa atau Jawatankuasa Perundingan Syarak Negeri untuk
diwartakan sebagai fatwa negeri dan memberi kesan mengikat dari sudut perundangan.

Sesuatu fatwa mengikat dan berkuatkuasa menurut undang-undang hanya selepas ia


diwartakan. Seksyen 49 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003
memperuntukkan: “Apabila disiarkan dalam warta, sesuatu fatwa hendaklah mengikat setiap
orang Islam yang berada di Negeri Selangor sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi
kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang kepada fatwa itu,
melainkan jika dia dibenarkan oleh hukum syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam
perkara amalan peribadi.”

Syarat Islam dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri-Negeri

Kaedah Peguam Syarie Wilayah Persekutuan 1993 memperuntukkan hanya pemohon


Islam layak untuk memohon dan diterima sebagai Peguam Syarie di Wilayah Persekutuan.
Peraturan ini dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong
berkuasa mengikut Seksyen 59 (2), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1993 untuk membuat kaedah atau peraturan bagi prosedur, kelayakan,
fi dan lain-lain berkenaan Peguam Syarie. Seksyen itu ialah: “Majlis boleh, dengan kelulusan
Yang di-Pertuan Agong, membuat kaedah - (a) untuk mengadakan peruntukan bagi prosedur,
kelayakan dan fi bagi penerimaan Peguam Syarie; dan (b) untuk mengawal selia, mengawal
dan mengawasi kelakuan Peguam Syarie.”

Syarat Islam untuk permohonan sebagai Peguam Syarie juga terdapat di Kedah,
Kelantan, Melaka, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak. Johor tidak
menyebut syarat Islam tetap mensyaratkan pemohon bermazhab ahli Sunnah Wal Jamaah.
Hanya Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mensyaratkan Islam secara khusus,
tetapi pemohon mesti berkemahiran dalam hukum syarak dan lulus ujian atau temu duga
Peguam Syarie.
Di Negeri Sembilan, Bahagian III, Kaedah 9 dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie
(Negeri Sembilan) 2012 memperuntukkan tentang Kelayakan sebagai Peguam Syarie,
sebagaimana berikut :-
9. (1) Mana-mana orang yang memenuhi syarat-syarat yang berikut adalah layak untuk
menjadi seorang Peguam Syarie—
(a) seorang yang beragama Islam;
(b) seorang warganegara Malaysia;
(c) seorang yang berkelakuan baik disokong melalui perakuan oleh dua orang pengadil;
(d) tidak pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan oleh Mahkamah Syariah atau
Mahkamah Sivil di Malaysia atau di luar Malaysia;
(e) bukan seorang bankrap di bawah Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360] atau tidak pernah
didapati bersalah atas apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang dinyatakan di bawah
seksyen 33(6)(a), (b), (c), (e), (f), (h), (k) atau (l) Akta Kebankrapan 1967 [Akta 360]; (f)

30
tidak pernah dipecat, hilang kelayakan atau digantung atas sifatnya sebagai Peguambela
dan Peguamcara di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166];
(g) memiliki kelayakan akademik—
(i) ljazah Sarjana Muda Syariah dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau yang
setaraf dengannya dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf
oleh Kerajaan Malaysia; atau
(ii) ljazah Sarjana Muda Undang-Undang dan ljazah Sarjana Muda Undang-Undang
(Syariah) atau yang setaraf dengannya daripada mana-mana universiti atau institusi
pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia; atau
(iii) sekiranya dia seorang peguambela dan peguamcara di bawah Akta Profesion Undang-
Undang 1976 [Akta 166] mestilah memiliki Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam atau
yang setaraf dengannya dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang
diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;
(h) telah lulus ujian bertulis atau temuduga sekiranya difikirkan perlu.

(2) Sebelum pemohon diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah subkaedah (1)(g)(i),
pemohon hendaklah menjalani latihan dalam kamar selama enam bulan di mana-mana firma
guaman syarie.

(3) Latihan dalam kamar hendaklah diselia oleh seorang Peguam Syarie yang sedang dan
telah menjalankan amalan secara aktif di Malaysia bagi tempoh tidak kurang daripada lima
tahun sebelum sahaja latihannya bermula.

Kaedah ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 80 (2) Enakmen 10
Tahun 2003, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 yang berbunyi-

80. (2) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertuan Besar, membuat peraturan-
peraturan—
(a) bagi mengadakan peruntukan bagi tatacara, kelayakan dan fi bagi penerimaan masuk
Peguam Syarie; dan
(b) bagi mengawal selia, mengawal dan menyelia kelakuan Peguam Syarie.
Beberapa Pandangan Tentang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie

Pelbagai pihak memberikan pandangan berhubung isu ini. Ada yang bersetuju bukan
Islam sebagai Peguam Syarie, dan ada yang menentang. Antaranya Dr Juanda Jaya90
menyatakan bahawa :-
1. Menurut pandangan Mazhab al-Syafie sendiri yang menjadi mazhab rasmi Malaysia,
menerusi pandangan ulama dan kitab yang sentiasa menjadi rujukan ulama di
Malaysia, al-Imam al-Sharbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj menyatakan bahawa
seorang lelaki Muslim boleh mewakilkan seorang kafir dalam urusan menceraikan
isterinya yang Muslimah. Hal yang sama turut disebut oleh para ulama lain seperti al-
Dasuqi dari kalangan mazhab Maliki dan Ibnu Qudamah dari kalangan ulama mazhab
90
Dr Juanda Jaya adalah Mufti Negeri Perlis, “Tiada Nas Larang Non-Muslim Jadi Peguam Syarie”, 21
Disember 2010.

31
Hanbali. Ulama mazhab Hanafi lebih terbuka dalam hal ini. Inilah pandangan sebenar
jumhur (majoriti) ulama dalam hal ini. Hanya mazhab Syiah yang tidak
membenarkan.
2. Urusan wakalah guaman adalah termasuk urusan keduniaan sesama manusia. Sikap
Islam dalam urusan sesama manusia adalah amat terbuka dan toleransi, kerana ia
bukan soal akidah dan ibadah. Oleh itu, Ibnu Qudamah dalam al-Mughni menyatakan
bahawa 'ammah Ahli al-'Ilm (keseluruhan ulama) menyatakan boleh dan sah orang
kafir menjadi wakil orang Islam dalam urusan sesama manusia kecuali dalam
beberapa masalah wasiat dan wakaf. Hal seperti ini yang sepatutnya diperincikan.
3. Undang-undang mahkamah di Mesir memberikan kebenaran kepada non-Muslim
menjadi wakil mereka dalam urusan guaman di mahkamah.
4. Bukankah Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan
menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi? Bukankah Ali bin Abu Talib RA
pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju besinya dengan seorang
Yahudi? Yahudi itu dibenarkan untuk membela dirinya di Mahkamah Islam pada
waktu itu sehingga Ali bin Abu Talib RA kalah kepada Yahudi itu dalam soal
tuntutan mereka. Bukankah ini suatu bentuk guaman dan pembelaan diri bagi
mendapatkan keadilan di mahkamah Islam yang memberikan hak kepada semua
golongan?
5. Tidak ada nas yang sarih (jelas) lagi sahih melarang non-Muslim menjadi Peguam
Syarie bagi mengendalikan urusan orang Islam dan bukan Islam di mahkamah Islam.
6. Anggapan boleh berlaku penghinaan kepada mahkamah dan non-Muslim tidak boleh
dibicarakan adalah soal teknikal yang boleh diatasi dengan pindaan perundangan, atau
diletakkan syarat dalam lesen guaman, atau penghakiman penghinaan itu dialihkan ke
mahkamah lain yang boleh mengendalikannya.

