Anda di halaman 1dari 15

Isu-isu berkaitan

Mahkamah Syariah
Artikel-artikel yang dijumpai oleh pemilik blog ini yang berkaitan dengan isu-isu
Mahkamah Syariah yang disiarkan di sini untuk tujuan bacaan sendiri, rujukan bagi
yang memerlukan maklumat dan juga renungan kita bersama. Semoga ianya
bermanfaat, insyaAllah!
Khamis, 31 Oktober 2013

Jahil undang-undang
Sumber : Utusan Malaysia
Kolum : Bicara Agama
Tarikh : 25/07/2012

PADA kali ini saya akan menulis mengenai bagaimana seseorang boleh memohon cerai atau
menyelesaikan kekusutan rumah tangga. 

Tentunya pasangan apabila hendak berkahwin, ibu bapa atau bakal pengantin pergi mengambil borang
di pejabat agama Islam berdekatan. Borang tersebut perlu ditandatangani oleh bakal pengantin, wali
dan diserahkan semula kepada pegawai agama berkenaan untuk kelulusan. 

Dalam undang-undang keluarga Islam yang ada di negeri-negeri, borang tersebut apabila
dikembalikan perlu memasukkan surat pengakuan bujang atau sijil cerai (bagi yang telah bercerai)
bagi mengelakkan pasangan daripada berpoligami tanpa kebenaran mahkamah. 

Ia juga membolehkan pihak berkuasa agama membuat siasatan sebelum memberi kebenaran kepada
juru nikah atau pendaftara nikah cerai menikahkan pasangan atau wali menikahkan pasangan
terbabit. 

Begitu juga dengan pasangan yang hendak bercerai. Mereka sangat digalakkan pergi ke pejabat agama
bahagian nikah cerai dan bertemu dengan perunding cara atau kaunselor yang boleh membantu
pasangan melihat permasalahan rumah tangga mereka dan memberi khidmat nasihat. 

Daripada pengamatan saya, jika pasangan pergi berjumpa kaunselor dengan niat mahu menyelesaikan
pertikaian dan berharap berbaik semua, maka kaunseling selalunya berjaya mendamaikan mereka.

Malangnya hari ini, pasangan tidak mahu dikaunseling langsung. Malah ada yang tidak hadir pun
apabila dipanggil. 

Bagi seorang wanita, jika dia yang membuat aduan dan memohon untuk dikaunseling, dia berharap
suaminya mahu berbaik semula. Pada kebiasaannya, dalam kes seperti ini suami tidak mahu datang
kerana telah bulat hati untuk bercerai atau sudah mempunyai isteri baru. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 31.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2012, Borang Permohonan Cerai, Hakam, Jawatankuasa Pendamai, Kaunselor, Mahkamah Syariah, Pejabat
Agama, Prosedur Permohonan Cerai, Tuntut Cerai

Rabu, 30 Oktober 2013

Penceraian & Disiplinnya Dalam Islam


Oleh : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Sumber : www.zaharuddin.net

Mengulas persoalan talaq atau penceraian dalam Islam memerlukan huraian yang panjang lebar dan
boleh mencecah tahap sebuah buku. Justeru, saya hanya akan memetik beberapa bahagian sahaja. 

Penceraian adalah jalan terakhir yang disediakan Islam bagi pasangan suami isteri yang menghadapi
masalah sama ada ketidakserasian atau juga masalah lain berkait dengan zalim, tidak tunai tanggung
jawab dan lainnya.

Soalan

Minta jasa baik ustaz untuk menerangkan tentang displin penceraian dalam Islam. Satu lagi, sekarang
ini biasa berlaku di tempat kita, bila bercerai isteri akan balik rumah ibu bapanya. Saya ada dengar ia
tidak dibolehkan, benarkah?

JAWAPAN

Mengulas persoalan talaq atau penceraian dalam Islam memerlukan huraian yang panjang lebar dan
boleh mencecah tahap sebuah buku. Justeru, saya hanya akan memetik beberapa bahagian sahaja.

Penceraian adalah jalan terakhir yang disediakan Islam bagi pasangan suami isteri yang menghadapi
masalah sama ada ketidakserasian atau juga masalah lain berkait dengan zalim, tidak tunai tanggung
jawab dan lainnya.

Terdapat ulama yang menyatakan talaq ini sebenarnya amat dibenci sehingga sampai tahap dilarang
dan ia hanya diharuskan apabila cukup syarat dan sebabnya atas nama 'keringanan' atau 'rukhsah'.

Nabi s.a.w bersabda :-


‫أبغض الحالل إلى هللا الطالق‬
Ertinya : "Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah Talaq ( penceraian suami isteri)"( Riwayat
Abu Daud, Al-Hakim ; As-Suyuti, Ibn 'Adiyy : Sohih ; Al-Munawi, tidak sohih )

Namun pendapat ini tidaklah kuat kerana Nabi sendiri pernah menjatuhkan talaq ke atas hafsah Bt
Umar Al-Khattab dan kemudian ruju' kembali. Kesimpulannya ia hanyalah makruh. (Riwayat Abu
Daud, Ibn Majah, Nailul Awtar, 6/247 ) 

Ini bertepatan dengan sebuah lagi hadith: -

"Saya tidak suka kepada laki-laki yang suka kawin cerai dan perempuan yang suka kawin cerai."
(Riwayat Thabarani dan Daraquthni)

Dan juga hadith :

‫إن هللا ال يحب الذواقين والذواقات‬

Ertinya : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada laki-laki yang suka kawin cerai dan perempuan-
perempuan yang suka kawin cerai." (Riwayat Thabarani dengan sanad Dhoif kata Al-Munawi)
Namun demikian, talaq yang hendak dijatuhkan mestilah mengikut tatacara dan displin yang
ditentukan Islam seperti berikut : -

1) Jangan Dicerai Ketika Isteri Haid & Nifas.