Manakala Dr Zaharuddin Abd Rahman91 pula memberikan pandangan seperti berikut :-


1. Berdasarkan Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah ayat 8 secara jelas mengarah
umat Islam mengenakkan keadilan dan kebenaran dalam apa jua penilaian dan
hukuman yang dijatuhkan. Justeru menjadi objektif Shariah, apa sahaja perkara harus
(yang tiada larangan khusus) boleh mendekatkan kepada keadilan akan turut
dibenarkan. Dalam konteks ini, demi menegakkan keadilan dalam pemutusan hukum
Syariah di mahkamah, tentunya Hakim mestilah seorang Muslim, malah mempunyai
syarat tertentu tambahan pula.
2. Namun status peguam, bagi saya mereka hanyalah pelaksana atau bidang kuasanya
terhad seperti pegawai eksekutif sahaja, bukan pemutus. Malah semua hujjahnya
dalam dakwaan atau pembelaan terhadap anak guamnya belum tentu diterima oleh
Hakim Syarie. Perbicaraan pula boleh dibuat secara tertutup. Justeru tidak timbul
persoalan, peguam terbabit akan menyelewengkan nas Al-Quran atau hadis, kerana
sebarang penyelewengan akan ditolak oleh hakim dan peguam lain. Maka dalam
konteks tersebut, beliau melihat tiada masalah bagi seorang Peguam Syarie walau dari
kalangan bukan Muslim.
91
Bolehkah Peguam Syarie Bukan Muslim? www.zaharuddin.net

32
3. Ia hampir sama dengan situasi perbankan dan kewangan Islam hari ini yang dipenuhi
dengan CEO, pengurusan tertinggi serta eksekutif yang bukan beragama Islam.
Namun tentunya, mereka diperlukan mempunyai beberapa kriteria dan kelayakan
tertentu untuk menduduki jawatan di sektor kewangan Islam. Khususnya ilmu dan
pengetahuan di dalam hal ehwal hukum Shariah di dalam bidang Fiqh Mu'amalat.
Apa yang tidak wajar atau TIDAK DIBOLEHKAN adalah bukan Muslim menjadi
ahli Majlis Penasihat Shariah di mana-mana institusi kewangan Islam. Ini kerana
jawatan tersebut memerlukan kriteria seperti hakim di mahkamah Shariah yang perlu
menghayati Islam dalam ilmu, kehidupan dan keimanan di hati. Alhamdulillah setakat
ini, masih belum ada mana-mana individu atau ilmuan bukan Islam yang dilantik
menjadi ahli penasihat Shariah.
4. Surah Al-Maidah ayat 42 menunjukkan mahkamah Islam sentiasa sedia menerima
mana-mana individu bukan Islam untuk mencari keadilan atau mendapatkan hukuman
terbaik di atas pertikaiannya berdasarkan ketentuan hukum Shariah. Justeru, dalam
konteks memberikan pembuktian, mengemukan hujjah, sudah tentulah individu bukan
Islam tersebut BEBAS untuk berhujah di mahkamah (jika dia tidak diwakili oleh
mana-mana peguam). Keadaan ini secara langsung menjelaskan bahawa mahkamah
Islam menerima hujah dari individu bukan Islam sama ada atas nama pendakwa,
tertuduh dan sekaligus peguam yang mewakili anak guamnya.
5. Surah An-Nisa ayat 105 menjelaskan secara terang bagaimana seorang bukan Islam
dari kalangan Yahudi diadili di Mahkamah Islam di zaman Rasulullah. Sebagaimana
di atas, tentunya Yahudi terbabit telah diberikan peluang oleh Rasulullah untuk
membela dirinya. Namun pembelaannya gagal. Pembelaan bermaksud menjalan tugas
seperti peguam. Namun jelas keadilan sentiasa dijamin pemutusan hukuman dalam
kes di atas ini telah dipandu oleh Allah ta'ala.
6. Kisah perbicaraan antara Khalifah Ali k.w selaku Amirul Mukminin ketika itu dengan
seorang Yahudi perihal baju besi menunjukkan bagaimana lelaki bukan Islam Yahudi
dibenarkan berhujjah untuk dirinya sendiri. Menggunakan peguam adalah sama
seperti berhujjah kepada diri sendiri, kerana peguam hanyalah wakil yang mewakili
anak guamannya disebabkan kredibiliti, pengalaman dan pengetahuan undang-undang
yang lebih baik berbanding anak guamannya.
7. Hasil dari ringkasan dalil di atas, beliau berpandangan, secara ilmiah, logik dan
asalnya, tiada salah mana-mana peguam sama ada dalam kes yang melibatkan harta
seperti di atas atau kes kekeluargaan dan sebagainya bertindak selaku peguam bagi
anak guamannya. Tanpa mengira agama anutannya, apa yang asas adalah hujahnya
mestilah menepati displin ilmu Islam yang ‘valid'.
8. Justeru, beberapa persoalan lain juga perlu diambil kira khususnya dari sudut undang-
undang dan pentadbiran. Sebagaimana isu penggunaan nama Allah, pemerintah
mempunyai kuasa ekslusif untuk menyekat jika diyakini ia boleh membawa mudarat
tertentu. Malah jika tiada mudarat sekalipun, Allah memberikan kebebasan.
9. Pemerintah dan hakim Syar'ie boleh menerima kes yang melibatkan bukan Islam di
dalam mahkamah mereka, atau menolak. Jika demikian, ini bermakna, menurut
peruntukan yang jelas dari Allah ta'ala, Mahkamah Islam juga bebas sama ada untuk
menerima peguam Syari'e bukan Islam atau menolaknya sebagaimana halnya

33
penerimaan untuk membicarakan kes mereka atau menolaknya. Kedua-duanya
dibenarkan oleh Allah ta'ala
10. Selain itu, pemerintah sama ada atas nama jabatan Agama Islam negeri berkenaan
atau lainnya, mereka mempunyai hak untuk menyusun atur kelayakan khusus untuk
sesuatu posisi dan jawatan di dalam perkhidmatan. Justeru, jika telah ditetapkan oleh
mana-mana negeri, Peguam Syarie di negeri mereka mestilah dari kalangan mereka
yang beragama Islam sahaja, maka hal tersebut adalah ‘valid' dan wajar dipatuhi.
11. Pada hemat beliau, ia adalah undang-undang yang bersifat administrative dan bukan
tegahan atas nama ‘agama' atau dari hujah agama' (kerana kelihatan tiada halangan
dari sudut agama), ia adalah syarat pentadbiran, seperti mesti menjalani peperiksaan
PTK untuk kenaikan pangkat, menghadiri majlis konvokesyen universiti dengan jubah
khas.  Memasuki sebahagian kawasan hospital dengan pakaian khas dan sebagainya.
Jika kita mampu untuk memahami sedemikian, isu pentadbiran seperti itu, tidaklah
wajar diperbesarkan.
12. Secara praktikalnya, beliau juga kurang setuju bukan Muslim menjadi Peguam
Syari'e.