Haram dan berdosa hukumnya seorang suami menjatuhkan talaq isterinya dalam keadaan isterinya
dalam keadaan :

* haid
* nifas
* setelah disetubuhi waktu suci isteri kecuali sudah jelas wanita itu mengandung.

Justeru, bagi suami yang ingin menceraikan isterinya, pastikan bukan dan tiga situasi tersebut.

Ini adalah tanda fitrahnya (bertepatan dengan naluri manusiawi yang normal) hukum Islam, kerana
dalam keadaan haid, termasuk juga nifas, seorang suami wajib menjauhi isterinya. Barangkali karena
terhalangnya dan ketidakmampuannya mengawal nafsunya itu yang mendorong untuk menjatuhkan
talaq.

Ia juga mungkin terdorong oleh perilaku isteri sewaktu haid. Sedangkan diketahui mental dan mood
sang isteri tidak stabil diwaktu haid dan nifas terutamanya. Justeru tidak wajar sama sekali dibenarkan
penceraian di waktu itu jika terdorong dek rasa marah dan tidak puas hati itu.

Syeikh Al-Qaradawi berkata :

"Sebagaimana diharamkannya mencerai isteri di waktu haid, begitu juga diharamkan menceraikannya
sewaktu suci sesudah bersetubuh. Sebab siapa tahu barangkali si perempuan itu memperoleh benih
dari suaminya pada kali ini, dan barangkali juga kalau si suami setelah mengetahui bahawa isterinya
hamil kemudian dia akan merubah niatnya, dan dia dapat hidup senang bersama isteri karena ada
janin yang dikandungnya." ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam )

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dikisahkan, bahwa Abdullah bin Umar Ibnul-
Khattab pernah mencerai isterinya waktu haid. Kejadian ini sewaktu Rasulullah s.a.w. masih hidup.
Maka bertanyalah Umar kepada Rasulullah s.a.w., maka jawab Nabi kepada Umar:

Ertinya : "Suruhlah dia (Abdullah bin Umar) supaya ruju' kembali, kemudian jika dia mahu, cerailah
sedang isterinya itu dalam keadaan suci sebelum disetubuhinya. Itulah yang disebut mencerai pada
iddah, sebagaimana yang diperintahkan Allah dalam firmanNya: Hai Nabi! Apabila kamu hendak
mencerai isterimu, maka cerailah dia pada iddahnya. Yakni menghadapi iddah, yaitu di dalam keadaan
suci."

Di satu riwayat disebutkan:

‫مره فليراجعها ثم ليطلقها طاهرا أو حامال‬

Ertinya : "Perintahlah dia (Abdullah bin Umar) supaya kembali, kemudian cerailah dia dalam keadaan
suci atau dalam keadaan mengandung (kerana waktu itu isteri dalam keadaan suci)." (Riwayat
Bukhari)

JIKA DIJATUHKAN KETIKA HAID, ADAKAH SAH ?

Menurut pendapat majoriti mazhab Islam, talaq itu tetap sah, tetapi si pelakunya berdosa. Ia
berdalilkan sebuah hadis Abdullah Ibn Umar tadi, apabila menceraikan isterinya dalam keadaan haid,
nabi mengarahkannya agar segera ruju' kembali. Ini bererti talaqnya jatuh cuma berdosa. (Al-Mughni,
7/99 ; Al-Qawanin Al-Fiqhiyyah, hlm 225 )
Sementara kumpulan minoriti ulama berpendapat talaq tidak jatuh dan tidak sah, sebab talaq itu
samasekali tidak menurut aturan syara' dan tidak dibenarkan. Oleh karena itu bagaimana mungkin
dapat dikatakan berlaku dan sah?

Namun, pendapat yang lebih kuat adalah sah dan jatuh talaqnya.
2) Perempuan yang Dicerai Tetap Tinggal di Rumah Suami Selama dalam Iddah

Perempuan yang dicerai wajib tetap tinggal di rumah suaminya selama dalam 'iddah. Dia diharamkan
keluar rumah, dan suami diharamkan mengeluarkan bekas isterinya itu dari rumah tanpa suatu alasan
yang dapat dibenarkan.

Hal ini disebabkan suami, selama dalam 'iddah, masih diperkenankan merujuk dan mengembalikan
isteri kepada perlindungan perkawinan untuk sekali lagi --apabila talaq ini baru satu atau dua kali.

Seorang isteri yang masih tinggal bersama di dalam rumah suami membuka ruang untuk
membangkitkan perasaan suami dan mengingat-ingat serta berfikir sebelum habis 'iddah itu, dan
sebelum berakhirnya bulan-bulan 'iddah dimana perempuan diperintahkan supaya menunggu agar
yakin akan bersihnya rahimnya dari benih suami serta melindungi hak suami dan kehormatan isteri.
Sebab hati selalu berubah, fikiran selalu baru, seorang yang sedang marah kadang-kadang menjadi
rela, orang yang naik pitam kadang-kadang menjadi dingin dan orang yang benci kadang-kadang
menjadi cinta.

Sehubungan dengan persoalan perempuan yang dicerai ini, Allah s.w.t. telah berfirman dalam al-
Quran sebagai berikut:

ِ َ‫يَا أَيُّهَا النَّبِ ُّي إِ َذا طَلَّ ْقتُ ُم النِّ َساء فَطَلِّقُوهُنَّ لِ ِع َّدتِ ِهنَّ َوأَحْ صُوا ْال ِع َّدةَ َواتَّقُوا هَّللا َ َربَّ ُك ْم اَل تُ ْخ ِرجُوهُنَّ ِمن بُيُوتِ ِهنَّ َواَل يَ ْخرُجْ نَ إِاَّل أَن يَأْتِينَ بِف‬
َ‫اح َش ٍة ُّمبَيِّنَ ٍة َوتِ ْلك‬
َ
‫ُحدُو ُد هَّللا ِ َو َمن يَتَ َع َّد ُحدُو َد هَّللا ِ فَقَ ْد ظَلَ َم نَ ْف َسهُ اَل تَ ْد ِري لَ َع َّل هَّللا َ يُحْ ِدث بَ ْع َد ذلِكَ أ ْمرً ا‬
َ ُ

Ertinya : "Dan takutlah kamu kepada Allah, Tuhanmu. Jangan kamu usir mereka itu dari rumah-
rumah mereka dan jangan sampai mereka itu keluar rumah, kecuali apabila mereka berbuat kejahatan
yang terang-terangan; dan yang demikian itu adalah batas-batas ketentuan Allah, dan barangsiapa
melanggar batas-batas ketentuan Allah, maka sungguh dia telah berbuat zalim pada dirinya sendiri;
kamu tidak tahu barangkali Allah akan mengadakan hal baru sesudah itu."(at-Thalaq: 1)

3) Talaq Mesti Dijatuhkan Mengikut Aturan Kiraan

Islam memberikan kepada seorang muslim tiga talaq untuk tiga kali, dengan suatu syarat tiap kali
talaq dijatuhkan pada waktu suci, dan tidak disetubuhinya. Kemudian ditinggalkannya isterinya itu
sehingga habis iddah. Kalau nampak ada keinginan merujuk sewaktu masih dalan 'iddah, maka dia
boleh merujuknya.

Sekiranya dia tetap tidak merujuknya sehingga habis 'iddah, dia masih boleh untuk kembali kepada
isterinya itu dengan aqad dan mahar (maskawin) baru. Dan kalau dia tidak lagi berhasrat untuk
kembali, maka si wanita boleh berkahwin dengan orang lain.

Jika si laki-laki tersebut kembali kepada isterinya sesudah talaq satu, tetapi tiba-tiba terjadi suatu
peristiwa yang menyebabkan jatuhnya talaq yang kedua, si lelaki masih boleh ruju' semula dalam
tempoh 'iddah.

Dan kalau suami kembali dan menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka ini merupakan suatu bukti
nyata, bahwa perceraian antara keduanya itu harus dikukuhkan, sebab persesuaian antara keduanya
sudah tidak mungkin.

Oleh karena itu dia tidak boleh kembali lagi, dan si perempuan pun sudah tidak lagi halal buat si laki-
laki tersebut, sampai dia kawin dengan orang lain secara syar'i. Bukan sekedar menghalalkan si
perempuan untuk suaminya yang pertama tadi. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
TALAQ TIGA SEKALI LAFAZ?

Menjatuhkan talaq tiga dengan satu kali ucapan, adalah salah di sisi Islam.

Para ulama berbeza pendapat berapa talakkah yang jatuh sekiranya ia dilakukan juga seperti berikut :-

Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali : Jatuh talaq tiga sekaligus. ( Al-Mughni, 7/104 ; Hasyiah
Ad-Dusuqi, 2/385 )

Ibn Taimiah & Ibn Qayyim : jatuh satu Talaq sahaja ( Zad Al-Ma'ad, 4/67 )

Apapun, di Malaysia pendapat majoriti mazhab adalah terpakai, ini bermakna sesiapa yang menyebut
cerai talaq tiga dalam satu lafaz, jatuhlah talaq tiga.

Kes Zakaria Talib lwn Norziah Ahmad [2005] 1 CLJ (Sya) 132 adalah contoh dimana suami
menlafazkan talak tiga sekali gus melalui surat dan hakim berpendapat bahawa talak tiga telah jatuh
kerana lafaz telah jelas dan niat tidak perlu dibuktikan.

Hasilnya, suami tidak boleh rujuk atau nikah semula dengan isterinya kecuali setelah isterinya
berkawhin dengan lelaki lain, cerai dan tamat iddahnya.

Namun, walalupun jatuh talaq tiga itu, Ia dikira satu kesalahan spiritual dari sudut Islam . Satu ketika
Rasulullah s.a.w. diberitahu tentang seorang laki-laki yang mencerai isterinya tiga talaq sekaligus.
Kemudian Rasulullah berdiri dan marah, sambil bersabda:

‫رسول هللا أَالَ أقتُله‬


َ ‫ب هَّللا ع َّز وج َّل وأنا بينَ أظه ُِركم حتى قا َم رج ٌل فقال يا‬
oِ ‫أيُلعبُ بكتا‬ 

Ertinya : "Apakah dia mahu mempermainkan kitabullah, sedang saya berada di tengah-tengah kamu?
Sehingga berdirilah seorang laki-laki lain, kemudian dia berkata: Ya Rasulullah! apakah tidak saya
bunuh saja orang itu!" (Riwayat Nasa'i, 2/349 )
Tebus Talak

Seorang perempuan apabila tidak suka kepada suaminya tidak sanggup bergaul bersama, maka
dibolehkan menebus dirinya dan membeli kemerdekaannya dengan mengembalikan harta yang pernah
diberikan oleh suami kepadanya berupa maskawin, atau hadiah dengan sedikit berkurang atau lebih
menurut kesepakatan bersama.

Akan tetapi yang lebih baik si laki-laki tidak mengambil lebih dari apa yang pernah diberikan.