Dr Asmadi Mohamed Naim, Pensyarah Universiti Utara Malaysia pula tidak bersetuju
dengan pendapat Dr Juanda Jaya, dan tidak bersetuju orang bukan Islam sebagai Peguam
Syarie92, dengan penjelasan sebagaimana berikut :-
1. Beliau berpendapat bahawa pertentangan ini berlaku mungkin di atas sifatnya isu ini
Rasulullah SAW tidak menyebut kata-kata yang tepat sebegini: “Jangan kamu
melantik peguam Syari’e dari golongan kafir!”. Lantas, atas alasan ini, ada pendapat
menyatakan isu larangan ini tidak ada nas al-Quran untuk melarangnya kerana
peguam Syar’ie lebih bersifat ‘kontrak wakalah’ sebagaimana dalam perceraian dan
jual beli. Lebih-lebih lagi, dalam kes cerai, seseorang boleh melantik seorang kafir
untuk menceraikan isterinya sebagaimana pandangan kebanyakkan ulama.
2. Beliau tidak bersetuju pendapat yang mengkiaskan urusan Guaman Syar’ie kepada
urusan jual beli dan urusan cerai di atas nama urusan keduniaan sesama manusia.
Beliau menegaskan bahawa hukum nikah kahwin ialah urusan sesama manusia yang
ada suruhan Syarak, maka hukum asalnya ialah haram. Maka tidak boleh dikatakan
ada ikatan atau hubungan, sehinggalah ada bukti ikatan perkahwinan berlaku, maka
perlu kepada saksi dan wakil beragama Islam. Namun perceraian, hukum asalnya
ialah mudah dilakukan berdasarkan hadis, tiga perkara betul-betul padanya adalah
betul, main-main melafazkannya juga dikira betul (sah). Atas alasan itu ulama
membenarkan wakil orang kafir kerana Syarak menetapkan mudah jatuhnya
perceraian walaupun secara main-main.
3. Sebaliknya, persoalan kehakiman ialah persoalan urusan sesama manusia yang juga
ada panduan Syarak. Namun hukum asal pada persoalan kehakiman ialah ‘tathabbut’
(mendapatkan kepastian dan keadilan), bukannya seperti ‘jual beli’ yang lebih kepada
kelonggaran dan keharusan! Sebab itu, mengkiaskan urusan guaman Syar’ie kepada
Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan menggadaikan

92
Rujuk http://drasmadinet.blogspot.com/2010/12/komen-dr-asmadi-dr-juanda-peguam-syarie.html

34
baju besinya kepada seorang Yahudi, adalah kiasan yang salah. Mana mungkin,
urusan jual beli dikiaskan dengan urusan mahkamah.
4. Bahawa kita ada kekuatan untuk mempertahankan urusan guaman Syari’ie supaya
berada dalam ‘haimanah’ (penguasaan) umat Islam. Walhal mengekalkan ‘haimanah’
ini adalah tidak salah di sudut Syarak. Di sinilah kebijaksanaan ahli-ahli lain Majlis
Fatwa Kebangsaan yang lain apabila tidak membicara isu haimanah secara terbuka
kerana ia mengundang isu sensitif.
5. Mengkiaskan isu ini dengan perlaksanaan di sebuah negara Sosialis iaitu Mesir juga
tidak tepat kerana ulama-ulama Azhar tidak berperanan menggubal undang-undang di
Negara tersebut.
6. Namun begitu, larangan ini tidak bermaksud orang-orang bukan Islam tidak boleh
menuntut haknya dengan menggunakan peguam Muslim. Kebenaran wajib
ditegakkan walaupun kepada orang-orang bukan Islam. Ini disokong oleh kisah
Saidina Ali bin Abu Talib R.A pernah bertelingkah di mahkamah kerana urusan baju
besinya dengan seorang Yahudi.
7. Namun ia bukannya dalil boleh melantik peguam Syar’ie di kalangan orang bukan
Islam. Sebaliknya ini adalah dalil setiap orang bukan Islam berhak mempertahankan
diri.
8. Mengistinbatkan hukum sekiranya tidak ada kata-kata yang betul-betul menyebut
persoalan ‘peguam syar’ie’ tidak harus disempitkan kepada pengeluaran hukum
kepada al-Quran dan sunnah sahaja, walhal ulama-ulama silam telah menggariskan
banyak cara untuk mengeluarkan hukum supaya bertepatan dengan roh Syarak seperti
ijma’, qiyas (bukan qiyas ma’a al-fariq), qaul sahabi dan lain-lain dengan juga melihat
‘kesan-kesan tindakan’ kpd fatwa (ma alat al-af’al).
9. Sepatutnya isu-isu bidang kehakiman dikiaskan dengan isu-isu berkaitan kehakiman
seperti kelayakan hakim, saksi, penulis kes dan penterjemah perbicaraan, bukan
dikiaskan dengan isu-isu jual beli. Tidak sepatutnya peguam Syar’ie dikiaskan dengan
wakil jualan di Tesco dan Giant kerana hukum asal jual beli adalah harus, tapi hukum
asal dalam kehakiman adalah tathabbut (mendapatkan kepastian), dan hukum asal
pada al-abda’ (kemaluan/nikah kahwin) adalah haram.
10. Persoalan ini sepatutnya dikiaskan dengan persoalan al-Katib (penulis perbicaraan)
dan al-Mutarjim (penterjemah) dalam menentukan keperluan kepada beragama Islam.
Beliau memetik kata-kata Ibn Qudamah (sebab Dr Juanda memetik kata-katanya)
mengenai al-katib: “Tidak boleh seorang bukan Islam menjadi penulis di sisi Hakim
kerana apa yang dibuat oleh Hakim adalah dari urusan agama, mereka (bukan
Islam) kebiasaannya mengkianati umat Islam dalam urusan agama dan membawa
kefasadan, demikian juga penulis kepada Hakim ini dimuliakan di kalangan manusia,
maka kita dilarang memuliakan mereka”. Kata-kata al-Imam Malik berkaitan dengan
kelayakan Penterjemah (al-Mutarjim) dalam Tabsirah al-Hukkam: “Maka hendaklah
menterjemahkannya seorang Muslim yang boleh dipercayai, kalau dua orang, adalah
lebih baik”.

Pendirian PGSM

35
Sebaik sahaja diberitakan dengan permohonan semakan Victoria tersebut, Persatuan
Peguam Syarie Malaysia (PGSM) telah mengeluarkan beberapa siri kenyataan dan penulisan
bahawa PGSM tidak bersetuju dengan mana-mana bukan Islam yang mahu menjadi Peguam
Syarie di Mahkamah Syariah, kerana terdapat halangan Syarak dan undang-undang. PGSM
mengalu-alukan orang bukan Islam dialu-alukan untuk belajar undang-undang Syariah tetapi
tidak semestinya mereka boleh atau perlu dibenarkan untuk menjadi Peguam Syarie.
Pandangan PGSM ini selari dengan kerajaan pusat serta Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan, serta beberapa cendikiawan yang lain.

Tindakan PGSM ini bukanlah semata-mata ingin menjaga periuk nasi Peguam Syarie
Islam, kerana ahli-ahli PGSM tidak pernah syak kepada rezeki yang ditentukan oleh Allah
SWT. Tetapi ketegasan PGSM ini setelah mengambilkira hukum syarak’, perbahasan ulama’,
keprihatinan terhadap prosiding Mahkamah Syariah dan sebagainya. Antara alasan-alasan
pendirian tegas tersebut adalah sebagaimana berikut :-

1. Wakil atau Peguam Syarie bertanggungjawab atas semua dakwaan dan segala yang
berkaitan dengan apa yang didakwa ;
 Prinsip dan amalan Peguam Syarie di Mahkamah Syariah berasaskan prinsip
wakalah bi al-khusumah, iaitu orang yang mewakili seseorang yang lain dalam
urusan pendakwaan di hadapan hakim syarie, baik dalam sesuatu prosiding
mahkamah atau perkara yang berhubungan dengan kes dipertikaikan. Menurut
Imam Abu Hanifah, tanggungjawab itu termasuk membuat ikrar. Menurut Imam
Shafie, Imam Malik dan Hambali, wakalah bil al-khusumah bererti mewakili orang
yang kena dakwa dalam pertikaian untuk menegakkan kebenaran.
 Jumhur ulama mensyaratkan wakalah perlu menepati rukun iaitu pewakil, wakil,
perkara yang diwakilkan dan lafaz ijab kabul. Syarat pemberi wakil ialah merdeka,
berhak atas urusan yang diwakilkan, berakal dan baligh, tidak bodoh dan tidak
muflis. Disyaratkan wakil ialah berakal, seseorang yang ahli dalam bidang yang
diwakilkan dan seseorang yang boleh mengurus diri sendiri. Jumhur ulama tidak
mensyaratkan Islam pada wakil, namun ulama Maliki tidak mengharuskan orang
Islam melantik bukan Islam dalam bab muamalat dan tempahan barang.