Firman Allah:

‫َت بِ ِه ِت ْلكَ ُحدُو ُد هّللا ِ فَالَ تَ ْعتَدُوهَا‬ َ ‫فَإ ِ ْن ِخ ْفتُ ْم أَالَّ يُقِي َما ُحدُو َد هّللا ِ فَالَ ُجن‬
ْ ‫َاح َعلَ ْي ِه َما فِي َما ا ْفتَد‬

Ertinya : "Jika kamu kawatir mereka berdua tidak dapat menegakkan batas-Batas ketentuan Allah,
maka tidak dosa atas keduanya tentang sesuatu yang ia menebus dengannya." (al-Baqarah: 229)

Isteri Tsabit bin Qais pernah datang kepada Nabi s.a.w. mengadukan:

"Ya Rasulullah! Sesungguhnya Tsabit bin Qais tidak saya cela budi dan agamanya, tetapi saya tidak
tahan marahnya. Kemudian Nabi bertanya tentang apa yang pernah dia ambil dari suaminya itu. Ia
menjawab: Kebun. Lantas Nabi bertanya lagi., Apakah kamu mau mengembalikan kebun itu
kepadanya? Ia menjawab: Ya. Maka bersabdalah Nabi kepada Tsabit: Terimalah kebun itu dan cerailah
dia." (Riwayat Bukhari dan Nasa'i)

Namun demikian, seorang isteri tidak dibenarkan cepat-cepat minta cerai tanpa alasan yang dapat
dibenarkan dan tanpa suatu pendorong yang dapat diterima yang kiranya bisa membawa kepada
perceraian antara keduanya. Sebab Rasulullah s.a.w. pernah bersabda sebagai berikut:

‫قال رسول هللا أيما امرأة سألت زوجها الطالق من غير بأس حرم هللا عليها أن تريح رائحة الجنة‬

Ertinya : "Siapa saja perempuan yang minta cerai kepada suaminya tanpa suatu sebab yang dapat
dibenarkan, maka dia tidak akan mencium bau syurga." (Riwayat Abu Daud, Al-Hakim, 2/218 ; At-
Tirmizi, 3/493 ; Al-Hakim : Sohih dengan syarat Bukhari & Muslim ; At-Tirmidizi : Hadis Hasan) 

Zaharuddin Abd Rahman


www.zaharuddin.net

ORIGINAL ARTICLE:http://www.zaharuddin.net/content/view/704/96/
Dicatat oleh Sya di 30.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Disiplin Cerai Dalam Islam, Penceraian, Soal Jawab Agama, Talak, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Hakim bubar perkahwinan


Sumber : Berita Harian
Tarikh : 30/10/2013 

Kuala Lumpur: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, semalam meluluskan permohonan seorang mualaf
untuk membubarkan perkahwinan selepas suaminya enggan memeluk Islam. 

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie, Ab Malek Awang selepas meneliti afidavit dikemukakan Siti
Fatimah Devaki Abdullah, 43, serta keterangan yang diberikan pemohon kepada mahkamah. 

Dalam penghakimannya, beliau berkata, pemohon sudah memaklumkan mengenai penukaran agama
kepada suaminya yang berusia 50-an namun selepas tiga kali suci, lelaki itu masih tidak mahu
memeluk Islam. 

Berkuat kuasa semalam 

Justeru, mahkamah memutuskan perkahwinan antara pemohon dan suaminya pada 11 April 1988 itu
dibubarkan berkuat kuasa semalam, mengikut Seksyen 46(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah Persekutuan) 1984. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 30.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2013, Berita Mahkamah Syariah, Bubar Perkahwinan, Hakim Syarie, Kes Mualaf, Mahkamah Rendah Syariah

Ahad, 27 Oktober 2013

Dera isteri daripada perspektif syariah


Oleh : Nurhidayah Muhd Hashim
Kolum : Peguam Syarie Menulis
Sumber : Berita Harian
Tarikh : xx xx 2008

KITA selalu mendengar atau membaca kisah sedih isteri menjadi mangsa penderaan suami. Ada kes
isteri ditampar, ditumbuk, ditendang, diletak seterika panas di tangan, ditarik rambut dan tindakan
tidak wajar lain.

Soalan yang terlintas di hati kita, kenapa seseorang suami sanggup dan sampai hati mendera isterinya?
Selisih faham, berbeza pendapat dan berbalah antara suami isteri adalah suatu yang lumrah dan tabii,
kerana berkait dengan latar belakang berbeza di antara pasangan.

Setiap orang terbentuk hasil daripada latar belakang keluarga, ilmu pengetahuan dipelajari, kaedah
dibesarkan, status dan tahap kehidupan masing-masing yang mempengaruhi cara pemikiran,
pendekatan, penilaian terhadap sesuatu perkara.

Sebab itu ada perkara dianggap penting oleh isteri tetapi tidak dianggap penting oleh suami dan
begitulah sebaliknya.

Kadang-kadang perbezaan tidak diatasi dengan baik boleh berakhir dengan perbalahan sehingga
membawa kepada pukul memukul dan sebagainya.

Dalam menilai suatu perkahwinan, Islam menyarankan kita menerima pasangan seadanya dan selalu
berusaha membaiki apa yang kurang. 

Perbezaan jangan sampai menjadi pergaduhan besar yang boleh membawa kepada perceraian.

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 27.10.13 1 ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2008, Dr Nurhidayah Hashim, Isteri Didera Suami, Isu Penderaan, Kes Keganasan Rumahtangga, Penulisan
Peguam Syarie

Sabtu, 26 Oktober 2013

Ibu abai kebajikan hilang kelayakan hak jaga anak


Oleh : Mohamad Isa Abd Ralip
Sumber : berita Harian
Tarikh : xx Dis 2007
Peguam Syarie Menulis: Ibu abai kebajikan hilang kelayakan hak jaga anak

PERJUANGAN ibu muda Siti Nadzirah Mohd Nasir, 20, mendapatkan anaknya kembali, Arman Khan
selepas suami, Fazal Azim Abdul Ahad, 24, warganegara Pakistan serta keluarganya menghalang beliau
membawa anaknya pulang ke tanah air mendapat liputan meluas serta simpati masyarakat Malaysia. 

Pada 23 November 2007, Mahkamah Tinggi Syariah Selangor membenarkan permohonan sebelah
pihak (ex-parte) Siti Nadzirah dan mengeluarkan perintah antara lain meletakkan hak jagaan
sementara anak kepada Siti Nadzirah sehingga hak jagaan kekal anak diputuskan serta memberikan
hak lawatan kepada bapa. 