2. Ulama mensyaratkan wakil mesti ‘ahli’ dalam bidang atau urusan diwakilkan ;
 Dalam satu hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika
Nabi SAW sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau
pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau,
‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’ Nabi SAW tidak langsung menjawab, tetapi
beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi SAW
yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi SAW mendengar pertanyaan
itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak
mendengarnya. Setelah Nabi SAW selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana
orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?” Orang itu menyahut, “Saya! Ya
Rasulullah!” Rasulullah SAW bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang,
maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).” Tanya orang itu,

36
“Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?” Jawab Nabi SAW, “Apabila
suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka
waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran)93
 Hadith ini memberi 2 pengajaran utama iaitu :-
1. Menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang bukan ahlinya
bermaksud menyerahkan sesuatu urusan atau pekerjaan kepada orang yang
tidak mengerti, tidak cekap, tidak jujur lalu akibatnya adalah kehancuran atau
kebinasaan.
2. Mengajarkan kita tatatertib bertanya dalam majlis, iaitu jika bertanya
janganlah memotong pembicaraan orang yang sedang berbicara, kerana ia
dapat mengganggu pembicara dan pendengar.
 Imam Hanafi mensyaratkan wakil bersungguh-sungguh dan tahu tugas yang
dinyatakan. Ulama Maliki tidak mengharuskan orang Islam melantik bukan Islam
menjadi wakil untuk urusan jual beli (muamalat) atau membuat tempahan barang
(as-salam) bagi mengelak daripada melakukan perkara dilarang agama.

3. Peguam Syarie perlu berhujah dengan dalil daripada sumber hukum syarak
 Di Mahkamah Syariah, Peguam Syarie perlu berhujah dengan dalil bersumberkan
al-Quran dan sunnah, ijmak, qiyas, masalih al-mursalah, amalan kalangan sahabat
serta pandangan ulama muktabar. Kebanyakan rujukan dalil dan nas dalam kitab
muktabar yang menggunakan bahasa Arab. Membenarkan bukan Islam menjadi
Peguam Syarie bererti membenarkan mereka berhujah dengan ayat al-Quran dan
hadis yang boleh menyebabkan salah tafsiran terhadap hukum syarak,
mengelirukan masyarakat serta mencemarkan kesucian Islam. Bukan Islam juga
tidak bersedia untuk semua perkara itu, justeru keputusan menolak pelantikan
mereka sebagai Peguam Syarie adalah wajar.
 Bagaimana hendak membiarkan seseorang yang tidak bertauhidkan kepada Allah
SWT dan tidak mempercayai Nabi SAW adalah rasul terakhir utusan Allah SWT
untuk berhujah menggunakan al-Quran dan Hadith?
 Membenarkan orang kafir menjadi Peguam Syarie bermakna membenarkan dan
memberi pengiktirafan pada  mereka mengulas segala isu Syariah mengikut
fahaman mereka. Bayangkan jika mereka memberi ulasan bahawa hukum Syarak
sebenarnya memang tidak sesuai diamalkan. Jika perkara ini terjadi, adakah masa
itu kita baru terfikir nak pinda semula undang-undang untuk tidak membenarkan
mereka beramal di Mahkamah Syariah?

4. Peguam Syarie berperanan membantu Hakim Syarie berijtihad ;


 Keputusan yang dibuat di Mahkamah Sivil tidak sama dengan Mahkamah
Syariah. Mahkamah sivil, keputusan kes-kes terdahulu akan mengikat keputusan
seorang hakim sedangkan di Mahkamah Syariah, keputusan kes terdahulu tidak
mengikat. Jadi setiap keputusan adalah ijtihad bagi hakim.
 Jadi peranan Peguam Syarie adalah membantu hakim di dalam berijtihad. Maka,
sudah tentu pembantu untuk ijtihad sesuatu hukum, orang yang juga mahir di
93
HR Bukhari, Hadis 0049.

37
dalam hukum itu dan sudah tentu jika berkaitan dengan syarak, orang itu mestilah
Muslim. Mana ada dalam sirah Rasullullah dan para sahabat yang mengambil
pandangan orang kafir untuk mentafsir hukum Allah? Lihatlah ayat-ayat Allah
yang melarang kita mengambil orang kafir sebagai pelindung, pembela pemimpin,
teman rapat dan sebagainya :-
(i) Surah al-Ankabuut ayat 41, yang bermaksud :-
“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain
dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya)
adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat
perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput
ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang
berpengetahuan.” - (Al-'Ankabuut 29:41)
(ii) Surah az-Zumar ayat 3, yang bermaksud :-
“Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala
ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-
orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung
dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya
melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-
hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka
(dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka
berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk
kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan),
lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).” - (Az-Zumar 39:3)
(iii) Surah Asy-Syuura ayat 9, yang bermaksud :-
“Tidaklah patut mereka menjadikan sesuatu yang lain dari Allah sebagai
pelindung-pelindung (yang disembah dan dipuja) kerana Allah jualah
Pelindung yang sebenar-benarnya, dan Dia lah yang menghidupkan
makhluk-makhluk yang mati. Dan (ingatlah), Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu.” - (Asy-Syuura 42:9) 
(iv) Surah al-Mumtahanah ayat 1, yang bermaksud :-
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu
dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan
kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab
hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka,
sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai
kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga
mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman
kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul
kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu.
(Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra
dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang
kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di
antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya
telah sesatlah ia dari jalan yang betul.” - (Al-Mumtahanah 60:1) 

38
(v) Surah Ali Imran ayat 28, yang bermaksud :-
“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir
menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan
sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia
(mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu
hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak
mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat
terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah
tempat kembali.” - (A-li' Imraan 3:28) 

5. Peranan Peguam Syarie berkait langsung dengan ayat al-Quran dan Hadith ;
 Peguam Syarie berperanan besar dalam menegakkan keadilan serta mengelak
daripada bersubahat dengan golongan yang zalim. Firman Allah SWT yang
bermaksud :- “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.” - (Surah al-Maaidah 5 : 8)
 Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkan kitab kepadamu
dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa
yang Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang
yang tidak bersalah) kerana (membela) orang yang khianat.” - (An-Nisaa’ 4 : 10).
 Bukan saja hakim Mahkamah Syariah terikat dengan suruhan dan larangan Allah
SWT dalam ayat ini, malah Peguam Syarie yang mewakili pihak di mahkamah.
Fungsi Peguam Syarie di Mahkamah Syariah bukan saja membantu anak guam,
tetapi juga membantu mahkamah dan hakim termasuk dalam soal dakwaan,
keterangan, bukti, hujah, qarinah, ikrar, khidmat nasihat kepada anak guam
mengenai hukum Islam dan soal prosiding mahkamah, pendamai/mediator dan
membuat rayuan.
 Di dalam Mahkamah Syariah, persoalan tunjang yang harus difahami adalah adakah
Peguam Syarie membawa kes yang betul mengikut hukum syarak atau sebaliknya.
Kalau anak guam datang meminta kita berbuat sesuatu yang melanggar hukum
syarak, maka peguam haram mengambil kes tersebut. Contohnya kes yang
melibatkan penjagaan anak yang berada di bawah jagaan si ibu. Kemudian si ibu
meminta agar bekas suaminya tidak dibenarkan melawat si anak, sudah pasti
Peguam Syarie tidak boleh berbuat demikian. Peguam Syarie bukan sekadar satu
kerjaya tetapi tanggungjawab yang berat dalam menjaga dan mengangkat hukum
Allah. Peguam Syarie juga hendaklah melaksanakan tugas dan fungsinya dengan
ikhlas, jujur dan dengan niat melakukan ibadat kerana tugas mulia ini pernah
dilakukan sahabat seperti Ali r.a, Ka’b bin Sur Al-Azdi r.a dan Abdullah bin Abbas
r.a.