Mungkin timbul persoalan bagaimana hak jagaan anak diberikan kepada Siti Nadzirah, walaupun
secara sementara sedangkan Siti Nadzirah masih isteri yang sah kepada suaminya? Dalam erti kata
lain, masih dalam ikatan suami isteri dan belum disabitkan perceraian oleh mana-mana mahkamah. 

Peruntukan seksyen bagi hak jagaan anak atau hadanah termaktub secara khusus dalam enakmen
negeri di Malaysia. Di Selangor, peruntukan itu diletakkan di bawah Seksyen 82 Enakmen Undang-
undang Keluarga Islam Selangor, 2003 (EUKIS 03) dan bagi Akta Undang-undang Keluarga Islam
Wilayah Persekutuan pula, diletakkan di bawah seksyen 81. 

Walaupun peruntukan seksyen berbeza, dari segi penggunaannya adalah sama iaitu memperuntukkan
ibu orang paling layak bagi menjaga anak kecilnya sama ada pada masa ibu itu masih dalam
perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. 

Seksyen itu dengan jelas menyebut ibu adalah paling layak sama ada ibu itu masih dalam perkahwinan
atau selepas bercerai. Dengan itu, walaupun seseorang itu belum bercerai atau dalam proses
perceraian, berdasarkan kepada peruntukan seksyen itu seorang ibu atau bapa boleh membuat
tuntutan hak jagaan anak. Namun, seksyen itu jelas menyatakan bahawa ibu paling berhak menjaga
anaknya yang masih kecil atau anak belum mumaiyiz. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 26.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2007, Hak Hadanah, Hak Lawatan Anak, Hak Penjagaan Anak, Hilang Kelayakan Hadanah, Mahkamah Tinggi
Syariah, Penulisan Peguam Syarie, Syarat Hadanah, Tuan Mohamad Isa Abd Ralip

Jumaat, 25 Oktober 2013

Memahami hak selepas bercerai


Oleh : Ahmad Nazib Johari
Kolum : Peguam Syarie Menulis 
Sumber : Berita Harian
Tarikh : xx xx 2007

ZAKI (bukan nama sebenar) sudah menceraikan isterinya Linda (bukan nama sebenar) di rumahnya
dengan talak satu dan pengesahan perceraian dibuat di mahkamah syariah.

Mereka berkahwin selama 15 tahun dan mempunyai tiga anak. Pasangan itu mempunyai dua kereta
dan tiga rumah. Satu daripada rumah itu atas nama Zaki menggunakan pinjaman perumahannya
sebagai kakitangan kerajaan.

Dua rumah lagi menggunakan nama Zaki dan Linda. Zaki ingin menjual rumah yang menggunakan
namanya seorang dan meletakkan dua rumah lagi sebagai harta sepencarian.

Apakah tindakan Zaki menjual rumah itu dibenarkan menurut pandangan agama dan undang-
undang? Apa pula hak Linda jika Zaki ingin menjual rumah itu?

Hak selepas perceraian adalah mendapatkan harta sepencarian bagi suami atau isteri, hak hadhanah
atau jagaan ke atas anak, mutaah dan nafkah dalam edah bagi isteri.

Semua ini hak yang boleh dituntut di mahkamah syariah selepas berlakunya perceraian dan dibuat di
mahkamah syariah yang berbidang kuasa kepada pemohon. Jika Zaki dan Linda bermastautin di Shah
Alam, maka Mahkamah Syariah Shah Alam adalah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa ke atas
mereka.

Mengikut sudut undang-undang, semua aset yang diperoleh selepas pasangan berkahwin, atau
diperoleh sebelum berkahwin tetapi dihidupkan atau disuburkan selepas pasangan berkahwin,
dipanggil harta sepencarian.

Seksyen 2 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 mentakrifkan harta
sepencarian sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa
mengikut syarat ditentukan hukum syarak.

Apabila Zaki dan Linda bercerai, maka kedudukan harta yang ada mesti dikenal pasti sebagai harta
sepencarian atau tidak. Maksudnya, ada sumbangan kedua-dua pihak walaupun hanya nama Zaki
didaftarkan atas rumah menggunakan pinjaman perumahan beliau.

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 25.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2007, Hak Selepas Cerai, Khidmat Peguam Syarie, Mahkamah Tinggi Syariah, Pengesahan Cerai, Penulisan
Peguam Syarie, Perintah Injuksi (Tegahan), Tuntutan Harta Sepencarian
Khamis, 24 Oktober 2013

Dua cara isteri didera tuntut cerai


Oleh : Nurhidayah Muhd Hashim
Kolum : Peguam Syarie Menulis
Sumber : Berita harian
Tarikh : xx xx 2007

LIZA (bukan nama sebenar), seorang kerani sering kali dipukul suaminya apabila berlaku perselisihan
faham. Suaminya akan bertindak di luar kawalan, menumbuk muka, menendang dan pernah
meletakkan seterika panas ke tangannya ketika dia menggosok baju. 

Kadang-kadang apabila suaminya naik angin, anak akan menangis ketakutan melihat Liza dipukul.

Selepas lima tahun diperlakukan demikian, barulah Liza bertindak membawa kesnya ke mahkamah
syariah. Akhirnya Liza berjaya keluar daripada hubungan yang penuh darar itu selepas mahkamah
meluluskan tuntutan fasakhnya. 

Ada ramai wanita bernasib malang seperti dialami Liza. Kajian yang penulis jalankan ke atas 100 kes
fasakh yang dibicarakan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mulai 1996-2001 mendapati ada 23 kes
(23 peratus) yang memohon fasakh atas alasan penderaan. Peratusan ini agak besar dan wajar diambil
perhatian.

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 24.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2007, Akta Keganasan Rumahtangga, Bukti Sokong Tuntutan, Cerai Taklik, Dr Nurhidayah Hashim, Fasakh, Info
Penderaan, Isteri Didera Suami, Laporan Polis/Perubatan, Penulisan Peguam Syarie, Tuntut Cerai

Rabu, 23 Oktober 2013

Wasiat sah jika semua waris


Peguam Syarie menulis: Wasiat sah jika semua waris setuju
Oleh : Mohd Noor Aizan Md Idrus
Sumber : Berita Harian
tarikh : xx xx 2007

Cara bahagi harta pusaka perlu dibuat selepas perbincangan bersama

MINGGU sebelum ini kita menyentuh kesilapan di kalangan orang Islam yang beranggapan wajib
membuat wasiat kepada ibu bapa, isteri dan anak sebelum kita mati dan wasiat itu mesti dipatuhi.

Menurut pandangan Islam, hukum membuat wasiat dari segi sejarahnya mempunyai dua peringkat
iaitu pada zaman awal Rasulullah SAW menyebarkan agama Islam, orang Islam yang mempunyai
banyak harta diwajibkan berwasiat kepada ibu bapa dan kerabatnya.

Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara
kamu kedatangan tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan
karib kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah,
ayat 130) 

Bagaimanapun, kewajipan itu kemudian dibatalkan atau dipinda dengan turunnya firman Allah yang
bermaksud:“Allah mensyariatkan bagimu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anakmu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua anak perempuan, dan jika semuanya
perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan.
Jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Untuk kedua-dua ibu
bapa masing-masing satu perenam daripada harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu
mempunyai anak. Jika yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya
saja, maka ibunya mendapat satu pertiga dan jika yang meninggal itu mempunyai beberapa
saudara maka ibunya mendapat satu perenam. (Pembahagian yang disebut di atas) selepas
dipenuhi wasiat yang ia buat dan sesudah dibayar hutangnya. (Mengenai) orang tuamu dan
anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaat
bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana.” (Surah al-Nisa’, ayat 11)

Oleh kerana ayat itu diturunkan selepas ayat 130, surah al-Baqarah yang mewajibkan wasiat, Imam
Syafie berpendapat ayat 11 menasakh ayat 130. Dengan kata lain kewajipan berwasiat kepada ibu bapa
dan kerabat dibatalkan dengan panduan kaedah faraid yang dihuraikan dalam ayat 11, surah al-Nisa’.

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 23.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2007, Faraid, Harta Pusaka, Penulisan Peguam Syarie, Waris, Wasiat

Selasa, 22 Oktober 2013

Wajib bayar mutaah walaupun isteri tuntut cerai


Oleh : Siti Razasah Abd Razak
Sumber : Berita Harian
Tarikh xx xx 2008

SAYA ingin kemukakan beberapa soalan berkaitan hak yang diberikan kepada bekas suami iaitu: 

l. Apakah bekas suami wajib membayar mutaah, edah dan nafkah kepada isterinya selepas cerai
sedangkan isteri yang menuntut cerai? Apakah nafkah tertunggak juga wajib dibayar sedangkan tiada
perintah mahkamah sebelum ini? 

2. Apakah bekas suami boleh menuntut haknya terhadap kereta dibeli menggunakan nama isteri,
tetapi bayaran bulanan dibayar oleh suami sedangkan selepas bercerai, kereta itu diambil isteri dengan
alasan menggunakan namanya. 

3. Sebelum bercerai, isteri menuntut supaya baki bayaran hantaran dijelaskan sebagai syarat untuk
melepaskan segala kelengkapan rumah yang dibeli suami, namun atas dasar keselesaan anak, suami
memulangkan semula kelengkapan rumah, walaupun baki hantaran sudah dijelaskan. Bagaimanakah
untuk mendapatkan semula barang itu memandangkan bekas isteri enggan memulangkan barang
berkenaan? Apakah barang itu dikira sebagai harta sepencarian.

Bekas suami, 
Kuala Lumpur. 

Menjawab persoalan pertama, bekas suami tetap wajib membayar mutaah kepada bekas isterinya
walaupun perceraian dituntut oleh isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan isteri-isteri
yang diceraikan, berhak mendapat mutaah (pemberian sagu hati) dengan cara yang patut sebagai
satu tanggungan yang wajib ke atas orang-orang bertakwa.” (Surah al-Baqarah ayat 241) 

Ulama Shafie juga menyatakan mutaah sebagai harta wajib dibayar oleh lelaki kepada isterinya yang
diceraikan. Hanya nafkah edah yang wajib dibayar kepada bekas isteri iaitu selama tempoh tiga kali
suci bekas isteri daripada haid atau jika dia hamil, tempohnya sehingga dia melahirkan
kandungannya. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 22.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2008, Bekas Suami, Hak Selepas Cerai, Harta Sepencarian, Isteri Tuntut Cerai, Mutaah, Nafkah Idah, Nafkah
Tertunggak, Penceraian,Penulisan Peguam Syarie, Soal Jawab Guaman, Tanggungjawab Lepas Cerai

Jumaat, 18 Oktober 2013

Pernyataan hasrat rujuk guna SMS tidak sah


Oleh : Mohamad Isa Abd Ralib
Kolum : Hak Muslim
Sumber : Berita Harian
Tarikh : xx 20xx

Hak Muslim: Pernyataan hasrat rujuk guna SMS tidak sah

SAYA bercerai dengan isteri dan disahkan oleh mahkamah atas permohonan isteri. Saya ingin
bertanyakan soalan, adakah sah rujuk seorang suami kepada isterinya yang dilakukan secara SMS
kepada isteri. Saya menghantar mesej itu, saya memang mempunyai niat untuk rujuk semula bersama
isteri. Ayat saya adalah ‘saya rujuk semula dengan kamu’. Tetapi isteri membalas dengan ayat, ‘Saya
tak nak walau apapun’. Jarak saya dan isteri ketika itu 180 km, dan kami tidak lagi tinggal bersama
sejak SMS berkenaan dihantar kerana isteri enggan rujuk semula. Apakah rujuk saya itu dianggap sah?