39
 Tetapi bagaimana pula jika bukan Islam menjadi Peguam Syarie? Adakah mereka
juga akan berfikir sebagaimana Peguam Syarie Islam berfikir? Adakah mereka
terikat dengan kehendak hukum syar.ak apabila anak guam meminta mereka
membuat atau mempertahankan sesuatu yang jelas har.am?

6. Peguam Syarie bukan Islam tidak akan dapat laksanakan syariat Islam ;
 Peguam Syarie bukan Islam yang dilantik tidak akan dapat sama sekali mendukung
perlaksanaan syariat Islam secara keseluruhannya dalam undang-undang Syariah.
Peguam Syarie di Mahkamah Syariah diambil kira daripada aspek akhlak, amanah,
menyeru kepada kebaikan dan mencegah berlaku kemungkaran dalam menegakkan
hukum Allah dan bukan sekadar diukur berdasarkan kelulusan akademik semata-
mata.
 Peguam Syarie perlu berakhlak mulia, menjaga moral dan etika, menjauhi maksiat,
menutup aurat dan menjaga maruah sepanjang masa sama ada dalam atau di luar
mahkamah kerana profesion itu dipandang mulia oleh masyarakat. Membuka
permohonan Peguam Syarie kepada bukan Islam bererti membuka ruang Peguam
Syarie minum arak, bersekedudukan, berkhalwat dan sebagainya. Memang tidak
dinafikan ada juga segelintir Peguam Syarie yang tidak menutup aurat apabila di
luar Mahkamah dan sebagainya, tetapi hakikatnya mereka masih seorang Islam.
Berbeza dengan Peguam Syarie bukan Islam yang terang-terangnya menolak akidah
tauhid lillahi Ta’ala.

7. Larangan melantik al-Katib (penulis perbicaraan) dan al-Mutarjim bukan Islam ;


 Isu-isu bidang kehakiman sepatutnya dikiaskan dengan isu-isu berkaitan kehakiman
seperti kelayakan hakim, saksi, penulis kes dan penterjemah perbicaraan, bukan
dikiaskan dengan isu-isu jual beli. Persoalan al-Katib (penulis perbicaraan) dan al-
Mutarjim (penterjemah) dalam menentukan keperluan kepada beragama Islam.
 Memetik kata-kata Ibn. Qudamah mengenai al-katib: “Tidak boleh seorang bukan
Islam menjadi Penulis di sisi Hakim kerana apa yang dibuat oleh Hakim adalah
dari urusan agama, mereka (bukan Islam) kebiasaannya mengkianati umat Islam
dalam urusan agama dan membawa kefasadan, demikian juga Penulis kepada
Hakim ini dimuliakan di kalangan manusia, maka kita dilarang memuliakan
mereka”.
 Urusan kehakiman adalah urusan agama dan Islam memuliakan mereka dengan
jawatan yang mulia ini. Oleh sebab itu bukan Islam dilarang menjadi Penulis
kepada Hakim, di samping sikap bukan Islam yang biasa mengkhianati umat Islam
dan membawa kefasadan. Tidak membenarkan mereka menjadi ‘Penulis’, bukan
bererti kita mahu menzalimi bukan Islam dalam urusan kehakiman.
 Begitu juga dengan Peguam Syar’ie, juga mulia sifatnya, dan perlu ada larangan
untuk bukan Islam menjadi Peguam Syarie. Kata-kata al-Imam Malik berkaitan
dengan kelayakan Penterjemah (al-Mutarjim) dalam Tabsirah al-Hakkam94 : “Maka

94
Ibn Farhun, Ibrahim ibn 'Ali, Tabsirah al-Hakkamu fi Usul al-Akdiyah wa-Manahij al-Ahkam, Bayrut : Dar
al-Kutub al-'Ilmiah.

40
hendaklah menterjemahkannya seorang Muslim yang boleh dipercayai, kalau dua
orang, adalah lebih baik”.

8. Menyamakan persoalan ‘kehakiman’ dengan ‘muamalat’ adalah suatu yang silap.


 Persoalan kehakiman ialah persoalan urusan sesama manusia yang juga ada
panduan Syarak. Hukum asal pada persoalan kehakiman ialah ‘tathabbut’
(mendapatkan kepastian dan keadilan), bukannya seperti ‘jual beli’ yang lebih
kepada kelonggaran dan keharusan. Sebab itu, mengkiaskan urusan guaman Syar’ie
kepada Nabi Muhammad SAW pernah bermuamalah (berurusniaga) dengan
menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi, adalah suatu kiasan yang
salah. Mana mungkin, urusan jual beli dikiaskan dengan urusan mahkamah atau
Peguam Syarie dikiaskan dengan wakil jualan di Tesco dan Giant, kerana hukum
asal jual beli adalah harus, tapi hukum asal dalam kehakiman adalah tathabbut
(mendapatkan kepastian), dan hukum asal pada al-abda’ (kemaluan/nikah kahwin)
adalah haram.
 Persoalannya, bolehkah menggunakan dalil kiasan muamalat ini untuk
membenarkan perlantikan Peguam Syar’ie bukan Islam? Dan kemudiannya
merelakan pula orang Islam untuk melantiknya mewakili mereka di Mahkamah
Syariah dalam menentukan persoalan urusan sesama manusia yang juga ada
panduan Syarak?

9. Persoalan tiada nas adalah tidak benar ;


 Ada pendapat menyatakan bahawa Peguam Syarie bukan Islam dibolehkan kerana
tiada nas al-Quran atau Sunnah yang melarang perkara tersebut. Sememangnya
tiada nas al-Quran atau Sunnah yang betul-betul menyebut persoalan ‘peguam
syar’ie’. Namun pengeluaran hukum tidak harus disempitkan kepada al-Quran dan
sunnah sahaja, walhal ulama-ulama silam telah menggariskan banyak cara untuk
mengeluarkan hukum supaya bertepatan dengan roh Syarak. Bukan hanya semata-
mata berdasarkan al-Quran dan sunnah, tetapi juga ijma’, qiyas, qaul sahabi dan
lain-lain.
 Bila seseorang hanya mengkhususkan sumber hukum pd al-Quran dan sunnah, bila
tiada ‘nas’, mereka akan menggelabah dan terus menggunakan akal dengan alasan
tiada ‘nas’. Akhirnya, dalam banyak perkara kita menggunakan akal dan tidak
berpegang kepada roh Syariah.
 Bukankah riwayat-riwayat seperti Abdullah bin Ja’far pernah menjadi peguam
kepada Ali bin Abi Talib dengan Talhah bin Ubaidullah pada zaman pemerintahan
Khalifah Uthman bin Affan ; Abdullah bin Abbas pernah menjadi peguam kepada
Hassan bin Thabit pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan ;
Saiyidina Ali r.a pernah membela seorang wanita yang mengaku melakukan zina
tanpa kerelaannya ; Saiyidina Ali r.a pernah membela seorang lelaki yang dituduh
mencabul seorang perempuan, sedangkan perempuan itu sengaja mengada-adakan
cerita dengan meletakkan putih telur pada kainnya ; Saidina Umar r.a. pernah
berhujah di hadapan Khalifah Abu Bakar r.a kerana tidak bersetuju dengan

41
rancangan khalifah untuk memerangi mereka yang tidak membayar zakat 95 ; adalah
merupakan ‘nas-nas’ yang menunjukkan bahawa hanya orang Islam yang sesuai
bertindak sebagai Peguam Syarie?
 Adakah terdapat riwayat-riwayat yang menunjukkan orang bukan Islam pernah
mewakili orang Islam dalam perbicaraan mereka menuntut keadilan di hadapan
hakim atau Khalifah? Maka jika ada, barulah hujah bahawa bukan Islam hendak
dibenarkan beramal di sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Syariah boleh
dibenarkan.

10. Kisah perbicaraan tuntutan baju besi antara Saidina Ali bin Abu Talib r.a dengan
seorang Yahudi bukan dalil membenarkan Peguam Syarie bukan Islam ;
 Kisah perbicaraan antara Khalifah Ali k.w yang merupakan Amirul Mukmini ketika
itu dengan seorang yahudi perihal baju besi, bukanlah dalil untuk membolehkan
melantik Peguam Syar’ie dari kalangan orang bukan Islam. Sebaliknya ini adalah
dalil setiap orang bukan Islam juga berhak mempertahankan diri. Mari kita ikuti
kisah penuh riwayat ini.
 Asalnya Khalifah Ali k.w kehilangan baju besinya. Tiba-tiba terlihat baju besi
tersebut berada dalam barang-barang jualan seorang lelaki Yahudi, sedang
menjualnya di pasar. Ali k.w menuntut baju besi tersebut dengan mengatakan ia
adalah baju besinya yang jatuh dari untanya di malam hari, tetapi lelaki Yahudi
tersebut enggan mengaku dan menegaskan ia adalah miliknya. Ali terus menuntut
membawa pertikaian mereka ke hadapan Qadhi Syuraih Ibn Harith Al-Kindi r.a
(wafat 78 H).
 Lalu Syuraih bertanya kepada Ali : “Apakah kisahmu?
Khalifah Ali : “Aku mendapati baju besi milikku yang jatuh tercicir pada malam
hari berada di dalam barang jualan lelaki ini.”
Qadhi Syuraih : “Bagaimana pula kamu wahai lelaki?
Lelaki Yahudi : “Ia adalah milikku dan berada dalam simpananku, tetapi aku tidak
pula menuduh Ali berbohong.”
Qadhi Syuraih : “Wahai Ali, aku tidak syak atas kejujuranmu namun kamu mesti
mempunyai dua orang saksi. Adakah kamu mempunyai bukti ia milikmu?”
Jawab Khalifah Ali : “Ya, kedua anakku, Hasan dan Husain menjadi saksi bahawa
ia kepunyaanku. “ 
Qadhi Syuraih : “Sesungguhnya penyaksian anak terhadap bapanya dalam kes ini
tidak diterima.”
Khalifah Ali : “Subhanallah!. Adakah lelaki yang dijamin syurga tidak diterima
penyaksiannya” ( merujuk kepada Hasan dan Hussain yang disebut oleh nabi akan
menjadi pemuda Syurga).
Qadhi Syuraih : “bahkan wahai Amirul Mukminin, namun aku tidak boleh
membenarkan penyaksian anak menyokong bapanya dalam kes ini.”
Qadhi Syuraih : “Wahai lelaki, ambillah, baju besi itu adalah milikmu.”
Lelaki Yahudi berkata :

95
(Bukhari 3/206, Muslim 1/38, Silsilah Al-Ahadith Al-Sahihah, Muhammad Nasiruddin Al-Albani,
407).

42
‫ وأشهد أن ال‬،‫أمري املؤمنني قدمين إىل قاضيه! وقاضيه يقيض عليه! أشهد أن هذا ادلين عىل احلق‬
.‫ سقطت منك لي ًال‬،‫ وأن ادلرع درعك اي أمري املؤمنني‬،‫ وأن محمد ًا عبده ورسوهل‬،‫إهل إال هللا‬
Ertinya : Amirul Mukminin Ali membawaku untuk diputuskan hukuman melalui
mahkamahnya (islam) dan Qadhi pilihannya. Qadhi pilihannya memutuskan
sebaliknya.! Aku bersaksi sesungguhnya agama ini adalah BENAR, lalu beliau
terus mengucap dua kalimah shahadah. Kemudian, berkata : Sesungguhnya baju
besi tersebut adalah milikmu wahai Amirul Mukminin, tercicir darimu di malam
hari.96 Namun kemudiannya Ali terus menghadiahkannya kepada lelaki tersebut.
 Dalam kisah di atas, lelaki bukan Islam Yahudi ini dibenarkan berhujjah untuk
dirinya sendiri dan mendapat keadilan sewajarnya walaupun berhadapan dengan
lawan seorang Amirul Mukminin. Pada masa sama kisah ini menunjukkan bahawa
kesaksian anak kepada ayahnya tidak diterima dalam Islam. Kisah ini juga
menunjukkan ketegasan seorang Hakim Syarie yang adil walaupun membicarakan
antara seorang khalifah dengan seorang peniaga pasar. Disebabkan faktor-faktor
inilah Yahudi tersebut terbuka hati melihat keindahan Islam, menerima hidayah,
lantas mengucap dua kalimah syahadah. Langsung tidak terdapat dalil yang
menunjukkan bukan Islam boleh diterima sebagai peguam di mahkamah.
 Demikian juga hujah sesetengah orang yang menggunakan kisah Nabi SAW
menggunakan khidmat penunjuk jalan seorang Yahudi semasa berhijrah dari
Mekah ke Madinah, sebagai dalil Islam membenarkan melantik bukan Islam
sebagai wakil adalah hujah yang mengelirukan dan menyimpang. Perwakilan Nabi
SAW tersebut adalah dalam urusan pemandu arah, bukan dalam kehakiman atau
qada’. Ia tidak boleh dijadikan sandaran untuk membolehkan melantik bukan
Islam sebagai Peguam Syarie

11. Jika bukan Islam diterima bermakna Mahkamah Syariah bertindak bertentangan dengan
Perlembagaan Persekutuan.
 Jadual Kesembilan Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada
Mahkamah Syariah hanya untuk membicarakan dan memutuskan kes membabitkan
orang Islam saja. Undang-undang yang berkuat kuasa di Mahkamah Syariah juga
hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. Pihak yang hadir di Mahkamah Syariah
sama ada dalam kes mal atau jenayah adalah orang Islam saja. Maka pihak yang
mewakili orang yang bertikai ini juga mesti Islam.
 Jika bukan Islam diterima sebagai Peguam Syarie, bermakna bahawa Mahkamah
Syariah telah melakukan suatu perkara bertentangan (ultra virus) dengan
Perlembagaan, berdasarkan Jadual Kesembilan Senarai 2 tersebut.
 Pada masa yang sama, segala arahan atau hukuman yang dikeluarkan oleh
Mahkamah Syariah tidak boleh dikenakan terhadap peguam berkenaan disebabkan
dia bukan beragama Islam. Katakanlah Peguam Syarie bukan Islam ini melanggar
etika, adakah boleh dikenakan atas penghinaan Mahkamah Syariah? Sudah tentu
peguam bukan Islam ini akan mengatakan beliau tidak terikat dengan Mahkamah
Syariah. Apabila perkara ini berlaku, sudah tentulah Mahkamah Syariah menjadi
haru biru. Tidak ada kawalan boleh dilakukan terhadap Peguam Syarie bukan Islam

96
(Hilyatul Awliya, Abu Nu'aim Al-Esfahani, 4/140 ; Tarikh al-Khulafa, As-Sayuti, 1/185 ; Akhbar Al-
Qudhah, Waki', 2/200)

43
seperti Peguam Syarie beragama Islam yang tertakluk kepada etika, tindakan
tatatertib dan sebagainya.
 Bagaimana Mahkamah Syariah akan mengendalikan perbicaraan jika peguam yang
mengendalikan kes boleh sewenang-wenangnya terlepas dari segala peraturan dan
arahan mahkamah? Maka, sudah pasti orang yang hendak masuk ke Mahkamah
Syariah perlulah seorang yang tertakluk dengan bidang kuasa mahkamah, terikat
peraturan dan undang-undang di Mahkamah Syariah.
 Pendapat yang mengatakan bukan Islam tidak boleh dibicarakan adalah soal
teknikal semata-mata dan boleh diatasi dengan pindaan perundangan, atau
diletakkan syarat dalam lesen guaman, atau penghakiman penghinaan itu dialihkan
ke mahkamah lain yang boleh mengendalikannya adalah pendapat-pendapat yang
tidak realistik dengan keadaan semasa. Dari segi perundangan dan prosedur,
bolehkah penghinaan oleh seorang Peguam Syarie bukan Islam yang dilakukan di
hadapan Mahkamah Syariah dialihkan untuk didengar di Mahkamah sivil?