SUAMI
Sepang

RUJUK adalah hak suami dalam perceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam idah. Ia adalah
suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu
tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahannya, rujuk tidak memerlukan
lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri,
asalkan menepati syarat rujuk yang diperlukan.

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 18.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Artikel Hak Muslim, Jawatankuasa Pendamai, Lafaz Rujuk, Lafaz Talak Taklik, Penceraian, Pengesahan
Rujuk, Rujuk, Rujuk secara SMS, Soal Jawab Guaman, Tempoh Idah, Tuan Mohamad Isa Abd Ralip

Rabu, 16 Oktober 2013

Huraian punca kes fasakh ditangguh


Oleh : Siti Razasah Abd Razak
Kolum : Hak Muslim
Sumber : Berita Harian
Tarikh : xx 2007

Hak Muslim: Huraian punca kes fasakh ditangguh

SAYA menfailkan permohonan perceraian secara baik dengan suami tetapi beliau enggan melepaskan
saya dan kini saya memohon perceraian secara fasakh dengan menggunakan khidmat Biro Bantuan
Guaman. Kes ini berlarutan lebih setahun di mahkamah. Sehingga kini suami masih tidak menjawab
pembelaan terhadap tuduhan saya. Hakim di mahkamah juga seakan-akan memberikan kebebasan
kepada suami dengan menangguhkan kes walaupun suami tidak membuat pembelaan. Setiap kali saya
mengajukan pertanyaan kepada Biro Bantuan Guaman, jawapan yang diterima daripada peguam saya
adalah: "Kita tak boleh buat apa-apa sebab suami puan juga menggunakan khidmat biro bantuan
guaman." Adakah saya tiada hak untuk mempercepatkan kes hanya kerana saya dan suami
menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman? Harap dapat penjelasan pihak tuan. 
Isteri keliru, 
Kuala Lumpur 

ISU dalam persoalan ini menjurus kepada prosedur atau tatacara di Mahkamah Syariah sebelum kes
diputuskan oleh hakim. Dalam sistem kehakiman Islam, sebelum menjatuhkan hukuman atas
sebarang tuntutan, ada garis panduan wajib dipatuhi hakim. 

Garis panduan itu dinyatakan dengan jelas bahawa hakim perlu membuat keputusan berpandukan al-
Quran, as-Sunnah dan ijtihad selepas mengambil kira hak kedua-dua pihak dipenuhi. Antaranya hak
memberikan keterangan bagi pihak menuntut dan hak membela diri bagi pihak dituntut. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 16.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2007, Artikel Hak Muslim, Biro Bantuan Guaman, Cerai Fasakh, Fasakh, Khidmat Peguam Syarie, Mahkamah
Syariah, Penceraian,Prosedur Permohonan Cerai, Soal Jawab Guaman

Selasa, 15 Oktober 2013

Bapa wajib beri nafkah walaupun sudah bercerai


Oleh : Mohamad Isa Abd Ralip
Kolum : Peguam Syarie Menulis 
Tarikh : 19 Mac 2008
Sumber : Berita Harian

APABILA sesuatu kes perceraian selesai dibicarakan di Mahkamah Syariah, ia selalunya membawa
kepada tuntutan seterusnya iaitu nafkah untuk anak sama ada masih bayi atau sudah bersekolah oleh
bekas isteri dan ini merupakan satu fenomena biasa. Apatah lagi dalam banyak kes, selalunya anak
akan tinggal bersama ibu atau keluarga sebelah ibu sedangkan nafkah yang diperlukan datangnya
daripada sebelah bapa. Bukan sedikit bapa yang lari dan cuai dalam menjaga kebajikan anak dengan
baik selepas berlaku perceraian.

Dalam Islam adalah menjadi kewajipan bapa untuk menyediakan nafkah bagi anaknya sebagaimana
wajib ke atasnya menyediakan nafkah terhadap isterinya. Fuqaha bersepakat jika bapa masih hidup
dan ada kemudahan kewangan serta berkemampuan berusaha dan bekerja, maka wajib atasnya
membiayai nafkah anak tanpa berkongsi dengan sesiapa.

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 15.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2008, Hak Anak, Isu Pengabaian Nafkah, Nafkah Anak, Penulisan Peguam Syarie, Tanggungjawab Lepas
Cerai, Tuan Mohamad Isa Abd Ralip

Isnin, 14 Oktober 2013

Fasakh perlu disokong bukti lisan, dokumen


Oleh : Mohamad Isa Abd Ralip, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) 
Sumber : Berita Harian 
Tarikh : 24 May 2007 

Soalan : SAYA ingin bertanya berkaitan tuntutan fasakh kerana tidak memberi nafkah. Apabila suami
memiliki harta atau pekerjaan tetapi tidak memberi nafkah kepada isterinya, haruskah bagi isteri itu
menuntut fasakh atas alasan kegagalannya memberi nafkah kepada isteri. Jika dibenarkan, apakah
prosedur yang perlu diambil dan dipatuhi oleh isteri? Kepada jabatan mana sepatutnya ditujukan
permasalahan ini sama ada pejabat kadi, pejabat undang-undang syariah majlis agama, mahkamah
syariah atau peguam syarie. 
Ingin Tahu, 
Selangor Darul Ehsan. 

Jawapan : ISTILAH fasakh bolehlah ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan
oleh perintah mahkamah. Jenis perceraian ini pada amnya berdasarkan kepada prinsip mengenai
perceraian dengan cara baik. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 14.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2007, Alasan Cerai, Bubar Perkahwinan, Fasakh, Pejabat Agama vs Mahkamah Syariah, Penulisan Peguam
Syarie, Prosedur Permohonan Cerai, Soal Jawab Guaman, Tuan Mohamad Isa Abd Ralip

Ahad, 13 Oktober 2013

Cerai, rujuk perlu lapor mahkamah syariah


Oleh : Marlina Amir Hamzah
Sumber : Berita Harian

Soalan :-

SAYA bercerai dengan suami talak satu kira-kira tiga tahun lalu tetapi tidak mendaftarkan perceraian
itu di mana-mana pejabat kadi atau mahkamah. Setelah 39 hari suami ingin rujuk dan saya
menerimanya. Persoalannya, adakah perkahwinan kami masih sah kerana baru kini saya berasa ragu
terhadap hukum rujuk. Suami hanya melafazkan rujuk dengan berkata “abang rujuk semula dengan
sayang”. Apakah hukuman sekiranya sehingga kini kami masih belum mendaftarkan perceraian dan
rujuk itu.

Tidak Jelas Hak

WALAUPUN lafaz cerai berlaku pada tiga tahun lalu, wajar puan melaporkannya di mahkamah demi
mendapatkan kepastian sama ada lafaz cerai dilafazkan suami dengan menjatuhkan talak atau
sebaliknya, bagi memastikan kedudukan puan terutama merekodkan jumlah talak dilafazkan suami. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 13.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: Artikel Hak Muslim, Cerai Lafaz Talak, Cerai Luar Mahkamah, Pengesahan Cerai, Pengesahan
Perkahwinan, Penulisan Peguam Syarie,Rujuk, Soal Jawab Guaman

Sabtu, 12 Oktober 2013

Jodoh singkat
Oleh : Siti Nur Almizan Aripin dan Bennie Zie Fauzi
Sumber : Berita Harian
Tarikh : 3 Mei 2009

Pasangan berumur 31 hingga 35 tahun catat kes cerai tertinggi: Perceraian pasangan
muda banyak berlaku di Lembah Klang disebabkan kos sara hidup yang tinggi 

ISTILAH janda atau duda muda, ibu tunggal atau bapa tunggal tidak lagi membawa konotasi
menjelikkan dewasa ini berbanding pada era 60an dan 70an kerana pada zaman itu perceraian 'hidup'
ibarat membawa musibah dan menconteng arang ke muka ibu bapa. 
Peredaran zaman seiring dengan ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan
istilah berkenaan hilang 'bisanya', sekali gus ia menjadi norma biasa, apatah lagi saban hari kita
disajikan dengan berita perceraian selebriti, termasuk artis dan penyanyi yang diidolakan golongan
muda. 

Trend baru ini seolah-olah menjadikan perkahwinan itu sebagai ujian untuk meneruskan
kelangsungan hidup (survival) dan bukan lagi memenuhi tuntutan agama yang mahu
memperbanyakkan umat Nabi Muhammad SAW, menjauhi dosa dan mencari pahala serta mencari
keredaan-Nya. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 12.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2009, Alasan Cerai, Info Perceraian, Modul Kursus Pra Perkahwinan, Penceraian, Umur Perkahwinan

Jumaat, 11 Oktober 2013

Kahwin kerana nafsu, jahil ilmu rumah tangga punca retak


Sumber : Berita Harian 
Tarikh : 3 Mei 2009

PERKAHWINAN hanya untuk melepaskan nafsu dan perkataan cerai dijadikan mainan dikenal pasti
menjadi antara punca peningkatan perceraian di kalangan suami isteri berusia muda. 

“Mereka sebenarnya tidak memahami tujuan perkahwinan,” kata perunding motivasi, Dr Tengku
Asmadi Tengku Mohamad. 

Katanya, ramai remaja dan pasangan muda mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga
dengan alasan tidak mahu bergelumang dosa, sedangkan ketika itu mereka tidak mempunyai ilmu
perkahwinan.

“Jahil terhadap ilmu berumahtangga itulah yang menjadi punca utama kepada perceraian di kalangan
pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga,” kata beliau yang juga Presiden Pertubuhan
Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (Tamrin). 

Malah, katanya, tempoh percintaan yang lama bukan penentu perkahwinan yang dibina kekal hingga
ke hujung nyawa. 

Baca lagi »
Dicatat oleh Sya di 11.10.13 Tiada ulasan: 
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: 2009, Alasan Cerai, Info Perceraian, Institusi Kekeluargaan, Masalah Rumahtangga, Modul Kursus Pra
Perkahwinan

Khamis, 10 Oktober 2013

Pengakuan mangsa perceraian pada usia muda


Sumber : Berita Harian
Tarikh : 3 Mei 2009

Kes 1: Berpunca orang ketiga 

Kakitangan kerajaan di sebuah universiti terkemuka, Linda (bukan nama sebenar) merasai derita
berumah tangga apabila diceraikan pada usia 27 tahun hanya selepas tiga tahun berkahwin. 
Keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga iaitu rakan sekerja suaminya dan
bibit cinta bermula usik-mengusik, selain kerap menghabiskan masa bersama.

“Bermula secara suka-suka langsung hati terpaut. Lelaki suka bergurau, silapnya wanita mudah
perasan dan percaya. Usikan yang mulanya bertujuan mengeratkan persahabatan bertukar menjadi
hubungan cinta,” katanya. 

Perkahwinan pada usia 25 tahun pada 2001 itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Selepas
berpisah, Linda menuntut hak penjagaan kerana ingin menumpahkan sepenuhnya kasih sayang
terhadap anaknya itu. 

“Lagipun, ini satu-satunya zuriat dan buah cinta kami. Bagi saya, kasih ibu, cinta sejati dan tidak ada
sesiapapun yang dapat menandinginya,” katanya. 

Anda mungkin juga menyukai