12. Mahkamah Syariah akan menjadi bahan ejekan dan dipersendakan ;


 Jika bukan Islam dibenarkan sebagai Peguam Syarie di Mahkamah Syariah, dan
berlaku perkara-perkara sebagaimana di perenggan (9) di atas, kesannya, Mahkamah
Syariah dan agama Islam akan menjadi bahan ejekan serta dipersendakan sepanjang
masa.
 Islam dan Mahkamah Syariah perlu dielakkan dari menjadi bahan ejek-ejekan.
Firman Allah SWT bermaksud : “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan
permainan – dari orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang kafir
musyrik itu menjadi penolong-penolong dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu
benar-benar orang yang beriman.” (Surah al-Maidah 5 : 57)

13. Urusan agama Islam perlu dipertahankan oleh orang Islam ;


 Ancaman terhadap Islam Dalam keadaan ancaman terhadap Islam hari ini, dengan
isu kalimah Allah, isu penghinaan terhadap rumah ibadat Islam seperti surau dll.
Dalam situasi di mana orang Islam yang masih memegang tampuk pemerintahan,
kita ada kekuatan untuk mempertahankan urusan guaman Syari’ie supaya berada
dalam ‘haimanah’ (penguasaan) umat Islam. Mengekalkan ‘haimanah’ ini adalah
tidak salah di sudut Syarak. Larangan Peguam Syarie bukan Islam tidaklah
bermaksud orang-orang bukan Islam tidak boleh menuntut haknya dengan
menggunakan peguam Muslim. Kebenaran wajib ditegakkan walaupun kepada
orang-orang bukan Islam.
 Firman Allah SWT mengingatkan orang Islam supaya berhati-hati dengan Yahudi
dan Nasrani, dalam firman-Nya yang bermaksud :
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka
kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang
telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah
(agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau
menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi)

44
pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh
dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada
mu.” - (Al-Baqarah 2:120)

14. Benarkan bukan Muslim berhujah di Mahkamah Syariah tambah ruang kes murtad,
hina agama ;

 Membenarkan bukan Islam menjadi Peguam Syarie boleh membuka ruang kepada
pertambahan kes percubaan keluar agama dan menghina agama Islam. Dikhuatiri
orang yang cuba keluar Islam melantik Peguam Syarie bukan Islam untuk mewakili
mereka di Mahkamah Syariah.
 Walaupun kekhuatiran ini bersifat mendatang (li ghayrihi), tetapi kita perlu melihat
mudarat yang bakal muncul sekiranya bukan Islam dibenarkan sebagai Peguam
Syarie. Pemerintah sebagai khilafah perlu foresee tentang perkara ini dan berusaha
menyekat mudarat tersebut dari berlaku mudarat yang lebih besar.
 Seperkara lagi yang perlu kita teliti ialah adakah terdapat keperluan mendesak
untuk membuka profesion Peguam Syarie ini dibuka kepada orang bukan Islam?
Bagi Penulis, jawapannya tidak, kerana sudah ramai orang Islam yang telah diberi
tauliah sebagai Peguam Syarie yang boleh mewakili umat Islam di Mahkamah
Syariah.

15. Pengalaman Negeri Selangor ;


 Sebelum mewartakan Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008,
Negeri Selangor menerima pakai Kaedah-kaedah Peguam Syarie 1991 [Sel. P.U.
222/1991]. Dalam Kaedah lama ini, tiada halangan untuk bukan Islam hadir sebagai
Peguam Syarie di Negeri Selangor.
 Negeri Selangor pernah menerima 2 orang bukan beragama Islam untuk beramal di
negeri tersebut. Hasil pertanyaan ringkas Penulis dengan salah seorang Hakim
Syarie di Negeri Selangor yang pernah mendengar kes yang dibawa oleh salah
seorang peguam ini, masalah utama ialah “peguam ini tidak membantu langsung,
mereka tidak faham langsung, tidak faham apa yang perlu dibentangkan samada
dalam pliding atau semasa bicara. Mudah cerita, mungkin main belasah sahaja.” 97
 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie (Negeri Selangor) 2008 memasukkan syarat Islam
ini. Oleh itu, sejak 2008, tiada Peguam Syarie bukan Islam diterima masuk sebagai
Peguam Syarie di Selangor.

16. Kelayakan akademik semata-mata tidak cukup sebagai Peguam Syarie


 Perkara ini tidak pernah dipertikaikan dan dibawa ke mana-mana mahkamah
sebelum ini sedangkan syarat Islam ini telah termaktub di dalam undang-undang
sejak tahun 1982 lagi di Johor dan diikuti oleh negeri Terengganu 1987, Kelantan
dan Kedah 1988 dan lain-lain negeri selepas itu. Malah di Wilayah Persekutuan

97
Tuan Mohd Fouzi Mokhtar, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah. Temubual ringkas pada 19 Oktober 2013.

45
sendiri syarat Islam ini diletakkan di dalam Kaedah 10 Kaedah-kaedah Peguam
Syarie Wilayah Persekutuan sejak tahun 1993 lagi.
 Persoalannya, mengapa hanya sekarang ia mula dipertikaikan iaitu setelah berpuluh
tahun diamalkan. Adakah pihak bukan Islam sudah mulai terancam dengan pindaan
Per. 121 (A) Perlembagaan Persekutuan (1988) yang menghalang Mahkamah Sivil
dari mencampuri keputusan Mahkamah Syariah menurut bidangkuasa yang diberi
oleh perlembagaan?
 Antara hujah-hujah yang diutarakan oleh peguam bukan Islam tersebut adalah
berkaitan dengan kelayakan akademiknya yang membolehkan beliau menjadi
Peguam Syarie iaitu beliau mempunyai ijazah undang-undang (LLB) dan juga
berkelulusan Diploma In Syariah Law and Practise (DSLP) dari UIA pada tahun
2004. Beliau berpendapat syarat Islam itu telah memprejudiskan beliau dan bersifat
ultra vires kerana menafikan hak-hak beliau yang dijamin oleh perlembagaan di
dalam artikel 8 dan 10.
 Namun, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup untuk memaksa Mahkamah
Syariah menerima beliau sebagai Peguam Syarie.

Buat masa ini, PGSM bertegas menolak bukan Islam sebagai Peguam Syarie. Kaedah
dan Peraturan yang ada yang mensyaratkan Islam sebagai salah satu kelayakan untuk
diterima masuk sebagai Peguam Syarie perlu dikekalkan.

Mungkin suatu hari nanti bukan Islam boleh menjadi Peguam Syarie jika, bidang
kuasa Mahkamah Syariah diperluaskan hingga dapat mendengar dan membicarakan kes-kes
yang menjangkau tuntutan hingga kepada orang bukan Islam dan dalam bidangkuasa yang
lebih luas lagi.

Dalam Bengkel Draf Akta Guaman Syarie yang diadakan pada 21-23 April 2012 di
ILIM, Bangi Selangor, semua ahli bengkel seramai lebih 70 orang iaitu seramai 5 wakil dari
setiap negeri telah bersetuju bahawa syarat Islam perlu dimasukkan dalam kelayakan sebagai
Peguam Syarie. Draft tersebut kemudiannya telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam
Negara.

Pada masa ini, kes Victoria tersebut sedang dirayu di Mahkamah yang lebih tinggi.
Sebaiknya kita semua menunggu keputusan tersebut, kerana keputusan mahkamah akan lebih
mengikat, terutama tentang isu pengisytiharan dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie yang
mewajibkan mereka yang beragama Islam saja layak memohon sebagai Peguam Syarie sama
ada melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta Pentadbiran Undang-Undang
Islamatau tidak. Juga isu tentang perkataan ‘mana-mana orang’ dalam Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam tersebut.

HALATUJU PEGUAM SYARIE

Merealisasikan Akta Profesion Guaman Syarie

46
Mewujudkan undang-undang atau akta Profesion Guaman Syarie adalah menjadi
matlamat utama penubuhan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), bertujuan menaik
taraf profesion Peguam Syarie seiring dan sejalan dengan peguam sivil, seterusnya
memperbaiki kelemahan yang wujud, selain menjamin kesinambangunan profesion Peguam
Syarie di Negara ini, seterusnya ke persada antarabangsa.

Selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia pada Konvensyen Peguam
Syarie Kali ke-2 pada 1 Julai 2011 di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur, PGSM komited
serta terlibat dari awal dalam merangka konsep undang-undang dan mendraf Akta tersebut.
Beberapa siri mesyuarat telah dihadiri oleh wakil PGSM bersama Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Jabatan Peguam Negara serta wakil Negeri dan lain-lain, untuk mencari
penyelesaian terbaik dalam memastikan Akta tersebut menjadi kenyataan, dengan
mengambilkira pandangan dari pelbagai pihak termasuk dari Negeri-negeri. Suatu Bengkel
Draf Akta Guaman Syarie telah diadakan pada 21-23 April 2012 di ILIM, Bangi Selangor.
Hasil bengkel tersebut, suatu Draft Akta tersebut telah disiapkan dan diserahkan kepada
Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Sesetengah pihak mempertikaikan masa yang lama diambil, belum menampakkan


Akta tersebut akan dibentangkan di Parlimen. Perlu ditegaskan bahawa usaha mengadakan
sesuatu undang-undang yang belum ada adalah lebih sukar dan memerlukan lebih banyak
masa serta tenaga, berbanding meminda undang-undang yang telah sedia ada. Tambahan
pula, Akta ini akan melibatkan usaha mengharmonikan bidangkuasa kerajaan persekutuan
dan bidangkuasa kerajaan negeri-negeri, merujuk kepada kuasa yang diberikan oleh
Perlembagaan Malaysia, Jadual Sembilan, Senarai 2, Senarai Negeri yang meletakkan segala
hal-hal berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah bidangkuasa negeri masing-masing.

Pada 2011, DUN Negeri Melaka telah meluluskan suatu di bawah usul Perkara 76 (1)
Perlembagaan Persekutuan, iaitu kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang bagi
Negeri-Negeri dalam hal-hal tertentu, yang berbunyi -
(1) Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara yang disebut satu
persatu dalam Senarai Negeri, tetapi hanya seperti yang berikut sahaja, iaitu:
(a)bagi maksud melaksanakan apa-apa triti, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan
dengan mana-mana negara lain, atau apa-apa keputusan sesuatu organisasi antarabangsa
yang dianggotai oleh Persekutuan ; atau
(b) bagi maksud menggalakkan keseragaman undang-undang antara dua Negeri atau lebih;
atau
(c) jika diminta sedemikian oleh Dewan Undangan mana-mana Negeri.

Adalah menjadi harapan agar perkara ini disambut pula oleh DUN Negeri Sembilan.

Peguam Syarie perlu ada ilmu kaunseling

Kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan professional, seperti bidang


pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.

47
Kepentingan kaunseling juga berhubung rapat dengan tuntutan Islam yang mewajibkan
umatnya yang mampu, berilmu dan berkemahiran untuk membantu mereka yang lain yang
memerlukan pertolongan atau bantuan. Oleh itu, kaunseling amat penting dalam menangani
keluarga yang bermasalah bagi mengelakkan perhubungan itu berakhir dengan perceraian.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sebaik-baik manusia di sisi ku adalah mereka yang
dapat membantu dan memberi manafaat kepada manusia yang lain.”

Antara peranan utama Peguam Syarie ialah memberikan konsultasi kepada


masyarakat yang ingin mendapatkan nasihat tentang perundangan, apa yang perlu dan boleh
dibuat dan apa yang tidak dalam proses tuntutan mereka di Mahkamah Syariah. Pelanggan
yang berjumpa dengan Peguam Syarie bukan sahaja mahu menang dalam tuntutan mereka,
tetapi juga mahu menyelesaikan masalah atau kemelut yang sedang dihadapi dengan cepat
dan mudah.

Sama seperti proses kaunseling, khidmat profesional seseorang Peguam Syarie yang
utama ialah untuk memberi inspirasi dan panduan kepada pelanggan bagi menilai, membuat,
menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang bakal dibuat,
walaupun tujuan itu tidak sama pada semua orang, dan boleh diubahsuai dari semasa ke
semasa, mengikut keperluan pelanggan. Mempunyai kepakaran dalam perundangan Syariah
dan pada masa sama mempunyai ilmu tentang kaunseling adalah satu kelebihan kepada
Peguam Syarie.
Sahabat Mahkamah - Imej terkini Peguam Syarie

Kehadiran Peguam Syarie di Mahkamah Syariah adalah menjalankan tugas yang


pernah dijalankan oleh sahabat Nabi SAW. Kehadiran Peguam Syarie di Mahkamah Syariah
adalah berpaksikan kepada undang-undang, bukan semata-mata mencari rezeki. Kewujudan
dan fungsi Peguam Syarie diiktiraf dan disebut dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam
atau Enakmen Mahkamah Syariah negeri-negeri.

Pelancaran lencana Sahabat Mahkamah Syariah yang disempurnakan Ketua Pengarah


Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Dr Ibrahim Lembut, pada 18 Mac lalu
sebagai simbolik Peguam Syarie sebagai sahabat Mahkamah dalam membantu Hakim Syarie
membuat keputusan adil, cepat, betul dan tepat berdasarkan hukum syarak serta undang-
undang.

Lencana itu akan dipakai oleh Peguam Syarie ketika berurusan di Mahkamah Syariah,
sebagai satu simbolik pengiktirafan peranan Peguam Syarie sebagai sahabat baik kepada
Mahkamah Syariah, memupuk serta meneruskan hubungan baik berpanjangan antara Peguam
Syarie dengan Mahkamah Syariah, di samping memudahkan orang awam mengenali Peguam
Syarie bagi mencegah berlakunya penyamaran oleh orang tidak berkelayakan.

KESIMPULAN

48
Profesion Peguam Syarie terus berkembang sejajar dengan perkembangan perundangan Islam
di Negara ini. Penglibatan dalam profesion ini bukan sahaja dari kalangan Peguambela dan
Peguamcara, tetapi juga lulusan Syariah dari dalam Negara dan luar Negara. Mungkin
disebabkan itu juga ia menarik minat bukan Islam untuk sama-sama terlibat dalam profesion
ini.

Walau apa pun keputusan yang akan dibuat melalui Seminar ini, Penulis berharap pelbagai
sudut dipertimbangkan, terutama dari segi sejarah, perkembangan, Hukum Syarak, prosfek
masa hadapan, cabaran dan mehnah yang mungkin timbul, kerana keputusan yang dibuat
pada hari ini adalah cerminan kepada masa hadapan.

Wallahu’alam.

Shah Alam, 23 Oktober 2013.

49

Anda mungkin juga menyukai